Masyuk

Memaparkan catatan dengan label lebaran. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label lebaran. Papar semua catatan

Selasa, 9 Ogos 2016

Aidilfitri 2016 - Part 2




Salam semua,
Hari ni aku nak cerita pasal Aidilfitri yang lepas, Hari pertama beraya aku sekeluarga dekat Seremban, Negeri Sembilan jer lepas sembahyang raya kitaorang cuma beraya di Istana Seri Menanti memang tiap tahun family aku akan beraya di istana sebab nye tak ada rancangan nak kemana-mana pun.


Pagi raya lepas sembahyang raya bersalam-salaman kat rumah semua dengan tema biru tak kisahlah biru apa pun janji biru katanya.

Menu pagi raya aku makan ni jer malas nak makan banyak-banyak sebabnya kejap lagi mesti melantak punya pergi beraya tu.


Lepas tu beraya kat Istana Seri Menanti lah kami semua tu nampak tak anak rajo tongah kasi duit rayo kek rakyat jolato tu ha.

Tu dapek sorang sopuluh ringgit kalau tak silap den. Den dah tuo tak dapek pun lagipun den maleh nak beratur



Lopeh dari istano kami semua singgah rumah saudara dekat Sri Menanti tu jugak memang uwan den orang Kampung Umor, Seri Menanti, Negeri Sembilan sayang rumah kampung dah tak terjaga lagi rumah dah penuh dengan semak samun waktu kitaorang lalu haritu. Tengah hari kitaorang bergerak ke Seremban balik beraya dirumah atuk saudara lepas tu balik rumah masing-masing membungkang kepenatan.


Hari raya kedua punya cerita kitaorang semua pergi rumah arwah maklang aku dekat Klang, Selangor sebab suami arwah maklang aku jer yang masih ada arwah mak aku tak ramai adik beradik cuma 3 orang jer yang pertama Arwah mak Zizah, Arwah mak lang enon ngan arwah mama al-fatihah untuk mereka yang telah mendahului dari kita semua.


Bila sekali sekala berkumpul macam-macam cerita yang keluar dari cerita zaman dulu sampailah cerita yang terkini.



Selepas beraya di Klang kitaorang semua gerak beraya di Kampung Puah Lembah, Jalan Gombak, Kuala Lumpur beraya di rumah nenek saudara kat sana, akhir sekali kitaorang beraya rumah nenek saudara lagi seorang dekat Keramat itu jerlah tempat yang kitaorang beraya haritu.




Hari raya ketiga kitaorang cuma dirumah jer kebetulan atuk saudara kitaorang dari Selandar, Melaka datang beraya sempat jugaklah aku bakar satay dekat rumah kakak aku hari tu sebabnya baki satay yang aku buat sebelum raya hari tu ada lagi kitaorang nak abiskan stok jer sebab malas nak simpan bukan ada orang nak makan nanti.



Khamis, 4 Ogos 2016

Aidilfitri 2016 - Part 1



Salam semua,
Apa kabar korang semua, ada lagi ke yang menyinggah kat blog picisan aku ni dah lama gila tak update aktiviti aku kat blog aku ni. Sebenarnya aku nak cerita pasal Aidilfitri aritu kat rumah arwah mak aku dekat Seremban. Tahun ni aku beraya dekat Seremban tapi sekarang aku nak cerita pasal aktiviti aku sehari sebelum Aidilfitri yang lalu. 



Aidilfitri tahun ni aku yang siapkan semua bahan-bahan yang hendak dimasak sebab dah dua tahun rumah dekat Seremban tak buka lepas arwah ayah meninggal dunia, seawal jam 6pagi aku beratur untuk beli santan dekat pasar dan selesai dapat santannya lebih kurang jam 9.30pagi. Aku ingat nak jual santan jer lah raya tahun depan mesti masyuk.


Rendang ayam kampung, rendang daging, lemang, ketupat, nasi impit, kuah kacang, kuah lodeh antara menu yang aku masak hari tu tapi yang lain-lain pun turut membantu juga.

Ketupat ni memang aku saja je buat bukan makan sangat pun tapi tak meriah kalau hari raya tak ada ketupat dan nasib baiklah aku bolehlah nak menganyam ketupat tu sendiri kalau tak memang tak merasalah nak makan ketupat masing-masing

Nasi impit memang kena ada kalau tak memang tak cukup nak makan ketupat dengan lemang sahaja.


Tahun ni raya aku tak bakar banyak pun lemang dalam 15batang jer aku bakar itupun aku tak buat lemang tepung kali ni rindu pulak nak makan lemang tepung, Insha Allah raya haji aku bakar lemang tepung sekali.


Waktu nak berbuka puasa aku dah bukak sebatang lemang nak tengok menjadi ke tidak lemang aku kali ni, Alhamdulillah menjadi lemang aku kali ni nasib baik semua suka dengan lemang yang aku bakar kali ni.


Aku kalau bakar lemang memang pakai santan pekat jer campur air pun sedikit jer sebab nak kepuasan yang maksimal katanya kalau beli tu selalunya tak berapa nak lemak berkrim lemangnya, cubo ko tengok kek daun pisang tu ekau ghaso banyak tak santan den pakai. Tahun dopan den bukak order yo.. ahahhaa


Waktu berbuka semua kitaorang makan apa yang dah siap masak jer lepas tu kakak aku adalah beli sikit makanan tambahan.








Malam raya macam biasalah masing-masing lepas orang kampung balik dari bertakbir rumah kerumah main bunga api lah tapi waktu ni aku dah tak larat sebab dah kepenatan masuk tidur awal lah aku malam tu.

