Masyuk

Memaparkan catatan dengan label retis. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label retis. Papar semua catatan

Isnin, 8 Julai 2013

Derita Dalam Diam - SumiJelly




Salam semua,
Entry tertinggal semua orang dah tau Mak Ikan Siakap sekarang dah bertambah terkenal setelah menjadi retis jemputan dalam siaran PRIMADONA apabila wanita berbicara mengenai Derita Dalam Diam kalau korang nak tau pasal DDD ni korang pergi belek blog Mak Ikan Siakap SumiJelly tu ek. Aku tengok ulangan jer ni sekarang dekat chanel MAYA HD.



Macam tau jer aku nak ambil gambar dia dari TV tu kan

Isnin, 20 Februari 2012

Latiff Ibrahim Meninggal Dunia



Salam semua,
Negara dikejutkan dengan pemergian Seniman Latiff Ibrahim ke Rahmatullah pada jam 6 petang tadi di Institut Jantung Negara.Jenazah allahyarham Latiff Ibrahim akan akan dibawa ke Keramat AU3 malam ini juga. Jenazah penyanyi yang cukup popular dengan lagu NORA ini sekitar tahun 80-an dikatakan akan dikebumikan malam ini juga. Sebelum ini Allahyarham Latiff Ibrahim dimasukkan ke Unit Rawatan Koronari (CCU), Institut Jantung Negara (IJN) pada akibat serangan sakit jantung semenjan 18 December 2011 yang lepas. Semoga roh Allahyarham Latiff Ibrahim ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman hendaknya. Amin







 Sumber dari RotiKaya.com

Rabu, 15 Februari 2012

Astro Fest 2012



Salam semua,
Hari Sabtu lepas ada Astro Fest 2012 dekat Bukit Jalil, Astro Fest ni macam hari keluarga buat staff Astro lah tapi buat di perkarangan Astro Bukit Jalil jer, Tapi tahun ni aku dapat sikit jer pas untuk masuk kesana macam tahun-tahun sebelum ni dapat gak lebih sikit. Tak ada rezeki nak ajak kawan-kawan ke sini gamaknya.  Event bermula jam 5petang - 11 malam aku pergi pun dah lambat dekat jam 8malam baru aku sampai kot dapatlah goodies bag pendrive 8g dengan payung jadilah.



Bulan ni pergi pun sebab dia selalu hantar surat kat Astro tu jadi dia ada cable orang dalam juga bukan aku dapatkan tiket untuk dia.



Aku pergi berempat jer dengan depa ni.



Mamat ni pergi dengan Bulan banyak aktiviti menarik kat sana antaranya adalah tulis nama dalam bentuk kaligrafi, makan free, ala-ala funfair tapi semuanya free rasa aku last year lagi menarik kot.


 Dah malam baru ramai yang cakap ada xtra tiket aku pun terus call anak buah aku nak pergi tak depa pun on jer dapat gak lah depa makan durian free.




 Anak buah aku yang kecik2 ni semua akak sepupu aku yang bawak sebab akak sepupu aku pun kerja kat Astro gak tapi department lainlah.



 
 
Yang ditunggu adalah konsert la apa lagi yang memang setiap tahun aku tunggu benda ni jer macam tahun lepas Amy Search sebagai penyanyi penutup tapi tahun ni Awie perform memang terbaek dari ladang.




Melepak jer tepi jalan senang sambil tengok konsert



Dapat gak si Didil ni bergambar dengan Awie a.k.a. Hussen




Balik tu terus lepak makan & minum sebab masing2 dah kebulur balik

Rabu, 5 Oktober 2011

Dulu Sepah Kini Sepahtu










Salam semua,
Untuk pengetahuan korang semua Jep dan Shuib akan bergerak secara duo dengan menggunakan nama baru iaitu SEPAHTU (Sepah Two) serta bakal melahirkan sebuah album yang pelbagai genre akan tetapi berunsur komedi tetapi mempunyai mesej yang berguna dari segi lirik bukan berunsur lawak bodoh kepada para pendengar. Kumpulan Sepahtu ini bakal mengeluarkan albumnya pada pertengahan December 2011 serta diedarkan dan dipromosikan oleh Universal Music Malaysia. Datuk M. Nasir, Azmer, Sheikh Qalam, Mawi dan Kumpulan Sepahtu sendiri bakal menjadi Komposer dan penulis lirik untuk album yang bakal keluar dipasaran tidak lama nanti. MW Entertainment Sdn. Bhd. dan Sheikh Qalam Records adalah manjadi tempat naungan kepada Kumpulan Sepahtu sebagai syarikat pengurusan rasmi mereka berdua. 


