Masyuk

Memaparkan catatan dengan label kenduri. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kenduri. Papar semua catatan

Khamis, 4 Oktober 2012

Selamat Pengantin Baru - Norli & Ariff









Salam semua,
Hari ni macam rajin sikit nak update blog serabai aku ni padahal cerita dah lama sejak dari hari Malaysia hari tu lagik tapi baru hari ni aku nak update. Kenduri kahwin ni buat secara gotong royong kat Wangsa Maju, kalau kenduri kat Wangsa Maju ni rumah keluarga atan tuya n keluarga mak cik siti memang aku tak boleh lari punya dah macam keluarga aku sendiri wey rapat sejak kecik lagi kalau rumah orang lain memang idaklah teman bermati matian buat kerje nyer wey. Sejak dari hari Jumaat lagi aku dah berkampung kat Wangsa Maju tu. 

 
 Hari Jumaat waktu lunch time lari gak tengok orang bakar lemang aku tak tolong pun cuma tolong makan dengan tolong tengok jer.


Balik kerja lepas mandi g lagik rumahnya tolong buat hantaran pulak katanya hantaran langsung tak buat lagik padahal dah nak hari langsung dah tu dekat jam 4pagi baru aku balik rumah tido.


Antara hasil kerja keras tangan aku tolong buat hantaran last minit.



Tup tup hari langsung baru cakap tak ada orang buat lauk pengantik tak pasal-pasal aku jadi bidan terjun lagi wey nasib baik aku pernah tolong arwah emak buat lauk pengantin dulu pastu boleh pulak tak amik gambarkan






 

Selasa, 27 Disember 2011

Rezeki Hujung Tahun



Salam semua,
Kalau korang semua perasan kebiasaannya hujung-hujung tahun ramai yang membuat kenduri hampir setiap minggu dijemput menghadiri majlis2 tersebut. Banyak juga yang tidak dapat aku hadiri mintak maaf yer kengkawan. Kenduri yang akan aku pergi kalau tak ada aral yang melintang adalah kenduri di Kampung Puah Lembah, Gombak, Kuala Lumpur sebab kenduri di Kampung Puah Lembah paling meriah aku rasa dengan semangat gotong royong dan penduduk yang ramah semuanya. Dalam bulan ni sahaja ada 3 kenduri doa selamat, aqiqah dan cukur jambul penduduk Kampung Puah Lembah adakan secara gotong royong kat "KEYELL" ni mana nak jumpa lagi kenduri yang diadakan secara gotong royong.



Semasa majlis marhaban dijalankan dan ahli-ahlinya adalah penduduk Kampung Puah Lembah sendiri.


Bunga telur yang agak moden tapi orang-orang tua cakap "apo pulak bagi anak patung"


Kebetulan ketua kumpulan Marhaban masuk hospital telefon nak dengar majlis berjalan lancar atau tidak alhamdulillah semuanya ok jer.



Mengaminkan doa yang dibaca.



Selawat keatas junjungan besar Nabi Muhamad S.A.W.



Kasih ibu bapa lagu asal kumpulan Orkes El Suraya menjadi lagu penutup majlis, Aku pun dah naik hafal lagu ni wey.



Dapat juga rezeki aku sikit-sikit jual gambar kepada makcik2 di Kampung Puah Lembah ni sebab depa suruh aku cuci dan framekan gambar mereka tapi takdalah aku makan haram banyak untung singit dua inggit jer buat isi minyak.


Ini rezeki juga ni mana tau dapat jodoh ker nanti. 
ahahhaa


Ahad, 12 Jun 2011

Orang Lelaki Pun Berseni Juga





Tajuk tak boleh blah Orang Lelaki Pun Berseni Juga kadang-kadang tu lagi berseni dari perempuan tapi aku bukan nak membangga diri atau apa cuma nak share kalau dah keturunan seni tu tak leh buat apa ko tengok sepupu aku yang lelaki tu pun rajin gak tolong kitaorang membuat hantaran bagai.



Insyaallah paling cepat kitaorang nak buat business sewa khemah kahwin, buat hantaran, katering tapi satu satu la tak ada lah buat serentak mana nak carik modal siot pelan-pelan kayuh tapi itu semua perancangan jer belum kompem lagi doakan kalau jadi ianya berjaya.


Duit penanggah untuk para penanggah yang membuat kerja. Semua kerja dibuat sendiri oleh kami secara gotong royong bersama.




Kenduri Kahwin Lagi



Salam semua, Minggu lepas aku pergi kenduri kahwin lagi dekat area rumah aku ni jer. Kenduri kali ini adalah kenduri saudara Cik Nieza kiranya sepupu Cik Nieza lah yang kahwin ni. Kenduri kali ini aku tak tolong sangat pun cuma aku tolong pasang bilik pengantin 2 hari sebelum kenduri sebab depa semua tak tau nak pasang macam mana padahal barang tirai semua tu dari kampung depa gak tak jadi masalah la sebab aku pun tak ada apa nak buat pun.


Ini adalah kumpulan Kompang dari adik Cik Nieza kalau korang nak menggunakan khidmat kompang ni bolehlah contact aku tolong promote.


