Masyuk

Memaparkan catatan dengan label Jakarta. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Jakarta. Papar semua catatan

Sabtu, 5 Julai 2014

Jakarta - Bandung 2014




Salam semua,
Awal bulan May yang lepas aku berkesempatan ke Jakarta dan Bandung, Indonesia lagi. Tujuan utama membawa kawan-kawan ke sana lagipun aku dah rindu nak kesana sebab dah lama tak berkunjung ke negeri seberang. Aku pergi pun tak ramai sekadar 3 orang jer sebab kitaorang member baik aku nak beli kain untuk perkahwinan dia nanti. 



Hari pertama sampai tu kitaorang singgah ke Perlabuhan Tanjung Priok ikutkan tempat ni tak ada apa pun tapi pemandangan yang cantiklah sebab ada banyak kapal yang berlabuh dekat sini

Selepas tu kitaorang singgah dekat Fatahilah Square nama tempat ni Kota Tua Jakarta tak ada apa pun cuma ada muzium agaknya kat sini aku tak pergi pun sebab malas nak jalan cuaca panas waktu ni malamnya pula aku pergi Hard Rock Cafe Jakarta temam member aku beli t-shirt kat sana aku dah muak pergi.




Esoknya aku pergi ke Bandung dengan menaikki keretaapi dari Stasiun Gambir ke Stasiun Bandung yang mengambil masa lebih kurang 3jam kitaorang ambil tiket eksekutif dengan bayaran 90k idr sekali perjalanan kalau tak silap keretaapi ni namanya agro parahyangan. Pemandangan sepanjang perjalanan memang cantik terutamanya waktu dah nak sampai di Bandung laluan di tepi lereng bukit bagai.


Sewaktu sedang berbelanja dekat FO dekat Bandung tu kitaorang sempat menonton seorang peragut kena belasah dengan orang ramai kat situ nasib baik tak ada yang mati. Memang nasib peragut tu tak baik itu yang kena belasah ramai-ramai tu.


Kalau soal makan kat sana aku dengan kawan aku lagi 2 orang ni memang tak ada masalah sangat Insha Allah tekak kitaorang boleh masuk walaupun aku makan kat tepi jalan Alhamdulilah belum pernah sakit perut lagi mintak dijauhkan hendak-Nya.



Kebetulan dekat hotel yang kitaorang duduk tu ada Kulineri Street Festival memang rezeki kitaorang macam aku dengan member aku ni memang suka pergi tempat-tempat macam ni maksud aku yang tak terlalu mahal untuk tau budaya mereka.


Sambil mengunya jajan layan plak ada pulak street performance kat situ layankan jer lah.


Ada pulak pertunjukkan kesenian dari Lampung layankan jer 



Hari terakhir balik ke Jakarta balik pergi last shopping dekat Pasar Tanah Abang kitaorang pergi sini jalan kaki jer sebab duduk kat hotel N1 malam tu sempat aku melepak kat tepi-tepi jalan tu tengok persekitaran sana.



p/s-mood malas nak citer pasal Jakarta & Bandung sebab dah selalu cerita kat sini.

Ahad, 25 Disember 2011

Taman Mini Indonesia Indah, Jakarta



Salam semua,
Kebiasaannya setiap pelancong yang ke Jakarta, Indonesia pasti akan melawat ke Taman Mini Indonesia Indah ini tapi aku yang sering kesana inilah kali pertama aku ke TMII ini. Tapi agak kurang menarik sebab aku pergi kejap sahaja cuma singgah di Rumah Adat Riau dan Rumah Adat Minang sahaja sebab nak cepat pergi ke Bandung. Pagi-pagi kami pergi ke Mangga Dua Mall untuk membeli belah lebih kurang jam 1 tengah hari kami terus bergerak ke TMII ini.  



Pintu gerbang yang menyambut kedatangan para tetamu.



Rumah adat minangkabau di taman mini cantik sekali lukisan didinding rumah tersebut.



Pemandangan di sekeliling rumah adat minangkabau terdapat Rangkiang iaitu tempat menyimpan padi.



Cik Nieza bergaya dihadapan Rumah Adat Minangkabau.



Antara busana minangkabau yang terdapat di rumah adat tersebut.



Pelaminan minangkabau yang terdapat didlam rumah adat tersebut, Didalam rumah adat tersebut terdapat 4 pelaminan orang minangkabau.



Rumah adat Riau memang kena pergilah sebab asal usul Cik Nieza dari Riaukan.



Pintu masuk ke Rumah Adat Riau seperti rumah limas.



Rumah adat riau ni lebih kurang dengan rumah-rumah yang terdapat di Malaysia juga kebanyakkan orang Riau ini bersuku kan melayu macam mak Cik Nieza yang memang bersukukan melayu. 



