Masyuk

Memaparkan catatan dengan label duit. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label duit. Papar semua catatan

Khamis, 26 Januari 2012

Hadiah Dari Sharinginfoz



Salam semua,
Tak sangka aku menang juga contest yang dianjurkan oleh SharingInfoz baru-baru ni. Cara untuk menyertainya juga amatlah mudah aku mengambil keputusan untuk menyertai pertandingan ini alhamdulillah rezeki berpihak kepada aku sebab aku tersenarai untuk mendapatkan "Giveaway Wang Kertas Baharu @ SharingInfoz" cuma menyatakan mengapa aku ingin mendapatkan wang kertas baharu tersebut sahaja. 





Sebenarnya aku dapat RM5 dan RM1 yang mempunyai nombor siri yang sama tapi aku sempat snap gambar ini jer, aku akan simpan duit ini sampai bila-bila insyaallah.



Sabtu, 12 November 2011

Aku Menang Contest Eyriqazz





Salam semua 
Semalam Eyriqazz aka Mat Tiger ada menganjurkan Contest 11.11.11 l Cabaran Mencari 11 Bloggers waktu kat tempat kerja aku dah terperasan contest tersebut tapi dek kesibukkan aku biarkan dulu sampai rumah aku terus mencuba nasib untuk join contest tersebut alhamdulillah kali ini rezeki berpihak kepada aku. Aku menang tempat pertama yang betul terpantas = RM50 Cash/top up sapa nak bagi wey rezeki mendatang dalam waktu sengkek ni.




Jenuh jugak aku nak mencari bloggers yang dicari naik buntang bijik mata aku apa yang dikehendaki.





Jam 9.17pm baru aku dapat kesemua jawapan yang dikehendaki oleh Eyriqazz.






Semalam juga keputusan telah dikeluarkan dan pemenangnya adalah... hehehehee... rezeki aku nak uat cam ner....





p/s - bagi cash la kot coz top up jarang guna, rezeki berblog dengan ikhlas... ehhehehehe 


Terima kasih daun keladi 
kalau duit tu banyak bagi lagi.






Jumaat, 11 November 2011

Cek Dari Nuffnang










Salam semua, 
Selamat berhujung minggu yang indah, Semenjak aku berkecimpung dengan NuffnangMY sebanyak 3 kali aku dah dapat cek dari NuffnangMY, Memang tak rugi aku joint NuffnangMY sapa nak bagi duit wey dari aku melanguk tak tentu pasal main games ngan pesbuk lebih baik aku berblog dapat jugak sikit-sikit dari tak ada langsungkan memanglah tak banyak aku dapat cam orang lain tapi bagi aku oklah dari tak ada langsungkan.  Aku memang memang tak kejar sangat pun dengan duit tu tapi aku puas berblog lagipun blog aku ni cuma merapu pasal kehidupan aku jer tak ada ilmu pun yang korang dapat kat sinikan yang penting berblog dengan ikhlas dan menambah kenalan sahaja.



 RM189.70 jer jadilah sapa nak bagi barang sesen pun kan.



Terima Kasih NuffnangMY membuatkan aku terus "setia pada yang satu"







 

Selasa, 6 Julai 2010

1st Cek Dari Nuffnang






Salam 1 Malaysia semua penyinggah di blog picisan ini.
Hari ni aku nak share pasal Cek dari Nuffnang.
Yer betul aku dah dapat Cek dari Nuffnang bernilai RM???
mana leh bagi tau sebabnya tak banyak pun cam Kak Ina KL, Bro Jai, Eyriqazz, Beutifulnara, DarkBatman & Red Mummy tapi boleh la buat bayar duit "domain" aku selama 5 tahun ehehehehheee.



ok aku cash out 1st Cek dari Nuffnang pada 17 May 2010 aku dapat cek nya pula pada 05 July 2010
ini bermakna ianya memakan masa dalam lebih kurang 49 hari lama kan.
Cuba korang menyinggah kat blog mat invest ni dia dah 2 kali cash out cek dari Nuffnang cuma mengambil masa lebih kurang 37 hari sahaja ini kerana mat invest telah cash out kan cek nya pada 30 hari bulan yakni hujung bulan.



Oleh itu kalau kengkawan yang tak tau lagi pasal ni boleh lah cash out kan Cek anda pada hujung bulan kerana anda akan mendapat Cek anda cepat sikit tak tertunggu tunggu la dibuatnya anda nanti.


Korang rasa apa yang sesuai aku buat dengan duit yang dah di cash out dari Nuffnang ni?
1. adakah akan digunakan untuk aku bershopping di Bandung minggu depan
2. Kontes kepada kengkawan - reti ker aku buat kontes ni
3. Belanja kengkawan lepak kedai mamak
4. Simpan untuk beli domain dimasa hadapan

terima kasih kepada Nuffnang & mat invest memberi duit & tips yang berguna pada aku.