Nanti aku cerita pasal pagi aidilfitri pulak yer.

Khamis, 5 September 2013

Cerita Bulan Lepas



Salam semua,
Dah lama aku tak mengomel dalam blog picisan aku ni wey, rasa rindu pulak nak berblog dan ber"event" dengan korang semua. Last aku update bulan Julai lepas mood malas dan sibuk membuatkan aku malas untuk berblog ni wey macam-macam cerita aku nak ngomelkan tapi tak berkesempatan jer gamaknya. 

Bulan ramadhan lepas macam biasalah aktiviti aku menolong jiran aku buat biskut raya macam-macam biskut yang kitaorang buat antaranya biskut sarang semut, biskut mazola dan macam-macam lagilah tapi tak banyak gambar yang diambil ini jerlah yang sempat aku ambil gambarnya.



 Seminggu sebelum umat islam menyambut lebaran keluarga aku mendapat panggilan dari Mersing mengatakan mama aku sakit masuk hospital terpaksalah aku dan keluarga balik ke Mersing untuk menjenguk mama aku kat Hospital Mersing lebih kurang seminggu aku berkampung kat Mersing tu.


 6hb Ogos 2013 jam 11 malam mama aku dijemput kerahmatullah. Segala urusan di Mersing diuruskan oleh abang aku manakala aku menguruskan urusan di Kuala Lumpur kerana kami ingin mengebumikan mama aku di Tanah Perkuburan Kg Puah, Gombak sebab ahli keluarga aku semuanya berada di Kuala Lumpur mana ada ahli keluarga aku di Mersing tu. Al-Fatihah



 Jenazah mama aku selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kg Puah pada hari Rabu bersamaan 7hb Ogos 2013 segala urusan selesai lebih kurang jam 4petang dan dihadiri oleh keluarga terdekat sahaja kerana ramai yang sibuk menyediakan juadah untuk menyambut lebaran.



 Yang pergi tetap pergi yang hidup perlu diteruskan walaupun sedih tapi aku sambut juga lebaran macam biasa masak ketupat dalam 30 biji itupun ketupat sate itu jer yang aku pandai anyam puas belajar nak buat ketupat bawang tapi tak menjadi.


 Hari raya aku cuma duduk rumah bulan kat Kg Puah Lembah jer tak pergi mana-mana langsung sebab malas nak pergi beraya pagi raya ziarah kubur lepas tu lepak duduk rumah jer.

oklah nanti ada masa aku ngomel lagi kat sini yer.


Khamis, 2 Ogos 2012

Tempah Kuih Raya 2012



Salam semua, 
Macam biasalah tiap tiap tahun pasti aku menjual biskut raya kat tempat kerja aku ni. Aku saja nak update kat blog aku ni walaupun tak pernah pun orang order biskut ni melalui blog picisan aku ni. Tapi alhamdulillah rezeki raya walaupun cuma jualkan sahaja dapat gak aku duit raya bak kata orang lepaslah sepasang baju melayu.



ShortBread 50 biji RM35 ramai yang kata mahal tapi bila dah rasa terus order.


 
 Candy Rasberry ni pun harganya RM35 untuk 50 biji


 Almond London pulak harganya RM30 untuk 50biji tapi 100% guna almond dan sebiji bukan potong-potong nyer almond.







5 jenis biskut raya yang kat atas ni memang aku order untuk aku punya memang terbaek dari ladang.



Yang bawah ni pulak memang resipi family aku dari dulu memang tak tinggal punya tiap-tiap raya mesti buat punya.


Nestum Cornflakes sebalang RM28 


Kek buah kukus RM35 sekilo memang terbaek dari ladang yang banyak order kek ni makcik-makcik.


Khamis, 29 September 2011

Majlis Rumah Terbuka Kampung Puah Lembah, Jln Gombak, KL







Salam semua,
Sabtu dua minggu lepas aku pergi ke Kampung Puah Lembah (KPL), Jln Gombak, Kuala Lumpur sebab disana ada mengadakan Majlis Rumah Terbuka Kampung Puah Lembah. Kalau dah memang asal dari sana setiap aktiviti yang diadakan di KPL aku sekeluarga pasti dijemput dan tak dilupakan. Majlis diadakan secara gotong-royong penduduk Kampung Puah Lembah sendiri tanpa menggunakan khidmat katering yang memang menjadi kebiasaan penduduk di "hutan batu" ini. Semua hidangan yang disajikan adalah hasil "air tangan" penduduk di KPL sendiri dari Lemang, Rendang senang cerita semuanyalah. Ramai juga tetamu yang hadir tidak mengira pangkat, agama, bangsa dan status bak kata PM 1Malaysia la ni.


Antara hidangan dan suasana sewaktu di Majlis Rumah Terbuka Kampung Puah Lembah.


Ketua kampung bergambar bersama penduduk dan tetamu yang hadir.


Semua saling bantu membantu tanpa mengira usia dan jantina.


Mak long kesayanganku juga turut hadir walaupun bertongkat.


Tetamu VIP juga turut hadir di majlis tersebut.


Suasana dan tetamu yang hadir memang sungguh meriah pada hari tersebut.


Sesi berkaraoke lagu raya juga turut diadakan pada hari tersebut.



Banyak pondok-pondok di tepi sungai yang disediakan kepada tetamu.



Untuk pengetahuan semua KPL juga telah dipilih oleh Farawahida untuk membuat klip video lagu Hayati Raya Sejati dan ramai penduduk KPL yang terlibat dengan pembikinan klip video ini.




p/s - Semoga semua aktiviti yang berfaedah seperti ini dapat dikekalkan di KPL.