Masyuk

Memaparkan catatan dengan label #gtbc. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label #gtbc. Papar semua catatan

Khamis, 22 Mac 2012

Geng Tali Barut Hilal Azmi Top 10 Rancangan On Air - Astro





Salam semua,
Tahniah kepada salah seorang #GTBC iaitu Hilal Azmi kerana telah berjaya manjadi top 10 rancangan On Air yang bersiaran di Astro. Rancangan On air ini di host kan oleh Pak Nil ataupun Aznil Hj Nawawi di siaran 104 Astro Ria setiap hari Rabu jam 9 malam. Kawan-kawan blogger moh kita support Hilal Azmi yang bakal terkenal tak lama lagi, insyaallah sok dah pemes jangan lupa GTBC sudah la NOK... ahahahhahaaa  


JOM LIKE & FOLLOW
Twitter : @hilalazmi

 
Gambar berdua tak ada tapi gambar aku dengan Hilal Azmi ramai ramai adalah tak nampak plak taik lalat kat dagu dia tu. ehehehehhe


Selasa, 13 Mac 2012

My Pinky Moments





Salam semua,
Mat Tiger dan MadamMondoq mengadakan kontes wey jom ramai-ramai serbu mana tau ada rezeki korang dari Mat Tiger dan sekutunya ker mana tau tuah ayam nampak dikaki tuah manusia sapa tau kan. Nak cerita pasal pink ni aku payah sikit sebab aku tak berapa nak gemor kaler pink ni sebab aku rasa kaler pink ni kaler orang kampung sikit pastu tak kena plak dengan kulit aku yang agak "cerah" (TDDMKA) ni. Memandangkan aku cuma ada 1 jer baju kaler pink aku nak join gak kontes dari Mat Tiger dan sekutunya itu kalah atau menang bukan ukuran janji aku support kontes yang mereka adakan.

 


Ni hah baju aku kaler pink tapi tak "menyala" pink nya sebab kalau "menyala" memang aku tak pakailah baju tu. Gambar ni waktu family gathering tahun baru aritu aku pakai jer lah sebab baju ni serap peluh.



Kalau bukan sebab "perantin" ni yang bagi aku baju kaler pink tu gamaknya sampai sekarang kot aku tak ada baju kaler pink dalam gambar ni nampak macam kaler peach padahal warna sebenar adalah warna PINK.





"Contest ini dianjurkan oleh Eyriqazz.Com dan Madammondoq.com ditaja bersama HazmanFadzil.Com , Alyzafisol.com , Blogr.my , Sharidawati.blogspot.com , Enveeus.Com  dan Syokkahwin.Com"




Lumayan juga Hadiah-Hadiahnya :
Tempat Pertama : RM150 + Duit Kertas RM20 baharu 
Tempat kedua : RM80 + Duit kertas RM1 dan RM5 baharu
Tempat ketiga : RM50 + duit kertas RM1 dan RM5 baharu
Hadiah saguhati x 10 pemenang = RM10 Cash/top up

Like terbanyak = RM30 cash/top up
Cabutan bertuah peserta 1-30 ,3 pemenang = RM10cash/top up
Peserta lelaki pertama join contest = RM10cash/top up
(Mungkin bertambah jika penaja bertambah,currently RM80 akan di addkan later)
 
 
Syarat-syaratnya :

1) Buat satu entri yang bertajuk " My Pinky Moments" . Di entri itu sharekan gambar terbaik anda yang menepati tema ini (Maksimum 2 gambar saja dibenarkan).
2) Like entry ini...(di bawah Last but not least, Think Pink!! )
3) Link kan entri anda ke entri ini dan tinggalkan permalink entri anda di sini -->   http://t.co/aKXloWoS   (WAJIB)
4) Di akhir entri anda letak ayat ini " Contest ini dianjurkan oleh Eyriqazz.Com dan Madammondoq.com ditaja bersama HazmanFadzil.Com , Alyzafisol.com , Blogr.my , Sharidawati.blogspot.com , Enveeus.Com  dan Syokkahwin.Com"
5) Tarikh tutup 31 March 2012

Ahad, 26 Februari 2012

Penari Ballet Di Nuffnang Birhday 5th Birthday Party








Salam semua,
Baru balik dari Nuffnang 5th Birthday party di Neverland Club, Jln Kia Peng, Kuala Lumpur. Tak sangka rupanya dalam Geng Tali Barut Crew rupanya ada penari Ballet. korang rasa sapa ek penari Ballet tu.



