Masyuk

Memaparkan catatan dengan label KPL. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KPL. Papar semua catatan

Isnin, 16 Mac 2015

Majlis Rumah Terbuka Kg Puah Lembah 2014



Salam semua,
Maafkan daku kerana sudah lama tak menulis di blog picisan aku ni. Cuba korang tengok dah nak raya balik dah baru aku nak post blog aku ni gambar dah lama aku upload tapi dok terperap dalam "draf". Malam ni aku macam rajin sikit nak update blog jadi korang tengoklah berapa lama tertangguhkan.

Macam biasa segala aktiviti yang dijalankan di Kg Puah Lembah ni memang dibuat secara gotong royong oleh penduduk disini. Memang tak pernah dalam sejarah dalam kampung ni kenduri menggunakan khidmat katering. 


Majlis diadakan pada sebelah malam mestilah dengan ucapan kata aluan dari Pengerusi penduduk Kampung Puah Lembah sendiri iaitu Tn. Hj. Kamaruddin Bin Yusof.





Kali ini kami sepakat untuk mengadakan majlis secara "stalls" sebab memudahkan orang ramai untuk mengambil makanan

Suasana tak ubah seperti pasar malam 


Pada waktu sama juga sesi karaoke lagu raya juga diadakan 





Persiapan majlis dianjurkan kerjasama Wanita dan Pemuda Kg Puah Lembah dalam segala jenis persiapan dari memasak hinggalah kelengkapan majlis disediakan sendiri oleh Penduduk Kg Puah Lembah




Antara menu yang disediakan pada majlis tersebut

Khamis, 31 Julai 2014

Hari Raya 2014




Salam semua,
Selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin kepada semua kaum muslimin dan muslimat. Cerita lebaran tahun ni tak berapa nak best tapi ok lah sejak lepas rumah yang aku duk kt Bandar Baru Sentul terbakar hari tu, sekarang aku banyak duduk kat Kg Puah Lembah jer dengan keluarga angkat aku ni. Persiapan raya macam biasa jer tahun ni makcik aku dapat order rendang lebih kurang 20kg tapi kena masak asing-asing sebab tak sama tuan yang tempah. Tahun ni kitaorang ambil tempahan RM60 untuk sekilo barang dah mahal kot gas lagi kalau ada yang lagi murah aku tak tau ler. 


 Jalan penyelesaiannya sekali 3 dapur jalan lepas abis masak aku terus tumis untuk secondround semua aku yang tumis dan masak sampai siap tapi nasib baik semua bahan-bahan dah siap dikisar sehari sebelum jadi senanglah kerja aku.

Lebih kurang jam 5 petang rendang semua dah siap masak aku orang yang order pun dah amik rondang yang dimasak aku pun teruskan kerja aku menyediakan  bahan-bahan nak bakar lemang pulak. Tahun ni macam selalu aku bakar lemang pulut dengan lemang tepung beras sebab aku memang suka makan lemang tepung beras tu pasal aku mesti masak lemang tepung ni. Siap membakar lemang lebih kurang jam 4pagi aku dah nekad dah masak ke tak masak lemang aku limit sampai jam 4pagi jer badan dah penat giler.
Gambar lemang yang dimasak sendiri pun tak ada nasib baik ada gambar dari kenalan aku ambil kalau tak tak ada gambar rupa lemang yang aku bakar.


uMemandangkan raya pertama aku kepenatan lepas balik dari ziarah kubur aku pun terus balik rumah tidur sampai ke petang sebab kepenatan lagipun maklong aku tak ada balik ke Beranang rumah besan dia dah malam baru balik. Gambar ni aku selpi ngan anak buah aku ngan maklong aku pada raya kedua raya pertama tak ada gambar langsung ok.

Ini pulak selpi ngan anak buah aku belah Kg Puah Lembah semua lelaki yer yang perempuan belah seremban tak sempat ambil gambar.

Lepas rumah maklong aku kitaorang pergi ke rumah nenek saudara aku belah Kg Puah Lembah juga memang kitaorang asal orang Kuala Lumpur nak buat macam mana kan.


 Kalau beraya dirumah nenek saudara aku sorang ni memang macam-macam nostalgia akan keluar antaranya gambar-gambar ni mungkin disebabkan keluarga nenek saudara aku ni boleh dikategorikan dalam keluarga yang berada waktu tu rumah beliau yang selalunya jadi tumpuan penduduk Kg Puah Lembah untuk menonton televisyen dan bergambar sebab dia ada camera waktu tu.


