Masyuk

Memaparkan catatan dengan label makan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label makan. Papar semua catatan

Isnin, 16 Mac 2015

Annual Dinner 2014 - Glamour & Glitters Theme



Salam semua,
Ko tengok tu mood berkarya mamat sorang ni dah sampailah tu semua dia nak update tu. Macam biasa tempat aku kerja memang ada annual dinner macam biasa aku tak akan buat apa preparation untuk majlis2 macam ni bagi aku just pakai simple sudah tak ada lebih-lebih akan tetapi malam tersebut salah seorang kawan tempat aku kerja ni bawakan sepasang baju untuk aku pakai malam tu, nak tak nak aku pakai jerlah diaorang cakap pakai jer sekali sekala bergaya apa salahnya jadi layankan jer lah.

 Tengoklah memang meriah dengan kelip2 member aku ni bergayakan.


 Memula tu aku pakai juga bow tie tapi agak rimas aku tukar bukak jer bow tie tu tak biasakan aku nak smart2 macam ni. ahahhahaa

 Kakak aku ni ler yang mempersiapkan pakaian aku malam tu ikutkan memang pakai kemeja biasa dengan jeans jer anyway terima kasih kakakku.


 
 Sambil-sambil layan performance dari staff kitaorang wefie bagailah.


 Ada juga pertandingan pakaian paling glamour malam tu.


Last sekali apa lagi berparti ler masing masing memang happening waktu ni semua orang berjimba secara percuma malam tu.

Khamis, 31 Julai 2014

Hari Raya 2014




Salam semua,
Selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin kepada semua kaum muslimin dan muslimat. Cerita lebaran tahun ni tak berapa nak best tapi ok lah sejak lepas rumah yang aku duk kt Bandar Baru Sentul terbakar hari tu, sekarang aku banyak duduk kat Kg Puah Lembah jer dengan keluarga angkat aku ni. Persiapan raya macam biasa jer tahun ni makcik aku dapat order rendang lebih kurang 20kg tapi kena masak asing-asing sebab tak sama tuan yang tempah. Tahun ni kitaorang ambil tempahan RM60 untuk sekilo barang dah mahal kot gas lagi kalau ada yang lagi murah aku tak tau ler. 


 Jalan penyelesaiannya sekali 3 dapur jalan lepas abis masak aku terus tumis untuk secondround semua aku yang tumis dan masak sampai siap tapi nasib baik semua bahan-bahan dah siap dikisar sehari sebelum jadi senanglah kerja aku.

Lebih kurang jam 5 petang rendang semua dah siap masak aku orang yang order pun dah amik rondang yang dimasak aku pun teruskan kerja aku menyediakan  bahan-bahan nak bakar lemang pulak. Tahun ni macam selalu aku bakar lemang pulut dengan lemang tepung beras sebab aku memang suka makan lemang tepung beras tu pasal aku mesti masak lemang tepung ni. Siap membakar lemang lebih kurang jam 4pagi aku dah nekad dah masak ke tak masak lemang aku limit sampai jam 4pagi jer badan dah penat giler.
Gambar lemang yang dimasak sendiri pun tak ada nasib baik ada gambar dari kenalan aku ambil kalau tak tak ada gambar rupa lemang yang aku bakar.


uMemandangkan raya pertama aku kepenatan lepas balik dari ziarah kubur aku pun terus balik rumah tidur sampai ke petang sebab kepenatan lagipun maklong aku tak ada balik ke Beranang rumah besan dia dah malam baru balik. Gambar ni aku selpi ngan anak buah aku ngan maklong aku pada raya kedua raya pertama tak ada gambar langsung ok.

Ini pulak selpi ngan anak buah aku belah Kg Puah Lembah semua lelaki yer yang perempuan belah seremban tak sempat ambil gambar.

Lepas rumah maklong aku kitaorang pergi ke rumah nenek saudara aku belah Kg Puah Lembah juga memang kitaorang asal orang Kuala Lumpur nak buat macam mana kan.


 Kalau beraya dirumah nenek saudara aku sorang ni memang macam-macam nostalgia akan keluar antaranya gambar-gambar ni mungkin disebabkan keluarga nenek saudara aku ni boleh dikategorikan dalam keluarga yang berada waktu tu rumah beliau yang selalunya jadi tumpuan penduduk Kg Puah Lembah untuk menonton televisyen dan bergambar sebab dia ada camera waktu tu.


