Masyuk

Memaparkan catatan dengan label Kampar. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kampar. Papar semua catatan

Isnin, 17 Oktober 2011

Sejarah Masyarakat Kampar Di Negeri-Negeri Melayu












SEJARAH MASYARAKAT KAMPAR DI NEGERI 2 MELAYU..
Sejarah orang Kampar di negeri2 Melayu lebih awal dari itu. Gelombang pertama adalah dgn Parameswara putera Kerajaan Srivijaya di awal 1400 yg berpusat di Minanga Kamvbua/Tamwar, sekarang Muara Takus, 13 Koto Kampar.Masa itu masih beragama Buddha mazhab Mahayana/Palava. Gelombang Ke 2 dgn Raja Muzafar Shah thn 1528 yg dinobatkan sebagai Sultan di Ganga Nagara/Negeri Laut, Bruas/Manong sekarang yg selanjutnya menjadi negeri Perak. Mereka mendarat di Beting Beras Basah. Semasa itu juga adiknya Raja Ali Alaudin di nobatkan sebagai Sultan Johor/Riau/Lingga. Mereka ini anak Sultan Mahmud Melaka yg kalah dgn Portugis dn lari mendapatkan perlindungan di Kampar negeri asal keturunannya yg diperintah oleh bapa sdrnya Raja Abdullah. Hubungan Kampar dn Perak berterusan sampai Sultan Perak ke 6, Raja Kobat Sallehuddin mangkat di Kampar thn 1679. Orang kenamaan Kampar yg menjadi pahlawan nasional adalah Dt Bahaman, orang Kaya Semantan, ayahnya keturunan Bangkinang dn Tun Razak Husin, ibunya keturunan Air Tiris. Kpd dunsanak Kampar yg ingin mengetahui lebih lanjut sejarah masyarakat Kampar di negeri2 Melayu sila hadir di seminar pada Sabtu 19 Nov 11 ini yg dianjurkan oleh IKMAL. Tempatnya di kampus UTM Jln Semarak atau kampus UKM di Jln Chow Kit. Ini akan dipastikan. Dunsanak yg mempunyai fakta2 sejarah berkaitan dipelawa utk kongsi bersama. Sila hubung sekretariat seminar Mohd Rashid HP 019 981 1340 atau saya sendiri HP 019 319 7804. Mokasih..Dt Guntur, Presiden IKMAL.
 
 
Seminar Sejarah Masyarakat Kampar Di Negeri-Negeri Melayu
Tarikh 
19 November 2011 / Sabtu
 
Tempat 
Kampus UTM Jln. Semarak / Kampus UKM Jln. Chow Kit (akan dipastikan)
 
Nombor Telefon 
(Mohd Rashid) - 0199811340 / (Dato Amir Guntur) - 0193197804
 
 
 
Sesiapa berminat untuk mengetahui sejarah Masyarakat Kampar, Indonesia bolehlah berhubung terus dengan Dato Guntur, Presiden Persatuan IKMAL ataupun Persatuan Anak Kampar di Malaysia.
 

Selasa, 14 Disember 2010

Kenduri Di Bangkinang





Selamat malam semua malam ni aku nak update pasal Bangkinang lagi korang mesti cam dah menyampahkan tengok blog picisan aku mesti cerita pasal Bangkinang tapi apa boleh buat aku terlupa nak cerita pasal aku telah berkesempatan pergi kenduri khatan salah seorang saudara kat sana rasa rugi pulak tak berkongsi cerita dengan orang yang berminat.


Tak banyak beza kenduri khatan disana dengan disini, Anak yang hendak dikhatan akan dipakaikan pakaian yang cantik umpama anak raja kemudian dibawa berarak dengan paluan rebana kalau orang sana panggil berdikiu.


Tetamu yang hadir dihidangkan dengan pelbagai lauk antaranya adalah Taucu kacang panjang, Rendang Kerbau, Sambal Hijau, Ikan Tapah masak pongek, acar nenas, gulai concang.



Diperkarangan rumah pula ada disediakan band caklempong waktu aku sampai tu mereka sedang memainkan lagu Tak Tontong Kalamai Jaguang.


Seperti kebiasaan kalau ada kenduri kami mesti membawa mangkuk tingkat ataupun mangkuk sia yang diisi dengan Gula, Kuih bahulu, Telur, minyak sebagai buah tangan kepada tuan rumah.



OTW nak balik rumah kami singgah di rumah salah seorang teman disana yang melangsungkan perkahwinan pada hari yang sama.


Orang sana kalau kenduri kahwen tak guna meja makan banyak aku rasa susah kalau makan tak ada meja ni.


Model tak berbayar sedang bergaya di rumah kenduri orang kahwin disana.


Grand juga kan meja mengambil makanan kat sana kat sini xda kot cam meja buffet yang ada bunga-bunga cam tu.


Meja undangan yang baru sampai disediakan tabung untuk kita bagi sumbangan dan mencatit kehadiran para tetamu.


