Selasa, 13 Mac 2012
My Pinky Moments
Isnin, 20 Februari 2012
WWW.KAKINAKL.COM NAK BAGI RM
Tempoh GIVEAWAY Ini bermula pada
Khamis, 26 Januari 2012
Hadiah Dari Sharinginfoz
Sabtu, 17 Disember 2011
Tak Nak!
Salam semua,
Kementerian Kesihatan Malaysia sekarang sedang mengadakan photo contest katakan Tak Nak! untuk memberi kesedaran kepada rakyat Malaysia terutamanya kepada perokok. Walaupun aku salah seorang perokok tegar tapi aku tetap nak mencuba nasib dengan photo contest ini mungkin dengan turut serta dengan pertandingan ini aku boleh berubah kepada orang yang #taknak merokok lagi sapa tau kan. Photo contest #taknak ini menjanjikan duit free kepada peserta pertandingan ini. Semua orang tau bahawa rokok ini adalah pembunuh dan penyebab kepada penyakit-penyakit berbahaya seperti kanser, penyakit jantung dan macam-macam lagi.
Sekiranya korang berminat untuk menyertai photo contest ini sila lawati laman web berikut:- http://www.nuffnang.com.my/blog/ atau http://gayahidupsihat.my/
Duit free yang diberikan kepada pemenang adalah seperti berikut:-
- Grand Price cash-RM 1,000.00
- 2nd Price cash-RM 700.00
- 3rd Price cash-RM 500.00
- 4th Price cash-RM 300
- 5th Price cash-RM 150
- Consolation Price – Voucher Worth RM50.00
Rabu, 30 November 2011
Contest Gadget Impian - Tugasan
Salam semua,
Terima kasih diucapkan kepada Denaihati kerana telah memberi peluang kepada aku untuk menyertai Contest Gadget Impian yang beliau anjurkan baru-baru ini. Seperti yang korang sedia maklum aku memang "tergila-gilakan" untuk mendapatkan sebuah Ipad 2 tak kira berapa kapasitinya tapi kalau dapat yang lagi besar saiz kapasitinya lagi bagus. Kalau nak beli tu memanglah boleh beli tapi rasanya lebih baik aku beli atau selesaikan keperluan dahulu daripada kehendak yang kalau diikutkan memang tak tercapai dek akal aku ni kalau nak kejarkan kehendak yang aku inginkan.
Untuk pengetahuan korang semua Denaihati telah memberi peluang kepada aku dan lagi 103 blogger's diluar sana untuk mendapatkan Gadget Impian kami dengan menyertai Contest Impian Kami semoga impian aku dan para blogger's lain akan tercapai hendak-Nya. Amin. Tuah ayam memang nampak dikaki tuah blogger's tak siapa yang tahukan.
Ipad 2 adalah antara gadget impian aku kalau diikutkan memang tak cukup kertas kajang kalau nak tulis semua gadget impian aku ni. Zaman serba moden ni memang banyak gadget terbaru keluar di pasaran luar sana memang rambang mata kalau tengok semua itu. Tujuan utama untuk aku mendapatkan Ipad 2 adalah kerana reka bentuk Ipad 2 yang menarik selain nipis ianya mudah untuk dibawa kemana-mana dan memudahkan aku untuk mengupdate blog dan berinteraksi bersama di laman web seperti Facebook, Yahoo Mesengger, Gmail dan macam-macam lagi. Selain itu dengan adanya Ipad 2 ini mungkin aku boleh menjadi blogger yang aktif kerana sekarang ini aku memang jarang update blog kerana kesibukkan di tempat kerja dan sering ke luar untuk memenuhi jemputan majlis kenduri dan sebagainya.
Oleh yang demikian aku meminta jasa baik korang untuk memberi sedikit kerja yang ringan kepada korang semua untuk melakukannya dan sekaligus membantu aku untuk menjadi 10 peserta gadget impian yang aku idamkan. Jika aku menang contest ini insyaallah aku akan mengadakan contest pulak untuk korang semua.
