Masyuk

Memaparkan catatan dengan label kehidupan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kehidupan. Papar semua catatan

Khamis, 27 Januari 2011

Al- Fatihah Kepada Allahyarhamah Azizah Binti Sulaiman - Mak





Al-Fatihah kepada Allahyarhamah Azizah Binti Sulaiman pejam celik - pejam celik hari ini 27hb Januari 2011 genab 3 tahun pemergian mak ke rahmatullah kerana menghidap penyakit kanser hati arwah mak menginggal dunia di Seremban dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Makam Tuan Haji Said, Seremban, N. Sembilan semoga dicucuri rahmat keatas allahyarhamah.. :-(


Gambar yang sentiasa berada didalam dompet aku menitik air mata melihat gambar ini, Tak boleh nak bayangkan perasaan aku sewaktu detik-detik akhir pemergian mak menemui Yang Maha Esa.



Dekat mak lah tempat aku bercerita walaupun dulu aku agak jarang balik ke Seremban tapi bila sesekali berjumpa pasti segalanya aku cerita kepada mak pernah satu hari waktu tu Hari Raya Haji beberapa bulan sebelum mak meninggal aku baring disebelah mak sambil bercerita sampaikan aku lupa yang awek aku dok perhatikan aku dari luar, Balik jer KL awek aku terus sound aku "Anak Mak Lah Dikatakan Sampai Tidur Pun Dengan Mak". Sumpah sampai sekarang aku masih RINDUKAN MAK hanya kenangan dan Al-Fatihah sebagai HADIAH kepada mak.
Semoga Allahyarhamah Azizah Binti Sulaiman ditempatkan disisi para soleh dan solehah.
AMIN



Sabtu, 21 Ogos 2010





Salam Ramadhan yang mulia kawan-kawan semua, 20hb Ogos 2010 yang lepas aku berbuka puasa kat Restoran Mambo, Kampung Baru, Kuala Lumpur. Tujuan utama adalah untuk celebrate bestday si Azleen Azis yang ke berapa tah tapi yang penting lilin nya memang banyak dah..... ahahahhahahahah

Dekat Restoran Mambo, Kampung Baru ni boleh makan secara ala-carte atau Buffet yang berharga RM25 sahaja. Makanan pun boleh masuk la bagi aku masakkan kampungkan tapi rendang daging dia agak manis sikit la.



Makanan aku di Restoran Mambo, Kampung Baru.
Aku makan buffet style RM25 makan sampai kembung.



Aku, Adham, & Acap makan Buffet lepas tu tambah lagi dengan pencuci mulut.


Apa yang ko tengok tu Dam makan sedap sangat kerk


Celebrate pulak bestday Azleen yang ke berapa tah aku tak tau cuba korang kira berapa lilin dia tu.



Restoran Mambo, New Village katanya padahal Kampung Baru.
Siap ada wakaf lagi untuk lepak-lepak sambil shisha2


Lepas berbuka & celebrate bestday si Azleen kitaorang terus gerak g Ampang Park pergi karaoke kat sana pulak.


Lepas dari Karok plak kami terus pergi ke Keramat pekena Air Buah gelas besar pulak.


Lepas lepak kat Keramat aku dengan Adham gerak pulak pergi sBRJ kat Wangsa Maju seksyen 2 coz nak "bersahur" dengan kawan-kawan Wangsa Maju pulak.
Penat siot



Ahad, 15 Ogos 2010

Download Lagu Hari Raya



Kengkadang aku ni tensen gak ngan Cik Nieza aku nih bukan sebab apa pun baru minggu pertama puasa dah dok sibuk suruh download lagu raya banyak-banyak kat 4shared tu padahal kat dalam external hard disk aku dah berlambak lagu raya ko nak lagu apa semua ada dendang perantau, selamat hari raya, sesuci lebaran, sepasang kurung biru, musafir di hari raya semuanya memang dah berzaman duk kat dalam external hard disk aku tu tapi dok malas nak transfer ke HP Cik Nieza aku cakap jer internet slow tak leh download lagu.

Perbualan aku dengan Cik Nieza

CN - Downloadkan lagu raya pastu transfer kat HP i okeh
Aku - Malas la internet slow la nak download nih
CN - ala nak dengar kat opis bosan ar
Aku - Puasa tak penuh sibuk nak lagu raya
CN - Wey sengal aku tak puasa bersebab la
Aku - Opss sorry...


p/s - Busan sementara nak bersahur kat rumah plak

Jumaat, 2 April 2010

Din Beramboi Meninggal Dunia




sumber dari FB afdlin shauki

Salam takziah kepada keluarga
allahyarham Din Beramboi setelah berjuang untuk
kembali sembuh. arwah kembali kerahmatullah pada
jam 12.30 tengah malam
semoga dicucuri rahmat keatas beliau
aku pasti akan merindui lawak jenakanya
terutama ketika beliau bercakap dalam dialek
Minangkabau
kepada-Nya kita datang kepada-Nya jugalah kita kembali
al- fatihah


Khamis, 28 Januari 2010

Institut Jantung Negara I.J.N.



Malam ni dengan bangga nyer menyiarkan siaran langsung dari Institut Jantung Negara I.J.N.
Aku kat I.J.N. ni sebab nak menjaga ayah aku yang kat Seremban tuh.
sebenarnya tak sakit mana pun cuma ada Minor Operation jer coz satu "wayar" kat "kardiak" atau dalam bahasa biasanya adalah "jantung" ayah aku terputus
waktu kat Makkah hari tu pun dia masuk hospital 1 hari coz dia rasa sakit kat bahagian "kardiak" tuh waktu
menunaikan ibadah haji hari tuh.
Oleh sebab itu jugalah dengan kata sepakat selepas bermusyuwarah kami adik beradik majlis tahlil arwah mak yang ke dua pun tidak dapat dibuat pada tahun ini. Insyaallah akan dibuat selepas semua masalah selesai.
semoga ayah cepat sembuh hendak-Nya.
amin



pssttt***** kompem malam ni aku tak tidur saper nak temankan aku nih????