Masyuk

Memaparkan catatan dengan label Islam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Islam. Papar semua catatan

Rabu, 22 Februari 2012

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kg Puah Lembah



Salam semua,
Selamat hari rabu semua, Petang Sabtu yang lepas penduduk Kg Puah Lembah telah mengadakan Sambutan Maulidur Rasul 2012 Peringkat Kg Puah Lembah. Sudah menjadi tradisi di Kg Puah Lembah untuk menyambut majlis maulidur rasul ini. Majlis bermula sekitar jam 5.45 petang penduduk berkumpul dihadapan pentas budaya untuk memulakan majlis yang kurang terdapat di tempat lain zaman sekarang ini. Tidak mengira usia masing masing turut sama memeriahkan majlis sambutan maulidur rasul tersebut.



Lelaki, perempuan, tua mahupun muda semua memakai pakaian yang selari dengan aktiviti yang dijalankan.



Taklimat ringkas dan bacaan doa sebelum perarakkan dimulakan.



Comel anak-anak buah aku ni memakai tudung.




Siap dengan kain rentang tanda semangat penduduk Kg Puah Lembah dalam menyambut sesuatu program yang diadakan.




Walaupun cuma berarak disekitar kampung sahaja tapi majlis memang meriah dengan diiringi bacaan selawat dari penduduk Kg Puah Sendiri.




Alhamdulilah tahun ni dapat sikit sponsor dari ramai orang terutamanya dari penduduk Kg Puah Lembah sendiri untuk goodies bag kepada penduduk kampung antaranya gula-gula kapas, kek pisang, air kotak dll. Insyaallah tahun depan kalau korang nak menyumbang pun boleh juga.




Sementara menunggu azan magrib berkumandang semua penduduk melepak dulu dibawah khemah yang disediakan.




Berselawat keatas Junjungan Besar Nabi Muhamad S.A.W. selepas solat magrib di Surau Aman, Kg Puah Lembah. Walaupun surau kami tidak semegah surau-surau lain tapi alhamdulillah masih ramai penduduk yang hadir berjemaah. Kemudian majlis diteruskan dengan ceramah maulidur rasul dari penceramah yang dijemput khas tak mengantuk ustaz yang menyampaikan ceramah pada malam tersebut.







Last sekali adalah mencekik beramai-ramai lah apa lagi kan.





Jumaat, 14 Oktober 2011

Keindahan Bulan Dimalam 13 Oktober 2011







Salam semua,
Selamat hari Khamis malam Jumaat semua, Malam ini adalah yang sungguh indah kerana dihiasi dengan bulan yang begitu cantik malam ini. Sedang leka aku berFB ramai yang update status mengatakan bahawa bulan sangat cantik malam ini lantas aku mencapai kamera DSLR Nikon D60 aku untuk mengambil gambar diluar rumah memang benar seperti apa yang mereka perkatakan bulan memang cantik korang tengok je lah gambar yang aku capture tadi tanpa diedit aku terus upload gambar di FB dan update di blog aku ini.







 Bukti kebersaran dan keesaan Allah S.W.T. menjadikan bulan yang sangat indah dimalam ini 13 Oktober 2011. Sejak dua menjak ini bulan sentiasa kelihatan cantik menerangi malam adakah ini satu petanda ya memang petanda kebesaran kan kenikmatan Allah S.W.T. berikan kepada umat manusia supaya senantiasa bersyukur dengan nikmat yang diberikan-Nya.






 p/s - diwajahmu kulihat bulan....alalallalalaaa


Selasa, 20 September 2011

Bila Cinta Bertasbih



Salam semua,
Malam tadi aku berkesempatan pergi ke "Monday Night Talk" dengan tajuk "Bila Cinta Bertasbih" di Dewan Gemilang, BMI, UIA. Panel jemputan adalah Ustaz Kamal, Ustaz Zulkifli, Sham Kamikaze, Wardina Safiyah dan juga Irma Hasmi. Monday night talk ini adalah anjuran Ikatan Studi Islam, BMI. Aku pergi ngan Adham naik motor jer sebab dekat ngan rumah kitaorangkan. Itupun selepas member kami Aisyah mendapat jemputan dari Ustaz Zulkifli Ahmad melalui facebooknya. Memandangkan UIA tu dekat dekat dengan rumah kami lagipun member-member aku ni memang follower Ustaz Zulkifli ni sebab cara beliau menyampai ceramah tidak bosan dan tak kering gusi dibuatnya.



Cinta ibarat kurap, makin digaru makin sedap dan ianya akan menjadi lebih parah itu adalah antara kata-kata dari salah seorang ahli panel pada malam tadi.



