Masyuk

Memaparkan catatan dengan label relaks. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label relaks. Papar semua catatan

Rabu, 18 Ogos 2010

Selamat Jalan Dunia Pondan Dari Azwan Ali





Salam 1 Malaysia semua, Sebelum ni aku ada post mengenai aku telah dijemput untuk menghadiri Majlis Pelancaran Buku Selamat Jalan Dunia Pondan karya
bro Azwan Ali.
Aku dengan Jejai sampai dalam jam 5 petang. Masuk ke Tamarind Spring Restoran tersebut memang mengujakan aku makan didalam hutan yang tiada kesesakkan ibu kota.


Sewaktu disana aku dan Jejai ditugaskan sebagai penyambut tetamu terutamanya kepada artis-artis yang baru sampai. Tak kisah lah walaupun buat kerja tapi kami dapat makan free kat tempat mahal dan juga dapat berjumpa artis-artis terkenal. Memang tak rugilah aku rasa.







Cantik tak (pinjam ayat Eric Leong)


Kad Jemputan ni ada atas meja makan kat situ bukan aku dapat kad ni pun


Sebelum diberikan tugas Jejai nak bergambar dengan bro Azwan Ali


Seramai 44 orang anak yatim dari Asrama Darul Aminan, Seremban yang juga anak angkat kepada bro Azwan Ali dijemput menghadiri majlis yang penuh gemilang tersebut. Siap pakai kamera DSLR lagi anak yatim situ ekk....


Sewaktu Red Carpet kelihatan Razali Husin juga hadir dan Didi Alias & Irfan Roslan diamanahkan untuk menjadi pengacara pada majlis tersebut.


Antara tetamu yang hadir adalah Dato Yusoff Haslam bersama isterinya, Datin Noniswara, Jue Aziz, Rebeca Nur Islam, Hafiz Hamidun dan ramai lagi.


Ramlah Ram mendendangkan Diam-Diam Jatuh Cinta lagu hits nya tahun 1988


Diana Danielle kekasih gelap kepada Jejai & Sirman (Kak Red mu jangan sentap okeh) sedang diwawancara oleh pihak TV3


Lady Gaga Malaysia atau Alyah juga turut hadir.


Pasangan ideal (bukan susu cap ideal) yang sedondon dimalam itu Mawi & Ekin.


Nash dan isteri tercinta Sazzy Falak juga sedondon.


bro Azwan Ali untuk yang gambar atas dan Azwana (jangan marah bro gurau jer) untuk gambar yang bawah yang penting Selamat Jalan Dunia Pondan


Jejai bersama Farahwahida (betul ker ekk)


Jejai bersama orang kampungnya Bob Mesreeee....


Ingat Jejai jer ke nak bergambar dengan artis aku pun nak gak
ni bergambar dengan kak Rock Terjah gelak dia memang tak bleh tahan punya.


Sporting ar Farahwahida ni.

Aku dengan janda meletup tak lain tak bukan Nora Danish la. Daydeck Dannish pun ok gak
ahahahahhahahhahaa perasan plak aku.


Antara tetamu yang terkenal RedMummy dengan suami terchentanya RedDaddy


RedMummy dengan body guard nyer
pic curi dari blog RedMummy


p/s SumiJelly jangan nak jeles ekk....





Selasa, 3 Ogos 2010

Buffered Earning Lagi & Lagi




Alhamdulillah syukur nikmat kerana Nuffnang dengan baik hati telah menambah BE aku lagi pagi tadi aku perasan tapi tak sempat nak buat N3 niat hati bukan nak menunjuk atau membodek Nuffnang tapi nak menyatakan bahawa Nuffnang tak memilih blog untuk memberikan BE walaupun blog aku cuma blog picisan sahaja. Tak rugi untuk aku setia pada yang satu iaitu Nuffnang dulu, kini dan selamanya.





Jumaat, 23 Julai 2010

Jangan Tiru Bulat-Bulat




Sememang nyer dalam minggu ni aku agak jarang menghapdet blog picisan aku nih dek kerana ketidak stabilan kesihatan terhadap diri aku nih.Oleh sebab itu kemalasan melanda untuk menghapdet blog picisan aku nih.

Pagi ni (dah lebih jam 1 pagi ler skang ni) aku terajin nak menghapdet plak ekk.
Bukan apa aku menghapdet blog dikala bulan mengambang (mengambang ker) ni aku terasa bosan kadang kadang tu sewaktu berblog walking apabila n3 para blogger yang cuma copy & paste, memang betul korang boleh cakap blog aku suka hati aku la, dulu pun aku ada gak perasaan macam tu tapi bila diambil kira aku pulak jadi bosan pabila blog yang aku bukak serupa dengan email atau pun dari blog orang lain.

Bukan tak boleh nak Copy & paste dari email or blog orang lain tapi kalau boleh olah atau pun edit la sikit Jangan Tiru Bulat- Bulat supaya ianya tak nampak macam korang tu tak ada idea yang boleh dikongsi supaya n3 korang nampak lagi menarik, mahal sangat ke idea korang tu sampaikan tak boleh kongsi dengan kawan kawan.