Pasangan mempelai cantik diatas pelaminan.


Hantaran yang dibuat sendiri oleh pengantin perempuan.


Mak cik Jenab dengan Ibu Imur.


Kak Ipat dengan Bakso yang disediakan untuk tetamu aku cuma makan bakso ni jer memang sedap wey bakso ni sampai hari ini aku teringat bakso ni.



p/s - Semoga menjadi keluarga yang sakinah, mawwaddah & warahhmah



Sabtu, 16 April 2011

Selamat Pengantin Baru Azlin & Rizal





Salam semua, Selamat berhujung minggu kepada semua. Minggu lepas aku pergi ikut member aku shoot orang kahwin. yang kahwin pula adalah kawan aku juga tua setahun dari aku. Aku memang tak pandai lagi shoot orang kahwin tapi aku pergi pun coz aku nak belajar sebab aku kalau teori ni malas sikit aku lebih suka dengan teknik " try and error ". Majlis perkahwinan diadakan di Villa Ukhwah di Taman Tasik Titiwangsa. semoga mahligai yang dibina akan terus berkekalan dan menjadi keluarga yang sakinah, mawadah & warahmah.


Pasangan pengantin yang segak dan lawa diatas pelaminan yang indah.


Para "dayang-dayang" yang telah diberikan tugas-tugas yang ditetapkan.


Ucapan ikhlas buat tetamu yang hadir.


Sekali sekala dapat bersua muka dengan bekas guru SMKWM2.


Cenderahati ikhlas buat para tetamu yang sudi hadir.



p/s - bila pula giliran aku ni..... ni tak sabar nak kumpul duit pastu kahwin (ada ke calonnya) hehehehehehhehe




Rabu, 6 April 2011

Bolek Godang



Salam berhujung minggu semua, Minggu lepas anak mak cik jenab kahwin oleh yang demikian den pun sibuk sikit tak nyompat nak update blog picisan aku ni. Den cumo ajak Kak Ina KL jer sebab rumah dia dekat dengan kau yang lain-lain aku tak jemput minta maaf yer semua lagipun bukan aku yang kahwen kalau aku yang kahwen dah tentu aku jemput semua member-member blog. Insyaallah turn aku tahun depan pula kalau diizinkan oleh Allah S.W.T. Macam biasalah kalau kenduri rumah Mak Cik Jenab dah tentu la buat rewang tak mainlah katering-katering ni tak meriah katanya. Sibuk tu memanglah sibuk dari hari Khamis orang dah ramai datang rumah membantu untuk menyediakan barang-barang memasak. Aku mula cuti pula hari Jumaat ikutkan hati aku malas nak bercuti tapi karang macam-macam pulak orang cakapkan.



Antara menu utama adalah Rendang Daging sebanyak 100kg daging lembu disediakan memang beli daging beku jer sebabnya ramai orang yang agak veteran tak boleh makan daging baru kang ramai pulak yang tumbang lepas balik kenduri, aku buat kerja apa yang patutlah.


Sabtu malam minggu ada majlis berinai kecil tapi aku tak ada sebab ada mesyuarat di Kampung Puah Lembah aku lari jap memang agak sibuk la pada hari tersebut.


Sewaktu pengantin sedang tukar-tukar baju mak cik jenab agak keletihan pada malam itu.


Hari Minggu pulak majlis berinai besar ataupun hari langsung keluarga sebelah kami memakai baju warna unggu.


Pengantin bersama orang tua nya.


Bergambar bersama keluarga terdekat.




Bolek Godang - Kenduri kahwin yang disebut oleh masyarakat ocu Bangkinang.



Rabu, 10 November 2010

Majlis Pertunangan HashMush





Salam 1 Malaysia semua, Entry kali ini bersambung dari entry semalam sebabnya kendurinya pada hari sama dan rumah yang sama. Sebenarnya sepupu aku ni seorang blogger juga url blog dia adalah seperti berkut http://hashmush.blogspot.com/ dia baru jer berkecimpung dalam dunia blog ni tapi aku rasa dia cuma berblog dikala dia tak sibuk jer biasalah orang kuat Celcom la katakan. Hashmush ni sama umur dengan aku tapi dia dok gatai nak menikah awal... hahahaha jangan marah arrr gurau jerk.





pagi waktu sampai tu terus aku dengan Nieza buat hantaran yang belum siap sebabnya nak pergi sembahyang Jumaat lagi lepas tu dengan berzanji tengah hari lagi.



Atan Tuya menunjukkan bakatnya menyusun kacang di atas wajik untuk dijadikan hantaran kepada pihak lelaki.





Antara hantaran yang sempat aku snap





Kata si Hashmush apehal merah bebenor pipinya macam baru lepas goreng telur kat muka dia jer.



Disarungkan cincin emas sebagai tanda pertunangan oleh bakal ibu mertua.


Menjadi juga cubaan aku ni



Cantik berseri diatas pelaminan.



Tahniah diucapkan kepada Hashmush diatas pertunangannya.



p/s - aku tak nak bertunang sebab aku rasa macam membazir jerk. tapi ikut masing-masing ler.