Masyuk

Memaparkan catatan dengan label konsert. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label konsert. Papar semua catatan

Selasa, 1 November 2011

Digi Pitbull – I Like










Salam semua,
Entry hari ini mengenai PITBULL yang bakal mengadakan konsert di Malaysia nanti.


1. Siapa PITBULL tu? 
Tipulah kalau korang tak kenal siapa PITBULL tu aku yang sengal ni pun boleh kenal dengan penyanyi yang tengah hot dengan lagu Rain Over Me berduet dengan Marc Anthony tu. Selain itu antara lagu lain yang popular dan sedap didengar adalah lagu Hey Baby (Drop It To The Floor) berduet dengan T-Pain beliau juga bakal mengadakan konsert di Malaysia. 




2. Bila dan dimanakah PITBULL akan mengadakan konsertnya di Malaysia nanti?
Pada 1 December 2011 akan datang Pitbull akan datang ke Malaysia untuk mengadakan konsert di Surf Beach, Sunway Lagoon. Kehadiran PITBULL ke Malaysia nanti membuatkan DIGI berbesar hati untuk mengadakan pertandingan yang untuk semua blogger yang berminat dengan dunia photograpy untuk menjadi official photographer untuk event tersebut nanti. 


3. Mengapa DIGI patut memilih aku untuk menjadi Official Photograpy untuk event ini nanti? 
Walaupun aku bukan seorang profesional tapi aku akan mencuba untuk mengambil gambar event tersebut dengan sebaik mungkin sebab inilah peluang keemasan yang tak mungkin akan aku bazirkan dengan sewenang-wenangnya.


4. Pamerkan gambar terbaik yang pernah aku shoot sebelum ini.
Dibawah adalah antara gambar-gambar yang pernah dah ianya adalah gambar yang dishoot sendiri oleh aku.






Gambar ini diambil sewaktu majlis sambutan hari raya 2011 di tempat aku berkerja.



 Sewaktu majlis pelancaran album DEWA dari Ning Baizura di Zouk.


 
 Aliff Afif antara pelajar Akademi Fantasia sewaktu event DIGI W8 di Mist Club, Bangsar pada bulan Julai yang lepas.


 
 Photoshoot di Taman Tasik Perdana bersama rakan dan keluarganya.


 
 Adham Syafiq yang sedang berposing sewaktu meninjau lokasi di Morib pada bulan May 2011 yang lepas.





- Berharap juga untuk dapat hadir ke Konsert PITBULL di Sunway Lagoon ini nanti. Kepada yang berminat untuk membeli tiket konsert tersebut bolehlah lawati laman web berikut untuk membeli tiket konsert tersebut DISINI dengan harga dari RM138 - RM398


- Aku rasa DIGI juga mesti jemput kumpulan Waka Waka Dance pada hari tersebut.







Rabu, 20 Oktober 2010

Konsert P.Ramlee Di Mana Kan Ku Cari Ganti





Sebenarnya malam ini aku mendapat pass ke Konsert Di Mana Kan Ku Cari Ganti aku mendapat 4 pass jemputan tapi apakan daya aku tak dapat pergi disebabkan hal yang tak boleh dielakkan. Pada mulanya aku agak teruja dengan artis-artis yang akan membuat persembahan adalah Dato Sharifah Aini, Sifu M. Nasir, Aizat, Ella, Ning Baizura, Hujan, Jacklyn Victor, & Yuna. Mesti meremang bulu roma pabila Dato Sharifah Aini mendendangkan lagu Seniman Agong Tan Sri P.Ramlee di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Konsert ini adalah anjuran dari Astro ini menunjukkan bahawa Astro tetap ingin memartabatkan lagu-lagu dari Seniman Ternama ini. Konsert Di Mana Kan Ku Cari Ganti ini akan disiarkan pada 29 Oktober 2010 nanti di siaran Astro Ria (104), History HD (575), P. Ramlee HD (188) dan Astro B.player dan konsert ini boleh didengar secara langsung di stesyen radio Sinar FM pada hari yang sama.






p/s - tak tau nak tengok apa Festival Filem Malaysia atau pun Mari Menari



Ahad, 4 Julai 2010

Konsert Ella @ Istana Budaya






Salam 1Malaysia semua yang menyinggah kat blog picisan aku nih.
Amik ko update blog di pagi hari... sapa suruh aku membadak di siang hari... berjagalah ko sampai ke suboh kang. kat opis kang jangan nak mengadu ngantuk plak ekk... ahahahhahahaaaa


okeh la sebenarnya aku nak update pasal last Friday aku bertandang ke Konsert Ella kat Istana Budaya, memang best sangat konsert tu semua lagu Ella nyanyi termasuklah lagu barunya yang bertajuk Tiada Tangis Lagi. Siap nangis lagi minah ni nyanyi lagu nih.
Lagu Tiada Tangis Lagi adalah lagu untuk family Ella terutamanya kepada arwah ayahnda beliau.