Ustaz Zulkifli dengan lagu Cinta Kristal




Ustaz Zul dengan lagu Luhur dari kumpulam Kamikaze diakhir program tersebut.


Antara lagu-lagu yang mempunyai makna yang tersirat dengan cara tersendiri untuk menarik minat anak muda untuk menyertai program keagamaan yang dianjurkan.


Isnin, 22 Ogos 2011

Peta Hidup




TENGOK, BACA DAN FAHAM SENDIRI AKU CUMA BOLEH KONGSI JER.
AKU PUN DAPAT DALAM BLOG MEMBER AKU.



Rabu, 17 Ogos 2011

Qiyamul-Lail Di Masjid Asy Syakirin KLCC





Salam Semua, Cuma nak berkongsi bersama muslimin dan muslimat semua, Insyaallah pada 20hb August 2011 bersamaan dengan hari Sabtu malam Minggu Astro Oasis dengan kerjasama Surau Astro akan menganjurkan majlis berbuka puasa, Tarawih, Qiyamul-Lail dan Sahur di Masjid Asy Syakirin KLCC.




Jumaat, 12 Ogos 2011

Masjid Usamah Bin Zaid





Salam Ramadhan semua, Tadi waktu sebelum solat terawih di Masjid Usamah Bin Zaid, Wangsa Maju tadi ada pengumuman bahawa esok Jumaat 12hb Ogos 2011 Masjis Usamah Bin Zaid akan di imam kan oleh seorang imam dari Kota Makkah tapi bukan Imam Masjidilharam dan malam esok juga majlis berbuka puasa juga akan disponsor oleh sebuah NGO tapi aku tak berapa dengar NGO dari mana. Manakala pada 15hb Ogos 2011 bersamaan hari Isnin pula Solat Terawih akan di imam kan oleh Naib Juara Akademi Al-Quran iaitu Muhamad Ahmad Zahid yang baru berumur 15 tahun.



Link Masjid Usamah Bin Zaid

http://masjidusamahbinzaid.blogspot.com/

http://www.facebook.com/pages/Masjid-Usamah-bin-Zaid-Wangsa-Maju/166177556763651?sk=wall



*** Berkongsi apa yang aku tau.



Jumaat, 17 Jun 2011

Qiamullail Perdana Bersama Peserta Imam Muda Musim Ke-2



Pada 24-Jun-2011 bersamaan hari Jumaat Astro Oasis akan mengadakan program Qiamullail perdana bersama peserta imam muda musim yang ke-2 bertempat di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur. Aturcara program tersebut ada di gambar yang dilampirkan. Sesiapa yang berminat untuk menyertai progran ini dijemput hadir pada tarikh dan tempat yang telah ditetapkan.






Khamis, 7 Oktober 2010

Ya Thoybah - Sulis






Video diambil dari sini



Salam 1 Malaysia, Pagi ni aku nak update pasal lagu Ya Thoybah yang dinyanyikan oleh kalau korang masih ingat suatu masa dulu Sulis.


Sulis ni pernah bernyanyi dengan Hadad Alwi dan lagu paling top waktu itu bertajuk waktu tu UmmiSulis ni masih kecil tapi sekarang Sulis ni dah besar panjang dan bertambah cantik sekarang ni.
Ya Thoybah ni lagu baru Sulis tiap-tiap hari sekarang ni aku dok melayan lagu ni bagi aku lagu ni best tu pasal la aku dok melayan lagu ni jer kat HP aku pun aku masukkan lagu ni kalau dok bosan aku akan layan lagu ni tenteram sket hati dengar lagu-lagu berunsur keislaman.


lirik lagu Ya Thoybah


Yaa thoybah, yaa thoybah
yaa dawal 'ayaana
isytaqnaalik
wal hawa nadaana
wal hawa nadaana

Yaa Ali ya bna Abi Thalib
minkumu mashdarul mawaahib
Yaa turo hal uro lii haajib
indakum
afdholul ghilmaana
afdholul ghilmaana

Asyaadil Hasan wal Husaini
ilannaibiyyi qurrot-'aini

Yaa syabaabal jannataini
jaddukum
shoohibul qur'ana
shoohibul qur'ana



Rabu, 8 September 2010

Bingkisan Syawal 1431 Kepada Semua Sahabat






Salam Aidilfitri daydeck86 ucapkan kepada seluruh umat islam yang berada tidak kira dimana sahaja.

Dikesempatan ini daydeck86 nak memohon seribu ampun kepada semua blogger's secara langsung dan secara tidak langsung terutamanya kepada geng tali barut Kak Ina KL mana tahu sewaktu berjumpa ada tersalah kata terkasar bahasa dari daydeck86 ker.