Tambah lagi satu nostalgia korang pernah tak tau bekas apa ni?
Ini adalah bekas air batu yang usia nya agak lama lah juga nenek saudara aku ni memang banyak menyimpan khazanah lama terutamanya pinggan mangkuk antik yang jarang dapat jumpa lagi dan kebanyakkannya masih boleh digunakan dengan baik.

Sabtu, 5 Julai 2014

Jakarta - Bandung 2014




Salam semua,
Awal bulan May yang lepas aku berkesempatan ke Jakarta dan Bandung, Indonesia lagi. Tujuan utama membawa kawan-kawan ke sana lagipun aku dah rindu nak kesana sebab dah lama tak berkunjung ke negeri seberang. Aku pergi pun tak ramai sekadar 3 orang jer sebab kitaorang member baik aku nak beli kain untuk perkahwinan dia nanti. 



Hari pertama sampai tu kitaorang singgah ke Perlabuhan Tanjung Priok ikutkan tempat ni tak ada apa pun tapi pemandangan yang cantiklah sebab ada banyak kapal yang berlabuh dekat sini

Selepas tu kitaorang singgah dekat Fatahilah Square nama tempat ni Kota Tua Jakarta tak ada apa pun cuma ada muzium agaknya kat sini aku tak pergi pun sebab malas nak jalan cuaca panas waktu ni malamnya pula aku pergi Hard Rock Cafe Jakarta temam member aku beli t-shirt kat sana aku dah muak pergi.




Esoknya aku pergi ke Bandung dengan menaikki keretaapi dari Stasiun Gambir ke Stasiun Bandung yang mengambil masa lebih kurang 3jam kitaorang ambil tiket eksekutif dengan bayaran 90k idr sekali perjalanan kalau tak silap keretaapi ni namanya agro parahyangan. Pemandangan sepanjang perjalanan memang cantik terutamanya waktu dah nak sampai di Bandung laluan di tepi lereng bukit bagai.


Sewaktu sedang berbelanja dekat FO dekat Bandung tu kitaorang sempat menonton seorang peragut kena belasah dengan orang ramai kat situ nasib baik tak ada yang mati. Memang nasib peragut tu tak baik itu yang kena belasah ramai-ramai tu.


Kalau soal makan kat sana aku dengan kawan aku lagi 2 orang ni memang tak ada masalah sangat Insha Allah tekak kitaorang boleh masuk walaupun aku makan kat tepi jalan Alhamdulilah belum pernah sakit perut lagi mintak dijauhkan hendak-Nya.



Kebetulan dekat hotel yang kitaorang duduk tu ada Kulineri Street Festival memang rezeki kitaorang macam aku dengan member aku ni memang suka pergi tempat-tempat macam ni maksud aku yang tak terlalu mahal untuk tau budaya mereka.


Sambil mengunya jajan layan plak ada pulak street performance kat situ layankan jer lah.


Ada pulak pertunjukkan kesenian dari Lampung layankan jer 



Hari terakhir balik ke Jakarta balik pergi last shopping dekat Pasar Tanah Abang kitaorang pergi sini jalan kaki jer sebab duduk kat hotel N1 malam tu sempat aku melepak kat tepi-tepi jalan tu tengok persekitaran sana.



p/s-mood malas nak citer pasal Jakarta & Bandung sebab dah selalu cerita kat sini.

Khamis, 18 Julai 2013

Pesanan Buat Peniaga Bazar Ramadhan




Salam semua,
Pejam celik. pejam celik dah 9 hari kita berpuasa, kejap jer masanya. Dalam masa 9 hari berpuasa ni 6 hari aku berbuka beli dekat Bazar Ramadhan cuma 3 hari sahaja aku berbuka puasa di rumah sebab tak ada orang cuma aku seorang dirumah lebih baik aku berbuka di tempat kerja jer ada juga kawan-kawan. Berbalik kepada tajuk Pesanan Buat Peniaga Bazar Ramadhan ini adalah topik yang diperkatakan oleh geng tali barut iaitu JMR rasa tak puas hati dengan peniaga di bazar ramadhan sekarang berniaga semata-mata nak untung jer tak pikir halal atau pun haram hasil jualan mereka.

Ada ke patut jual bubur jagung yang pekat macam gam kayu dalam erti kata lain bubur jagung basi. Aku tak berapa nak fahamlah orang meniaga cuma nak cari keuntungan semata. Rasa aku aku pun dulu tolong mak cik aku kedai makan tapi tak pernah pulak bagi benda basi kat pelanggan. Alhamdulillah setakat ni semua kawan-kawan aku cakap makanan yang aku beli di Bazar Ramadhan semuanya sedap-sedap kalau tak sedap pun oklah boleh masuk mulut lagi mungkin sebab aku dah biasa berniaga makanan terutamanya nasi campur aku boleh tau makanan tu baru ataupun dah lama, memanglah separuh makanan tu makin lama makin sedap macam pajeri nenas, rendang, sambal tumis tapi agak-agaklah janganlah makanan tu dah 3 hari masih nak jual lagi. 

