Masyuk

Memaparkan catatan dengan label hari raya 1431. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label hari raya 1431. Papar semua catatan

Rabu, 6 Oktober 2010

Sambutan Hari Raya 2010




Salam 1 Malaysia semua kengkawan, Hampir terlupa untuk aku menghapdet mengenai Majlis Sambutan Hari Raya 2010 yang diadakan di tempat kerja aku. Memang setiap tahun tempat kerja aku membuat sambutan sebegini rupa tapi tahun ni agak kurang meriah kerana tak ramai yang memakai baju raya. Tak sporting la bebudak baru ni orang lama kebanyakkannya memakai baju raya mengikut tema. Aku pula tak bawaka camera malas pulak aku nak ambil gambar bebanyak kerana cam tak da mood jer. Terima Kasih Alhan sebab sms pagi2 suruh pakai baju melayu kalau tak aku pun tak pakai baju melayu agaknya.


Sebelum Majlis bermula kerja dibuat seperti biasa


Suasana diMajlis hari raya tempat aku bekerja


Aku dengan Alhan memakai baju melayu sepasang.


aku dengan Liana nampak muka jer aku plak buat muka sengal





p/s - hari ini aku MC coz aku kena serangan Gaut.... hampeh tul muda2 dah kena Gaut si penyakit orang "kaya" ni


Rabu, 22 September 2010

AC Mizal Dapat Gelaran Datuk




AC Mizal terharu gelaran Datuk. itulah tajuk di GALA TV di Astro Awani (501)
Tahniah kepada AC Mizal yang akan mendapat gelaran Datuk tidak lama lagi.Gelaran tersebut dikurniakan oleh Sultan Pahang.
Rezeki AC Mizal selepas berjaya dengan bisness gelang nya Semakin maju la AC Konsortium yang diusahakan oleh AC Mizal sendiri.



p/s tak pasti sama ada Datuk ataupun Dato

Jumaat, 17 September 2010

M. Rajoli Meninggal Dunia



Gambar dari blog Beutifulnara


Mendapat berita mengatakan bahawa pelakon veteran M. Rajoli yang selama ini sakit telah kembali kerahmahtullah pada jam 10.45 malam tadi (17hb September 2010). Allahyarham seorang pelakon veteran yang masih berlakon sehingga sebelum Allahyarham sakit kanser kelenjar otak sejak beberapa tahun yang lalu. Jenazah Allahyarham dijadualkan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Datuk Keramat, Kuala Lumpur selepas Zuhur 18hb September 2010 (Sabtu).
Al- Fatihah dan salam takziah kepada keluarga Allahyarham M.Rajoli.





p/s - Hilangnya lagi satu permata didalam dunia seni Malaysia.

Ole-Ole Syawal Dari Joegrimjow






Pada 3 September yang lepas aku saja berjalan- jalan di blog Joegrimjow lepas tu terperasan plak yang dia ada nak bagi kad raya dengan ole-ole dari Bali aku pun terus la joint giveaway tu. Aku salah seorang penerima kad raya dan ole-ole dari Bali tersebut iaitu keychain yang memang aku kumpul dari dulu lagi. Tujuan utama aku adalah hendak menambahkan koleksi keychain aku dan ingin merasa mendapat kad raya sebab seumur hidup aku inilah pertama kad raya. memang seronok juga la dapat kad raya zaman sekarang ni tak macam dulu orang lain mungkin mendapat kad raya yang banyak tapi sekarang semua kad raya diganti kepada SMS sahaja. Walaupun aku mendapat kad raya tersebut selepas hari raya tapi aku tetap nak berterima kasih kepada Joegrimjow yang sudi menghantar kad raya dan ole-ole dari Bali tersebut.



ini adalah kad raya lah bukan undangan pernikahan


Kad raya pertama yang pernah aku dapat ler.


Disertakan sekali kad HERBALIFE nya sebagai Personal Wellness Coach


Koleksi keychain terbaru dari Joegrimjow. Terima Kasih daun keladi kalau ada bagi lagi.




p/s - Ya Allah selamatkanlah hamba mu di esok hari semoga segalanya berjalan dengan aman dan lancar hendak-Nya. Kau permudahkanlah urusan hambamu yang kerdil ini, Amin Ya Rabbalallamin.

- Bersawang blog picisan aku ni kurang mood nak berblog dibulan Syawal yang mulia ini.




