Masyuk

Memaparkan catatan dengan label kek. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kek. Papar semua catatan

Ahad, 21 Ogos 2016

Kek Butter Menggunakan Periuk Noxxa



Salam semua,
Semalam aku macam terajin sikit nak buat Kek butter disebabkan permintaan dari anak buah aku yang nak makan kek lagi katanya. Resipi kek butter ni memang senang dan sedap rasanya tak berapa manis sangat memang sedang-sedang jer rasanya pastu lembut pulak tu rasanya.



Cara memasak kek dengan menggunakan periuk noxxa ni cuma tekankan butang "steam" sebanyak 25kali lepas tu penutup tu pusingkan kepada "steam" juga tapi bentuk permukaan kek tu memang macam permukaan bulan rasanya.



Walaupun permukaan tak berapa nak cantik tapi sedap dimakan memang sekejapan jer kek ni habis aku pun dapat merasa sepotong jer xper nanti kalau rajin aku buat lagi yer anak-anak.



rupa bentuk kek yang sudah dipotong memang menarik cantik pulak tu (puji kek sendiri masak la pulak) ada aku kesah... eheheheee

Resipi:-
1 buku butter (aku guna farmcow jer)
1 cawan gula halus
4 biji telur
2 cawan tepung gandum - diayak
1 sudu baking powder - diayak
1 sudu esen vanila
1 sudu serbuk koko dan pewarna merah/hijau

Cara-caranya:-
1. pukul butter dan gula sampai kembang
2. masukkan telur satu persatu
3. masukkan tepung gandum dan baking powder yang telah diayak gunakan speed yang paling perlahan yer 
4. masukkan 1 sudu esen vanila 
5. bahagikan batter kepada 3 bahagian dan warnakan 
6. Masukkan batter kedalam periuk noxxa yang telah dilenserkan dengan majerin mengikut kretiviti korang yer nak corak macam mana
7. steam kan selama 25 minit
8. tunggu sejuk dan keluarkan.

kalau rajin korang buatlah 

Ahad, 14 Ogos 2016

Kek Marble Menggunakan Periuk Noxxa



Salam semua,
Semalam aku macam terajin pulak nak masak kek marble. Kek marble adalah kek yang paling aku suka (dasar tekak kampung) terutamanya makan waktu panas-panas kena pulak yang bahagian tergaring sikit tu memang menjadi kesukaan aku lah. Selalunya aku membakar kek menggunakan ketuhar tapi kali ini aku mencuba menggunakan periuk noxxa yang tengah popular sekarang ni. 
Resipi aku guna resipi yang biasa aku buat alah kalau nak resipi korang google jer resipinya mesti banyak korang jumpa nanti. 



Inilah rupanya periuk noxxa yang menjadi sebutan kaum ibu sekarang ni memang berbaloi beli benda alah ni tapi aku pun pinjam dari kakak aku jer.


 
 Cara memasak kek menggunakan periuk noxxa ni dah siap adunan kek tadi korang cuma masukkan dalam periuk noxxa yang telah di sapukan dengan magerin tu lepas tu tutup periuk itu dengan betul tekankan butang "steam" sebanyak 30 kali bermakna kek tersebut akan dimasak dalam masa 30 minit lamanya kemudian pusingkan tombol diatas penutup periuk noxxa tu ke bahagian "steam" juga dalam waktu memasak tu periuk itu akan berbunyi " tit tit tit tit " korang abaikan jer bunyi tu tunggu jer sampai kek masak sudah tu tunggu sejuk dan keluarkan kek korang tu yer.

Kali ni malas nak buat corak bunga-bunga just campak-campak jer adunan kedalam periuk noxxa tu. Permukaan kek tak licin macam permukaan bulan jer tapi aku makan sedap jer bukan untuk berniaga pun cuma untuk makan sendiri jer bolehlah dari beli jer periuk noxxa tu tapi tak guna buat perhiasan jer.


Lepas dah potong macam ni lah bentu nyer aku makan sampai 2 potong yer sebab aku mmg suka makan kek marble ni. Insha Allah esok kalau rajin nak buat kek oren pulak itupun kalau rajin yer.


Jumaat, 24 Februari 2012

Happy Birthday Dannish Farhan



Salam semua,
20022012 yang lepas kami menyambut ulang tahun kelahiran anak buah aku kat rumah kakak aku dekat Wangsa Maju kami cuma buat kecil-kecilan jer saja jer sebab nak sambut besar sikit kat rumah akak sepupu aku esok dekat Kg Pandan bersama ahli keluarga khalijah sahaja yang hari tu cuma kami buat ala kadar jer cuma makan kek sahaja. 


Dah patern sekarang ni sikit-sikit angry bird.



Budak-budak kecik yang suka kalau ada kek bagai nih.



Macam biasalah model tak berbayar aku budak kecik nih.



Umur Dannish Farhan dah 10 tahun sebab dia lahir dulu pun 20-02-2002



Yang ini adik dia Damien Fareeq memang paling kesayangan nak kena gigit lengan dia nih.



p.s - mesti ramai yang tengah google gambar perkahwinan/pernikahan Yusri & Lisa Surihani kan

Isnin, 8 Ogos 2011

Kek Buah Kukus - Promote











1 entry lagi pagi ini, last order untuk kek buah kukus ni kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk order Kek buah kukus ni untuk hari raya yang bakal menjelma tidak lama lagi. Insyaallah last order untuk kek buah kukus ni pada hari Sabtu ini. Area Kuala Lumpur sampai Seremban tak ada hal punya free delivery insyaallah sebab hantar sendiri kalau pos ni aku takut kek yang dihantar akan hancur ini akan merugikan korang jangan membazir mengikut amalan syaiton.




Korang tengok sendiri banyak ke tidak buah yang ada didalam kek tersebut.


Rupa bentuk kek buah tersebut 1kg cuma RM35 sahaja.


Kek buah tersebut memang dibungkus seperti ini dalam kotak yang telah disediakan.



KALAU BERMINAT SILA EMAIL KEPADA AKU DI HALAMAN CONTACT ME AKU ADA EMAIL ADDRESS




Isnin, 5 Julai 2010

Kek Buah (Kukus)




Selamat pagi kepada semua (pagi la nih dah jam berapa pulakkan).
Pagi ni aku nak promote Kek Buah (Kukus)
Tahun ni aku dengan kakak aku yang kat Seremban nak jual Kek Buah yang memang sedap, Selalunya kami beli untuk dimakan sahaja akan tetapi tahun ini kami nak jual pulak mana tau rezeki kami tahun ini mencari duit raya pulak.
Harga Kek Buah ni pulak tak mahal cuma RM35 sahaja
kalau ada sesiapa berminat dengan Kek Buah ini bolehlah contact aku atau pun email sahaja ke daydeck86[at]gmail[dot]com
Memang berbaloi aku rasa kalau sesiapa membeli Kek Buah ini kerana ianya tahan lama.
Kek ini boleh stok dah memang ada bukan untuk raya sahaja tapi untuk kenduri kendara ker, Sambutan hari lahir adalah amat sesuai.