Salam semua, Tak disangka aku mendapat kad hari raya tadi walaupun sudah 15 hari kita menyambut kemenangan selepas berpuasa selama sebulan (tahun ni tak cukup kot). Walaupun lambat aku terima kad hari raya ini tapi aku berbangga still mendapat kad raya dari seorang Pendididik di Negeri Melaka iaitu Sonata Anak Kancil. Tahun lepas aku ada bagi sikit ole-ole kepada beliau tapi tahun ni aku tak sempat untuk berbuat demikian kerana kesibukkan melanda diriku ini. Minta maaf Kak Sonata Anak Kancil kerana tak dapat nak balas apa-apa pun tapi terima kasih daun keladi sebab sudi bagi kat raya kat saya.



Terima Kasih Kak SAK sebab sudi bagi kad raya
http://www.daydeck86.com/2010/07/rezeki-jangan-ditolak-lah.html