Salam semua,
Terima kasih diucapkan kepada Denaihati kerana telah memberi peluang kepada aku untuk menyertai Contest Gadget Impian yang beliau anjurkan baru-baru ini. Seperti yang korang sedia maklum aku memang "tergila-gilakan" untuk mendapatkan sebuah Ipad 2 tak kira berapa kapasitinya tapi kalau dapat yang lagi besar saiz kapasitinya lagi bagus. Kalau nak beli tu memanglah boleh beli tapi rasanya lebih baik aku beli atau selesaikan keperluan dahulu daripada kehendak yang kalau diikutkan memang tak tercapai dek akal aku ni kalau nak kejarkan kehendak yang aku inginkan.
Untuk pengetahuan korang semua Denaihati telah memberi peluang kepada aku dan lagi 103 blogger's diluar sana untuk mendapatkan Gadget Impian kami dengan menyertai Contest Impian Kami semoga impian aku dan para blogger's lain akan tercapai hendak-Nya. Amin. Tuah ayam memang nampak dikaki tuah blogger's tak siapa yang tahukan.
Ipad 2 adalah antara gadget impian aku kalau diikutkan memang tak cukup kertas kajang kalau nak tulis semua gadget impian aku ni. Zaman serba moden ni memang banyak gadget terbaru keluar di pasaran luar sana memang rambang mata kalau tengok semua itu. Tujuan utama untuk aku mendapatkan Ipad 2 adalah kerana reka bentuk Ipad 2 yang menarik selain nipis ianya mudah untuk dibawa kemana-mana dan memudahkan aku untuk mengupdate blog dan berinteraksi bersama di laman web seperti Facebook, Yahoo Mesengger, Gmail dan macam-macam lagi. Selain itu dengan adanya Ipad 2 ini mungkin aku boleh menjadi blogger yang aktif kerana sekarang ini aku memang jarang update blog kerana kesibukkan di tempat kerja dan sering ke luar untuk memenuhi jemputan majlis kenduri dan sebagainya.
Oleh yang demikian aku meminta jasa baik korang untuk memberi sedikit kerja yang ringan kepada korang semua untuk melakukannya dan sekaligus membantu aku untuk menjadi 10 peserta gadget impian yang aku idamkan. Jika aku menang contest ini insyaallah aku akan mengadakan contest pulak untuk korang semua.
Retweet, FB like, Google +1 dan komen untuk entry ini sebanyak mungkin
“Contest Gadget Impian anjuran Denaihati.com ditaja bersama oleh Eizil.com, Anarm.net, eQurban.com, Silver Asia Sdn Bhd, Kedai Kak Siti, Rakan Niaga Al Ansar dan Serverfreak“.