Masyuk

Memaparkan catatan dengan label nuffnang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label nuffnang. Papar semua catatan

Rabu, 17 Julai 2013

Jangan Nak Melucah Sangatlah



Salam semua,
Tajuk entry memang macam agak marah gaklah bulan-bulan puasa yang mulia ini masih ramai yang mencari kata kunci yang lucah-lucah agak-agaklah sikit wey bulan puasa ni batal puasa kang dah kena ganti balik. Tetek Lisa Surihani yang dicarinya dalam minggu ni tak ada benda lain ke yang korang nak cari cubalah cari yang elok-elok sikit ini yang bukan-bukan yang ko cari.


Korang tengok sendiri apa yang dicarinya


 Pasang surut macam lautan agak-agaknya boleh tak naik dan maintain macam dulu balik


Alhamdulillah ada jugak CPUV yang datang kat blog picisan aku ni walaupun blog tak ramai yang singgah, Terima Kasih Nuffnang

Selasa, 2 Julai 2013

Iklan CPUV Dari Nuffnang



Salam semua,
Akhir tahun 2012 memang aku jarang update blog picisan aku ni tapi NUFFNANG tetap memberi iklan CPUV kat blog aku memang patutlah dibayar sedikit sebab aku tak update blog aku ni. Lepas tu pelawat pun tak ada kat blog aku ni kalau tak update blog macam mana nak bagi income yang lebihkan tapi aku bersyukurlah dari dulu sampai sekarang aku memang menggunakan perkhidmatan dari NUFFNANG jer tak pernah rasa nak tukar ke syarikat lain yang bagi aku agak remeh untuk diselenggarakan. Lepas tu nak jadi blogger yang ingginkan pendapatan lebih kenalah rajin untuk pergi ke event yang dianjurkan supaya dapat menambah kenalan sekaligus menambah duit poket korang. Senang citer nak duit lebih kenalah rajin update blog yang menarik dan berilmu supaya ramai pengunjung yang singgah kat blog korang. Lagi satu rezeki bukan terletak ditangan siapa-siapa sendiri mau ingat key.


Adalah juga dari tak ada langsungkan

Isnin, 9 April 2012

Samsung Smart TV



Salam Semua,
Tak sangka Samsung bakal mengeluarkan SMART TV tidak lama lagi. Hari Sabtu lepas aku berkesempatan untuk menghadiri preview SAMSUNG SMART TV yang bakal syarikat tersebut keluarkan tidak lama lagi di Hotel Micasa, Jln. Tun Razak, Kuala Lumpur. Kebetulan dekat dengan tempat kerja aku di Menara Icon sebelah jerkan aku pun pergilah event tersebut. Jemputan tersebut aku dapat dari pihak Nuffnang yang memberi peluang kepada blogger picisan macam aku untuk hadir ke penerangan Smart TV tersebut.




Penerangan yang amat teliti dan begitu jelas sekali dari wakil Samsung En. Mitchell Wong (Assistant Manager-Training Trade Marketing).


SMART TV dari Samsung ni memang TERBAEK aku katakan sebabnya pelbagai aplikasi yang terdapat di SMART TV ini termasuk melayari internet dengan mudah.  Selain itu korang juga boleh berinteraksi dengan SMART TV tersebut cuma perlu cakap HYE TV sahaja korang boleh terus berinteraksi dengan SMART TV tersebut. rasanya  syarikat lain belum ada lagi kepakaran membuat SMART TV seperti produk yang dikeluarkan oleh syarikat SAMSUNG ini. Pelbagai aplikasi yang boleh di akses oleh sesiapa yang memiliki SMART TV ini dan ini boleh menjimatkan anda.




Cuba korang bayangkan kalau korang mempunyai SMART TV yang best macam ni agak-agaknya korang keluar rumah tak kalau aku memang terperap dekat rumah jer melayan SMART TV cambest ni nak lagi best kalau korang layan SMART TV ni dekat dalam bilik sensorang senangkan jimat ruang, masa dan wang juga ni wey.



