Masyuk

Memaparkan catatan dengan label n9. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label n9. Papar semua catatan

Selasa, 20 Mac 2012

Astro Customer Day - Seremban





Salam semua,
Berita gembira buat pelanggan Astro di Seremban dan sekitarnya Astro akan mengadakan Astro Customer Day pada hari Sabtu ini 24hb March 2012 bertempat di Astro Customer Service Centre (CSC) Seremban. Pelbagai hadiah bakal diberikan kepada pengunjung pada hari Sabtu ini. Antara aktiviti yang diadakan adalah seperti berikut:- 


ACTIVITIES:

1. FUN INTERACTIVE GAMES & WIN PRIZES
o Wii
o Galloping
o Ping Pong

2. SUN CATCHER – Children Art & Craft

 
BILL REDEMPTION:

1. FREE AstroLife XTY School Bag – 1st 20 early bird customers
[Limited to the 1st 20 Astro customers only with Astro Latest Bill]

2. FREE – Bring your latest Astro bill redeem a mystery gift [While stock last]
 

ASTRO FAMILY CIRCLE REGISTRATION:

1. FREE GIFT – With signing up / registered with Astro Family Circle
[Only for Astro Customers]
 

ASTRO CUSTOMER DAY @ SEREMBAN
DATE: 24TH MARCH 2012
DAY: SATURDAY
TIME: 10AM – 3PM
VENUE: ASTRO CUSTOMER SERVICE CENTER, NO 41, JALAN S2 B18, BIZ AVENUE S2, 70300, SEREMBAN, N.SEMBILAN

Selasa, 10 Januari 2012

Menanti Durian Gugur Di Dusun



Salam semua,
Hari Minggu lepas aku dengan kakak aku balik ke kampung nak pergi cari durian dekat dusun datuk saudara kami di Gunung Pasir, Sri Menanti, Negeri Sembilan. Sebelum ini memang aku tak pernah pergi ke Dusun ni sebab aku pun memang jarang balik ke Sri Menanti ni memang asal usul nenek dengan datuk aku dulu tinggal di Kg Umor, Sri Menanti selalunya kalau orang Sri Menanti orang cakap orang lingkungan aku pun tak tau apa bendanya orang lingkungan istana. 
 


Sayang sekali tanah pusaka kami yang terbiar sehingga menjadi rimba macam ni di Kampung Umor, Sri Menanti tak ada siapa yang hendak uruskan.
 


Masing-masing macam nak pergi berkelah jer tapi nak ke dusun tu jauh kedalam kalau tak larat tu memang tak masuk gamaknya.



Sempat lagi nak berpose dengan motor scrambler ni kat dalam hutan main redah jer naik motor tu.



Akak aku sorang ni sempat jer makan buah langsat yang baru dipetiknya.





Yang kecik-kecik ni kena duduk bawah pondok takut kena himpap dengan buah durian yang nak gugur.



Angkut jangan tak angkut dekat 5 bakul gak lah buah yang kami carik kat dalam hutan tu sampai line telefon semua tak ada.



Tu dia comel comel buah durian yang kami kutip 



Sampai kek hujung tu tanah atok korang itulah yang Pak Majid sampaikan kepada kami semua.



Sama-sama comel buah durian dengan budak ticik dua orang tu.



Antara buah-buahan yang masih dipokok aku snap antaranya buah durian dengan buah langsat.



Banyak tak yang kami kutip dah boleh buat pesta dah ni.




Korang ingat senang ke nak cari buah durian tu kena panjat turun naik bukit celah batu dalam sungai bagai wey tapi pengalaman yang seronok.



Buah yang dah terbelah tu kena kopek letak dalam bekas buat tempoyak senang nak angkut tak payah nak bawak keluar nanti.


Penat wey nak angkut keluar durian tu berpeluh peluh badan aku siap junjung macam bangali jual karpet.



Dalam hutan pun nak dengar radio gak ek ada siaran ker.



Mandi bogel di hutan siap nampak konek anak buah aku lagi tu. ahahahahaaa



Singgah pulak ke rumah mak ngah limah di Kampung Mertang, Sri Menanti rumah atas tu rumah pusaka Pak Majid dah tak ada orang duduk sejak arwah Uwan Embun meninggal dunia.


Rambutan dengan jambu batu menjadi sasaran di rumah Makngah Limah



Akak-akak aku berdua ni memang gangster sket dua-dua pandai panjat pokok. Waktu kat dusun yang sorang tu siap panjat pokok langsat ngan aku lagi.



Pekan koboi di Sri Menanti dulu ingat lagi arwah datuk aku ke pekan ni naik basikal tua aku dengan arwah wan pergi naik bas pastu jumpa kat pejabat pos nak ambil duit BSN.



Sempat lagi aku snap pintu gerbang yang nak ke Sri Menanti ni atap bergonjong seperti di Padang, Sumatera Barat, Indonesia.



Balik dua orang budak kecik ni dah kepenatan terus tidur.



Khamis, 27 Januari 2011

Al- Fatihah Kepada Allahyarhamah Azizah Binti Sulaiman - Mak





Al-Fatihah kepada Allahyarhamah Azizah Binti Sulaiman pejam celik - pejam celik hari ini 27hb Januari 2011 genab 3 tahun pemergian mak ke rahmatullah kerana menghidap penyakit kanser hati arwah mak menginggal dunia di Seremban dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Makam Tuan Haji Said, Seremban, N. Sembilan semoga dicucuri rahmat keatas allahyarhamah.. :-(


Gambar yang sentiasa berada didalam dompet aku menitik air mata melihat gambar ini, Tak boleh nak bayangkan perasaan aku sewaktu detik-detik akhir pemergian mak menemui Yang Maha Esa.



Dekat mak lah tempat aku bercerita walaupun dulu aku agak jarang balik ke Seremban tapi bila sesekali berjumpa pasti segalanya aku cerita kepada mak pernah satu hari waktu tu Hari Raya Haji beberapa bulan sebelum mak meninggal aku baring disebelah mak sambil bercerita sampaikan aku lupa yang awek aku dok perhatikan aku dari luar, Balik jer KL awek aku terus sound aku "Anak Mak Lah Dikatakan Sampai Tidur Pun Dengan Mak". Sumpah sampai sekarang aku masih RINDUKAN MAK hanya kenangan dan Al-Fatihah sebagai HADIAH kepada mak.
Semoga Allahyarhamah Azizah Binti Sulaiman ditempatkan disisi para soleh dan solehah.
AMIN



Rabu, 27 Oktober 2010

Jubah Dari Nana's Collection



Wah hari ini makin galak aku menghapdet blog picisan aku ni. Tak kisahlah janji ada jugak aku nak hapdet.

Ok sekarang aku nak promote sikit mengenai business keluarga aku yang baru jugalah nak mula. Kakak aku yang kat Seremban tu duk sibuk nak berniaga jadi dia mengambil keputusan untuk berniaga pakaian antara pakaian yang dijualnya adalah baju kebaya (Baju pengantin), jubah Sulam, & baju blouse kepada sesiapa yang berminat nak tengok lebih banyak koleksi silalah singgah di account facebook Nana's Collection kalau sesiapa yang berada di KL nak tengok pun boleh juga sebabnya kakak aku ni memang suka turun KL.

Baju kebaya (baju Pengantin)

Jubah fesyen terbaru banyak lagi di Nana's Collection

p/s - Sebarang pertanyaan sila Email ke nanasayang33@yahoo.com atau sms ke no 0126459093