Masyuk

Memaparkan catatan dengan label negerisembilan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label negerisembilan. Papar semua catatan

Khamis, 11 Ogos 2016

Voucher Premium Tower Seaview Lexis, Port Dickson



Salam semua,
Aku sebenarnya tak tau sama ada nak jual ataupun nak gunakan voucher penginapan di Premium Tower Seaview Lexis, Port Dickson yang aku menang tempoh hari atau pun tidak, Sebabnya aku ni sorang jer bukan ada keluarga nak pergi bercuti kat hotel tu mungkin aku nak jual lah voucher ni dengan harga RM350 sahaja tapi rasanya berbaloi kalau sapa yang membelinya. Tempoh voucher pulak lambat lagi dari 1 September 2016 - 28 Febuari 2017 dan voucher tersebut boleh digunakan pada hari biasa ataupun pada hujung minggu jadi korang bolehlah rancang cuti-cuti Malaysia korang yer. 

Penginapan satu (1) malam di Premium Tower Seaview Lexis, Port Dickson beserta sarapan pagi untuk 2 orang


 Mengikut laman web Lexis, Port Dickson yang aku check harga penginapan untuk bilik yang mempunyai 1 katil saiz king dan 1 katil saiz queen berharga RM420 untuk hari biasa manakala RM460 untuk hujung minggu dan RM500 untuk cuti umum jadi korang jimat kalau menggunakan voucher yang dibeli dari aku ni. Kalau korang berminat dengan voucher ni korang bolehlah emailkan ke daydeck86@gmail.com 


p/s - kalau ada bini leh gak ajak honeymoon ini bujang trang tang tang........

Selasa, 9 Ogos 2016

Tukang Bubur Naik Haji The Series (TBNH the series)



Salam semua,
Korang ada melanggan siaran Indopek tak dekat langganan astro korang kat rumah tu. Banyak juga cerita menarik yang ada dekat siaran Bintang 141 dan Pelangi 142 tu antaranya adalah Sinetron terpanjang di Indonesia iaitu Sinetron Tukang Bubur Naik Haji The Series dah melebih 2050 episod setakat ini selain itu aku suka juga menonton Ini Talkshow yang dihostkan oleh Andre Taulany dan Sule yang popular dalam rancangan Opera Van Java (OVJ) satu ketika dahulu. 

Sebenarnya aku nak gebang sikit yang aku ada menang peraduan tonton dan menang Sinetron Tukang Bubur Naik Haji The Series ni aku memang ikut cerita ni sejak dari hari pertama lagi, Barisan pelakon sinetron ni pun tak kurang hebatnya antaranya adalah Hajjah Nani Wijaya, Andi Arsyil Rahman, Citra Kirana, Latief Sitepu dan ramai lagi. Hadiah yang aku dapat voucer percutian ke Lexis Port Dickson bernilai RM500 hadiah aku tak tau sama ada nak guna ataupun nak dijual nanti.


Sejak dari hari pertama pertandingan tonton dan menang ni aku ikut mencuba nasib, Alhamdulillah aku menang di minggu ke enam pertandingan secara online di laman web AstroGempak



Kalau korang rajin like lah page Indopek dekat facebook korang banyak info yang dikongsi disana.


 Di Instagram juga Indopek juga banyak kongsi info tentang siaran yang akan ditayangkan di siaran 141 Bintang dan 142 Pelangi. Aku ni memang minat layan sinetron dari dulu lagi jadi teringat ikut kawan-kawan aku ke Jakarta jumpa dengan artis sinetron kat sana antaranya adalah Dude Harlino, Naysila Mirdad, Glen Alinskie, Rio Reifan, Rionaldo Stockhorst dan ramai lagi.






p/s - Rezeki ada kat mana-mana dan Allah s.w.t. yang menentukan bukan orang lain yang tentukan.

Aidilfitri 2016 - Part 2




Salam semua,
Hari ni aku nak cerita pasal Aidilfitri yang lepas, Hari pertama beraya aku sekeluarga dekat Seremban, Negeri Sembilan jer lepas sembahyang raya kitaorang cuma beraya di Istana Seri Menanti memang tiap tahun family aku akan beraya di istana sebab nye tak ada rancangan nak kemana-mana pun.


Pagi raya lepas sembahyang raya bersalam-salaman kat rumah semua dengan tema biru tak kisahlah biru apa pun janji biru katanya.

Menu pagi raya aku makan ni jer malas nak makan banyak-banyak sebabnya kejap lagi mesti melantak punya pergi beraya tu.


Lepas tu beraya kat Istana Seri Menanti lah kami semua tu nampak tak anak rajo tongah kasi duit rayo kek rakyat jolato tu ha.

Tu dapek sorang sopuluh ringgit kalau tak silap den. Den dah tuo tak dapek pun lagipun den maleh nak beratur



Lopeh dari istano kami semua singgah rumah saudara dekat Sri Menanti tu jugak memang uwan den orang Kampung Umor, Seri Menanti, Negeri Sembilan sayang rumah kampung dah tak terjaga lagi rumah dah penuh dengan semak samun waktu kitaorang lalu haritu. Tengah hari kitaorang bergerak ke Seremban balik beraya dirumah atuk saudara lepas tu balik rumah masing-masing membungkang kepenatan.


