Masyuk

Memaparkan catatan dengan label gathering. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label gathering. Papar semua catatan

Sabtu, 23 Julai 2011

1000 Smiles For Nature Event





Salam semua, naik bersawang blog aku ni lebih 2minggu juga aku rasa aku tak update mungkin kesibukkan untuk menanti kehadiran Ramadhan yang mulia dicampur pulak dengan masalah teknikal yang tak dapat dielakkan menyebabkan aku tak berkesempatan untuk menghapdet blog picisan aku ni. Baiklah kembali kepada cerita 1000 smiles for nature yang berlangsung di Jusco Aeon AU2 Keramat. Pelbagai aktiviti yang diadakan sewaktu majlis berlangsung. Event tersebut adalah kerjasama antara TREETSHIRT bersama YAWA.


Sewaktu baru sampai di pagi hari kami sibuk prepare + breakfast di sana.


Acara pertama adalah pertandingan melukis dan mewarna mengikut kategori umur.


Selepas itu ada juga persembahan alat muzik dari kumpulan RENTAK HIJAU yang diperbuat daripada barangan terbuang.


Bergambar untuk treetshirt


Menderma untuk Yayasan Anak Warisan Alam.


Don't Trash Our Future antara lakonan yang terdapat pada event tersebut.


Custom t-shirt pun ada juga disediakan tapi malangnya aku tak ada size.


Antara kawan-kawan aku yang mengambil bahagian pada hari tersebut.



Adham Syafiq nak bergambar juga.


Antara kumpulan indie yang membuat persembahan pada hari tersebut.


Diakhir majlis kami mengambil kesempatan untuk bergambar seperti sebuah band terkenal.





p/s - hadiah GA aku belum sempat nak pos tapi korang semua jangan takut aku PASTI akan pos kan hadiah korang tu.




Isnin, 30 Mei 2011

Nur Kasih The Movie - Tiket Dari Hazman






Salam semua, nak ngomel cerita dah basi dah ni 22hb May 2011 hari Ahad hari itu aku pergi tengok cerita Nur Kasih The Movie (NKTM) dekat Mid Valley dengan dibelanja oleh Hazman yang dikhabarkan akan mengantikan Nuffnang kerana sudi belanja sebanyak 14 tiket wayang kepada para Blogger's yang berminat untuk menonton wayang percuma terutamanya filem melayu kerana Nuffnang tidak menyediakan tiket pra-tonton filem melayu. Oleh yang demikian korang kalau nak dapat tiket wayang secara percuma bolehlah korang follow Hazman punya blog bolehlah suruh dia belanja tiket wayang lagi. Memang dah rancang jumpa dekat Mid Valley jam 1pm cam biasalah janji melayu aku jam 1.30pm baru nak sampai di Mid Valley.


Tah apa la yang digebangkan si Bean Moreno kat Aiensepet dengan Jejai tu.


Tukang belanja si Hazman berlagak dengan tiket yang dibelinya.


Mejah si budak lucah har har har pun nak interframe gak.



1. aku cilok gambar dari blog Cik Lily Putih dengan Hazman sebab aku datang lambat tu pasal pic aku tak ada.

2. kalau ada tiket bagi aku lagi tau.

3. NKTM = Nak Kongkek Tapi Malu --- itu shahroll yang cakap ekk....

Rabu, 29 Disember 2010

Blogger's Gathering @ Times Square - Part 2





Salam 1 Malaysia kepada semua. Tahniah kepada pasukan Harimau Malaya kerana telah berjaya mengharumkan nama Malaysia di persada sukan bola sepak. Okeh malam ni aku nak sambung cerita pasal Blogger's Gathering yang lepas. Biasalah selepas penat bermain bowling memasing perut dah menyanyi lagu Keroncong Untuk Ana apa lagi aku ngan Shahroll pergi meeting jap and then terus naik ke food court yang terletak di tingkat 10. Lepas memasing dah kenyang menchekik apa lagi ada perbincangan yang aku nampak. 3 kelompok kumpulan yang berbincang. Kelompok pertama diketuai oleh MelRomeo kalau tak silap berbincang mengenai next gathering yang akan diadakan dengan tema "Blogger's Budak Kampung" kalau tak silap aku ler. Kelompok kedua pula diketuai oleh Cik Hel yang berbincang mengenai "tiket wayang percuma" agaknya manakala kelompok ketiga pula diketuai oleh Cik Lily Putih yang dok sibuk "membahan" orang lain paling meriah kelompok ketiga la memang kecoh jer aku dah semestinya kat kelompok ketiga wey. ehehehehheeeee.


Orang kanan MelRomeo duk kusyuk mendengar penerangan dari MelRomeo.


Naik juling mata MelRomeo menerangkan next event yang akan diadakan.


Rina Salleh yang manis pun kusyuk mendengar penerangan dari MelRomeo.


