

Terkejut pagi ni dapat info dari member opis aku dalam Twitter mengatakan bahawa Seniwati Mariam Baharom meninggal dunia subuh ini di Singapura.
Seniwati Mariam Baharom pernah membintangi filem Abu Hassan Penchuri pada tahun 1955.
Penyanyi yang popular dengan lagu Gadis dan Bunga Rahimah Rahim adalah anak kepada Seniwati Mariam Baharom bersama En. Rahim Hamid yang digelar Nat King Cole Singapura.
Allahyarham Bat Latiff juga adalah anak Seniwati Mariam Baharom.
Seniwati Mariam Baharom juga adalah kakak kepada allahyarhamah Seniwati Saadiah dan ibu saudara kepada Fauziah Ahmad Daud. Kalau betul apa yang aku dapat tahu bahawa Seniwati Mariam Baharom meninggal dunia takziah aku ucapkan kepada keluarga beliau,
Semoga Dicucuri rahmat ke atas beliau. Kalau salah info yang aku dapat mohon maaf kepada beliau dan keluarga beliau.
