Masyuk

Memaparkan catatan dengan label resipi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label resipi. Papar semua catatan

Ahad, 21 Ogos 2016

Kek Butter Menggunakan Periuk Noxxa



Salam semua,
Semalam aku macam terajin sikit nak buat Kek butter disebabkan permintaan dari anak buah aku yang nak makan kek lagi katanya. Resipi kek butter ni memang senang dan sedap rasanya tak berapa manis sangat memang sedang-sedang jer rasanya pastu lembut pulak tu rasanya.



Cara memasak kek dengan menggunakan periuk noxxa ni cuma tekankan butang "steam" sebanyak 25kali lepas tu penutup tu pusingkan kepada "steam" juga tapi bentuk permukaan kek tu memang macam permukaan bulan rasanya.



Walaupun permukaan tak berapa nak cantik tapi sedap dimakan memang sekejapan jer kek ni habis aku pun dapat merasa sepotong jer xper nanti kalau rajin aku buat lagi yer anak-anak.



rupa bentuk kek yang sudah dipotong memang menarik cantik pulak tu (puji kek sendiri masak la pulak) ada aku kesah... eheheheee

Resipi:-
1 buku butter (aku guna farmcow jer)
1 cawan gula halus
4 biji telur
2 cawan tepung gandum - diayak
1 sudu baking powder - diayak
1 sudu esen vanila
1 sudu serbuk koko dan pewarna merah/hijau

Cara-caranya:-
1. pukul butter dan gula sampai kembang
2. masukkan telur satu persatu
3. masukkan tepung gandum dan baking powder yang telah diayak gunakan speed yang paling perlahan yer 
4. masukkan 1 sudu esen vanila 
5. bahagikan batter kepada 3 bahagian dan warnakan 
6. Masukkan batter kedalam periuk noxxa yang telah dilenserkan dengan majerin mengikut kretiviti korang yer nak corak macam mana
7. steam kan selama 25 minit
8. tunggu sejuk dan keluarkan.

kalau rajin korang buatlah 

Khamis, 21 Mac 2013

Resipi Kuah Rojak







Salam semua,
Janji ditepati bukan janji diketupati okeh. Nah amik ko resipi kuah rojak aku buat ni tapi ini dapat kuantiti bertahun nak abis lah gamaknyer yer.

Bahan-bahannya:-
  •  1 botol besar botol kicap manis
  •  1 botol besar botol kicap masin 
  •  1 botol besar sos cili
  •  1 kg gula pasir
  •  500gram gula merah
  •  20 biji cili padi
  •  1 ketul belacan
 Cara-caranya:-

  • Gula merah & gula pasir dimasak sehingga pekat.
  • Belacan dibakar dan dikisar bersama cili padi sehingga hancur/lumat.
  • Semua bahan disatukan dan masak sehingga kuah sebati dan berkilat rasa kesesuaian kuah rojak tersebut.
  • boleh dicampur dengan kacang tumbuk dan bijan yang telah disangai (goreng tanpa minyak) tapi kuah jadi cepat tengit kalau terus campur bahan-bahan tersebut tu pasal aku asingkan kacang tumbuk nak buat rojak baru aku campurkan.

p/s - kalau jual sebekas putih macam gambar kat atas tu RM10.00 boleh tak sebab member aku kat opis ni nak beli pulak.

Khamis, 15 November 2012

Durian Crepe!!!!



salam semua,
Aku nak tanya korang semua sedap sangat ker durian crepe tu.
Aku bukan apa ramai sangat yang post mengenai durian crepe ada yang post resipi durian crepe ni lah cerita pasal durian crepe nilah da tu pulak siap post video cara membuat durian crepe ni lagi. Kat mana ada jual durian crepe ni nanti kalau ada rezeki bolehlah mencuba durian crepe ni ataupun ada yang sudi nak belanja aku makan durian crepe ni? Ehehhehhe


Mood - sedih sesangat....