Waktu aku pergi joint Nuffnang Sharing Session hari tu pun ada bagi tahu pasal benda ni kata mereka kalau blog jenis Copy & Paste ni cuma untuk jer aku pun tak tau kebenaran nya kerana blog aku ni pun bukan ramai pengunjung, untuk keuntunggan jangka pendekjangka panjang mungkin kurang berjaya untuk blog yang suka dengan Copy & Paste ni tapi ikut korang lah siapalah aku nak cakap kat korang kan aku pun cuma blogger picisan jer.

akhir kata (macam buat rumusan zaman sekolah menengah plak) tepuk dada tanya selera. bak kata nabil raja lawak pulak "Lu pikirlah Sendiri"



p/s - Kridayanti bercium dengan sapa tu.

Khamis, 8 Julai 2010

Rezeki Jangan Ditolak Lah




Kata orang orang lamo rezeki jangan ditolak, bala jangan dicari itu kata orang lamo bukan kata Karam Singh Walia.

Tiga hari lepas aku ada mendapat kiriman sewaktu di tempat kerja hati berdetik siapa yang menghantar kiriman kepada aku ni bila diperiksa kiriman tersebut dihantar oleh
Kak Sonata Anak Kancil yang baru pulang dari negara China.
(bila la agaknya aku dapat bergambar dihadapan Tembok Besar China tu)
waktu kat opis aku tak nak bukak lagik kiriman tersebut sebabnya nak buat suprise la konon kat blog. ahahhahahahaaa


Korang tau apa yang aku dapat?
Aku dapat sehelai t-shirt, Sarung Tisu, Fridge Magnet. aku suka kesemua kiriman yang aku dapat dari
Kak Sonata Anak Kancil. Terima Kasih daun keladi Kak Sonata Anak Kancil kalau ada lagi jangan lupa bagi lagi. ahhahahhaha muka tak malu mengicak kat orang.


Semalam pulak ada Rezeki yang datang lagi kat aku dengan kengkawan.
Ada member opis aku ni tapi lain department la belanja kami pizza hut.
Rezeki dah mendatang tak kan nak menolak pulak kan,


Tak sempat nak amik gambar dah tinggal separuh memang memasing tengah kebuloq time nih.


Menghayati dengan penuh keenakkan menggigit manja ke atas Pizza tuh.



Mamat ni memang lalang Netherland menang terus pakai layard Netherland



Kusyuk giler akak ni buat kerja ekkk....


Cara tak kitaorang makan Pizza Hut tapi minum air kopi yang cik intan bagi hari tu,


Khamis, 1 Julai 2010

“I wanna be The Sorcerer’s Apprentice”



Setahu aku la The Sorcerer's Apperentice ni macam AHLI SIHIR la kan.
Kalau lah aku ni AHLI SIHIR korang tau aku nak tukar apa?
Mestilah aku tukarkan semua benda kepada RM..RM...RM...RM...
mata duitan tul aku nih ekk.
yer lah semua benda sekarang kat dunia ni memerlukan RM..RM...RM...RM...
xda RM...RM...RM...sakit woo.
kalau lah ada AHLI SIHIR cam tu seumur hidup tak yah kerja,
agak agak duit nak abes jer tukarkan kerusi jadi RM...RM...RM... betul tak
Dunia ini "ana" yang punyalah....
kalau korang pulak cam mana adakah korang akan mengikut jejak langkah aku.
oleh itu jangan selubungi hidup anda dengan misteri....ahahhahaha
cam rancangan Misteri Nusantara plak kan...





Kalau korang nak tau kenapa n3 aku pasal Ahli Sihir adalah sebabnya aku nak dapatkan ticket The Sorcere's Apprentice yang akan diberikan oleh Nuffnang kepada Blogger'skorang bacalah sipnopsis cerita ni mesti bestkan.
Dave (JAY BARUCHEL) is just an average college student, or so it appears, until the sorcerer Balthazar Blake (NICOLAS CAGE) recruits him as his reluctant protégé and gives him a crash course in the art and science of magic. As he prepares for a battle against the forces of darkness in modern-day Manhattan, Dave finds it is going to take all of the courage he can muster to survive his training, save the city and get the girl as he becomes THE SORCERER’S APPRENTICE.


Rabu, 30 Jun 2010

Tempat Urut Yang Best




Salam 1Malaysia kengkawan semua.....
arrrgghhhh.... Badan aku kesengalan ler mana nak pergi urut nih?
wakkklllllooooo.... gua nak urut betul betul la bukan nak geli geli tuh sengal.
Rasa balik kerja sat gi nak pergi Brickfield urut kat orang buta tu jerk tapi tak tau kat mana yang best coz aku tak pernah pun g berurut ni tapi disebabkan dah cam keletihan jer ni nak gak la merasa berurut nih.
Jom la kengkawan kita g berurut memanjakan badan yang hampir setiap hari dikerah tenaganya.... cewahh... Jom ler.....