Salam semua, korang tengok tajuk mesti cakap awalnya aku dah mula membuat tempahan biskut raya. Sebenarnya bukan aku yang dah mula mengambil tempahan biskut raya ni. Aku tengok kat opis aku dah mula orang bawak contoh biskut raya ni tapi cam aku ni jenis malas sedikit tiap-tiap tahun akulah orang terakhir yang bawak contoh biskut raya ni . Setiap tahun memang aku jual biskut ShortBread, Tart Nenas, London Almond, Biskut Bijan, Biskut Nestum, Candy kelapa & Biskut Kelapa sahaja memang ini sahaja yang aku jual dari dulu sampai sekarang selalunya agak memberangsangkan jugalah income yang aku dapat dari jual biskut raya ni. Kalau dari segi rasa pun bukan nak membangga tapi ramai yang cakap biskut yang aku jual ni sedap sampai ada 1 tahun tu aku tak nak jual pun depa buat permintaan nak tak nak dapat jugalah aku bagi duit raya kat budak-budak yang datang kat umah aku.

P/s - Puasa pun belum lagi dah sibuk dengan raya.