Tambah lagi satu nostalgia korang pernah tak tau bekas apa ni?
Ini adalah bekas air batu yang usia nya agak lama lah juga nenek saudara aku ni memang banyak menyimpan khazanah lama terutamanya pinggan mangkuk antik yang jarang dapat jumpa lagi dan kebanyakkannya masih boleh digunakan dengan baik.

Selasa, 22 Julai 2014

Sampul Duit Raya Kosong-Kosong





Salam semua,
Salam ramadhan kepada semua muslimin, ikutkan dari minggu lepas  nak update pasal Sampul Duit Raya ni tapi disebabkan kesibukkan melanda terpaksa aku lupakan blog picisan aku ni lagipun sekarang aku tak ada internet kat rumah jadi agak susah nak update blog. 

Lepas rumah yang aku diami terbakar aritu aku banyak duduk kat rumah mak angkat aku kat Kg Puah Lembah sebab aku malas nak balik ke PPR Pinggiran Bukit Jalil dalam bulan puasa ni sebab rasa macam letih sangat nak balik kesana Insha Allah lepas raya aku baru full ulang alik PPR Pinggiran Bukit Jalil ke tempat aku kerja.

Macam mana persiapan lebaran korang tahun ni?
Aku tak aad spesial pun bagi aku sama jer macam tahun-tahun sebelum ni shopping raya pun tak sangat cuma tahun ni Insha Allah aku nak bakar lemang balik macam tahun-tahun sebelum ini. 

Sampul duit raya dari Astro dengan #kosong-kosong cantik gak tapi duit nak bagi yang kosong cam no tu sapo nak tolong. macam dulu aku bakar lemang 8kg dapatlah dalam 22 batang.

oklah kerja dah banyak ni nanti sambung balik

Rabu, 2 Julai 2014

Hari Mantai



Salam semua,
korang pernah tak dengar perkataan "HARI MANTAI" bagi aku orang Negeri Sembilan memang kebanyakkan tau dengan hari mantai ni. Seperti kebiasaan sehari sebelum menyambut ramadhan orang-orang Negeri Sembilan akan memasak rendang dan ada yang membakar lemang kiranya seperti ingin menyambut lebaran jugalah. Hari mantai ni biasanya orang-orang Negeri Sembilan akan memotong daging lembu atau kerbau untuk dijadikan juadah utama dan menjadi "kebesaran" orang minangkabau iaitu rendang itu zaman dulu tapi sekarang kebanyakkan orang akan membeli daging lembu atau kerbau di pasar ataupun di tepi jalan yang biasa menjual daging baru.

Sehari sebelum puasa hari tu makcik aku sibuk ajak pergi NSK Selayang aku pun ikutkan jer ler jam 3pagi pergi kesana. Sampai kat sana belilah daging 2kg limpa 1kg hati 1kg & paru 1kg untuk dimasak rendang.  Bolehlah menyambut hari mantai katanya daripada tak sambut langsung kat Kuala Lumpur ni manalah nak cari daging baru untuk masak rendang itupun nasib baik tak bakar lemang hajat hati memang nak bakar lemang haritu tapi sebab buluh talang nak bakar lemang tak ada terpaksa dibatalkan Insha Allah raya ni aku bakar lemang kot sebab ramai yang ajak bakar lemang bersama-sama ni.

Salam Ramadhan 1435h



Salam semua,
Salam Ramadhan al-mubarak kepada semua yang singgah kat sini ada ker yang nak singgah kat blog aku ni lagi. Walaupun agak lambat untuk aku sampaikan salam Ramadhan tapi aku rasa masih belum terlambat untuk aku. Sudah lama mendiamkan diri didalam dunia blogging arini aku terpanggil untuk update blog aku ni balik semoga lepas ni aku rajin berblog semula hendakNya. Hampir setahun tak update blog tapi aku tetap jadi stalker kat blog kawan-kawan aku lagi antaranya blog Kak Ina KL, Cik Lily Putih, Eyriqazz, Sumijelly, Denaihati dan banyak lagi lah. Kalau nak ikutkan memang banyak cerita yang nak diomelkan kat sini tapi sibuk membuatkan aku malas untuk berkarya kat sini. 

Puasa tahun ni macam mana? 
tahun ni aku berpuasa dekat Kg Puah Lembah #KPL sebab awal bulan Jun 2014 hari tu rumah yang aku duduk hangus terbakar di Kg Chubadak Jaya, Sentul nak buat macam mana dah tak ada rezeki duduk kat rumah tu lagi, aku duduk dengan keluarga makcik aku kat situ lepas tu sekarang dapat ler rumah PPR Pinggiran Bukit Jalil memang agak jauh jugalah nak pergi kerja tapi selalunya aku tumpang tidur kat rumah makcik aku lagi sorang dekat Kg Puah Lembah, Gombak sebab dekat sikit nak pergi kerja. 


