Masyuk

Memaparkan catatan dengan label ramadhan 1434h. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ramadhan 1434h. Papar semua catatan

Rabu, 24 Julai 2013

Candy Crush Saga Yang Gila



Salam semua,
Diam tak diam dah hari ini dah 15 hari kita umat islam menjalankan ibadah puasa dan tak lama lagi kita akan menyambut kedatangan lebaran pula. Sepanjang bulan ramadhan ni aku banyak menghabiskan masa dekat Kg Puah Lembah lepas solat terawih aku lepak rumah member aku kat Kg Puah Lembah tu. Sepanjang bulan puasa ni aku habiskan masa dengan bermain permainan candy crush saga yang memang gila tu. Levbih kurang 2 minggu bermain semalam baru aku dapat selesaikan candy crush saga level 65 ni memang sakit hati selagi tak lepas-lepas main games ni. Nasib baik aku tau tips nak menampah life selepas 5 kali bermain iaitu dengan cara menukar tarikh di telefon tersebut. Insyaallah malam ni lepas solat terawih aku nak sambung lagi games ni. 
 

 Gambar dari Google, akhirnya dapat juga aku selesaikan level 65 ni.


Untuk pergi next level kena unlock for more levels disebabkan phone tu tak ada data plan terpaksalah aku "Play Quests" tak per pelan-pelan kayuh.

Khamis, 18 Julai 2013

Pesanan Buat Peniaga Bazar Ramadhan




Salam semua,
Pejam celik. pejam celik dah 9 hari kita berpuasa, kejap jer masanya. Dalam masa 9 hari berpuasa ni 6 hari aku berbuka beli dekat Bazar Ramadhan cuma 3 hari sahaja aku berbuka puasa di rumah sebab tak ada orang cuma aku seorang dirumah lebih baik aku berbuka di tempat kerja jer ada juga kawan-kawan. Berbalik kepada tajuk Pesanan Buat Peniaga Bazar Ramadhan ini adalah topik yang diperkatakan oleh geng tali barut iaitu JMR rasa tak puas hati dengan peniaga di bazar ramadhan sekarang berniaga semata-mata nak untung jer tak pikir halal atau pun haram hasil jualan mereka.

Ada ke patut jual bubur jagung yang pekat macam gam kayu dalam erti kata lain bubur jagung basi. Aku tak berapa nak fahamlah orang meniaga cuma nak cari keuntungan semata. Rasa aku aku pun dulu tolong mak cik aku kedai makan tapi tak pernah pulak bagi benda basi kat pelanggan. Alhamdulillah setakat ni semua kawan-kawan aku cakap makanan yang aku beli di Bazar Ramadhan semuanya sedap-sedap kalau tak sedap pun oklah boleh masuk mulut lagi mungkin sebab aku dah biasa berniaga makanan terutamanya nasi campur aku boleh tau makanan tu baru ataupun dah lama, memanglah separuh makanan tu makin lama makin sedap macam pajeri nenas, rendang, sambal tumis tapi agak-agaklah janganlah makanan tu dah 3 hari masih nak jual lagi. 

Kepada peniaga-peniaga "AD-HOC" ni tak payahlah menganiaya pelanggan yang mengharap makanan yang enak untuk berbuka puasa lepas tu harga pulak janganlah mencekik darah sangat air tebu satu jag RM5 bagi aku agak mahal la tapi aku tak taulah modal sebatang tebu tu berapa macam nasik ambeng semalam aku beli dekat Bazar Ranadhan Pasar Keramat dengan harga RM8 sebungkus dengan mee gorengnya tak ada, sambal gorengnya tak ada serundingnya seciput jer wey ayam memang kecik aku rasa lagi elok aku beli nasik kukus ayam dara dah tentu murah dan sedap. Apa-apa pun aku tetap bersyukur dengan rezeki yang diberikan oleh-Nya. Amin

Jumaat, 12 Julai 2013

Berbuka Puasa @ ICON, Jln Tun Razak



Salam semua,
Cerita semalam aku berbuka dekat opis dengan kawan-kawan kebetulan aku berbuka seorang diri kawan-kawan opis suruh aku tapaukan juadah berbuka untuk depa sekali aku tak ada masalah. Semalam aku pergi beli juada berbuka puasa dekat bazar ramadhan Desa Pandan penuh jugaklah motor aku dekat box belakang penuh dengan makanan dekat bakul depan pulak penuh dengan air minuman. Semalam aku pergi dengan Dollah budak opis aku sebab dia keje shift sampai malam. Lepas berbuka ngan solat maghrib aku terus balik sebab nak bekejar solat terawih pulak. semoga badan terus sihat boleh berpuasa dan mengerjakan sola terawih.


Antara jemaah yang ada berbuka puasa bersama semalam.


 Sempat lagi berposing sebelum makan.


 Katanya nak view Menara Tabung Haji dan G-Tower.


 Macam bukan nasi briyani jer macam nasik ayam adalah tapi depa cakap ayam dia sedap tak tau lah aku. Bagi aku Bazar Ramadan Desa Pandan ni kurenglah bagi aku Bazar Ramadhan Wangsa Maju Seksyen 1 lagi meriah kot.



P/S - Hari Ini turn Bazar Ramadhan Kampung Baru pulak untung-untung dapat merasa bubur lambuk agung kampung baru yang popular ketika bulan ramadhan yang mulia ini.

Khamis, 11 Julai 2013

Menu Berbuka Puasa Hari Kedua



Salam semua,
Baru hari kedua dah ada menu berbuka puasa untuk hari kedua, padahal belum waktu berbuka lagi tu, ini semua sebab kawan-kawan yang aku kirim di bazar untuk mereka berbuka puasa di tempat kerja nanti. Insyaallah petang ni aku jadi piun untuk depa berbuka puasa depa upah lah aku duit minyak sikit. Semalam berbuka sorang-sorang kat rumah cam sayu pun ada kan hari ini aku nak berbuka kat tempat kerja dengan kawan-kawan aku.


Antara menu yang dikirim siap buat check list tu. 

 
Nasi kerabu, Nasi Ayam, Nasi Briyani, Mee Goreng antara menu yang dipilih untuk hari ini aku mungkin nak makan nasi ambeng agak-agak bazar ramadhan dekat desa pandan ada tak nasi ambang tu.