Kalau ada SMART TV ni dah tak payah susah-susah nak ambil gambar ramai-ramai macam ni cuma dengan menggunakan tangan juga kita boleh akses ke aplikasi yang kita mahukan.



2 jenis berbeza cermin mata 3D yang memberi keselesaan kepada pemakai ketika menonton SMART TV tersebut.



  
 Selain itu korang boleh create security untuk SMART TV tersebut dimana wajah korang sebagai katalaluan untuk SMART TV tersebut.



 
Antara blogger yang khusyuk mendengar penerangan yang diberikan.




Sewaktu ditemu ramah oleh wakil dari Samsung aku selamba jer jawab dan bahasa melayu ada aku kesah yang penting bahasa jiwa bangsa.



Aksi berlakon iklan dari para blogger's aku tak buat pun aku ni jenis segan biar buat kerja jangan suruh aku bercakap nak nak ada orang ramai dan depan camera memang idak la aku nak melayankan.

Isnin, 27 Februari 2012

Nuffnang 5th Birthday Party



Salam semua,
Semalam 26hb Febuari 2012 Nuffnang telah menyambut ulang tahunnya yang ke 5 di Neverland Club, Jln. Kia Peng, Kuala Lumpur dengan bertemakan BIRU. Aku tak buat entry pun sebab tak sempat tapi dapat juga jemputan sebab menemankan Hazman yang ajak aku pergi sebab boleh bawak kawan. Hari hujan lebat ingatkan nak rempit jer tapi takutkan aku lencun nanti aku pergi naik teksi jer tapi agak lambat jugalah aku sampai kesana. Kawan-kawan yang lain dah sampai berjimba dalam disko tu tapi aku baru nak sampai. Anyway Happy Birthday to Nuffnang.



Neverland Club, disko ni orang tak biasa masuk disko kena cop kat tangan pun aku tak tau. ado...




 Siapakah pemilik kasut Balled ini?



Inilah empunya kasut ballet tersebut.



Cik Lily Putih bersama "dear" nya yang sedondon biru.



Aktiviti MLM yang dijalankan oleh Hazman kepada Madam Mondoq dan diakui oleh adiknya Shakido.



Dua beradik kaki "try" awek-awek di Nuffnang Birthday Party tersebut.



Biasalah kalau awek-awek bertemu mesti ada gossip baek punya.



Tian Chiad dan Hafiz bergambar bersama Geng Tali Barut yang hadir.



Geng petak-petak ataupun kotak-kotak yang menjadi pilihan mereka bertiga bukan kumpulan boria.


Persembahan tarian dari penari jemputan khas.



Bos besar Nuffnang Timothy Tiah menceritakan pengalamannya mengenai sejarah Nuffnang.



Kaki Balled berlatarbelakangkan Boss besar Nuffnang berucap.



Happy Birthday to you... happy birthday to you... happy birthday to you Nuffnang... happy birthday to you.



Stickman pose aku amik gambar dari jauh jer sebab ramai sangat dengan camera mahal depa segan pulak aku wey.



Sedap wey dapat makan free apa lagi tibai jer lah rezeki orang dah bagi.



Cik Lily Putih bersama peminatnya.




Kak Red dengan baju ala 1 Malaysianya, Kak Red ckp dia nampak BamBam dalam gambar ni xper lah kak Red BamBam pun BamBam lah janji happy



Kak SumiJelly dengan gaya tersendiri membuat persembahan dengan Muffin dari Nuffnang tersebut.



Duta Belon + Carlsberg kata GTBC yang hadir.



Persembahan katanya tapi aku tau retis mana ni.



Aku tak ada pulak bergambar kat sini sebab aku sampai lambat.



Pertandingan untuk bloggers best tu grand prizenya Pulau Sipadan yang menjadi milik Justin.