Waktu ini sedang kusyuk mendengar pandangan dari para blogger's yang lain kita kan demokrasi.


Lepas penerangan & segala mak nenek dah selesai apalagi sesi bergambar ler.
tengok tu Shahroll bergaya dengan iklan yang terpampang tu.


AnakPerak jadi mat kepit kejap


Shahroll plak aku tak tau kenapa tak bawak camera dia tak kan xnak amik gambar kot kalau bukan event nuffnang. ahahahahah


Biasalah kalau dah sesekali berjumpa tu pasti amik gambar ramai-ramaikan.
tengok lah si MelRomeo dengan Bean tu macam ada sesuatu jer kan. ahhahaha


Gambar ni pulak Chearms tak melepaskan padangan terhadap Tia


Cik Epal yang comel suruh aku delete gambar ni comel apa


Dua orang CIK sorang Cik Epal & sorang lagi Cik Lily Putih


Gaya ini AusMelankolik tak perasan yang Chearms tengah terajang dia.

Aus paling suka dengan gambar ni dialah orang yang paling bertuah selain Chearms sebab dapat bergambar dengan dua orang diva ini.


Chearms dengan gaya Pengarah 2 Alam nya iaitu Dr Romzey bergambar dengan diva howt.


Tia - Bang cepat lah tengok nanti Chearms perasan la...
Phreak-Id - Dari tadi abang dok ushar jer ni mata belalang abang ni coverline. ahahahah






p/s - jangan marah arrr ini semua jenaka dari bloggers sengal cam aku.

Isnin, 27 Disember 2010

Blogger's Gathering @ Times Square



Selamat Pagi Malaysia, Tahniah diucapkan kepada pemain bola sepak negara kerana telah berjaya merangkul 3 mata pada perlawanan malam tadi semoga pasukan Malaysia berjaya memenangi pada perlawan akan datang di Stadium Bung Karno di Jakarta pada 29hb December 2010 ini. Semalam 26hb December 2010 para blogger's telah dijemput untuk bergather 2 gether di Times Square bermula jam 10 pagi sehingga ke petang tapi aku tak dapat datang pagi sebabnya aku ada kenduri jadi lepas lunch baru aku gerak ke TS tu. Sampai kat sana depa semua duk sibuk main bowling aku baru sampai dapat joint 1 game jer tapi tak per aku happy pada hari itu.


Tia budget cam retis ler tu.


Gambar ini diambil tampa pengetahuan dari Redlinda. Takut juga ekk AnakPerak kat kekasih hati dia tu.


Awek-awek ngan pakwe-pakwe yang kat depan tu kalau singgah kat blog picisan aku ni jangan lupa tinggalkan link blog korang yerk.


Abang Karok's tetap bergaya dengan spek mata belalang dia tu.

Pojiee, EykaMeow, Uncle Seekers ehh silap Uncle Eyriqazz, ngan Hana

Tiga teruna pingitan. ahahahaha


Ery Fariha ngan Shahroll tapi mata Ery tu nampak tipu sangat wey.


Nih lagi ketara mata si Ery tu.


Semua gadis-gadis yang berebut nak dapatkan si MelRomeo waktu ni Rina Salleh xsampai lagi menggatal jer lah si MelRomeo tu.


Ngah BBM ngan "gadis melayu" la tu.


Mel ko memang romeo weyh.


Gambar ni Tia request wey bukan mamat tu yang request yerk.


Phreak-Id dengan spek mata belalang dia.


Smart la plak aku tengok gambar Tia nih.


Watak-watak pada hari kejadian.

1. MelRomeo
2. Chearmster
3. Eyriqazz
4. Rina Salleh
5. Bean Moreno
5. Cik Hel
6. Hana
7. Tia
8. Aus
9. Cik Lily Putih
10. Akmal Hilmi
11. Aezy
12. Ery Farieha
13. RedLinda
14. AnakPerak
15. Syaz
16. Gadis Terbilang
17. Cik Epal
18. Mashimaroo
19. Phreak Id
20. Shara
21. Sarang Platipus
22. http://www.babipunyestalker.blogspot.com/
23. http://www.milimilo.com/

Dan ramai lagi.


P/s - Banyak lagi pic yang dah aku upload kat pesbuk aku. korang g tengok kat sana jer lah.
- Takziah kepada mangsa Tsunami pada 26 December 2006 dah 4 tahun tragedi Tsunami.
- Tak sabar pulak nak jadi "Blogger's Budak Kampung" untuk next event.





Rabu, 22 Disember 2010

Kompem Berjimba Bersama MelRomeo




Selamat pagi semua, Kalau korang perasan sebelum ini aku ada update pasal Jom Berjimba Dengan MelRomeo. Hari ini MelRomeo telah kompem nak turun Kuala Lumpur untuk berjimba dengan kita semua pada hari Ahad ini 26hb Disember 2010. Bukan main bersemangat si MelRomeo ni nak jumpa kita siap buat Banner lagi tu. Korang apa lagi datang tau jangan lupa hari Ahad ini. Buget untuk makan dan main bowling adalah sendirian berhad yer coz tak da sapa nak sponsor jadi kita sponsor diri sendiri.