Isnin, 14 November 2011
Menangi Hadiah Penginapan Percuma dan Wang Tunai dalam Peraduan Tulis dan Menang di mawarmerah2008.com
Salam semua,
Mari mencuba nasib sebelum 20hb November 2011 jam 11.11malam dari blog Kak Long Mawar Merah 2008 sempena ulang tahun perkahwinan beliau dan ulang tahun blog Mawar Merah 2008 bak kata orang tua-tua tuah ayam nampak dikaki tuah manusia sapa yang tahukan.
a. Menangi hadiah dalam Peraduan Tulis, Teka dan Menang di blog Kak Long Mawar Merah di adakan sempena Ulang Tahun Perkahwinan Kak Long yang ke empat (4) pada Jun 2011 dan Ulang Tahun ke- dua (2) mawarmerah2008.com beroperasi di domain dan hosting berbayar.
b. Perkara yang patut dikekalkan di mawarmerah2008.com
- Simple tapi teratur tanpa sebarang widget yang menyemakkan pemandangan.
c. Perkara yang patut dibaiki di mawarmerah2008.com
Sabtu, 12 November 2011
Aku Menang Contest Eyriqazz
Salam semua
Semalam Eyriqazz aka Mat Tiger ada menganjurkan Contest 11.11.11 l Cabaran Mencari 11 Bloggers waktu kat tempat kerja aku dah terperasan contest tersebut tapi dek kesibukkan aku biarkan dulu sampai rumah aku terus mencuba nasib untuk join contest tersebut alhamdulillah kali ini rezeki berpihak kepada aku. Aku menang tempat pertama yang betul terpantas = RM50 Cash/top up sapa nak bagi wey rezeki mendatang dalam waktu sengkek ni.
p/s - bagi cash la kot coz top up jarang guna, rezeki berblog dengan ikhlas... ehhehehehe
Sabtu, 5 November 2011
Contest Gadget Impian anjuran Denaihati.com
Salam semua,
Zaman sekarang ni memang semua orang tergila-gilakan dengan Gadget yang berlambak di pasaran luar sana dan setiap orang pasti mengidamkan sekurang-kurangnya 1 gadget untuk kemudahan dan minat korang tersendiri. Macam aku memang aku idamkan untuk mendapatkan 1 gadget yang aku suka iaitu IPAD 2 untuk memudahkan untuk aku update blog picisan dan harga IPAD 2 sekarang pula boleh tahan mahal nak beli mungkin tidak rasanya kerana banyak lagi yang perlu aku selesaikan "KEPERLUAN" dahulu sebelum "KEHENDAK" yang kalau diikutkan memang belum tercapai dek akal aku.
Memandangkan Denaihati kebetulan mengadakan Contest Gadget Impian tak salah rasanya untuk aku membuang sedikit masa untuk menyertai Contest yang beliau adakan mana tahu ada rezeki buat aku untuk mendapatkan Gadget impian yang aku idam-idamkan itu. Rezeki kita tak boleh nak duga mungkin Allah S.W.T. membuka hati Denaihati untuk memberi aku IPAD 2 nanti manalah kita tau kan. Kita cuma boleh merancang dan hanya Allah S.W.T. yang menentukannya.
Rabu, 26 Oktober 2011
My Happiest Moment
Salam semua,
Korang semua pasti ada saat gembira dalam hidup korangkan, Aku juga ada juga kenangan manis dalam hidup aku tipulah kalau seorang manusia normal yang cakap mereka tak ada langsung kenangan manis dalah hidupkan. Menjadi kebiasaan Kenangang manis akan sentiasa diabadikan didalam gambar supaya dapat menjadi kenang-kenangan dimasa hadapan nanti dan boleh dikongsi dengan kaum keluarga dan teman-teman.
Salah satu saat gembira yang dapat aku rasakan adalah waktu aku, Cik Nieza, Mak Cik Jenab & Pak cik Abu bercuti di Pulau Lagenda iaitu Pulau Langkawi yang terkenal dengan Lagenda Mahsuri suatu ketika dahulu. Sebelum ini aku dengan Cik Nieza memang jarang keluar bersama-sama aku lebih suka terperap dirumah jer kalau keluar pun Mak Cik Jenab & Pak Cik Abu ikut sekali yer bukan suka-suka keluar dating berdua.
Rabu, 12 Oktober 2011
Bakal Juara Blogger Masterchef Malaysia
- http://www.facebook.com/MasterChefMalaysia - Facebook Page Link
- http://www.twitter.com/MasterChefMY - Twitter Link
Ahad, 18 September 2011
Contest “Masak @ Persiapan Apa Untuk Raya”?
