Masyuk

Memaparkan catatan dengan label sakit. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sakit. Papar semua catatan

Isnin, 26 November 2012

Pelakon Maimun Talib Kanser Payudara Tahap Empat





Salam semua,
Berita sedih buat pengiat seni tanah air Malaysia. Pelakon Maimun Talib seorang pelakon yang sangat berkaliber bagi aku telah menghidap penyakit barah payudara tahap ke empat. Aku dapat info dari Twitter Ibu Fauziah Nawi, Semoga pelakon Maimun Talib terus bersemangat untuk memperjuangkan penyakit barah yang beliau hadapi seperti seniwati Azean Irdawati. 




Khamis, 1 November 2012

Sahabat Blogger's Yang Sedang Sakit



Salam semua,
Dua orang sahabat blogger aku sedang sakit mereka adalah Jejai yang menghidap sakit Kanser Hati Peringkat ke empat dan seorang nya lagi adalah DDFabulous yang menghidap penyakit Virus TiBi dan sekarang terlantar di Hospital Baling, Kedah. Kepada sesiapa yang sudi untuk menyumbang kepada mereka memang dialu-alukan mungkin hari ini hari mereka mana tahu esok lusa hari kita pulak kan.


 Sumber dari Blog Eyriqazz

Maybank Acc Je Jai : 164351079691 (Azhar Bin Ramli)
 
 
Maybank Acc  Acc No : 164089741562 (wife Je JAI ,Mazliana Othman )
 
 

 Sumber dari Blog Kak Red

Account Emak DDFabulous
ASB: 368089475 (Zaina Harun)
HP: 0142462829
 

Isnin, 23 Januari 2012

Takziah Noor Idayu Binti Zainal





Salam semua,
Pagi-pagi macam ni aku masih belum tidur sebab menunggu jenazah rakan sekampung yang telah pergi mendahului kita. Nama Allahyarhamah adalah Noor Idayu Binti Zainal aku memang dah lama kenal dengan allahyarhamah sejak aku kecil lagi sebab kami sama-sama menetap di Kampung Puah Lembah, Jln Gombak, Kuala Lumpur. Waktu dulu aku agak rapat dengan allahyarhamah sebab rumah kami selang 2 rumah sahaja dan allahyarhamah selalu melepak dirumah kami. Semoga roh Allahyarhamah Noor Idayu Binti Zainal ditempatkan dikalangan para soleh dan solehah hendak-NYA. Amin

Sabtu, 5 November 2011

Aku MC Semalam







Salam semua,
Semalam hari Jumaat aku cuti MC sebab dah tak larat nak pergi kerja. Hari Khamis selepas balik kerja aku terus tidur sampailah ke hari Jumaat tengah hari baru bangun. Aku memang macam tu sebab kalau dah demam memang tak "bongkar" dari tempat tidur lepas bangun mandi pergi makan dulu kebuluran sebab tak makan after that baru pergi klinik kat Wangsa Maju 1,
Aku memang sesuai dengan Klinik Wangsa, di Wangsa Maju Seksyen 1 tu jer dari kecik sampai la ke besar cam ni memang klinik tu jer yang mampan dengan aku. Sudah masanya DIA bagi aku rehat 1 hari nak buat cam mana bukan saja saja tak nak pergi kerja lagi pula time kekurangan duit memang bosan lah kalau aku sesaja ponteng kerja. Cuaca sekarang pulak memang tak menentu siang panas gila bila petang nak balik kerja hujan pulak itu semua kerja tuhan nak buat cam manakan.



4 Jenis ubat yang diberikan kepada aku sekarang ni dah kebah sikit la tapi mata tak leh tidur sebab dah puas "membadak" tadik kot.



1 Hari cuti kerja yang aku dapat penting ni tapi ni bukan MC beli okeh.







Selasa, 4 Oktober 2011

Abby Abadi Masuk Hospital





Salam semua, 
Baru dapat info dari Blogger #retis si Jejai mengatakan bahawa Abby Abadi masuk hospital aku pun terus la menggunakan khidmat en. Google pastu terjumpa Fanpage Abby Abadi di Facebook. Fanpage tersebut telah di update oleh admin Abby Abadi Lurvly Fanpage iaitu Habib. Status Abby Abadi Lurvly Fanpage tersebut berbunyi
Buat pengetahuan semua, Abby Abadi admitted di sebuah hospital di KL krn teramat 'stress' dgn bbrape pkara yg tak dpt nk si kongsi disini. Mohon doa dr kalian semua agar Abby Abadi cepat
sembuh yer. Page ni hilang sebelum ni, jd maaf sbb lambat umumkan hal ini. -ADMIN HABIB-
  
- Jikalau BENAR berita ini semoga Abby Abadi cepat sembuh hendak-NYA dan dijauhkan dari segala musibah yang kita tidak kehendaki.
- Jikalau PALSU berita ini mohon maaf dari aku. 



p/s - korang try tengok Jai Ramlee antara orang yang terawal "like" status di Abby Abadi Lurvly Fanpage tersebut.






