Masyuk

Memaparkan catatan dengan label gossip. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label gossip. Papar semua catatan

Khamis, 12 Januari 2012

Panahan Asmara





Salam semua,
Panahan Asmara siapakah yang terkena panahan asmara itu adakah Pekerja MAS yang terlampau, Sudah rezeki mendatang terima jer lah orang nak belanja memanah di Berjaya Times Square aku pun amik jer lah kan kalau saja-saja nak main benda alah ni lebih baik aku bayar duit booking bola tampar walaupun aku tak pandai main bola tampar tapi dapat gaklah pengalaman baru hasil dari orang belanja terima kasih daun keladi diucapkan kepada Hazman Fadzil yang sudi belanja #GTBC tempoh hari. 







Memang murah kalau dapat beli kupon dari Mydeal.com ni macam hari tu member aku dapat beli kupon bowling 3 games cuma perlu bayar RM7.50 sahaja.



Cik Lily Putih yang kesedapan bermain panah manakala Cik Nunu kesedapan menghisap air kotak dibelakang itu.



Sangat serius mereka bermain maaflah aku terlambat sampai.



Pekerja MAS terlampau memang terkena panahan asmara dengan Cik Ta.



Jamar sungguh berbakat katanya beliau adalah wakil memanah negeri Terengganu.



Dah penuh anak panah kat papan tu staff disana tolong clearkan papan tersebut.




Warna dianak panah tersebut juga ada makna kalau korang nak main nanti dia ajarlah cam ner.



apakah yang mereka semua sedang fikirkan tukan


Nasib baik aku nampak kecik sikit dari Firdaus kan... ahahhaaa







Gaya jer lebih kena nya tidak tapi sekurang-kurangnya mencuba dan memperbaiki.


*Penat macam main bola tampar berpeluh2 gak aku walaupun main dalam aircond
* Lepas tu lepak kat kedai mamak sambil gosip + lawak-lawak lucah semua keluarlah
* Cik Lily Putih baru tau rupa Maggi Goreng Ayam macam mana rupanya.






Rabu, 5 Oktober 2011

Dulu Sepah Kini Sepahtu










Salam semua,
Untuk pengetahuan korang semua Jep dan Shuib akan bergerak secara duo dengan menggunakan nama baru iaitu SEPAHTU (Sepah Two) serta bakal melahirkan sebuah album yang pelbagai genre akan tetapi berunsur komedi tetapi mempunyai mesej yang berguna dari segi lirik bukan berunsur lawak bodoh kepada para pendengar. Kumpulan Sepahtu ini bakal mengeluarkan albumnya pada pertengahan December 2011 serta diedarkan dan dipromosikan oleh Universal Music Malaysia. Datuk M. Nasir, Azmer, Sheikh Qalam, Mawi dan Kumpulan Sepahtu sendiri bakal menjadi Komposer dan penulis lirik untuk album yang bakal keluar dipasaran tidak lama nanti. MW Entertainment Sdn. Bhd. dan Sheikh Qalam Records adalah manjadi tempat naungan kepada Kumpulan Sepahtu sebagai syarikat pengurusan rasmi mereka berdua. 


Jejai dan Mr. Manager sibuk dok tweet ngan Kak Ina KL dirumah mengenai Kumpulan Sepahtu ini.



Majlis bermula dengan pembuka kata dari Juan DanZa seorang blogger terkenal pada satu masa dulu bersama rakan-rakan seperjuangannya.



 
Penerangan dari wakil MW Entertainment Sdn. Bhd. mengenai Kumpulan Sepahtu kepada tetamu yang hadir pada malam tadi.



 
En. Othman Mahmood pula adalah wakil dari Sheikh Qalam Records pula memberi penerangan tentang Kumpulan Sepahtu ini pula. 



Sewaktu sesi soal jawab diantara wartawan bersama Kumpulan Sepahtu soalan wartawan pulak banyak bertanyakan Mamat bukan kepada soalan mengenai Kumpulan Sepahtu, dalam hati aku berkata "barang yang lepas jangan dikenang" tapi itulah kerja wartawan kalau tak ada mereka pasti dunia hiburan tanahair akan hambar dan mereka saling memerlukan antara satu sama yang lain.



Dari raut wajah mereka dapat menunjukkan banyak rahsia yang cuba mereka sembunyikan mengenai sahabat mereka seorang lagi iaitu Mamat.