Jejai dan Mr. Manager sibuk dok tweet ngan Kak Ina KL dirumah mengenai Kumpulan Sepahtu ini.



Majlis bermula dengan pembuka kata dari Juan DanZa seorang blogger terkenal pada satu masa dulu bersama rakan-rakan seperjuangannya.



 
Penerangan dari wakil MW Entertainment Sdn. Bhd. mengenai Kumpulan Sepahtu kepada tetamu yang hadir pada malam tadi.



 
En. Othman Mahmood pula adalah wakil dari Sheikh Qalam Records pula memberi penerangan tentang Kumpulan Sepahtu ini pula. 



Sewaktu sesi soal jawab diantara wartawan bersama Kumpulan Sepahtu soalan wartawan pulak banyak bertanyakan Mamat bukan kepada soalan mengenai Kumpulan Sepahtu, dalam hati aku berkata "barang yang lepas jangan dikenang" tapi itulah kerja wartawan kalau tak ada mereka pasti dunia hiburan tanahair akan hambar dan mereka saling memerlukan antara satu sama yang lain.



Dari raut wajah mereka dapat menunjukkan banyak rahsia yang cuba mereka sembunyikan mengenai sahabat mereka seorang lagi iaitu Mamat.



Sesi bergambar Kumpulan Sepahtu gambar pertama tu dah macam gaya Dr Jusmate 5 plak si jep ni.



Blogger #retis akak Jejai begitu semangat untuk mengambil gambar Kumpulan Sepahtu.



Waktu yang dinantikan telah tiba iaitu masa untuk makan. Kepada peminat makan Ayam Penyet memang aku syorkan kat korang pergi makan dekat sini, Insyaallah aku akan repeat Restoran Dapur Penyet ini lagi.



 Semoga Kumpulan Sepahtu akan terus berjaya walau tak cukup seorang.


   

Selasa, 4 Oktober 2011

Sah Kumpulan Sepah Berpecah







Salam semua,
Aku baru balik Restoran Dapur Penyet di Maju Junction, Kuala Lumpur kerana menghadiri sidang media Kumpulan SEPAHTU. Pada masa yang sama ahli kumpulan Sepah iaitu Jep dan Shuib mengesahkan bahawa Kumpulan Sepah telah berpecah dan kini tinggal beliau dan Shuib sahaja masih kekal dan telah menggantikan nama Kumpulan Sepah kepada Kumpulan Sepahtu. Dari apa yang aku nampak sepertinya mereka berdua memang memendam cerita mengenai Mamat tapi demi periuk nasi mereka berdua dan juga Mamat mereka tetap tidak ingin membongkar rahsia mereka berdua.








p/s - sejak bila aku jadi blogger #retis ni, Nanti aku update pasal Kumpulan Sepahtu pulak.







Abby Abadi Masuk Hospital





Salam semua, 
Baru dapat info dari Blogger #retis si Jejai mengatakan bahawa Abby Abadi masuk hospital aku pun terus la menggunakan khidmat en. Google pastu terjumpa Fanpage Abby Abadi di Facebook. Fanpage tersebut telah di update oleh admin Abby Abadi Lurvly Fanpage iaitu Habib. Status Abby Abadi Lurvly Fanpage tersebut berbunyi
Buat pengetahuan semua, Abby Abadi admitted di sebuah hospital di KL krn teramat 'stress' dgn bbrape pkara yg tak dpt nk si kongsi disini. Mohon doa dr kalian semua agar Abby Abadi cepat
sembuh yer. Page ni hilang sebelum ni, jd maaf sbb lambat umumkan hal ini. -ADMIN HABIB-
  
- Jikalau BENAR berita ini semoga Abby Abadi cepat sembuh hendak-NYA dan dijauhkan dari segala musibah yang kita tidak kehendaki.
- Jikalau PALSU berita ini mohon maaf dari aku. 



p/s - korang try tengok Jai Ramlee antara orang yang terawal "like" status di Abby Abadi Lurvly Fanpage tersebut.