Ahad, 26 Jun 2011

Selamat Hari Lahir Alisya Ilyani - Anak GTO



Salam semua, Hari Sabtu lepas aku mendapat jemputan majlis ulang tahun yang ke-2 puteri kepada Eyriqazz iaitu Alisya Ilyani di rumahnya bertempat Danau Kota, Kuala Lumpur memang dekat sangatlah dengan rumah aku dalam 10 minit jer dari Sentul ni. Aku sampai di rumah Eyriqazz dalam jam 1 tengah hari itupun selepas aku deal dengan Kak Ina KL kalau tak memang melanguk jer lah aku sensorang aku sampai cuma ada keluarga Kak Ina KL dengan keluarga Mama Zharfan tunggu punya tunggu dekat jam 3 petang juga lah baru Alisya dapat merasa memotong kek hari lahirnya yang ke-2 itu. Bella Enveeus dan Jejai datang awal sedikit dari Mat Joe dan Bean Moreno. Terima Kasih kepada Eyriqazz dan keluarga kerana sudi jemput aku ke majlis hari lahir anaknya. Semoga Alisya menjadi anak yang solehah dan berjaya.



Waktu aku sampai tu Kak Ina KL, Isteri GTO dan Mama Zharfan tengah seronok bergosip.


Sampai 2 biji kek disediakan untuk tetamu.


Puding caramel dan puding roti yang ditempah dari Kak Ina KL.


Antara kanak-kanak yang hadir pada hari tersebut.


Kasih orang yang tua kepada anak-anaknya tiada tolok bandingannya dan tiada galang ganti.


Ibu Alisya sedang menyuap kek kepada Alisya.


Anak sapa lah ni...


Semua dok sibuk mengambil gambar Alisya dah macam #retis gamaknya.






p/s - semoga 3 orang sahabat aku dari Kampung Puah Lembah cepat sembuh dan terus sihat kerana mereka telah masuk ke hospital serentak seorang kena Paru-Paru bernanah dan 2 orang lagik sekarang berada di ICU & CCU kerana terlibat dengan kemalangan jalan raya di Jalan Gombak Batu 8 minggu lepas.



Selasa, 12 Oktober 2010

Aku Kena Gout





Korang mesti tak percayakan aku kena GOUT. Kalau tak percaya nak buat cam manakan. Sebenarnya semalam waktu kat opis aku dok melantak sambal Sotong kering lepas tu malam semalam pulak aku makan nasi goreng UsA daging merah pulak tu.
Pagi tadi sepatutnya aku trainning kat Mid Valley tapi disebabkan kaki aku berdenyut nak bawak motor pun tak boleh aku rasa terus aku mintak cuti dari bos aku.

Gout ni adalah salah satu penyakit tertua didunia dan juga dipanggil penyakit orang kaya. Masalahnya aku kaya ker... ahhahahaaaa....
Itulah dia kalau tak jaga makan kan dah mendapat "OBAT" baik punya. Benda nak kena kita tak boleh nak elakkan. sekarang dah tahu kena lah beringat lepas ni tak kan nak menderita sakit ni pulak kan. kaki nak pakai lama weyh bukan boleh cabut pastu pasang yang baru.

Lepas ni tak dak la Bagan Lalang ker, Muara, Klang ker, Kalau nak makan sangat pun berpada-pada la yer wahai En. Daydeck yer kalau tidak dikau yang merana.

Gout ni berpunca dari Asid Urik berlebihan dan walaupun aras asid urik yang tinggi tidak semestinya bererti seseorang itu akan mengidap penyakit gaut. Apabila gaut menyerang kaki akan membengkak, panas, dan ada sebahagian orang tu sampai tak boleh berjalan. Gout juga jarang menyerang kaum wanita kebiasaannya wanita selepas monopous yang akan terkena penyakit Gout ni. Macam aku Ayah & arwah mak aku memang ada penyakit ni maybe faktor keturunan pun boleh jadi juga lah kot.


Tadi selepas pergi klinik aku singgah rumah pak cik aku dia bagi petua kat aku cara nak merawat penyakit Gout ini adalah dengan cara beli dalam 50sen tauge kasar basuh bersih-bersih lepas tu rebus tauge tu lepas tu minum selama 3 hari insyaallah boleh elok sakit gout ni lepastu buang tauge yang dah rebus tu ke atas tanah jangan buang kat longkang ataupun tempat air bertakung, nanti aku cuba lah mana tau menjadi ker.



Beza kaki belah kiri tu bengkak manakala belah kanan tu cam biasa jer. malam ni pun still berdenyut jer kaki aku ni.




p/s - hari ini aku dengar ceramah JAGA MAKAN JANGAN NAK HENTAM JER MAKAN TU BELAJAR BERPANTANG SIKIT....
aku terima nasihat dari semua orang.


Khamis, 5 Ogos 2010

Aku Nak Tetek





Ehhhhh... silap aku bukan nak tetek tapi aku nak susu tetek,
Okeh sekarang aku nak sebut susu tetek kepada susu ibu kerana ianya sedap didengar.
Sebenarnya aku sakit mata hari ni tu pasal lah aku nak susu ibu kerana ianya mujarab sebagai ubat sakit mata.
Sakit mata ataupun dalam bahasa saintifiknya Conjunctivitis adalah sejenis jangkitan yang mudah berjangkit.
Didalam susu ibu juga terdapat Antibody yang bernama Immunoglobulin yang boleh mencegah bakteria melekat di permukaan mata.
Kalau aku dapat susu ibu aku akan merembeskan susu ibu tersebut ke mata aku supaya mata aku cepat sembuh hendak-Nya.

p/s - jangan tengok tetek orang lain nanti kena ketumnit baru tau.