Sesi bergambar Kumpulan Sepahtu gambar pertama tu dah macam gaya Dr Jusmate 5 plak si jep ni.



Blogger #retis akak Jejai begitu semangat untuk mengambil gambar Kumpulan Sepahtu.



Waktu yang dinantikan telah tiba iaitu masa untuk makan. Kepada peminat makan Ayam Penyet memang aku syorkan kat korang pergi makan dekat sini, Insyaallah aku akan repeat Restoran Dapur Penyet ini lagi.



 Semoga Kumpulan Sepahtu akan terus berjaya walau tak cukup seorang.


   

Selasa, 4 Oktober 2011

Sah Kumpulan Sepah Berpecah







Salam semua,
Aku baru balik Restoran Dapur Penyet di Maju Junction, Kuala Lumpur kerana menghadiri sidang media Kumpulan SEPAHTU. Pada masa yang sama ahli kumpulan Sepah iaitu Jep dan Shuib mengesahkan bahawa Kumpulan Sepah telah berpecah dan kini tinggal beliau dan Shuib sahaja masih kekal dan telah menggantikan nama Kumpulan Sepah kepada Kumpulan Sepahtu. Dari apa yang aku nampak sepertinya mereka berdua memang memendam cerita mengenai Mamat tapi demi periuk nasi mereka berdua dan juga Mamat mereka tetap tidak ingin membongkar rahsia mereka berdua.








p/s - sejak bila aku jadi blogger #retis ni, Nanti aku update pasal Kumpulan Sepahtu pulak.







Jumaat, 3 September 2010

Berbuka Puasa @ Kampung Puah Lembah




Hari Ahad lepas semua adik beradik aku dari Seremban dan Kuala Lumpur turun ke Kampung Puah Lembah nama jer kampung tapi still kat Jln Gombak, Kuala Lumpur jer. Tahun ni kita orang berkumpul kat rumah arwah Pak Long aku walaupun Pak Long aku dah meninggal dunia tapi hubungan kami sekeluarga still akrab tapi kali ni aku tak berbuka bersama sebab aku tolong member aku berniaga tapi lepas abis berniaga aku terus pergi KPL sampai sana depa semua dah abis makan aku pun dah memang kenyang berbuka kat tempat berniaga. Sampai sana terus aku suruh member aku yang duduk kat KPL tu belikan bunga api kami main sampai lebam kat sana.
Lebih kurang jam 11 malam kami pun gerak balik ke destinasi masing-masing. Memang asal usul kami kebanyakkannya memang berasal dari Gombak yang sinonim dengan Minangkabau.

Inilah rumah arwah Pak Long aku kat Kampung Puah Lembah Hj. Ishak Bin Yusoff salah seorang bekas imam masjid Jamek batu 4 1/2 Jln Gombak.


Masa untuk bergosip bukan bergosip pun tapi berbincang mengenai masalah keluarga dan menyelesaikan apa yang tak selesai.


Sempat lagi bergambar di beranda rumah yang kat bawah tu baju putih tu anak buah aku berkerja sebagai penyanyi kat Hard Rock Cafe Penang.


Adik aku bersama anak buah aku


Aku ngan Kak Sal (isteri kepada sepupu aku) sempat lagi bergosip kata kau.


Bunga api jer ler tak da mercun mercun ni bahaya, sekadar memeriahkan lebaran yang akan kunjung tak lama lagi.




p/s - sapa lagi dapat jemputan berbuka puasa digi di The Apartment, KLCC?



Sabtu, 17 Julai 2010

Maya Karin Bercerai



Gambar dari Mstar


Heboh semua orang dah tau pasal Maya Karin dah bercerai talak satu sebelum ini Maya Karin berkahwin di Villa Corte de Lago, Italy pada 14 Ogos 2008 manakala majlis resepsi mereka diaadakan di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) pada 26 Ogos 2010.
Aku masih ingat lagi kalau tak silap buah tangan untuk tetamu yang hadir pada majlis resepsi mereka adalah Mentol Lampu.
Inilah dinamakan Asam Garam Kehidupan. Ajal, Maut, Jodoh & Pertemuan ditangan Allah S.W.T. kita hanya merancang dan hanya DIA yang lebih mengetahui redha aja dengan apa yang telah berlaku mungkin ini semua adalah satu cubaan Allah S.W.T. kepada umat yang disayangi-Nya terima dengan hati yang terbuka.