Isnin, 20 Februari 2012

WWW.KAKINAKL.COM NAK BAGI RM



Salam semua,
Memandangkan Ketua GTBC mengadakan kontest tanpa berlengah mari kita ramai-ramai menyertai kontes yang beliau adakan. apa lagi ayuh kita ramai-ramai menyertainya mana tau ada rezeki kita nanti. Kalau berminat sila klik di link berikut http://www.kakinakl.com/2012/02/kakinaklcom-nak-bagi-rm.html



Klik pada gambar untuk membesarkan image.


Hadiah
5 orang yang berjaya mengeletek hati juri akan menerima RM20.00 setiap seorang (klu ada sponsor hadiah bertambah/ berubah)

Tempoh GIVEAWAY Ini bermula pada  
15 Febuari  sehingga 29hb Febuari 2012  pada/atau pukul 12.00 tengahmalam.


GIVEAWAY di taja oleh www.kakinakl.com

Khamis, 12 Januari 2012

Panahan Asmara





Salam semua,
Panahan Asmara siapakah yang terkena panahan asmara itu adakah Pekerja MAS yang terlampau, Sudah rezeki mendatang terima jer lah orang nak belanja memanah di Berjaya Times Square aku pun amik jer lah kan kalau saja-saja nak main benda alah ni lebih baik aku bayar duit booking bola tampar walaupun aku tak pandai main bola tampar tapi dapat gaklah pengalaman baru hasil dari orang belanja terima kasih daun keladi diucapkan kepada Hazman Fadzil yang sudi belanja #GTBC tempoh hari. 







Memang murah kalau dapat beli kupon dari Mydeal.com ni macam hari tu member aku dapat beli kupon bowling 3 games cuma perlu bayar RM7.50 sahaja.



Cik Lily Putih yang kesedapan bermain panah manakala Cik Nunu kesedapan menghisap air kotak dibelakang itu.



Sangat serius mereka bermain maaflah aku terlambat sampai.



Pekerja MAS terlampau memang terkena panahan asmara dengan Cik Ta.



Jamar sungguh berbakat katanya beliau adalah wakil memanah negeri Terengganu.



Dah penuh anak panah kat papan tu staff disana tolong clearkan papan tersebut.




Warna dianak panah tersebut juga ada makna kalau korang nak main nanti dia ajarlah cam ner.



apakah yang mereka semua sedang fikirkan tukan


Nasib baik aku nampak kecik sikit dari Firdaus kan... ahahhaaa







Gaya jer lebih kena nya tidak tapi sekurang-kurangnya mencuba dan memperbaiki.


*Penat macam main bola tampar berpeluh2 gak aku walaupun main dalam aircond
* Lepas tu lepak kat kedai mamak sambil gosip + lawak-lawak lucah semua keluarlah
* Cik Lily Putih baru tau rupa Maggi Goreng Ayam macam mana rupanya.






Rabu, 14 Disember 2011

Restoran Jombali, Setapak







Salam semua,
Hari Khamis yang lepas aku dan beberapa lagi ahli #GTBC mendapat jemputan daripada Restoran JomBali di Setapak. Kami dijemput sempena pembukaan cawangan restoran tersebut di Setapak. Sepatutnya kena sampai kat sana jam 6 petang tapi waktu berkerja mana boleh nak sampai jam 6 petang keluar opis pun jam 6 petang gak kan. Memandangkan tempat kerja aku dekat dalam 20 minit aku dah sampai di Restoran JomBali tersebut. 



Memandangkan perasmian memang biasa ada bunga-bungaan seperti ini.



Ada gak banner Nasi goreng ketam ngan sawi with kampung belacan paste tapi kami tak dihidangkan dengan hidangan ini pun munkin boleh cuba dilain hari.



Pada hari tersebut ramai yang minum Vanila Dragon Fruit ni aku cuma minum air Bandung + cincau kalau disingkatkan menjadi BANCAU bukan mencarut yer.



 
Kami semua dihidangkan dengan nasi goreng udang, meehoon goreng tomyam, lamb chop ayam goreng berempah, rojak buah dan pelbagai lagi makanan yang dihidangkan.