Isnin, 13 September 2010

Eid Mubarak 1431



Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin daydeck86 ucapkan kepada semua rakan-rakan seperjuangan yang tidak jemu menzahirkan idea dan cerita di blog masing masing.
Lebaran tahun ni keluarga mak cik jenab & pak cik berahim mengambil tema warna hijau untuk pakaian di hari lebaran cuma aku dengan keluarga along jer pakai warna lain macam tahun lepas aku dah pakai warna hijau tak kan la aku nak pakai warna hijau lagi.


5 beradik beraya tampa ibunda terchenta.

Sesi bermaaf-maafan diantara satu sama yang lain.

Bergambar bersama ayahanda terchenta.

Kengkawan adik sepupu aku memang ramai kalau datang.

Antara saudara yang datang di hari lebaran.

Jiran tetangga yang datang.

Alhan datang bersama kekasih hatinya dihari raya pertama. Weyh mana baju melayu ko ar.

Aku pun saja-saja nak poyo bergambar sensorang. walaupun dah malam tetap pakai baju melayu berserta kain sampin sekali tau.

p/s - This year maybe aku buat open house last raya kot.

Ahad, 12 September 2010

Persiapan Lebaran 1431




Tahun ni menyambut lebaran cam biasa jerk walaupun mak cik jenab tak da balik ke Bangkinang, Pekanbaru, Indonesia. tapi kitaorang yang tinggal ni membuat persiapan macam biasa jer kerana nak menyambut lebaran tahun ni seperti selalu. Tugas memasak terpaksalah aku dengan along yang amik alih itupun kitaorang main tibai jerk masak. Rabu malam Khamis aku dengan Cik Nieza pergi ke Pasar Chow Kit untuk membeli barang-barang yang hendak digunakan cuma santan jerk beli hari pagi Khamis tu. Sewaktu ke Pasar Chow Kit tu kebetulan jumpa buluh talang untuk buat lemang aku terus jer aku sambar sampai 25 batang tamak giler siot. Lepas tu pulak buat Lemang Tepung yang memang menjadi kebanggaan orang Bangkinang dapat lah dalam 3 batang. Hari Khamis pagi-pagi memasing terus berkerja keras aku tak kerja amik cuti sehari awal sebelum lebaran.


Kat umah aku ni tak da sapa yang reti nak buat lemang ni aku sorang jer reti tu yang aku bersemangat nak membakar lemang tu.


Setelah memasukkan daun pisang ke dalam buluh


Beras pulut digunakan 8kg dapatlah dalam 22 batang lepas tu santannya pula 5.5kg


tempat nak membakar lemang


Lemang yang dah nak masak buluh tu boleh terbakar plak nasib baik tak rentung lemang aku tu


Rendang daging pulak dah siap tenggek tinggal nak keringkan jer santan pulak dah dimasukkan.


Rendang daging campur dengan kentang kecil (baby potato) sedap wo kalau nak rasa tunggu aku buat open house nanti aku jemput korang yerk.


Rendang ayam cuma buat 2 ekor jer saja nak menambahkan lauk


Dalam kitaorang sibuk memasak kat luar anak mak cik jenab yang sorang ni pulak sibuk membuat kain rentang memang tiap-tiap tahun dia yang rajin buat benda ni.



Rabu, 8 September 2010

Bingkisan Syawal 1431 Kepada Semua Sahabat






Salam Aidilfitri daydeck86 ucapkan kepada seluruh umat islam yang berada tidak kira dimana sahaja.

Dikesempatan ini daydeck86 nak memohon seribu ampun kepada semua blogger's secara langsung dan secara tidak langsung terutamanya kepada geng tali barut Kak Ina KL mana tahu sewaktu berjumpa ada tersalah kata terkasar bahasa dari daydeck86 ker.

Disamping itu daydeck86 juga ingin memohon beribu ampun kepada kawan2 kerana tak berkesempatan nak bersiar-siar di blog kengkawan semua.

Kepada yang pulang ke kampung untuk menyambut lebaran nanti rancang perjalanan anda semua ingatlah orang yang tersayang.

Semoga lebaran tahun ini memberi seribu kemanisan buat kita semua dah mendapat keberkatan di bulan yang mulia ini



p/s - nak cari buluh bakar lemang la bukan bakar meriam
- tugas memasak diserahkan kepada aku ngan along sebab mak cik jenab balik beraya ke Bangkinang.
- Tahun ni tak shopping raya pun
- Yang beraya kat KL tu jangan lupa singgah rumah daydeck86 yer