Disamping itu daydeck86 juga ingin memohon beribu ampun kepada kawan2 kerana tak berkesempatan nak bersiar-siar di blog kengkawan semua.

Kepada yang pulang ke kampung untuk menyambut lebaran nanti rancang perjalanan anda semua ingatlah orang yang tersayang.

Semoga lebaran tahun ini memberi seribu kemanisan buat kita semua dah mendapat keberkatan di bulan yang mulia ini



p/s - nak cari buluh bakar lemang la bukan bakar meriam
- tugas memasak diserahkan kepada aku ngan along sebab mak cik jenab balik beraya ke Bangkinang.
- Tahun ni tak shopping raya pun
- Yang beraya kat KL tu jangan lupa singgah rumah daydeck86 yer

Sabtu, 14 Ogos 2010

Tragedi Puting Beliung Melanda Bazar Ramadhan Jasin Melaka



Terkedu melihat video Puting Beliung yang melanda Bazar Ramadhan di Jasin Melaka semalam di Blog Hakim Faridzul.
Niat hati peniaga disana hendak mencari rezeki yang halal akan tetapi kita cuma boleh merancang dan hanya Allah s.w.t. yang dapat menentukan segalanya.
Difahamkan 3 nyawa telah terkorban semasa insiden tersebut salam takziah kepada keluarga mangsa. Manakala hampir 50 peniaga yang mengalami kerugian dalam sekelip mata.


Video semasa Tragedi Puting beliung yang melanda bazar Ramadhan Jasin, Melaka





Video Selepas kejadian Puting Beliung di bazar Ramadhan Jasin, Melaka

Jumaat, 13 Ogos 2010

Kadar Zakat Fitrah 2010






Dalam Pada kita sibuk untuk Menunaikan Ibadah Puasa di Bulan Ramadhan yang mulia jangan sampai kita terlupa untuk berzakat fitrah.
Hukum untuk berzakat adalah wajib kepada semua orang islam yang cukup syarat-syaratnya.



Kadar Zakat Fitrah 2010 untuk semua negeri di Malaysia adalah seperti berikut.




5 waktu mengeluarkan zakat fitrah ialah :-

Waktu Wajib
Terbenam matahari 30 Ramadhan sehingga terbit matahari 1 Syawal

Waktu Afdhal
Sebelum Solat Aidilfitri

Waktu Sunat
Sepanjang bulan Ramadhan

Waktu Makruh
Selepas solat Aidilfitri sehingga terbenam matahari pada 1 Syawal

Waktu Haram
Selepas terbenam matahari 1 Syawal


p/s - Jangan dok asyik nak bershopping raya dia SOGO, Lot 10, Sungei Wang etc jer sampaikan Zakat Fitrah kita dok lupa nak bayar juga (pesanan untuk aku juga)

- Ingat kalau tak berzakat tak berkat duit titik peluh yang kita cari.

- Zakat harta pun jangan lupa bayar kalau terlebih income tu jangan asyik ingat nak bayar cukai pendapatan kat LHDN jer.

- Hendak mengetahui lagi banyak info sila layari laman web http://zakat.com.my





Fadhilat Solat Tarawih





1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama
Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.

2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.

3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga
Para malaikat di bawah 'Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.

4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat
Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima
Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.

6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.

7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.

8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan
Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.

9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.

10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh
Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.

11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas
Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.

12. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas
Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.

13. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.

14. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas
Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.

15. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelimabelas
Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

16. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas
Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

17. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas
Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

18. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas
Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).

19. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas
Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

20. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh
Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.

21. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh satu
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.

22. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh dua
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.

23. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tiga
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.

24. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh empat
Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

25. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lima
Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.

26. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh enam
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

27. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tujuh
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.

28. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lapan
Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.

29. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh sembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.

30. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigapuluh
Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar



p/s - Solat tu jangan nak fikirkan ganjaran jer yer kita solat kerana Hukum dan perintah dari Allah s.w.t. semoga amalan dan ibadah kita diterima oleh-Nya
amin ya rabbalallamin


Selasa, 10 Ogos 2010

Niat Puasa & Doa Sebelum berbuka Puasa.



Saja jer aku post Niat untuk berpuasa kerana mungkin ada diantara kita yang lupa dengan Niat berpuasa termasuklah diri aku sendiri.
Kita sebagai umat islam hendaklah senantiasa ingat mengingati diantara satu sama yang lain.
Semoga kita semua tak lupa akan niat untuk berpuasa dan juga berdoa sebelum berbuka puasa.
Lafaz Niat Puasa


Doa Berbuka Puasa




p/s - semoga aku dapat puasa penuh tahun ini hendak-Nya