Masyuk

Memaparkan catatan dengan label kerja amal. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kerja amal. Papar semua catatan

Selasa, 2 Julai 2013

CCAM EXPLORACE PUTRAJAYA



Salam semua,
Cerita dah basi aku baru nak kongsi dengan korang mengenai event yang aku dengan rakan-rakan tempat aku berkerja ni telah adakan di Putrajaya pada hujung bulan May yang lalu. CCAM ni macam organisasi kepada semua "call centre" yang ada dekat Malaysia ni antaranya adalah VADS, Astro, Scicom, RHB, Syabas dan banyak lagilah kalau korang berminat nak tau mengenai CCAM ni korang bolehlah lawat ke laman web CCAM ni. Kami telah diberikan tugas untuk mengadakan explorace ni lebih kurang dalam masa sebulan setengah sahaja tapi alhamdulillah kami dapat laksanakan tugas kami dengan jayanya. Insyaallah ada rezeki lagi kami akan dilantik lagi untuk mengadakan explorace lagi sekali. 

Macam-macam aktiviti yang dijalankan kami sediakan sendiri tanpa bantuan dari pihak lain, kami juga terpaksa membuat survey di Putrajaya sehari sebelum majlis berlangsung. Sebanyak sembilan aktiviti yang kami sediakan untuk para peserta. Kalau korang nak tau aktiviti apa yang kami sediakan korang tengok kat blog cheramiche sebab kumpulan Budget Good-Good ni menang sebagai juara pada hari tersebut. 





Peserta kena berkayak kena buat satu round sapa yang pandai berkayak tu senanglah yang tak pandai tu mau berpusing-pusing



 

Antara checkpoint yang paling susah untuk dicari adalah checkpoint yang aku jaga padahal aku duduk jer kat satu tempat yang depa boleh nampak.





Sempat lagi amik gambar sewaktu sedang massage kat erl salak tinggi


Checkpoint sadis gila sebab mereka kena makan nasi goreng pedas gila, aku rasa nasi goreng tu xdalah pedas sangat tapi ada peserta tu siap meleleh air mata aku dengar.


Kena pergi balai bomba cyberjaya sebab nak kena siapkan checkpoint kat sana



Siap kena nyanyi lagi cari jodoh dekat atas pentas CCAM tu lagi wey.



Nasib baik aku jadi comitte kalau tak dah lama aku join event ni sebab aku memang suka pun join explorace ni tapi tak berapa nak pandailah.


Jumaat, 9 November 2012

Kempen Menderma Darah



Salam semua,
Selamat berhujung minggu pada kalian semua, Hari Rabu yang lepas tempat kerja aku telah mengadakan kempen derma darah. Oleh itu aku pun turut sama menjayakan kempem ini lagi pun aku rasa tak rugi kot untuk menderma darah ni insyaallah kalau tak ada aral melintang dan kesihatan yang baik aku akan terus menderma darah ni lagi pula ini bukan kali pertama aku menderma darah dah banyak kali gak lah kalau tak silap aku ini dah kali ke-7 aku menderma darah tapi aku tak simpan buku tu tah manalah aku campakkan buku aku tu kena carik balik ni.



 Semangat waja hendak menderma darah kakak-kakak tempat kerja aku ni.


Sebelum tu kenalah register dulu baru boleh nak menderma darah tu.


 Kepada yang tidak tahu jenis darah anda bolehlah membuat ujian dulu darah aku jenis O

 Periksa tekanan darah dulu kalau tekanan darah tak stabil tak boleh derma darah juga.


 
Pastu register barang-barang untuk menderma darah tu tag kena betul takut tertukar darah dengan orang lain pulak.






 Ramai juga yang sudi menderma darah.


p/s - jangan takut nak derma darah ok.




Selasa, 21 Februari 2012

Gotong-Royong Bersama DBKL Di Kg Puah Lembah



Salam semua,
Hari Sabtu lepas penduduk Kg Puah Lembah mengadakan gotong-royong bersama DBKL bagi membersihkan kawasan di Kg Puah Lembah. Kebetulan pada sebelah petangnya penduduk KPL ingin mengadakan sambutan Maulidur Rasul peringkat Kg Puah Lembah. Semua penduduk tak kira usia semuanya bersatu membersihkan kawasan persekitaran kampung.



Kasi sapu semua sampah yer tok ketua dan anak buah pun turut sama buat kerja yer selain dapat menyihatkan badan pemandangan pun cantik.



Sompek laie buek muko tuh.




Kaum ibu pulak sibuk membuat persiapan memasak untuk majlis maulidur rasul disebelah petang pulak.




 Kuih Kaswi, Kuih sagu mata ikan, Kuih apam, dan nasi lemak menjadi santapan penduduk untuk bersarapan.

 


Dah terbiar rumah aku tu insyaallah ada rezeki aku nak repair rumah tu dan duduk disana pulak.


Pakai berdozar nak tebang pokok buluh yang dah mati tu.