Keadaan rumah yang aku diami selepas kebakaran memang tak ada apa yang tinggal semua jadi abu.


Macam mana terbakar rumah tu?
Macam mana terbakar rumah tu manalah aku nak tau sebab waktu kejadian selepas Solat Jumaat aku terus balik pejabat aku selalunya selepas Solat Jumaat aku akan singgah balik rumah untuk makan tengah hari tapi pada hari kejadian memang aku tak singgah balik rumah untuk makan tengah hari sampai kat pejabat makcik aku telefon suruh balik rumah cakap rumah dah terbakar sampai jer rumah memang dapat tengok jer lah rumah tengah terbakar dengan maraknya 24 rumah panjang terbakar, barang-barang pun tak ada apa yang dapat diselamatkan nak buat macam mana tak ada rezeki kami semua. 


 Bayangkan perasaan korang melihat rumah yang korang duduk terbakar depan mata macam ni. rumah dinding kuning tu ler rumah yang aku duduk sebelum terbakar hari itu.



p/s - mood blogging macam dah kembali jer ni semangat nak update blog plak rasanya.

Khamis, 5 September 2013

Cerita Bulan Lepas



Salam semua,
Dah lama aku tak mengomel dalam blog picisan aku ni wey, rasa rindu pulak nak berblog dan ber"event" dengan korang semua. Last aku update bulan Julai lepas mood malas dan sibuk membuatkan aku malas untuk berblog ni wey macam-macam cerita aku nak ngomelkan tapi tak berkesempatan jer gamaknya. 

Bulan ramadhan lepas macam biasalah aktiviti aku menolong jiran aku buat biskut raya macam-macam biskut yang kitaorang buat antaranya biskut sarang semut, biskut mazola dan macam-macam lagilah tapi tak banyak gambar yang diambil ini jerlah yang sempat aku ambil gambarnya.



 Seminggu sebelum umat islam menyambut lebaran keluarga aku mendapat panggilan dari Mersing mengatakan mama aku sakit masuk hospital terpaksalah aku dan keluarga balik ke Mersing untuk menjenguk mama aku kat Hospital Mersing lebih kurang seminggu aku berkampung kat Mersing tu.


 6hb Ogos 2013 jam 11 malam mama aku dijemput kerahmatullah. Segala urusan di Mersing diuruskan oleh abang aku manakala aku menguruskan urusan di Kuala Lumpur kerana kami ingin mengebumikan mama aku di Tanah Perkuburan Kg Puah, Gombak sebab ahli keluarga aku semuanya berada di Kuala Lumpur mana ada ahli keluarga aku di Mersing tu. Al-Fatihah



 Jenazah mama aku selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kg Puah pada hari Rabu bersamaan 7hb Ogos 2013 segala urusan selesai lebih kurang jam 4petang dan dihadiri oleh keluarga terdekat sahaja kerana ramai yang sibuk menyediakan juadah untuk menyambut lebaran.



 Yang pergi tetap pergi yang hidup perlu diteruskan walaupun sedih tapi aku sambut juga lebaran macam biasa masak ketupat dalam 30 biji itupun ketupat sate itu jer yang aku pandai anyam puas belajar nak buat ketupat bawang tapi tak menjadi.


 Hari raya aku cuma duduk rumah bulan kat Kg Puah Lembah jer tak pergi mana-mana langsung sebab malas nak pergi beraya pagi raya ziarah kubur lepas tu lepak duduk rumah jer.

oklah nanti ada masa aku ngomel lagi kat sini yer.


Rabu, 24 Julai 2013

Candy Crush Saga Yang Gila



Salam semua,
Diam tak diam dah hari ini dah 15 hari kita umat islam menjalankan ibadah puasa dan tak lama lagi kita akan menyambut kedatangan lebaran pula. Sepanjang bulan ramadhan ni aku banyak menghabiskan masa dekat Kg Puah Lembah lepas solat terawih aku lepak rumah member aku kat Kg Puah Lembah tu. Sepanjang bulan puasa ni aku habiskan masa dengan bermain permainan candy crush saga yang memang gila tu. Levbih kurang 2 minggu bermain semalam baru aku dapat selesaikan candy crush saga level 65 ni memang sakit hati selagi tak lepas-lepas main games ni. Nasib baik aku tau tips nak menampah life selepas 5 kali bermain iaitu dengan cara menukar tarikh di telefon tersebut. Insyaallah malam ni lepas solat terawih aku nak sambung lagi games ni. 
 