Jom join contest dari Ketua GTB kalau bukan Kak Ina KL macam biasalah kalau ada kenduri, makan-makan, hari raya memang kami masak sendiri jer tak ada nak tempah-tempah ni membazir jer rasanya. Tahun ini sehari sebelum hari raya cuma aku dengan mak cik Jenab jer yang ada kat rumah buat kerja orang lain semua pergi kerja sebab tak boleh nak cuti sebelum lebaran. Tahun ni nasib baik mak cik Jenab tak balik ke Bangkinang, Pekanbaru, Indonesia kalau tidak aku ler jadi mangsa kena masak untuk hari raya. Tahun ni kerja aku cuma masak lemang jer rendang mak cik jenab yang tumis semua aku jaga jangan hangus jer.




entry terdahalu persiapan hari raya tahun-tahun lepas disini, disini dan disini.
Contest- GambarContest "Masak@Persiapan Apa Untuk Raya"? adalah anjuran www.kakinakl.com bersama cikmin.com/
http://ecakefairy.blogspot.com dan http://www.zzqah.com/
Contest Duit Raya CERIA AIDILFITRI 2011 dari shakiddo.com
Salam semua,
Masih sempatkan aku nak join Contest Duit Raya CERIA AIDILFITRI 2011 dari shakiddo.com ni kan. Tarikh tutup contest ini adalah pada 18-09-2011 jam 11.59pm dengan tema CERIA AIDILFITRI. Sekali sekala kena la support contest yang diadakan oleh GTB korang tak tau ker GTB tu apa. GTB adalah Geng Tali Barut lah.
Cara-caranya ialah….
1) Buat satu entry bertajuk “Contest Duit Raya CERIA AIDILFITRI 2011 dari shakiddo.com”
2) Linkkan permalink entry ini dan komen di entry ini di blog anda sebagai tanda korang join contest ni.
3) Anda kena buat tugasan!
Tugasan:
1) Ambil gambar anda berhari raya aidilfitri pada bulan syawal dan tahun ini sahaja dan masukkan di blog anda. Konsepnya adalah CERIA AIDILFITRI. Bermakna, segala gambar anda yang menunjukkan cerianya aidilfitri anda! Dan perlu ada gambar anda tak kira anda dengan isteri, anak, mak, ayah, atuk, nenek, tunang, kengkawan opis, sekolah atau sebagainya tetapi MESTI ADA GAMBAR ANDA!
Hadiah:
Tempat Pertama: RM50.00 (CASH / TOP UP)
Tempat Kedua: RM30.00 (CASH / TOP UP)
Tempat Ketiga: RM20.00 (CASH / TOP UP)
Contest ini adalah tajaan dari Hazman & Shakido
Tempoh contest ini adalah sehingga 18/9/2011 jam 11.59mlm.
Rabu, 29 Disember 2010
Giveaway 2010 dari TiniHani.com
Kenapa anda ingin menangi hadiah dari TiniHani.com?
Lagi nak tanya kenapa sebabnya aku suka tengok hasil kerja tangan TiniHani yang kemas dan menarik lagipun mana tau dapat t-shirt dari TiniHani.com xda juai punya wey.
Senang jer nak joint giveaway dari TiniHani.com ni cuma perlu ikut langkah-langkah seperti berikut:-
- Buat entry dengan tajuk “Giveaway 2010 dari TiniHani.com”
- Copy gambar di atas untuk dimasukkan dalam entry anda tu eh…
- Tulis kenapa anda ingin menangi hadiah dari TiniHani.com?
- Like Kedai JahitKu.com di Facebook
- Tinggalkan link anda di ruangan komen
- Pemenang dikira berdasarkan cabutan bertuah la ya dan akan dipilih melalui random.org
Peraduan berlangsung dari : 14 Disember 2010 – 14 Januari 2011
Keputusan : 20 Januari 2011
Hadiah-hadiahnya adalah seperti berikut :
Pertama : Felt Tshirt yang mempunya nama dan gambar pilihan anda
Kedua : Felt Tshirt yang mempunya nama pilihan anda
Ketiga : 3 buah ribbon brooch yang comel
Selasa, 28 Disember 2010
Azam tahun 2011
Salam 1 Malaysia semua, Sebenarnya dah lama aku nak joint contest "AZAM TAHUN 2011" yang dianjurkan oleh "abang saham" tak lain tak bukan MatJoe yang terkena makan keropok jangek dekat Mali's Danau Kota hari tu. Kita cuma boleh merancang dan berusaha tapi tapi Allah s.w.t. yang menentukannya. Azam tahun 2010 untuk membeli rumah di Sentul telah terkubur ikutkan semua dokumen & duit sudah disediakan tapi itulah namanya belum ada rezeki. Insyaallah tahun ini aku mencuba untuk meneruskan azam aku tersebut mana tau insyaallah berhasil dengan azam tahun 2011 ini pula bak kata orang belajar dari pengalaman.

