Masyuk

Memaparkan catatan dengan label Kilauan Emas. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kilauan Emas. Papar semua catatan

Rabu, 11 April 2012

Kilauan Emas 2012



Salam semua,
Kepada semua yang berumur 40 tahun keatas yang berminat didalam bidang nyanyian tidak salah untuk mencuba nasib di rancangan Kilauan Emas  2012 yang bakal menemui peminatnya tidak lama lagi untuk info lanjut sila baca dibawah ini:-





Konsep Rancangan
1. Had umur diturunkan kepada 40 tahun ke atas (berbanding 45 tahun di musim yang pertama).
2. Terbuka kepada penyanyi solo lelaki, solo wanita dan juga kepada pasangan duet.
3. Terbuka kepada peserta dari Malaysia dan Singapura.
4. Sesi ujibakat akan dilakukan di 6 lokasi - Sabah, Sarawak, Johor, Kuantan, Pulau Pinang, Kuala
Lumpur (berbanding 4 lokasi di musim yang pertama).
5. Juri jemputan yang terdiri daripada barisan artis-artis berpengalaman untuk setiap lokasi ujibakat.
6. Lagu tema Kilauan Emas yang akan dinyanyikan oleh Dato’ Jeffrydin dan Ana Raffali.
7. Separuh Akhir dan Akhir akan disiarkan secara langsung. Para penonton akan diberi peluang untuk
mengundi dan menentukan siapakah yang bakal menjadi juara.
8. Dua nama popular dalam industri muzik iaitu Juliza Adzlizan dan Adnan Abu Hassan akan menjadi
guru vokal pada musim ke dua ini.
9. Kilauan Emas 2 juga akan mengadakan sesi karpet merah pada pentas akhir nanti.
10. Menyediakan artis yang popular di setiap lokasi ujibakat dan Separuh Akhir/Akhir.
11. Terdapat juga kapsul (Klip Kilauan Emas 2) yang akan menyiarkan perkembangan ujibakat di setiap Lokasi   selama 5 minit setiap minggu bermula 11 Mei 2012 (Jumaat - Selasa)


 Jadual dan lokasi ujibakat Kilauan Emas 2012





Terma & Syarat-Syaratnya
1. Peserta lelaki solo, wanita solo dan duet (lelaki/wanita).
2. Berumur 40 tahun ke atas pada tarikh ujibakat dijalankan.
3. Warganegara Malaysia dan Singapura.

Sila bawa:
- 2 keping gambar berukuran 4R: gambar profil paras pinggang
- 2 keping salinan kad pengenalan



Promo Kilauan Emas 2012

 

Selasa, 24 Mei 2011

Program Kilauan Emas





Astro Prima bakal menghiburkan kita dengan program terbaru iaitu Kilauan Emas iaitu satu lagi pertandingan nyanyian dalam bentuk realiti TV tetapi pertandingan ini hanya dibuka kepada golongan yang berusia 45 tahun keatas sahaja.

Pengacara untuk pertandingan itu adalah Raja Azura yang lebih dikenali sebagai Kak Engku manakala dua orang juri tetapnya adalah penyanyi Nora dan Sohaimi Meor Hassan.


WAKTU SIARAN:

  • Zon Kilauan Emas
    Setiap Jumaat jam 7.30 malam
    Bermula 24 Jun 2011
    4 episod x 30 minit

    Ikuti sesi ujibakat para peserta yang berlangsung di empat buah pusat membeli belah (Johor Bahru, Kuantan, Shah Alam, Penang).

  • Pentas Kilauan Emas
    Setiap Jumaat jam 9.00 malam
    Bermula 24 Jun 2011
    5 episod x 90 min

    Pentas Kilauan Emas memaparkan 10 peserta terbaik yang terpilih dari sesi ujibakat yang telah diadakan di setiap zon.

  • Profil Kilauan Emas
    Setiap Jumaat jam 7.30 malam
    Bermula 22 Julai 2011
    2 episod x 30 min

    Rancangan ini memaparkan profil 8 peserta terpilih yang akan bertanding untuk peringkat separuh akhir

  • Kemuncak Kilauan Emas
    Jumaat, 29 Julai 2011 jam 9.00 malam