Masyuk

Memaparkan catatan dengan label Bali. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bali. Papar semua catatan

Isnin, 16 Mei 2011

Catatan Perjalanan Bali 2011 - Part 3





Salam semua dan Selamat Hari Guru kepada semua para guru di seluruh dunia. Catatan perjalanan di Bali tempoh hari diteruskan dengan hari ke tiga iaitu pada hari Jumaat perjalanan diteruskan ke Kintamani tapi banyak jugak destinasi lain yang disinggah antaranya adalah Perkampungan asal Bali, kampung yang menghasilkan industri perak/silver, Gua gajah dan macam macam lagi. Perjalanan agak jauh dan penat sangat pada hari tersebut.

Mula-mula pergi ke perkampungan asal Bali kat depan rumah depa ada bela Babi/Khinzir memang agak busuk la dekat tempat ni.Dekat sini masuk percuma tapi kita faham-faham la bagi derma sedikit kat orang disitu.


Perjalanan diteruskan ke tempat penghasilan barangan perhiasan dari silver tapi barangan yang dijual agak mahal jadi tak ada sapa pun beli.


Perjalanan diteruskan ke Gua Gajah kat sini kalau perempuan yang datang bulan tak boleh masuk tapi kalau tak bagi tau bukan dia nak check pun kan tapi takut jugakan dah lah bukan tempat kita lagi satu kat tempat ni kena tutup aurat katanya. Gua gajah ni depa cakap tempat raja depa dulu2 bertapa dan bentuknya adalah seperti gajah.


Dah penat berjalan di Gua Gajah perjalanan diteruskan ke tempat penghasilan kopi luwak. Kopi luwak ni adalah kopi yang diberikan kepada Musang luwak selepas itu najis nya diasingkan dengan biji kopi dan diproses menjadi serbuk kopi yang harganya agak mahal aku tak beli pun geli pulak aku tengok nya.


Singgah di Teres padi kat sini pemandangan memang cantik aku tak keluar pun dari kenderaan sebab dah penat.


Selepas tu perut pun dah kebulur pergi makan dekat Kintamani view memang cantik tapi kat situ makanan agak payah jugalah sebab kebanyakkan kedai menjual BABI GULING. Lagi satu kat situ kena tahan dengan peniaga barang cenderahati yang sentiasa mengekori setiap pengunjung.


Mengikut cerita pak supir kat bawah tasik tu terdapat sebuah kampung yang dipanggil desa trunyan dan disitu mereka tidak menanam mayatnya tapi diletakkan dibawah pohon taru menyan yang harum seperti kemeyan tapi cuma 11 mayat sahaja yang boleh diletakkan disitu.


Akhir sekali kami semua pergi ke Tanah Lot untuk melihat keindahan matahari terbenam disana.







p/s - last day tak ada buat apa sangat sebab sibuk nak balik ke Malaysia.

Sabtu, 7 Mei 2011

Catatan Perjalanan Bali 2011 - Part 2





Hari kedua di Bali pagi pagi kami semua sewa motor harga lebih kurang RM17 sehari tapi kami cuma menggunakan setengah hari sahaja. Pagi tu perut aku dah kebulur terus mencari Rumah Makan Padang sebab makanan lain tekak aku ni tak boleh masuk sangat.



Dari Jln Legian ke Jln Kuta kami cuma naik


Kalau dah tekak minang nak makan pun cari kedai minang jugak kalau tak naik loya makan Wong Solo jer.


Lepas makan terus jenjalan naik motor pergi pulak kat monumen letupan bom kat Bali tu kalau tak silap disko yang kena bom tu adalah disko yang ada tarian bogel.


Sambil-sambil tu bershooping sakan la depa kat outlet kat situ.




Tengah hari terus balik ke hotel sebab supir dah tunggu nak pergi jalan-jalan tengok persembahan tarian kecak dalam perjalanan singgah di Dreamland atau pun New Kuta Beach kat situ pemandangan best macam-macam boleh tengok ada pulak orang main surf board.


Lepas tu pergi pulak dekat tempat tarian kecak tu ada pulak member aku yang pakai tudung pink kena panjat dengan monyet yang nak curi kacamata yang dipakainya.


Panorama memang cantik kat situ tapi kena berjalan agak jauh juga la.


Tarian kecak ni tidak menggunakan sebarang alat muzik kalau tak silap cerita ini mengisahkan epik Sita & Dewi yang memang popular dikalangan kaum hindu. Jalan ceritanya lebih kurang Ramayana Dance yang aku tengok dekat Yogyakarta dahulu.



p/s - memang malas nak update blog. sekian