Sebenarnya banyak lagi Azam 2011 yang aku ada tapi kalau nak buat list memang banyak giler tak terbaca korang nanti. Kalau korang nak mencuba nasib untuk joint contest ini sila jenguk di blog Azam Tahun 2011
p/s - aku hanya mampu merancang dan berusaha hanya Allah s.w.t. sahaja yang dapat menentukannya. Semoga ianya berhasil hendaknya.
Isnin, 13 Disember 2010
FEEL FREE TO FLY CONTEST : BARANGAN BODY SHOP UNTUK DIMENANGI
Rajin bebenor si CLP ni menTAG aku untuk joint contest. Ater dari pada aku tak menghapdet blog aku ni aku joint la sekali. walaupun aku tahu yang aku tak pernah bernasib baik untuk menang apa-apa contest pun. kali ini aku tak mengharap juga kemenangan tapi aku nak tambah kenalan didalam dunia maya ini.
Caranya senang jer
1. Jadi pengikut kepada blog http://falihinjasmy.blogspot.com/ tapi tak wajib pun.
2. Buat entry bertajuk FEEL FREE TO FLY CONTEST : BARANGAN BODY SHOP UNTUK DIMENANGI.
3. Linkkan gambar berikut ke link contest tersebut.

4. cuma perlu tempek gambar tengah melompat tak kira secara individu, beregu mahupun berkumpulan.
5. Letak caption yang menarik terhadap gambar tersebut.
6. Copy & paste senarai hadiah yang hendak diberikan kepada pemenang.

- 1 x 1st Prize : Barangan THE BODY SHOP bernilai RM 100.00
- 1 x 2nd Prize : Barangan THE BODY SHOP bernilai RM 60.00
- 1 x 3rd Prize : Barangan THE BODY SHOP bernilai RM 40.00
6. Tak perlu sticky mode bagai tapi kena letak banner contest kat sidebar dengan link nya sekali.
7. Tag 3 orang blogger's dan inform mereka mengenai contest ini.
Last sekali cam biasalah comment kat entry FalihinJasmy ni ler.
Jumaat, 22 Oktober 2010
Aku Mahu Blackberry Torch 9800
Lain padang lain belalang, Lain orang lain pandangan pepatah-petitih melayu sudah termaktub sebegitu rupa. Seperti aku memang aku suka dan selesa memakai Blackberry sekarang pun aku memang pakai Blackberry Curve 8250 tapi sekarang aku tak nak mengomel pasal Blackberry Curve 8250 yang aku pakai tetapi aku nak mengomel pasal Blackberry Torch 9800 pakej terbaru dari Celcom. Ada orang cakap pakai lah telefon bimbit itu lah telefon bimbit inilah tapi aku tetap setia pada yang satu iaitu Blackberry sebabnya ramai juga rakan-rakan seperjuangan aku memakai Blackberry.
Mula-mula aku nak cerita mengenai Blackberry Torch 9800 selepas itu baru aku cerita mengenai Celcom Blackberry Plan dalam blog picisan aku ni yer.






- Diskaun outomatik melebihi 30% setiap bulan
- Kadar panggilan cuma 15sen untuk semua rangkaian telekomunikasi
- Komitmen bulanan serendah RM50
- Percuma Celcom broadband basic plan selama sebulan dengan kelajuan sehingga 384 Kbps.
Pada 29hb Oktober 2010 ini Celcom akan melancarkan 1 plan yang terbaru iaitu Celcom Exec 50 ini bermakna apabila Celcom Exec 50 digabungkan dengan Blackberry Torch 9800 ianya adalah satu gabungan yang agak hebat kerana Blackberry Torch 9800 sememangnya smartphone yang canggih disatukan pula dengan plan yang menjimatkan.
p/s - nantikan berita sedih blackberry curve 8520 milik aku di entry berikutnya.