Hampir setiap orang yang hadir akan datang dengan buah tangan terutamanya pengantin itu adalah saudara mereka.



p/s - korang agak aku kawen nanti buat kat sana ker... hahahahahhaaaa


Jumaat, 10 Disember 2010

Bangkinang Islamic Centre Kabupaten Kampar





Salam 1 Malaysia, Hari ini aku nak mengomel tentang Bangkinang lagi, Majoriti penduduk di Bangkinang adalah Islam. Selain Sungai Kampar sebagai"trademark" Bangkinang Islamic Centre yang terletak berhampiran dengan pasar Bangkinang juga adalah salah satu trademark Bangkinang. Aku sempat singgah di Bangkinang Islamic Centre dimalam hari. Biasalah kalau sekali sekala balik kampung mesti banyak perkara yang hendak dibuatkan. Itupun malam sebelum aku nak balik ke Malaysia baru sempat aku singgah.


Dihadapan Islamic Center Kabupaten Kampar yang agak dekat dengan rumah kami.


Pemandangan Islamic Centre dimalam hari.


Model-model tak berbayar aku pada malam itu.



p/s - mana nak cari cicak tokek arrr... kat Bangkinang ni pun dulu kecoh pasal cicak tokek ni.


Selasa, 9 November 2010

Mood Berblog Ke Laut






Selamat petang semua kengkawan, Dah lama rasanya aku tak berblog rasanya walaupun baru hari Khamis yang lepas aku update blog picisan aku ni. Hari Jumaat lepas aku dok sibuk ada kenduri majlis pertunangan saudara di Wangsa Maju, Hari Sabtu pula aku attend kenduri majlis pertunangan member opis aku dekat Semenyih and then hari Ahad pula jiran sekampung pula kawen tak boleh nak elak penat gak la rasanya attend kenduri ni nasib baik makanan yang disediakan sedap sedap belaka. Semalam pula biasa Monday blue's dengan kerja yang berlambak lagi balik kerja malas nak update blog lagi pun bukan ada orang nak singgah sini pun. berkemungkinan aku akan jarang berblog dan singgah ke teratak kengkawan sbabnya aku dah sibuk nak buat persiapan balik ke Bangkinang, Pekanbaru, Indonesia next week. Dekat sana pula tak tau ada internet ker tidak kalau ada bolehlah aku berblog. Doakan aku selamat pergi dan selamat pulang yer kengkawan.



p/s - tengah sibuk edit gambar tunang sedara aku.
- Nak balik kampung tapi duit tak ada.



Ahad, 10 Oktober 2010

Hari Raya Ziarah - Bangkinang






Bangkinang adalah sebuah daerah yang terletak di Kampar, Pekanbaru, Indonesia. Hari Raya Puasa Enam atau lebih popular dengan nama Hari Raya Ziarah (Hari Raya Zorah). Kebiasaannya Hari Raya Puasa Enam ini disambut setelah selesai menunaikan puasa sunat selama enam hari dan selalunya disambut seminggu selepas hari raya Aidilfitri.

Acara dimulakan seawal jam 7 pagi lagi dimana kaum keluarga akan bersama-sama ke kubur ahli keluarga yang telah pergi terlebih dahulu untuk membaca Surah Yassin dan berdoa beramai-ramai. Setelah itu kaum lelaki pula akan berarak dari satu kubur ke kubur yang lain untuk berdoa secara beramai-ramai dengan diketuai oleh imam. Sepanjang perjalanan ke kawasan perkuburan ramai orang akan bersedekah selalunya air kotak dan buah-buahan untuk diminum sepanjang perjalanan. Kaum ibu pula akan sibuk dirumah untuk menyediakan makanan yang akan dibawa ke lapangan ataupun padang untuk dimakan bersama-sama. Setelah selesai berarak dari satu kubur ke kubur yang lain dan makan berjambau di lapangan orang ramai akan ke rumah kaum keluarga untuk menziarah antara satu sama yang lain.


Suasana ditanah perkuburan setelah selesai berdoa.



Berarak dari satu kampung ke kampung lain.



Kaum ibu menyediakan makanan dan menghantar makanan ke lapangan untuk dimakan bersama dengan cara menjunjung jambau.



p/s - Jambau adalah dulang
- dah 3 tahun aku tak merasa berhari raya ziarah ni
- adakah raya haji ni aku balik ke Bangkinang dah rindu dengan Kampung tapi kalau duit tak mencukupi nak buat cam manakan.




Isnin, 28 Jun 2010

Selamat Pengantin Baru








Hari ini aku coti dari bekerja kerana kepenatan sesudah sepupu aku kahwin (sepupu yer bukan aku) biasalah kalau sedara terdekat yang kawan aku akan coti hari Isnin tu cam aku pulak yang kawen kan... ahahhaha


Kali ni keluarga mak cik jenab diarahkan membuat nasik pengantin segala yang berkaitan dengan nasik pengantin sila berjumpa dengan mak cik jenab.
cam biasalah aku mengarahkan orang jer yang buat aku tolong sket sket jerk.

xda apa yang nak digebangkan coz memasing dalam mood malas kuasa sepuluh. ahahahhhahaa.

Pengantin perempuan bersama anak buahnya yang datang dari Bangkinang, Indonesia.


Anak buah aku bersiap sebelum ke rumah pengantin.


Pak Zainal, Ibu Imai & Nayla dari Bangkinang, Indonesia

Wajah wajah kegembiraan pengantin bersama keluarga.

Melambai nak kemana tuh.


Sewaktu sibuk menyiapkan nasik pengantin
ayam golek kuahnya aku buat kuih blackpeper jerk


Antara Lauk pengantin yang aku buat .


dah aku nak sambung tidor ngantuk anyway
Selamat Pengantin Baru Kepada
Leeny & Fendy
semoga kekal hingga hujung nyawa.