Take Note :

  1. Tiada Registration!
  2. Boleh bawak kawan!
  3. Segala Pembayaran untuk Games & Makanan adalah Sendirian Berhad {Cos untuk main Rm37} {CLICK HERE}
  4. Terdapat 6 Games untuk dilayan! {CLICK HERE}
  5. Macam Mana nak pergi ke Times Square ? {CLICK HERE}
  6. Enjoy ! :)



Selasa, 21 Disember 2010

Jom Berjimba Dengan MelRomeo





Salam 1 Malaysia semua, Pagi ini dalam jam 4.30 pagi tadi aku ada chat dengan MelRomeo.
Insyaallah sifu MelRomeo akan turun ke Kuala Lumpur pada hari Sabtu ini iaitu pada 25 Disember 2010.
Oleh yang demikian MelRomeo ajak kita semua berjimba-jimba dihari Sabtu ini mungkin MelRomeo dah rindu + jeles tengok gambar kita berjimba ari Jumaat lepas.
Jikalau di Izinkan oleh Allah S.W.T. MelRomeo rancang nak main bowling tapi dia cakap tak nak karok's.

Oleh itu aku nak tanya sekiranya MelRomeo jadi datang Kuala Lumpur kita nak berjimba kat mana pulak.

Times Square okeh tak?
Lepas tu MelRomeo akan kompemkan kehadirannya ke Kuala Lumpur esok Rabu 22 Disember 2010.


p/s - kita cuma merancang hanya Allah S.W.T. yang dapat menentukan segalanya. Nanti aku update lagi aktiviti berjimba kita ni jadi ke tak yerk...

- MelRomeo kalau jadi jangan lupa ajak "GADIS MELAYU" sekali tau.






Berjimba Di Wangsa Walk Part II







Selamat pagi semua, pagi ni aku nak sambung cerita semalam pasal berjimba dekat Wangsa Walk hari tu. Lepas membowlingkan diri kami semua terus pergi karaoke kat area situ gak. Kalau karaoke tu aku suka ikut jer nyanyi jangan haraplah suara cam katak bawah tempurung banjir KL ni nanti sapa yang susah bukan budget suara aku sedap giler okeh. Karaoke kali ini ditaja oleh Chearmster yang sore di power siot nanti kalau aku kawen nanti aku nak suruh dia berduet dengan Redlinda kompem best punya. Malam tu dekat jam 2.30 pagi jugalah kitaorang balik separuh awal-awal dah balik tak bujang ar cam tu wey tapi tak perlah janji family korang tak marah coz balik lambat sangat.


No camera pelissss itu ayat minah ni budget artis la sangat. ko ingat ko Hanis Zalikha ker wey. ehehehhee


Duta terbaru kukis Kak Ina KL tapi aku tak tau lah dia ni makan free jer atau ada order ke tak kukis sedap ngan Kak Ina KL


Tak payah aku ulang la yer Cik Norfa tak payah pakai MIC sebab suara dia dah macam petir.

Apalah yang masih tak puas hati oleh Cik Norfa tu yer, Si Aus plak dok sibuk mengajar anak Kak Ina KL cara-cara nak masuk clubbing. ahahhahahaaa


Memula tu penuh dalam bilik tu dengan kehadiran kami semua makanan dan minuman malam tu ditaja oleh Chearmster terima kasih daun keladi semoga rezeki ko bertambah bro.


Inilah awek yang nyanyi paling best malam tu dia cakap dia kanak-kanak ribena. Ribena la sangat ko tia oi.....


Korang tak percaya suara si kanak-kanak ribena tu lunak kalau tidak tak kan lah sampai terkesima Chearmster merenung si Kanak-kanak ribena tu.


Anak Perak pulak muka agak sugul jer malam tu adakah ada perselisihan faham dengan Redlinda, Lepas Redlinda balik barulah Anak Perak menyanyi pulak lagu sedih + jiwang karatz jerk. ehehehhee


waktu ini sebahagian orang dah balik tu pasal lah yang tinggal bagaikan dah naik sheikh sampai panjat kerusi tu. nasib baik sofa tu kuat kalau tak mau roboh selepas Mr. Manager memanjatnya.


Inilah artis yang paling top pada malam itu korang ingat Kak Ina KL nyanyi lagu Dato Sharifah Aini ker dia nyanyi lagu Kekasih Awal Dan Akhir lagu Jamal Abdillah tu korang boleh ker?




p/s - Bak kata Aus malam tu paling best sebab tak ada cerita pasal blog atau nuffnang pun cuma cerita pasal gembira jer.