Masyuk

Memaparkan catatan dengan label bertunang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label bertunang. Papar semua catatan

Isnin, 1 Julai 2013

Selamat Bertunang Kikin



Salam semua,
Cerita dah basi orang yang bertunang pun dah nak kahwin dah lepas raya ni, Majlis diadakan kecil-kecilan jer cuma memanggil keluarga terdekat dan jiran terdekat sahaja aku dijemput sebab nak ambil gambar tu pasal kena jemput tu kalau tak idak gak kot ahahahaha. Aku yang tak berapa nak pandai ambil gambar disuruh ambil aku pun main taram jer lah lagipun aku tak reti nak minta bayaran sebab aku tau kualiti gambar dengan bayaran kenalah sepadankan, walau apapun selamat bertunang Kikin semoga menjadi keluarga yang sakinah mawaddah dan warahmah.


 Sudah menjadi milik orang dah tak boleh kacau dah ni wey.


 Dengan hantaran yang diterima pihak perempuan.


Sebahgian hantaran yang diterima dan diberi kepada kedua-dua belah pihak.


 Sebelum balik sempat borak-borak dengan makcik-makcik yang baru balik dari Legoland, Johor memang gile makcik-makcik ni naik roller coster kat legoland aritu siap tunjuk video lagi lepas tu siap cakap kalau ada yang belanja naik rollercoster kat legoland tu diaorang nak naik lagi memang sempoi makcik-makcik kat Kg Puah Lembah tu.



Rabu, 25 Mei 2011

Aku Dah Mula Sibuk



Sekarang aku dah mula sibuk sebab minggu ni sebab sedara aku nak kahwin dah dekat sebulan dok sibuk ulang alik rumah dia nak siapkan bunga telur, hantaran bagailah semua buat sendiri sebab nak jimat kos katanya lagipun puas kalau kita buat sendiri. Pasal Selangorlicious pun mungkin hari Ahad baru aku boleh post itu pun kalau aku larat.


Tempat Cincin


Hantaran yang dikatakan macam Hatta Dolmat yang buat tapi nan hado. ahahhhah


Khamis, 10 Mac 2011

Adik Aku Sudah Bertunang - Aku Bila Lagi?












Salam semua, dah lama aku tak dapat update blog picisan aku ni. Pertengahan bulan 2 aritu aku dah mula sibuk nak pindah tempat kerja, Sekarang tempat kerja aku jauh lebih dekat dari tempat kerja dulu lunch time pun bleh balik umah lagi (merempit la). Hujung bulan 2 pulak adik perempuan aku pulak bertunang di Seremban buat majlis pun kecik kecilan jer adik beradik dengan keluarga pihak lelaki jer.


Antara hantaran nya.


Pelamin yang dibuat oleh akak aku.

Gedik siot MiSzLady



p/s - blogger popular pun dah nak bertunang bulan depan siap dah beli CINCIN BELAH ROTAN lagi tu..... jangan marah arrrr.....

Rabu, 10 November 2010

Majlis Pertunangan HashMush





Salam 1 Malaysia semua, Entry kali ini bersambung dari entry semalam sebabnya kendurinya pada hari sama dan rumah yang sama. Sebenarnya sepupu aku ni seorang blogger juga url blog dia adalah seperti berkut http://hashmush.blogspot.com/ dia baru jer berkecimpung dalam dunia blog ni tapi aku rasa dia cuma berblog dikala dia tak sibuk jer biasalah orang kuat Celcom la katakan. Hashmush ni sama umur dengan aku tapi dia dok gatai nak menikah awal... hahahaha jangan marah arrr gurau jerk.





pagi waktu sampai tu terus aku dengan Nieza buat hantaran yang belum siap sebabnya nak pergi sembahyang Jumaat lagi lepas tu dengan berzanji tengah hari lagi.



Atan Tuya menunjukkan bakatnya menyusun kacang di atas wajik untuk dijadikan hantaran kepada pihak lelaki.





Antara hantaran yang sempat aku snap





Kata si Hashmush apehal merah bebenor pipinya macam baru lepas goreng telur kat muka dia jer.



Disarungkan cincin emas sebagai tanda pertunangan oleh bakal ibu mertua.


Menjadi juga cubaan aku ni



Cantik berseri diatas pelaminan.



Tahniah diucapkan kepada Hashmush diatas pertunangannya.



p/s - aku tak nak bertunang sebab aku rasa macam membazir jerk. tapi ikut masing-masing ler.