Masyuk

Memaparkan catatan dengan label Haji. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Haji. Papar semua catatan

Rabu, 27 Oktober 2010

Balik Kampung Hari Raya Haji 1431





OMK.... Oh Mak Kau......
Salam 1 Malaysia lagi sekali wey, Sebenarnya aku nak berlagak sket dengan korang yang aku akan bercuti selama seminggu waktu Hari Raya Haji nanti. Mana ada orang cuti lama-lama sempena Hari Raya Haji kan tapi kali ini memang aku tak nak lepaskan peluang untuk berehat di kampung yang dah lama ditinggalkan. Raya Haji kali ini aku balik ke Bangkinang, Pekanbaru berdua dengan Cik Nieza jer yang lain tak nak balik kampung biarkanlah. pada mulanya mak cik aku dengan family dia nak balik juga plan nak pergi ke Padang & Bukittinggi, Sumatera Barat at last mak cik aku dengan family dia tak jadi balik. ada aku kesah janji aku balik kampung tak kisahlah kalau tak ke Padang & Bukittinggi tu sebabnya aku dah pernah ke sana dan pernah update kat sini dulu tapi waktu tu aku naik ferry jer tapi kesian pulak dengan Cik Nieza dia tak pernah merasa kesana lagi tapi kalau ada orang nak bawak boleh la pergi nanti. Akan tetapi ini semua kita hanya dapat merancang sahaja hanya Allah S.W.T. yang menentukannya. Semoga semuanya berjalan dengan lancar dan selamat. Amin



p/s - sapa nak ikut jom ler... ada ke yang nak ikut wey

Jumaat, 20 November 2009

Labbaik Allahumma Labbaik



Panggilan Haji, Telah Tiba lagi
Menunaikan Ibadah, Panggilan Baitullah
Tanah Suci Mekah, Ya Makkatulmukarromah..


Lagu yang biasa kita dengar bila tiba musim haji. tahun ni ayah & kak cik aku berpeluang menunaikan rukun islam yang ke-5 ini. Kenduri dalam posting sebelum ini adalah kenduri doa selamat supaya ayah & kak cik aku selamat pergi dan selamat pulang dari menunaikan ibadah haji dan tahlil untuk arwah arwah yang telah mendahului kita semua.

ayah & kak cik berangkat ke Mekah dengan pesawat KT84

sebelum berangkat ke Banggunan Tabung Haji Kelana Jaya

semua dah mula bergerak

bertolak dari rumah jam 11malam hari Ahad malam Isnin kitaorang melepak sampai jam 3pagi kat Kelana Jaya selepas ayah & kak cik masuk je kedalam banggunan ktorang terus gerak balik ke Seremban. hari Isnin aku memang dah apply coti. tah bila la plak aku dapat menjejakkan kaki di tanah suci itu. Insyaallah

semoga mereka mendapat Haji Mabrur selamat pergi & selamt pulang
amin

Khamis, 19 November 2009

Kenduri @ Gedung Lalang, Seremban N9



Balik dari TeamBuilding kat PD aku terus gerak balik Seremban coz ada Kenduri sket kat rumah family aku. Cam mana tak penat & kenduri plak tak abis abis sejak 2-3 minggu nih

seperti biasa la kalau family aku kenduri selalunya kitaorang adik beradik je pakat masak
ala ala merewang gak la

nasib baik la kalau kenduri kecil kecilan tak yah sewa barang barang coz banyak peninggalan dari arwah wan sampai la ke arwah emak aku nyer perkakas nak memasak memang dah ada
kira harta pusaka la tuh....ehehehhee

apa yang wan uda aku pandang kat atas tuh arrr??

owh wan uda aku tuh ushar buah mangga tadik kat blakang umah aku ada pokok mangga
buah sedap tak masam & selalu berbuah. nak buat kerabu mangga (untuk family jerk)

cuma buat kecik kecilan jer ayam pun 12 ekor jerk..

ni la gulai yang aku masak campak campak jerk
nanti aku post resipi yerk..

sambal tumis udang menu lain gulai tempoyak daun pucuk ubi, ikan masin bulu ayam, sayur kobis goreng, lepas tu sambal belachan (semua sambal jer nih) sorry yang lain tak sempat nak amik gambor.

sebelum majlis bermula anak anak buah aku sibuk nak bergambar dengan mak ngah aku nih
mak ngah aku ni still single lagi yerk sapa nak try leh la....ehhehhee

sewaktu orang ramai sedang membaca Surah Yassin.

ni akak aku ni tengah susun aturkan makanan

pencuci mulut yang disediakan ada yang tempah & ada yang dibawa oleh saudara mara




dua gambar terakhir ini adalah untuk tatapan kak ina kl lagi sekali.
sekian terima kasih