Masyuk

Memaparkan catatan dengan label aidiladha 2011. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label aidiladha 2011. Papar semua catatan

Selasa, 8 November 2011

Aidiladha 2011 Kampung Puah Lembah





Salam semua,
Hari Raya Aidiladha 2011 aku sambut di Kampung Puah Lembah, tahun lepas aku sambut Aidiladha di Bangkinang, Pekanbaru, Indonesia. Kalau kat KPL ni memang sentiasa meriah kalau meyambut sebarang majlis. Pagi selepas ke Masjid untuk menunaikan solat aidiladha aku ke Tanah Perkuburan Islam Kampung Puah untuk menziarah kubur arwah nenek dan saudara mara aku disana.  Lepas tu balik rumah tukar pakaian pergi ke Kampung Puah Lembah aku memang apa apahal memang turun ke KPL jer kat sana memang meriah kalau ada majlis ni. 5 ekor lembu dan 2 ekor kambing menjadi korban semalam.  Semua kerja dilakukan secara bergotong-royong bersama penduduk di KPL.








Sebelum dan semasa disembelih sempat lagi lembu putih tu berak buat kali terakhir dan lembu hitam pulak posing manja pulak dia.




Proses melapah sampaikan waktu kat dalm perut pun aku nak ambil gambarnya.




 Tiap-tiap tahun perut lembu memang basuh dalam Sungai Gombak jer memang meriah dulu itulah kerja aku basuh perut lembu, usus semuanya kat dalam sungai budak-budak tu setahun sekali jer mak bapak depa lepaskan mandi sungai tu.




Daging korban yang telah ditimbang lebih kurang 2kg sebungkus untuk diagih-agihkan kepada penduduk KPL. Dato Astamam juga turut hadir di KPL untuk merayakan Aidiladha bersama penduduk.




Memasak juga dilakukan secara bergotong-royong oleh penduduk KPL terutamanya kaum ibu. 




 
Supaya majlis dan seluruh penduduk KPL diberkati bacaan doa yang diketuai oleh imam kampung selepas solat zohor.




Kaum lelaki dah penat melapah, memotong daging korban dan kaum wanita pula dah penat memasak apalagi masa untuk makan bersama lah bukan selalu dapat jumpa macam ni walaupun kami semua satu kampung.




Sup tulang memang semua orang tunggu tapi aku tak makan pun malas tersangkut kat gigi daging tu lagipun aku dah makan kari kambing takut gak panas badan aku nanti.




Dah selesai makan semua adalah waktu untuk mengambil daging korban yang kami dapat.




Aku pun dapat jugak nama tersenarai okeh.


 


Ahad, 6 November 2011

Malam Aidiladha 2011 Di Kg Puah Lembah






Salam semua,
Selamat Hari Raya Aidiladha diucapkan kepada seluruh umat islam di dunia. Malam tadi aku pergi ke Kampung Puah Lembah, Jln Gombak, Kuala Lumpur untuk bersama-sama menyambut Hari Raya Aidiladha. Setiap tahun Kampung Puah Lembah akan menyambut malam Aidiladha di Dewan Orang Ramai secara beramai-ramai. Malam sebelumnya semua penduduk bergotong-royong memasak dan membakar lemang untuk dihidangkan kepada penduduk malam tadi. Memang sudah menjadi tradisi untuk Kampung Puah Lembah bergotong-royong sejak dahulu lagi. Suasana Aidiladha rasanya lebih meriah disambut seperti ini selalunya apabila Hari Raya Aidiladha sambutannya agak hambar daripada Hari Raya Aidilfitri. 




Majlis bermula selepas waktu solat Isyak, orang ramai berkumpul di dewan dan dimulakan dengan takbir hari raya beramai-ramai, diikuti pula dengan bacaan doa serta ucapan pemangku ketua kampung memandangkan ketua kampung pergi menunaikan fardhu haji di Makkah.


Pelbagai makanan yang dihidangkan kepada penduduk kampung antaranya adalah Kek, Lemang, Rendang Ayam Kampung, Lontong, Kuah Lodeh, Buah-buahan dan macam-macam lagi yang kebanyakkan adalah air tangan penduduk Kampung Puah Lembah itu sendiri.




 Suasana yang agak meriah sewaktu ucapan yang disampaikan oleh pemangku ketua kampung sempat berpesan supaya kerjasama antara penduduk adalah amat penting.




 Masa untuk makan telah tiba berkerumun untuk mendapatkan makanan sementara stok masih ada.




  Kemeriah Aidiladha terasa di Kampung Puah Lembah tidak seperti di tempat lain.










p/s - esok tukang ambil gambar waktu korban pula dah itu tugas aku seperti biasa bukan nak mengelak buat kerja okeh.