Masyuk

Memaparkan catatan dengan label gambar. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label gambar. Papar semua catatan

Ahad, 21 Ogos 2011

IFTAR Bersama Artis Universal Music Malaysia Di Shazana Cafe







Salam Ramadhan yang mulia semua, Hari Jumaat lepas Universal Music Malaysia (UMM) mengadakan IFTAR bersama anak-anak yatim dari Rumah Maahad Tahfiz Baitul Ummah dari Danau Kota di Shazana Pau Cafe, Kampung Baru. Aku mendapat jemputan dari blogger Hilal Azmi yang manis bertahi lalat di dagu macam seniwati Saadiah. Terima Kasih kepada Cik Lily Putih yang sudi guide aku nak kesini sebab aku tak pernah lepak kat Shazana Pau Cafe ini. Aku sampai lebih kurang jam 7.15 malam sebab hujan yang agak lebat tapi alhamdulillah aku sempat sampai sebelum berbuka lagi.



Kalau korang nak pergi makan kat sini senang jer sebenarnya dari Masjid Jamek Kampung Baru korang terus jer sampai ke hujung insyaallah korang nampak Shazana Pau Cafe ni.


Cantik pulak aku tengok pau yang berwarna warni ni macam lampu trafik plak gamaknya.


Kalau korang nak tau itulah suami kepada Ketua Tali Barut Kak Ina KL bukan KAKI NAKAL yer.


Sampai-sampai jer kena register dulu Hilal Azmi dengan Atan Tuya & Adham Syafiq baru boleh dapat buah tangan dari Universal Music Malaysia.


Juan Danza sebagai pengacara kalau korang ingat dulu zaman Mawi kat AF dialah antara blogger's yang terkenal selain KlubbKidd, El Kapitan, Sultan Muzaffar dll.


Antara artis yang hadir pula adalah Ana Rafali & Yazer macam dah janji jer baju depa ni sedondon kan.


Sesi penyampaian buah tangan dan duit raya kepada anak-anak yatim yang hadir.


Kalau blogger's dah bertemu tu mesti nak bergambar punya antara yang hadir adalah Red Mummy, Kak Ina KL, Eyriqazz, Mohd Zaid, Jejai, Cik Lily Putih, Hilal Azmi, BroFramstone, DdFabulous. Korang tengok tu aku siap jadi model tak leh blah Handbag LV Red Mummy tu.


Blogger's bergambar bersama Ana Rafali yang memang sempoi giler. Ana siap bawak printer untuk print gambar dengan dia pastu siap tandatangan lagi gambar tersebut, Memang sempoi ar dia ni aku rasa artis lain xda buat cam dia ni.


Ketua tali barut Kak Ina KL dengan Ana Rafali.


Aku, Ana Rafali & Cik Lily Putih


Mestilah aku nak bergambar berdua dengan Ana Rafali kan.


Lepas tu ramai jugaklah blogger's berkejar nak balik rumah sebab banyak lagi kerjan nak buatkan yang tinggal pun beberapa kerat mendengar Juan Danza berceloteh.


Man Kidal juga turut hadir pada malam tersebut.


Mendengar pula persembahan dari Kumpulan Nasyid Saujana.


Ahmad ahmad ni sebenarnya lagu-lagu depa ni mempunyai maksud yang mendalam kalau korang perasan kalau korang perasan lagu depa ni ada kat cerita Jongkang Jongket.




p/s - kalau korang perasan kebanyakkan gambar dengan gaya PEACE jer kan.




Sabtu, 23 Julai 2011

1000 Smiles For Nature Event





Salam semua, naik bersawang blog aku ni lebih 2minggu juga aku rasa aku tak update mungkin kesibukkan untuk menanti kehadiran Ramadhan yang mulia dicampur pulak dengan masalah teknikal yang tak dapat dielakkan menyebabkan aku tak berkesempatan untuk menghapdet blog picisan aku ni. Baiklah kembali kepada cerita 1000 smiles for nature yang berlangsung di Jusco Aeon AU2 Keramat. Pelbagai aktiviti yang diadakan sewaktu majlis berlangsung. Event tersebut adalah kerjasama antara TREETSHIRT bersama YAWA.