 Gambar dari Google, akhirnya dapat juga aku selesaikan level 65 ni.


Untuk pergi next level kena unlock for more levels disebabkan phone tu tak ada data plan terpaksalah aku "Play Quests" tak per pelan-pelan kayuh.

Isnin, 1 Julai 2013

Selamat Bertunang Kikin



Salam semua,
Cerita dah basi orang yang bertunang pun dah nak kahwin dah lepas raya ni, Majlis diadakan kecil-kecilan jer cuma memanggil keluarga terdekat dan jiran terdekat sahaja aku dijemput sebab nak ambil gambar tu pasal kena jemput tu kalau tak idak gak kot ahahahaha. Aku yang tak berapa nak pandai ambil gambar disuruh ambil aku pun main taram jer lah lagipun aku tak reti nak minta bayaran sebab aku tau kualiti gambar dengan bayaran kenalah sepadankan, walau apapun selamat bertunang Kikin semoga menjadi keluarga yang sakinah mawaddah dan warahmah.


 Sudah menjadi milik orang dah tak boleh kacau dah ni wey.


 Dengan hantaran yang diterima pihak perempuan.


Sebahgian hantaran yang diterima dan diberi kepada kedua-dua belah pihak.


 Sebelum balik sempat borak-borak dengan makcik-makcik yang baru balik dari Legoland, Johor memang gile makcik-makcik ni naik roller coster kat legoland aritu siap tunjuk video lagi lepas tu siap cakap kalau ada yang belanja naik rollercoster kat legoland tu diaorang nak naik lagi memang sempoi makcik-makcik kat Kg Puah Lembah tu.



Rabu, 3 April 2013

Kebakaran Di Kg Puah, Jln Gombak kuala Lumpur






Salam semua,
Berita sedih buat penduduk Kg Puah Jln Gombak, Kuala Lumpur. Kebetulan hari ini aku kerja malam, Lebih kurang jam 3 petang aku nak pergi makan perut lapar pulak tu aku pergi la cari makanan dekat Taman Dato Senu pastu aku nampak asap hitam dekat area Kg Puah aku pun terus lah pergi kesana sebab aku risau juga sebab kat sana ada rumah Mama Awa dengan rumah Tok Ibu aku. Waktu aku sampai sana tu rasanya baru dalam 2 buah rumah yang terbakar aku sempat membantu penduduk kampung mengambil barang yang boleh diselamatkan. 



 
Sedih jugalah waktu tu sebab api marak dengan cepat sekali sebab kebetulan pada waktu tu cuaca panas dan angin kuat cepat je api marak menjilat rumah-rumah disekitarnya. Didalam surat khabar banyak mengatakan yang kebakaran berlaku di Kampung Puah Lembah padahal kebakaran berlaku di Kg Puah Asal sebab tengok dalam peta yang aku ambil kat google map tu pun agak jauhlah Kg Puah Lembah dengan Kg Puah Asal ni.


Tak terasa yang tangan aku terluka waktu membantu mereka menyelamatkan barang-barang yang boleh diselamatkan. Walaupun kenal macam tu jer tapi aku tetap membantu mereka sebab kita sesama manusia mana tau satu hari nanti nasib kita pulak kan.

Jumaat, 28 Disember 2012

Selamat Pengantin Baru Abg Ajay & Kak Azlina



Salam semua,
Sudah lama tak update blog picisan aku ni, cerita dah basi pun aku baru nak mengomel kat sini. Awal bulan hari tu kat Kg Puah Lembah ada kenduri perkahwinan seorang penduduk cam biasalah aku pun mestilah kena pergi sana sebab kalau kenduri kat kampung ni memang paling meriah aku rasa. Macam biasa kenduri dekat Kampung Puah Lembah ni memang kerja gotong royong dan selalunya makan berhidang jarang buat buffet ni sebab tu kenduri meriah agaknya.



Malam berinai rumah pengantin lelaki buat simple jer tapi meriah.


Sebahagian ahli keluarga pengantin lelaki.


Bersama rakan sebaya dengan pengantin lelaki.


Pemuda nak join gak wey mana leh tak join bergambar.

Dekat 1 kampung gaklah penduduk kampung menepung tawar pengantin.


 
Hari langsung pulak warna ungu memang cantik warna ungu ni.



Lepas sanding pengantin keliling umah pulak bersalam dengan orang kampung ucap terima kasih katanya.



Kerja masak nasik minyak orang lelaki punya kerja masak lauk pauk orang perempuan punya kerja.



p/s: Lepas kenduri macam biasa ada kerja siram menyiram nasib baik camera aku tak jahanam kena air waktu aku tengah makan kena siram 2 jug air sirap. demit