Kepada peniaga-peniaga "AD-HOC" ni tak payahlah menganiaya pelanggan yang mengharap makanan yang enak untuk berbuka puasa lepas tu harga pulak janganlah mencekik darah sangat air tebu satu jag RM5 bagi aku agak mahal la tapi aku tak taulah modal sebatang tebu tu berapa macam nasik ambeng semalam aku beli dekat Bazar Ranadhan Pasar Keramat dengan harga RM8 sebungkus dengan mee gorengnya tak ada, sambal gorengnya tak ada serundingnya seciput jer wey ayam memang kecik aku rasa lagi elok aku beli nasik kukus ayam dara dah tentu murah dan sedap. Apa-apa pun aku tetap bersyukur dengan rezeki yang diberikan oleh-Nya. Amin

Jumaat, 12 Julai 2013

Berbuka Puasa @ ICON, Jln Tun Razak



Salam semua,
Cerita semalam aku berbuka dekat opis dengan kawan-kawan kebetulan aku berbuka seorang diri kawan-kawan opis suruh aku tapaukan juadah berbuka untuk depa sekali aku tak ada masalah. Semalam aku pergi beli juada berbuka puasa dekat bazar ramadhan Desa Pandan penuh jugaklah motor aku dekat box belakang penuh dengan makanan dekat bakul depan pulak penuh dengan air minuman. Semalam aku pergi dengan Dollah budak opis aku sebab dia keje shift sampai malam. Lepas berbuka ngan solat maghrib aku terus balik sebab nak bekejar solat terawih pulak. semoga badan terus sihat boleh berpuasa dan mengerjakan sola terawih.


Antara jemaah yang ada berbuka puasa bersama semalam.


 Sempat lagi berposing sebelum makan.


 Katanya nak view Menara Tabung Haji dan G-Tower.


 Macam bukan nasi briyani jer macam nasik ayam adalah tapi depa cakap ayam dia sedap tak tau lah aku. Bagi aku Bazar Ramadan Desa Pandan ni kurenglah bagi aku Bazar Ramadhan Wangsa Maju Seksyen 1 lagi meriah kot.



P/S - Hari Ini turn Bazar Ramadhan Kampung Baru pulak untung-untung dapat merasa bubur lambuk agung kampung baru yang popular ketika bulan ramadhan yang mulia ini.

Isnin, 1 Julai 2013

Selamat Bertunang Kikin



Salam semua,
Cerita dah basi orang yang bertunang pun dah nak kahwin dah lepas raya ni, Majlis diadakan kecil-kecilan jer cuma memanggil keluarga terdekat dan jiran terdekat sahaja aku dijemput sebab nak ambil gambar tu pasal kena jemput tu kalau tak idak gak kot ahahahaha. Aku yang tak berapa nak pandai ambil gambar disuruh ambil aku pun main taram jer lah lagipun aku tak reti nak minta bayaran sebab aku tau kualiti gambar dengan bayaran kenalah sepadankan, walau apapun selamat bertunang Kikin semoga menjadi keluarga yang sakinah mawaddah dan warahmah.


 Sudah menjadi milik orang dah tak boleh kacau dah ni wey.


 Dengan hantaran yang diterima pihak perempuan.


Sebahgian hantaran yang diterima dan diberi kepada kedua-dua belah pihak.


 Sebelum balik sempat borak-borak dengan makcik-makcik yang baru balik dari Legoland, Johor memang gile makcik-makcik ni naik roller coster kat legoland aritu siap tunjuk video lagi lepas tu siap cakap kalau ada yang belanja naik rollercoster kat legoland tu diaorang nak naik lagi memang sempoi makcik-makcik kat Kg Puah Lembah tu.