 
Jambau ataupun dulang hantaran seperti adat perkahwinan orang melayu tapi mereka menjunjung hantaran yang dibawanya dan pernah aku update Adat Perkahwinan Di Bangkinang, Indonesia suatu waktu dahulu.



Model rumah lontiok yang memang sinonim dengan orang dan budaya masyarakat di Riau.



Antara peralatan rumah, permainan dan kesenian masyarakat Riau kebanyakkan lebih kurang dengan peralatan masyarakat melayu di Malaysia.




Lepas dah penat berjalan kami makan sate padang di tepi rumah adat minangkabau memang sedap sate yang dihidangkan.





Kalau berminat untuk singgah di TMMI ini harga tiket boleh disemak DISINI




Khamis, 22 Disember 2011

Bersepeda Di Monas, Jakarta







Salam semua,
Selamat hari Khamis yang indah, Bersepeda di Monas tau bukan bersepender di Monas, cerita tertunggak lama bukan bill air tertunggak yer mood untuk update blog pun ke laut gak ni. Awal bulan lepas aku pergi ke Jakarta & Bandung lagi dah naik bosan aku gi sini balik-balik gi tempat yang sama jer next year insyaallah nak pergi jalan ke tempat lain pulak lah. Aku pergi kali ni selama 5 hari pergi  balik sampai dah malam terus pergi lepak-lepak ke Monas ataupun Monumen Nasional Indonesia di Jakarta. Dekat Monas ni kalau pergi malam just lepak-lepak sambil kayuh basikal kat sini. Naik basikal kat sini dikenakan charge sebanyak 15 000 rupiah lebih kurang RM5 untuk 10 minit, macam membazir pun ada jugak aku rasa wey tapi sekali sekala tak per kot.  Selepas pergi ke Monas kami semua bergerak ke Hard Rock Cafe cuma berjalan-jalan untuk membeli barangan disana sahaja tak ada lah nak masuk ke Hard Rock Cafe tu sebab semua orang nak save budget katanya.






 
 Melompat lebih tinggi dari Monas ker?



Kalau ke Jakarta dan Bandung Achenk pasti menjadi pemandu pelancong kami disana sebab memang dah kenal dan rapat dengan Achenk ni pun.



Basikal macam inilah yang depa nak naik pusing keliling area Monas tu.



 
 Pergi bergambar jer dekat luar Hard Rock Cafe, Jakarta ni bukan nak shopping sangat pun.


 
 Pasangan bahagia & sengal depa berdua ni.
  


Pasangan pengantin baru yang tak dapat honeymoon waktu di Jakarta sebab tidur asing kami ambil 2 bilik jer untuk dikongsi lelaki 1 bilik perempuan pun 1 bilik jugak. 



 
 Wey cik Lily Ixora hang ingat hang cute cam budak belakang tu ka?

 


Selasa, 31 Mei 2011

Tip ke Bandung



- Jangan lambat nak g check in flight kang tak dapat nak terbang.
- Jangan sekali kan duit korang tuh asing -asingkan tempat lain
- Jangan keluarkan Passport korang yang kaler merah tuh (kalau korang nyer warna ijau xper ar) nanti kena charge lebih.
- Jangan la nak sedekah kat bebudak yang buat muka kesian kat luar FO tuh coz diaorang nyer duit lagik byk agaknya
- Jangan tinggalkan barang berharga kat hotel tuh
- Jangan la dok gatal nak bawak laptop ker (xda masanyer korang nak ber FB, Mespes, Blog)
- Jangan la pakai barang kemas bebanyak (tak pakai pun tak pa lah)
- Jangan bawak baju banyak la (beli & pakai kat sana jer)
- Jangan dok gatai makan kat tepi2 jalan tuh (takut sakit perut jerk)
- Jangan dok kompiden nak jenjalan sensorang terutamanya perempuan & yang belum ada pengalaman (dah ada pengalaman tuh mmg power ar cam si dak Lin)
- Jangan layan kalau depa mintak duit RM terutama di pasarbaru (ayat standard buk/pak bagi duit satu atau lima ringgit malaysia buat kenang-kenangan)

Jangan Lupa
-Jangan lupa beli simpack kat sana senang nak call orang mesia jangan beli kat airport beli jer kat kedai-kedai tepi jalan (kalau boleh beli Simpack XL)
- Jangan lupa bawak meggi & sewaktu dengan nya (slalu bekpes kat otel tak brapa nak sedap) tp ikut tekak memasing ar

- Jangan lupa tawar menawar kalau boleh half price (ikut suka korang ler)
- Jangan lupa bawak stroller bg yang bawak anak ticik (kalau tak mampuih En abang yang kena dukung time mak dia dok gila shopping)
- Jangan lupa beli pisang cheese lelebih untuk aku
- Jangan lupa duit airport tax kna bayar yerk kang sopping bagai nak rak duit airport tax tak da plak

- Jangan lupa sedia kan duit kecik mana tau korang nak masuk toilet kerk

tambahan dari kengkawan blogger yang lain

dari Kak Ina KL - amboi jadi duta bandunglah pulak..lagi satu jgn percaya dengan orang yang menawarkan pertolongan tepi jalan..jangan bagi wang kat pengamen..jangan jalan seorg-seorg....jangan layan peniaga di takuban ...jangan show duit RM..banyak tip kamu dah bagi..tak yahlah akak bagi..cukuplah tu..lagi satu kalau nak minum air beli ajer air dalam botol.....