Antara artis jemputan pula adalah Dato Ahmad Jais berduet menyanyikan lagu Budi Setahun Segunung Intan (citer Man Laksa tu ler) selain itu lagu Baldu Biru pula Ella berduet bersama Awie yang pernah digandingkan dalam filem Sembilu (bukan Sembilu Kasih la)


Bagi aku berbaloi la beli tiket RM83 coz dengan persembahan yang menarik dan terhibur bagi aku dan aku lagi prefer la pergi konsert cam ni ada seat yang telah disediakan daripada konsert yang berhimpit himpit cam ikan sardin tu tapi orang lain aku tak tau la.

ada orang cakap "apa barang konsert kat IB mana leh nak goyang2"
aku cakap "ada aku kesah janji aku selesa daripada berhimpit2 cam sardin"


Otai Kampung Puah Lembah nak bayar duit tiket kat aku
terima kasih nanti tiket Cuci The Musical 2 aku try dapatkan seat yang best ekk...


Akhirnya cukup gak 7 orang yang pergi. terima kasih Pura & Shikin Ahmad


Ramai juga orang malam tu ekkk...


semua nya 7 orang aku biasa lah yer gambar manjang tak ada jerk kan....


Sempat gak aku curik curik amik gambar dalam Istana Budaya tu
Sewaktu persembahan,



p/s - menunggu ticket Cuci The Musical 2 nih.



Rabu, 30 Jun 2010

Tiket Konsert Ella Untuk Dijual






Hari Jumaat malam Sabtu ni aku pergi tengok konsert Ella kat Istana Budaya, Kuala Lumpur

Hari tuh aku beli ticket2u online sebanyak 7 ticket totalnya adalah RM607

akan tetapi salah seorang tak dapat plak joint coz ada hal yang tak dapat dielakkan.oleh kerana member aku tu tak dapat joint maka aku ada extra 1 tiket sahaja kalau korang nak pergi boleh la kontek aku yerharganya adalah RM607 bahagi 7 orang sama dengan Rm86.70

cincai kira Rm86 jer lah.

email aku daydeck86[@]gmail[.]com

Selasa, 8 Jun 2010

TIKET KONSERT ELLA DI ISTANA BUDAYA (1-2 JULAI 2010) SUDAH MULA DIJUAL






Mesej ini disampaikan kepada anda melalui PENTAS MALAYSIA bersama penganjur Konsert Ella, CANON MALAYSIA dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN).

Jangan ketinggalan berhibur bersama Ratu Rock Malaysia, Ella dalam konsert sulungnya di pentas berprestij, Istana Budaya bersama barisan pemuzik Orkestra Simfoni Kebangsaan, Datuk Ahmad Jais dan Tunas Budaya. Pastinya konsert ini dinanti-nantikan oleh peminat Ella, memandangkan Ella sudah sekian lama tidak beraksi di pentas konsert.

Konsert sempena Festival Muzik Kuala Lumpur 2010 ini dibawakan oleh Canon Malaysia dan dianjurkan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN).

Konsert Ella akan mengetengahkan lagu-lagu popular ratu rock yang terus segar hingga ke hari ini. Anda dinasihatkan membeli tiket lebih awal, kerana konsert ini dijangka mendapat sambutan hangat dan penganjur menjangkakan tiket akan habis dijual seminggu menjelang tarikh persembahan.

Pembelian awal membolehkan anda memilih kedudukan kerusi yang selesa untuk mendapat kepuasan bunyi dan kelesaan ketika menonton. Pembelian di saat-saat akhir (sekiranya tiket masih ada) menyebabkan anda hanya mendapat tempat duduk yang di tepi, iaitu sudut pandang ke pentas yang kurang selesa.

Tiket-tiket berharga RM50, RM80, RM180, RM200 dan RM250 telahpun mula dijual pada 27 Mei 2010.

Maklumat lanjut, hubungi:
Kaunter Ticket2u
Istana Budaya, Jalan Tun Razak
Kuala Lumpur.
Tel : 03-4026 5558

http://www.ticket2u.biz/
info dari Facebook Kassim Lee

Isnin, 3 Mei 2010

Double Trouble Concert





Yer betul 1st May hari tu genablah aku berumur 24 tahun
walaupun tak da la tua sangat tapi si Aus tetap mengatakan aku tua
ada aku pedulik. ahahahhahahaa
memandangkan aku tak da project baik ke apa walaupun memotong sepotong
kek pada hari tu cuma melepak kat umah menternak lemak jer.
Sedang asyik dan enak menternak lemak Kak Pura member aku
dari Kampung Puah Lembah ajak layan
Konsert Double Trouble kat Bukit Kiara aku pun terus on jerk
coz xda benda nak buat hari tu.
Konser DT ni memang layan la tpi venue nyer agak kureng coz tempat
yang terlalu sempit dah lah aku ni rimas bersesak sesak
nasib baik aku duduk kat tepi stage tak da lah bersesak sangat kalau tak
mau berlendir ketiak dengan orang ramai
Lagu lagu nya plak tak yah cakap la semua lagu evergreen jerk
cam lagu Issabella, Taman Rashidah Utama, dll
tapi lagu Pawana jer tak da.
Layan jer la pic yang tak seberapa kat bawah nih.