Puasa Semakin Hampir



Salam semua,
Pejam celik dah dekat nak puasa balik dah wey, sapa yang tak ganti puasa silalah ganti balik yer. Puasa kali ni aku tak tau ler macam mana aku selalunya aku berbuka puasa kat Masjid Saad Bin Abi Waqas kat Wangsa Maju tu sebab kat sana selesa sikit lagipun aku tolong kawan aku berniaga kat bazar ramadhan Wangsa Maju Seksyen 1 tu tapi tahun ni tak kot aku pun berkemungkinan sibuk kat tempat kerja tahun ni. Kalau sebut bulan puasa macam biasalah tekak memang nak makan jer kan. Tapi selalunya kalau bulan puasa ni antara juadah yang fofular akan menjadi sebutan antaranya adalah:-

Kuih Tepung Pelita
kuih tepung pelita selalunya kuih ini yang paling fofular kalau bulan puasa ada yang panggil kuih sampan memang senang nak buat kuih ni tapi kalau berbuka sorang diri lebih baik pergi bazar beli tiga biji makanlah itupun kalau abis dimakan kalau tak ke tong sampah lah gamaknya. Kalau korang nak resepi kuih tepung pelita ni korang cuba tengok resepi KAT SINI
 



Kastard Karamel
Kastard karamel ni pun popular gak kalau makan dibulan puasa nak-nak makan time sejuk memang sejuk sampai ke perut rasanya tapi aku kurang sikit dengan kastard karamel ni sebab manis nau rasanya boleh potong kaki kalau makan selalu kastard karamel ni wey sekali sekala bolehlah. Kastard karamel ni bolehlah korang curi resipi KAT SINI
 

  
Tempoyak Pucuk Kayu
Antara juadah yang tak boleh dipisahkan dengan keluarga aku nak nak makan dengan nasi panas lepas tu ditambah dengan ikan goreng jer memang layan wey tengah update blog ni pun aku dah meleleh air liur aku ni. Kalau masak lauk ni waktu bulan puasa memang saja masak banyak-banyak sebab boleh makan waktu sahur sekali dengan nasik panas memang meleleh air liur aku dibuatnya dah aku tak nak update blog lagi dah lapor ni wey. Resipi ada KAT SINI.

 

Jumaat, 22 Mac 2013

Astro CCC Annual Dinner - Back To School Theme








Salam semua,
Cerita dah lapuk aku baru nak cerita kat blog aku ni. Seperti tahun-tahun sebelum ni tempat kerja aku pasti akan mengadakan annual dinner untuk meraikan kesemua pekerja. Pada tahun ini tempat kerja aku telah mengadakan annual dinner dengan tema Back To School. Seperti tahun lepas dengan tema Fairy Tales yang rasanya lebih meriah disebabkan ramai yang mengambil kesempatan untuk bergaya sakan terutamanya kaum wanita.
 

Untuk tema kali ini boleh dikatakan tidak banyak pilihan pakaian yang boleh digayakan terutamanya kepada kaum lelaki tapi aku redah jer pakai baju sukan janji mengikut tema walaupun tidak mengeluarkan sesen modal cuma menggunakan pakaian yang sedia ada. ada aku kesah janji aku pergi attend sebab doorgift nya adalah ipod nano nak beli mahal juga benda alah tukan.


 Macam-macam gaya ada cikgu bedah, pengawas sekolah, pelajar harry potter pun ada gak malam tu.


Pakaian seragam pun ada antaranya kadet polis, PBSM, KRS dan macam-macam lagilah yang ada.



Sesi yang ditunggu adalah sesi jamuan kelas decoration pulak agak cantik pastu mengingatkan kita zaman sekolah dulu makan kat kantin ada orang jual cekodok, nasi lemak dan macam-macam lagilah.


Main course biasalah makan nasik macam-macam lauk yang dihidangkan naik kembung aku makan malam tu.


Rasa macam makan kat kantin sekolah pulak sebab dengan meja panjang lepastu bangku panjang cam kat sekolah dulu.



Oren bodoh pun ada gak disediakan pada malam tu memang ramailah ambil oren bodoh ni kan sebab dah lama tak minum air ni wey nasib baik depa tak buat ais kepal, sengkuang colek bagai wey.


Antara anak murid seksi pada malam itu.


Anak murid sekolah agama kena ngorat dengan anak murid gatai.


 

Lepas tu adalah inhouse performance kali ni tak jemput penyanyi untuk menghiburkan para tetamu yang hadir tapi meraka buat konsep malam telendtime.




Macam-macam gaya budak-budak department aku ada yang bergaya macam cikgu bedah, pengawas sekolah, anak murid dari korea, Dora dan macam-macam lagilah aku macam biasalah ambil gambar sambil cuci mata.



Rezeki bertuah dapat grand prize bercuti ke Sydney, Australia 5hari 4malam sapa nak bagi free wey.



Sebelum balik aku sempat gak menyibuk nak ambil gambar selalunya jarang aku nak bergambar bagai ni wey. gambar yang last tu paling best ambil gambar macam zaman sekolah tiap kali nak abis sesi persekolahan tu.