Masyuk

Memaparkan catatan dengan label samsung. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label samsung. Papar semua catatan

Isnin, 9 April 2012

Samsung Smart TV



Salam Semua,
Tak sangka Samsung bakal mengeluarkan SMART TV tidak lama lagi. Hari Sabtu lepas aku berkesempatan untuk menghadiri preview SAMSUNG SMART TV yang bakal syarikat tersebut keluarkan tidak lama lagi di Hotel Micasa, Jln. Tun Razak, Kuala Lumpur. Kebetulan dekat dengan tempat kerja aku di Menara Icon sebelah jerkan aku pun pergilah event tersebut. Jemputan tersebut aku dapat dari pihak Nuffnang yang memberi peluang kepada blogger picisan macam aku untuk hadir ke penerangan Smart TV tersebut.




Penerangan yang amat teliti dan begitu jelas sekali dari wakil Samsung En. Mitchell Wong (Assistant Manager-Training Trade Marketing).


SMART TV dari Samsung ni memang TERBAEK aku katakan sebabnya pelbagai aplikasi yang terdapat di SMART TV ini termasuk melayari internet dengan mudah.  Selain itu korang juga boleh berinteraksi dengan SMART TV tersebut cuma perlu cakap HYE TV sahaja korang boleh terus berinteraksi dengan SMART TV tersebut. rasanya  syarikat lain belum ada lagi kepakaran membuat SMART TV seperti produk yang dikeluarkan oleh syarikat SAMSUNG ini. Pelbagai aplikasi yang boleh di akses oleh sesiapa yang memiliki SMART TV ini dan ini boleh menjimatkan anda.




Cuba korang bayangkan kalau korang mempunyai SMART TV yang best macam ni agak-agaknya korang keluar rumah tak kalau aku memang terperap dekat rumah jer melayan SMART TV cambest ni nak lagi best kalau korang layan SMART TV ni dekat dalam bilik sensorang senangkan jimat ruang, masa dan wang juga ni wey.



Kalau ada SMART TV ni dah tak payah susah-susah nak ambil gambar ramai-ramai macam ni cuma dengan menggunakan tangan juga kita boleh akses ke aplikasi yang kita mahukan.



2 jenis berbeza cermin mata 3D yang memberi keselesaan kepada pemakai ketika menonton SMART TV tersebut.



  
 Selain itu korang boleh create security untuk SMART TV tersebut dimana wajah korang sebagai katalaluan untuk SMART TV tersebut.



 
Antara blogger yang khusyuk mendengar penerangan yang diberikan.




Sewaktu ditemu ramah oleh wakil dari Samsung aku selamba jer jawab dan bahasa melayu ada aku kesah yang penting bahasa jiwa bangsa.



Aksi berlakon iklan dari para blogger's aku tak buat pun aku ni jenis segan biar buat kerja jangan suruh aku bercakap nak nak ada orang ramai dan depan camera memang idak la aku nak melayankan.

Khamis, 25 Ogos 2011

IFTAR Bersama Samsung + Nuffnang








Salam Syawal yang mulia dari daydeck86 kepada semua. Minta ampun dan maaf zahir dan bathin sekiranya tersalah kata termakan terminum mintak halal semuanya.


Terima kasih tak terhingga kepada Nuffnang + Samsung kerana sudi "belanja" aku untuk berbuka puasa pada 22hb Ogos 2011 yang lepas tapi hari ni baru ingat nak update blog picisan aku ni. Hari tu memang aku bawak kamera gedabak akan tetapi aku agak malas untuk mengambil gambar pada majlis tersebut oleh yang demikian aku mencilok gambar dari blogger's yang lain.


Antara menu yang disediakan, Aku dengan Cik Lily Putih dok sibuk mempromosikan vote untuk beliau untuk menyertai My Selangor Story 2011 melantak Laksa Johor tanpa henti memang enak laksa Johor tersebut.


Lepas tu kami menyertai pertanding teka barangan yang dikeluarkan oleh syarikat Samsung tapi tak ada rezeki kami kami tak menang sebarang "KOTAK".


3 Laki Orang Pinggitan ini pun turut hadir.


Pada majlis tersebut FRESH dikejutkan dengan sambutan ulang tahun kelahiran beliau.


Macam biasalah setiap majlis pasti akan ada sesi bergambar beramai-ramaikan.


Antara blogger's lain yang turut hadir adalah
Eyriqazz
Cik Lily Putih
Hazman Fadzil
Jejai
Cik Epal
Red Mummy
DarkBatman
Jard
Sawanila
Mohd Zaid
dan ramai lagi aku tak ingat ler.




Rabu, 4 Ogos 2010

Slim Samsung External Dvd Writer Problem



Hari Jumaat lepas aku ada beli External DVD writer jenama Samsung seperti gambar tersebut warna pun sama tapi aku ada masalah kenapa tak boleh main ar aku nyer External DVD writer tersebut. aku dah cuba kat opis tak ada masalah tapi kat umah ada masalah pulak nak kata aku punya Lappy penuh sangat aku dah clearkan semua document masuk dalam external hard disk aku tu error message tak da pulak tu. kengkawan yang celik IT tolong bantu aku yang buta IT ini sebelum aku membazirkan masa ke Plaza Low Yatt untuk mencari jalan penyelesaian.


Sebijik cam ni la External DVD writer aku.


Kapasiti dalam Drive C aku banyak free space lagi tu.


Dalam Drive D lagi la kosong.


Adakah CPU N270 @ 1.60GHz
1.60GHZ, 1.99 GB of RAM aku menjadi puncanya?



p/s - Bantu aku yer kengkawan, jasamu tetap ku kenang