Kalau tak silap ulat sagu ni kan si pendi tu sebenarnya nak ambik gambar jer tapi ada lagi sorang boleh tepuk tangan dia sampai ulat tu masuk dalam mulut dia aku pulak sempat snap gambar ulat tu dalam mulut dia. Kalau Jejai jumpa ulat sagu ni mesti dia sukakan.




Berbudi pada tanah ini hasilnya dapat juga makan ramai-ramai kan



Kuat tu orang tua ni hangkut kerusi nak dihumbankan.



Sementara mengemas tu aku ngan depa ni pun packinglah goodies bag untuk majlis maulidur rasul tu.



Dah settle dengan goodies bag keluar tgk orang ngah meratah umbut kelapa makan mentah-mentah memang sedap kami memang biasa makan umbut kelapa mentah- mentah macam ni tapi kalau buat gulai lemak putih umbut pun sedap jugak.



 
Kaum ibu tak siap lagi menyediakan barang untuk memasak asyik berborak jo kojonyo.



Biasalah kalau ada rewang-rewang mesti ada gelak ketawa cik hashim jawa kena bersanding dengan nenek sawi memang kelakar waktu ni wey.




Dedua budget hensem jer kan.



Aku pun buat kerja juga okeh bukan amik gambar jer siap kacau rendang sekawah tu.



Banyak tu jer lah rendang ayam untuk malam maulidur rasul tu tapi cukup lah untuk sekampung makan siap boleh tapau lagi.

Rabu, 26 Oktober 2011

Rezeki Jangan Ditolak







Salam Semua,
Selamat Hari Deepavali kepada kaum hindu diseluruh dunia, Dah naik berkapang blog picisan aku nak update gara-gara kesibukkan + Kepenatan dalam minggu ini. Nasib baik esok cuti aku rajinkan juga diri aku untuk update blog aku ni. Kalau korang ingat lagi bulan puasa yang lepas aku ada menjual biskut raya kat tempat kerja aku hari tu kalau tak ingat bukak balik entry ni http://www.daydeck86.com/2011/08/berniaga-kecik-kecilan.html waktu tu kita orang jual makanan dan barangan dengan sistem kupon aku sebagai salah seorang Committe aku kena jual kupon tu kepada staff tak tau plak aku dapat menjual dengan banyaknye alhamdulillah aku dapat baucer KFC/PIZZA/AYAM MAS RM30 sapa nak kasi wey aku kaut jer nanti time sengkek leh gak aku gunakan valid sampai February 2012. 



Top Coupon Seller tu



Asyik Makan KFC jer nanti aku nak makan PIZZA la kot lagipun KFC baru perisa tomyam tu aku tak kenan sangat.




 

Sabtu, 9 Julai 2011

1000 SMILES FOR NATURE CAMPAIGN









Kempen anjuran TREETSHIRT CONNECTION, jenama kepada Tree Connection Enterprise ini juga berobjektifkan mengumpul sejumlah dana bagi menampung kos pembangunan pendidikan alam sekitar dan program khidmat sukarela Yayasan Anak Warisan Alam (YAWA).

Layari www.yawa.org untuk maklumat lanjut mengenai YAWA.

Jualan Amal T Shirt 1000 Smiles for Nature turut diadakan bagi menjayakan kempen ini. - http://www.facebook.com/ev​ent.php?eid=214734878569432


Nama Program
Kempen 1, 000 Senyuman TREETSHIRT Untuk Alam


Tarikh
16 Julai 2011 bersamaan hari Sabtu


Masa
10.00 pagi hingga 6.00 petang


Tempat
AEON AU2 Setiawangsa (Ruang Legar di hadapan KFC)


Anjuran
TREETSHIRT CONNECTION


Dengan kerjasama
Yayasan Anak Warisan Alam (YAWA)


Duta Acara
Aishah Sinclair



Pelbagai Aktiviti Menarik Menanti Anda.

- 1000 SMILES PHOTO BOOTH
- NATURE EXHIBITION
- YAWA FUN ECO WORKSHOP
- COLOR FOR NATURE COLORING CONTEST FOR KIDS
- GIANT SNAKE AND LADDER & CONGKAK
- DJ PERFORMANCE
- FREESTYLER FOOTBALL DEMONSTRATION
- FREEZE FOR NATURE (FLASH MOB)
- NATURECOUSTICA (BAND PERFORMANCE) - http://www.facebook.com/ev​ent.php?eid=25172132151071​4&notif_t=event_admin
- CELEBRITY T SHIRT CHARITY SALE!

Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi 019 624 9828 atau emelkan ke treetshirt@gmail.com






Memandangkan aku salah seorang crew yang terlibat dengan event ini aku ingin menjemput para blogger's semua untuk menghadiri event ini mana tau dengan penyertaan korang dalam pertandingan di 1000 SMILES PHOTO BOOTH nanti korang boleh menang rezeki masing-masing sambil membantu mencari dana untuk Yayasan Anak Warisan Alam (YAWA).


Kalau korang berminat untuk membeli t-shirt dan memberi senyuman kepada alam sekitar bolehlah membuat tempahan di http://www.facebook.com/event.php?eid=214734878569432 dan RM5 akan disalurkan kepada YAWA.