Kengkawan yang ada pengalaman apa lagi sharekan la tip2 berguna korang tuh


Selasa, 5 April 2011

Ke Jakarta - Bandung Lagi



Rasanya baru jer aku balik dari Jakarta & Bandung bulan lepas tapi memandangkan Airasia ada promotion lagi aku dengan kawan - kawan pun booking tiket ke sana lagi pada hujung tahun ini dengan cuma RM120 pergi balik tapi aku macam berbelah bagi sama ada nak pergi ataupun tidak cam pikir nak kawen pun ada.... arrrggghhhh lambat lagi nanti lah pikirkan sama ada nak pergi ke idak. kalau korang rasa nak pergi korang booking la tiket flight tu kan ada details kat gambar tu.


Rabu, 30 Mac 2011

Jom Pergi Jakarta - Bandung Lagi




Salam semua, jom pergi Bandung lagi wey aku saja check kat internet untuk ke Jakarta cuma RM105 sahaja tapi tak termasuk bagasi lagi la kalau dah campur bagasi semua lebih kurang dalam RM150 seorang tapi aku rasa still berbaloi lagi kot untuk harga macam tu. apalagi booking la tiket ke Jakarta.



Jumaat, 25 Mac 2011

Pemandu Pelancong Di Bandung





Salam semua, korang teringin hendak ke Bandung tapi still tak ada Supir ataupun pemandu pelancong di sana. Baiklah kat sini aku nak kongsi dengan korang dengan seorang pemandu pelancong yang aku kenal dah lama juga. Nama supir yang selalu aku gunakan ini adalah ACENK ASBUN kalau korang hendak menggunakan khidmat beliau yang sangatlah bagus korang emailkan kat aku daydeck86[at]gmail[dot]com nanti aku reply no phone ACENK ASBUN ni korang boleh deal terus dengan dia takut korang cakap aku "mark up" pulak tapi kalau korang nak aku deal kan pun boleh jer. Korang boleh juga add si ACENK ASBUN ni dekat Facebook dia di ACENK ASBUN ni.




p/s - Gempa bumi di Myanmar berskala 5.4 pada jam 9.56 tadi dan jaraknya cuma 1,613km dari barat laut Perlis, Semoga semuanya selamat hendak-Nya. AMIN



Sabtu, 12 Mac 2011

Catatan Perjalanan Jakarta - Bandung 2011 - Part 6





Salam 1 Malaysia semua, Cerita bersambung walaupun aku demam aku gagahkan gak nak update blog picisan aku ni. Sambung balik cerita kat Bandung hari tu. lepas repeat kat PasarBaru kitaorang terus gerak nak pergi SPA katanya aku tak ambil pakej SPA pun aku cuma urut badan jer tapi lelaki lah yang urut kalau perempuan urut mau cik Nieza ngamuk kat situ gak.


Monyet ni agak pandai juga mencari rezeki dengan memakai kepala anak patung sambil naik basikal tapi aku tak sempat nak shoot waktu dia naik basikal tu.


Sementara menunggu untuk berSPA bagai ada yang amik gambar ada yang pergi makan kat Mc Donalds kat seberang jalan tu.



Keesokkan harinya kitaorang bersarapan di apartment jer itupun dimasak oleh para suami yang bujang cam aku dengan irman cuma menchekik jerk.



Nak balik tu cam biasa lah bergambar beramai-ramai dengan kenderaan yang membawa kami semua macam biasalah gambar aku memang tak ada ler.


Dalam kereta memasing sempat lagi nak ber Oh Yeah
(keluarkan kata-kata indah, Mata pandang keatas & tangan ke bahu)


Sebelum gerak ke Jakarta kitaorang singgah di Kartikasari untuk membeli brownies.


Waktu menunggu pesawat di lapangan terbang Soekarno Hatta kitaorang terjumpa dengan pengasas Reena's Kosmetik kalau tak silap nama dia Dato Paduka Dr Hjh Siti Aminah Ramli walaupun dia tak nak bagi tau siapa sebenarnya dia kitaorang tetap mencari details dia waktu sampai sini. kalau korang nak tau siapa dia sebenarnye korang google jer.