Sewaktu baru sampai di pagi hari kami sibuk prepare + breakfast di sana.


Acara pertama adalah pertandingan melukis dan mewarna mengikut kategori umur.


Selepas itu ada juga persembahan alat muzik dari kumpulan RENTAK HIJAU yang diperbuat daripada barangan terbuang.


Bergambar untuk treetshirt


Menderma untuk Yayasan Anak Warisan Alam.


Don't Trash Our Future antara lakonan yang terdapat pada event tersebut.


Custom t-shirt pun ada juga disediakan tapi malangnya aku tak ada size.


Antara kawan-kawan aku yang mengambil bahagian pada hari tersebut.



Adham Syafiq nak bergambar juga.


Antara kumpulan indie yang membuat persembahan pada hari tersebut.


Diakhir majlis kami mengambil kesempatan untuk bergambar seperti sebuah band terkenal.





p/s - hadiah GA aku belum sempat nak pos tapi korang semua jangan takut aku PASTI akan pos kan hadiah korang tu.




Selasa, 28 Jun 2011

Photoshoot Bersama Darwisy Akashah



Salam semua, aku nak cerita pasal hari Ahad yang lepas aku pergi ikut member aku photoshoot kat Taman Tasik Perdana lagi yang pertama aku pergi photoshoot dengan Aqil Wildan kali ini photoshoot dengan Darwisy Akashah pulak. Darwisy Akashah ni juga anak kepada member kitaorang juga. Kerja aku cuma menyibuk jer sebab aku masih belajar yang tak tamat-tamat lagi sampai sekarang.


Seronok sekali skala dapat peluang bebas budak ticik ni ekk...


Sayang ibu dan papa


Antara gambar-gambar yang tak seberapa sempat aku shoot


Suka ko ekk Darwisy Akashah.


Shoot paling mahal dari aku... ahahahaa

Ahad, 17 April 2011

Bergambar Di Studio - Seri Kembangan



Semalam hari Sabtu aku pergi studio di Seri Kembangan nak ambil gambar studio dengan kawan aku saja nak ambil gambar untuk rangka promosi studio untuk disewakan kepada para photographer yang ingin mengambil gambar di studio. Model adalah member kami dan budget nak bergambar macam David Beckham buat jer lah janji ko senang hati.


Ni kami gunakan background hitam nampak la segala macam shadownya. Buat cover majalah pun cantik gak gambar ni.


Budget David Beckham la pulak tapi cam Zain Ruffedge adalah.


Gambar separuh bogel kalau Raja Azmi nampak ni kompem buat cerita baru ganti cerita ....dalam botol.


Macam pasangan pengantin baru walaupun bukan.


Memikirkan masa depan ke atau memikirkan minggu depan kita nak ke Bali.




Kalau sesiapa berminat untuk bergambar didalam Studio boleh lah cari aku dan aku boleh tolong dealkan dengan tuan punya studio bayaran yang dikenakan tak sampai RM100 untuk sejam kalau nak ambil pakej pun boleh juga.




Ahad, 17 Oktober 2010

Gambar Nuffnang Glitterati Plus Open Meeting - New




Hasrat hati memang nak upload gambar n buat entry pasal Nuffnang Glitterati Plus Open Meeting tadi tapi Picasa plak problem hangin jugak la badan den nih ha.
TAK TERTUNAILAH HASRAT DIHATI

Tak tau la kenapa sebelum aku pergi Hospital Kuala Lumpur (HKL) melawat akak sepupu aku masuk ICU sebab demam denggi berdarah tadi okeh jer balik ni pulak ada problem ni sekarang tengah download picasa baru bukan apa pakai picasa ni senang nak edit gambar walaupun gambar tak secantik gambar yang diambil oleh Photographer handalan yang lain tapi bagi newbie cam aku dalam dunia Photography ni okeh la kot. Nak pakai Photoscape & photoshop tak berapa nak pandai still kena belajar lagi. Korang jangan cakap aku mungkir janji pulak ekk... bukan sengaja aku tak upload gambar malam ni tapi sebab ada masalah teknikal yang tak dapat dielakkan.



p/s - Korang ada suggestion tak nak pakai editor gambar yang lain sebab aku ni boleh dikategorikan buta it gak ni.