Masyuk

Memaparkan catatan dengan label Laman Santai. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Laman Santai. Papar semua catatan

Isnin, 26 Mac 2012

Laman Santai Istana Budaya, Malam 60an



Salam semua,
Cerita dah basi wey aku pergi ke Laman Santai ni 2 minggu lepas tapi baru arini nak cerita memang tak bleh blah siot. Oklah setiap malam minggu Laman Santai Istana Budaya akan mengadakan persembahan disana antara artis yang bakal membuat persembahan akan diberitahu di Facebook Laman Santai Istana Budaya kalau nak add friends KLIK SINI senang korang nak tau sapa artis yang bakal membuat persembahan selalunya depa akan update hari Jumaat maybe artis kompem lambat kot nak perform. Malam haritu aku bagi tau makcik jenab ada artis 60an malam tu terus dia cakap nak pergi tengok sebab sebelum tu mak cik jenab pernah gak pergi laman santai ni sebab nak tgk Dato Siti Nurhaliza dan Uji Rashid katanya. Sambil melepak sambil layan lagu-lagu katanya. 


Antara artis yang membuat persembahan pada malam itu adalah Dato' A.Rahman Hasan, Datin Azizah, Fatimah M.Amin, Adnan Othman, S.Mariam, Helan Velu, Husin Ismail, Roziah Latif, Afidah Es dan A.Kadir Jailani



Joget lambak pun ada juga tiap-tiap minggu katanya untuk mengembalikan nostalgia joget lambak terutamanya pada majlis perkahwinan suatu masa dahalu awek awek yang menari ada gak yang cun siot.

Ahad, 12 Jun 2011

Melepak Di Laman Santai, Istana Budaya



Salam semua, selamat berhujung minggu malam semalam aku g melepak kat Laman Santai, Istana Budaya. Setiap malam minggu pasti akan ada persembahan dari artis artis yang dijemput untuk memeriahkan malam minggu penggunjung ke Laman Santai. Seperti malam tadi artis yang dijemput adalah Uji Rashid, Latiff Ibrahim, Hail Amir & Dato Siti Nurhaliza mungkin disebabkan kehadiran Dato Siti Nurhaliza membuatkan ramai pengunjung malam tadi berbanding malam minggu yang sebelum-sebelumnya. Semakin Hari Semakin Sayang, Wajah Kesayangan Hamba, Seiring dan Sejalan dan banyak lagi lagu-lagu yang mengamit nostalgia.


Persembahan pembukaan dari penari Istana Budaya


Uji Rashid berduet dengan Hail amir


Uji Rashid & Dato Siti Nurhaliza menyanyikan lagu Semakin Hari Semakin Sayang

Hail Amir berduet dengan Dato Siti Nurhaliza


Kami nak cari alat muzik tersebut apakah namanya.


Wajah ayu Dato Siti Nurhaliza


SnapMomento bergambar bersama Siti Saida yang begitu sporting dan tidak sombong.


Cam biasalah lepas abis persembahan ada joget lambak dengan lagu Joget Malaysia bersama pengunjung Laman Santai, Istana Budaya.


Depa ni pun nak tengok juga Dato Siti Nurhaliza & Uji Rashid.





Selasa, 22 Jun 2010

Jom Lepak Laman Santai @ Istana Budaya





Selalunya kalau malam minggu tak ada buat apa aku suka melepak kat Laman Santai @ Istana Budaya.
Dua minggu lepas aku ngan kengkawan aku melepak kat Laman Santai dengan kengkawan selepas kita orang bergangbang Bola Tampar kat Tasek Titiwangsa.
Waktu datang agak lambat sket dalam jam 11malam sampai jer tengok si Roslan Shah ngah menari lagu Goyang Inul and then Zamani plak perform memang power sore tapi badan Zamani cengkung giler seyh tak tau knaper.... ehehhehheee
Minggu lepas pun kebusanan melanda aku ngan Cik Nieza g ler menchekik kat sana saja jer bosan xda apa nak buatkan.
tapi artis yang perform plak kurang menarik iaitu Dato' Salwa Abd Rahman dah Dato' ke dia coz MC tu panggil Dato',
lepas tu Ibnorrezza plak perform. Band Status plak perform selepas tu tapi tak kenal la band mana nih baru ker.
Status band ni pun cam sengal gak MC tanya dari syarikat rakaman mana tapi dia tak tau.
bukan itu aja MC suruh nyanyi lagu Bunyi Gitar pun dia tak tau cam mano nak jadik aretis ni der tapi maybe lepas ni dia tau la kot belajar dari kesilapan.

Dua minggu lepas bergambar dengan Zamani & Roslan Shah
Ibnoreza tengah perform
Status Band plak perform
Tarian Sewang dari penari Istana Budaya memperkenalkan budaya Malaysia kepada orang ramai.
Last sekali menari lagu Joget Malaysia ramai ramai tetiap minggu lagu ni aku rasa lagu tema Laman Santai kot.antara makanan yang dijual adalah lempeng pisang, nasi lemak, laksa, bubur lambuk, dan macam macam lagi harga ok kot rasanya.
Tapi masalahnya kitaorang tak tau mana nak cari sapa aretis yang akan datang buat persembahan. kalau ada sesiapa tau tolong share info ekk....
p/s - statement ISKAY yang tak bleh blah "ko ni macam tak leh berenggang dengan Istana Budaya kan"....