Masyuk

Memaparkan catatan dengan label bowling. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label bowling. Papar semua catatan

Ahad, 19 Disember 2010

Berjimba Di Wangsa Walk Bersama Blogger's





Salam hari Isnin yang indah (haktuiiii). Sapa yang suka hari Isnin ni? lain lah hari Jumaat kompem semua suka. Oklah aku nak cerita pasal hari Jumaat lepas selepas waktu kerja dalam jam 8.00 malam kami para blogger's yang masuk air telah melepakkan diri di Wangsa Walk, Wangsa Maju. Ini semua planning aku, Kak Ina KL ngan Aus memasing dah lama tak berjumpakan. Tujuan utama adalah nak berjimba-jimba setelah lama tak berjumpa. Dalam keadaan hujan renyai-renyai aku pun redah jer dari Sentul menuju ke Wangsa Walk tu. Antara watak yang terlibat adalah Kak Ina KL, Chearmster, Tia, Ery a.k.a. Tifa, Jard The Great, AusMelankolik, Cik Norfa, Anak Perak, Redlinda, Hamzah Gay, Miera, Eykameow, Cik Hel lagi sapa ekk yang aku tak list ni?


Memang dah rancang nak main bowling kat Wangsa Walk tu sampaikan Mr. Manager Kak Ina KL cakap kat aku jangan tak jadi main sudahlah memang hampa aku.


Aksi-aksi terlampau dari anak-anak dara, mak dara & PAK DARA. ahahahhaa


Aus jangan salahkan aku yer gambar ko cam ni.


Musuh aku dengan Aus kitaorang memang tak suka dengan mamat ni sebab di suka melucah. ahahahahahhaa


Sumpah aku suka dua gambar diatas ini macam ada chemistry kan dua gambar ni. gambar yer bukan orang nya tapi kalau betul apa salahnya kan.


Pandang-pandang jeling-jeling cam lagu Dato SM Salim feat Dato Siti Nurhaliza plak kan.


Aku rasa gambar depa berdua ni pulak banyak ekk.


Lepas main bowling kami semua pergi KAROK'S yang ditaja oleh Chearmster memang power siot suara dia patut kena masuk AF ker Mentor ker etc. Suara Redlinda pun leh tahan gak Sore Cik Norfa plak tak yah pakai microfon pun dah cukup kuat.






p/s - Gambar karok akan menyusul maybe malam ini ataupun esok


Rabu, 15 Disember 2010

Bowling Bersama Ketua Tali Barut



Adalah dimaklumkan bahawa Aku, Kak Ina KL & Aus akan melepak di Wangsa Walk, Wangsa Maju. Kami bercadang nak main bowling sekaligus mengambil "kukis" sedap yang telah diorder dari Kak Ina KL.Kepada Tali Barut Kak Ina KL jom kita meramaikan aktiviti ini sekaligus menghapuskan dendam rindu sesama tali barut. kah kah kah
Ini bukan tournament yer sebab tak ada hadiah pun yang akan disediakan kita cuma nak bersuka ria jer. Kos untuk bermain bowling tersebut adalah SDN. BHD.
sebab kami tak kaya cam Chearmster yang selalu belanja kengkawan KAROK's. Selain itu kita bolehlah bergossip tentang isu semasa dan ketawa berdekah-dekah.




Tempat : Wangsa Walk Wangsa Maju
Tarikh : 17 December 2010 (Jumaat malam Sabtu)
Masa : Selepas Maghrib


p/s - tiada paksaan untuk menyertai aktiviti ini, kalau kami bertiga jer yang ada kami akan lepak kat NZ jer kot.

Jumaat, 10 Disember 2010

Bowling Tournament 2010






Salam 1 Malaysia semua, Pagi ni aku nak bercerita pasal hari minggu yang lepas bukan yang semalam ler. Last Sunday aku ada bowling tournament kat MidValley aku masuk pun just for fun jer tak da la untuk menang aku bukan teror sangat main bowling setakat campak sudah kasi jahanam lane bowl tu sudah ler. Memang setiap tahun tempat aku berkerja ni memang mengadakan bowling tournament tahun ni aku team dengan adik aku MisZ Lady, NakNoor & Hanies cam tahun-tahun lepas aku ngan member-member seperjuangan aku tapi dek masalah yang tak dapat dielakkan aku dengan team "Magik Tak". Redah jer la apa pun aku happy main bowling on that day.





Brunch yang disediakan adalah karipap, sandwich, bihun goreng & air mineral.


Main pun dekat Cosmic Bowl kat Mid Valley


Team Magik Tak Aku, MisZ Lady, Naknoor, Hanies


dah orang nak amik gambor aku aku tadah jer ler muker aku tu





Dengan aku tertinggal segala macam bola bowl, camera on that day tu yang cam sengal-sengal ubi tu. ehehehehehhe


Rabu, 3 Februari 2010

Bowling dengan Warga Kampung Puah Lembah




N3 kali ini tidak ada kena mengena dengan Mini Blogger Gathering yang akan diadakan pada hari Ahad ini yer.

Hari Ahad malam Isnin lepas aku ngan warga KPL (Kampung Puah Lembah) la
pergi membowlingkan diri kat Wangsa Walk.
Aku pergi ngan member member KPL yang aku kenal sejak kecik lagik ler
tujuan kesana memang nak main bowling ler tak kan nak main guli plak.


ini abang cik aku, hubungan aku ngan dia adalah sepupu ler
arwah ayah dia aku panggil pak long sahak imam masjid batu 4 1/2
arwah pak long aku ni dulu orang panggil sahak janggut


bosan gak la aku nak menunggu main bowling nih coz ramai sangat orang
sebab hari isnin tuh kan cuti Hari Wilayah.


aksi lucah aku bersama anak buah aku ler. apa ko ingat aku gay ker
pala hotak lu orang. Nabi tak mengaku umat babe.


Antara taiko taiko Kampung Puah Lembah.


meriah babe bila satu kampung berkumpul main bowling kecoh pusat bowling kat wangsa walk tuh.


pelapis Kampung Puah Lembah.