Hari raya kedua punya cerita kitaorang semua pergi rumah arwah maklang aku dekat Klang, Selangor sebab suami arwah maklang aku jer yang masih ada arwah mak aku tak ramai adik beradik cuma 3 orang jer yang pertama Arwah mak Zizah, Arwah mak lang enon ngan arwah mama al-fatihah untuk mereka yang telah mendahului dari kita semua.


Bila sekali sekala berkumpul macam-macam cerita yang keluar dari cerita zaman dulu sampailah cerita yang terkini.



Selepas beraya di Klang kitaorang semua gerak beraya di Kampung Puah Lembah, Jalan Gombak, Kuala Lumpur beraya di rumah nenek saudara kat sana, akhir sekali kitaorang beraya rumah nenek saudara lagi seorang dekat Keramat itu jerlah tempat yang kitaorang beraya haritu.




Hari raya ketiga kitaorang cuma dirumah jer kebetulan atuk saudara kitaorang dari Selandar, Melaka datang beraya sempat jugaklah aku bakar satay dekat rumah kakak aku hari tu sebabnya baki satay yang aku buat sebelum raya hari tu ada lagi kitaorang nak abiskan stok jer sebab malas nak simpan bukan ada orang nak makan nanti.



Khamis, 4 Ogos 2016

Aidilfitri 2016 - Part 1



Salam semua,
Apa kabar korang semua, ada lagi ke yang menyinggah kat blog picisan aku ni dah lama gila tak update aktiviti aku kat blog aku ni. Sebenarnya aku nak cerita pasal Aidilfitri aritu kat rumah arwah mak aku dekat Seremban. Tahun ni aku beraya dekat Seremban tapi sekarang aku nak cerita pasal aktiviti aku sehari sebelum Aidilfitri yang lalu. 



Aidilfitri tahun ni aku yang siapkan semua bahan-bahan yang hendak dimasak sebab dah dua tahun rumah dekat Seremban tak buka lepas arwah ayah meninggal dunia, seawal jam 6pagi aku beratur untuk beli santan dekat pasar dan selesai dapat santannya lebih kurang jam 9.30pagi. Aku ingat nak jual santan jer lah raya tahun depan mesti masyuk.


Rendang ayam kampung, rendang daging, lemang, ketupat, nasi impit, kuah kacang, kuah lodeh antara menu yang aku masak hari tu tapi yang lain-lain pun turut membantu juga.

Ketupat ni memang aku saja je buat bukan makan sangat pun tapi tak meriah kalau hari raya tak ada ketupat dan nasib baiklah aku bolehlah nak menganyam ketupat tu sendiri kalau tak memang tak merasalah nak makan ketupat masing-masing

Nasi impit memang kena ada kalau tak memang tak cukup nak makan ketupat dengan lemang sahaja.


Tahun ni raya aku tak bakar banyak pun lemang dalam 15batang jer aku bakar itupun aku tak buat lemang tepung kali ni rindu pulak nak makan lemang tepung, Insha Allah raya haji aku bakar lemang tepung sekali.


Waktu nak berbuka puasa aku dah bukak sebatang lemang nak tengok menjadi ke tidak lemang aku kali ni, Alhamdulillah menjadi lemang aku kali ni nasib baik semua suka dengan lemang yang aku bakar kali ni.


Aku kalau bakar lemang memang pakai santan pekat jer campur air pun sedikit jer sebab nak kepuasan yang maksimal katanya kalau beli tu selalunya tak berapa nak lemak berkrim lemangnya, cubo ko tengok kek daun pisang tu ekau ghaso banyak tak santan den pakai. Tahun dopan den bukak order yo.. ahahhaa


Waktu berbuka semua kitaorang makan apa yang dah siap masak jer lepas tu kakak aku adalah beli sikit makanan tambahan.








Malam raya macam biasalah masing-masing lepas orang kampung balik dari bertakbir rumah kerumah main bunga api lah tapi waktu ni aku dah tak larat sebab dah kepenatan masuk tidur awal lah aku malam tu.

Nanti aku cerita pasal pagi aidilfitri pulak yer.

Rabu, 2 Julai 2014

Hari Mantai



Salam semua,
korang pernah tak dengar perkataan "HARI MANTAI" bagi aku orang Negeri Sembilan memang kebanyakkan tau dengan hari mantai ni. Seperti kebiasaan sehari sebelum menyambut ramadhan orang-orang Negeri Sembilan akan memasak rendang dan ada yang membakar lemang kiranya seperti ingin menyambut lebaran jugalah. Hari mantai ni biasanya orang-orang Negeri Sembilan akan memotong daging lembu atau kerbau untuk dijadikan juadah utama dan menjadi "kebesaran" orang minangkabau iaitu rendang itu zaman dulu tapi sekarang kebanyakkan orang akan membeli daging lembu atau kerbau di pasar ataupun di tepi jalan yang biasa menjual daging baru.

Sehari sebelum puasa hari tu makcik aku sibuk ajak pergi NSK Selayang aku pun ikutkan jer ler jam 3pagi pergi kesana. Sampai kat sana belilah daging 2kg limpa 1kg hati 1kg & paru 1kg untuk dimasak rendang.  Bolehlah menyambut hari mantai katanya daripada tak sambut langsung kat Kuala Lumpur ni manalah nak cari daging baru untuk masak rendang itupun nasib baik tak bakar lemang hajat hati memang nak bakar lemang haritu tapi sebab buluh talang nak bakar lemang tak ada terpaksa dibatalkan Insha Allah raya ni aku bakar lemang kot sebab ramai yang ajak bakar lemang bersama-sama ni.