Pandangan aku tentang Restoran Jombali, Setapak:-
  • Meehon goreng tomyam sedap tak masam sangat 
  • Lamb Chop sedap kuah pekat dan terasa lada hitamnya
  • Udang besar-besar dalam nasi goreng tersebut
  • Kuah rojak buah memang sedap 
  • Service lambat sikit mungkin Restoran Jombali, Setapak ni baru jadi semua peralatan belum sedia lagi.
  • Aku bagi rate untuk makanan 8/10 mengikut apa yang aku makan


Kalau berminat untuk menikmati hidangan di Restoran Jombali ini alamatnya:- 
Setapak Platinum 128, 
Jalan Genting Klang
Kuala Lumpur, Malaysia


Rabu, 7 Disember 2011

Restoran Sekinchan Ikan Bakar








Salam semua,
Restoran Sekinchan Ikan Bakar adalah perniagaan anak melayu yang membantu orang melayu untuk berjaya didalam dunia perniagaan. Sekinchan Ikan Bakar juga adalah sebuah francais yang mempunyai lebih kurang 25 cawangan di seluruh Malaysia. Pengasas Restoran Sekinchan Ikan Bakar ini adalah Dato' Jamal Bin Md Yunos berhasrat untuk membantu orang melayu terutamanya anak-anak muda dari sektor ekonomi dan memberi peluang pekerjaan kepada semua. Restoran Sekinchan Ikan Bakar ini juga membantu para nelayan dengan cara membeli hasil tangkapan mereka terus di Sekinchan secara tidak langsung dapat meningkatkan ekonomi para nelayan disana. 

Sejak kebelakangan ini pihak Restoran Sekinchan Ikan Bakar telah mendapat pelbagai keluhan dari orang ramai mengenai restoran tersebut oleh itu kami dari GTBC telah mendapat jemputan dari pihak Restoran Sekinchan Ikan Bakar untuk membantu restoran tersebut untuk memperbaiki mutu dan kualiti restoran tersebut. 




Kata aluan dari pihak Restoran Sekinchan Ikan Bakar.



 
Pengasas Restoran Sekinchan Ikan Bakar Dato' Jamal memberi taklimat mengenai perniagaan yang beliau jalankan. 


Pn. Lila salah seorang pengurus Restoran Sekinchan Ikan Bakar di Centrum Setiawangsa. 



Antara hidangan yang dihidangkan kepada kami antaranya adalah nasi lemak, nasi goreng udang, sotong, udang, kerang, ikan berserta 3 jenis sos yang disediakan di restoran tersebut. 



Sungguh berselera Mr. Manager Kak InaKL menikmati hidangan yang disediakan untuk kami. 



Sempat lagi Cik Nunu berposing disebelah Jamar. 



Alisya juga turut berselera menikmati hidangan tersebut.



Blogger gila #retis saat ini. 



Geng mak cik-mak cik sibuk dengan gosip hangat mereka. 



Kami diberi Voucer bernilai RM500 di Restoran Sekinchan Ikan Bakar.



Siapalah yang makan banyak macam ni kan?



Pandangan aku mengenai Restoran Sekinchan Ikan Bakar :-
  1. Makanan sedap terutamanya Sos Original yang diperkenalkan, Sos pedas berapi kurang pedas bagi aku yang kuat makan cili tapi ok.
  2. Nasi Lemak juga sedap tapi rasanya kalau nasi lemak tu panas lagi sedap kot.
  3. Rasanya hidangan kerang tu tak perlu kot sosnya dituang bersama-sama rasanya lebih sesuai kalau dihidangkan berasingan dengan sos.
  4. Kari ayam memang terbaik memang aku promote supaya korang mencuba kari ayam tersebut.
  5. Penyediaan kurang menarik daun pisang tu macam menyemak jer mungkin mereka boleh memotong daun pisang itu mengikut bentuk pinggan tapi lecehkan kerja pulakkan.
  6. Susun atur meja didalam tempat kami makan kurang menarik mungkin pokok yang ditengah2 tu tak ada lagi ok kot.
  7. Ruang makan didalam tu rasanya macam suram dan tak berseri rasanya lagi menarik kalau mereka memasangkan lagu yang dapat menenangkan pelanggan.


Sabtu, 29 Oktober 2011

Montage Geng Tali Barut Crew - #GTBC











Salam semua,
Jangan main gila wey Geng Tali Barut Crew ataupun #GTBC sekarang sudah ada montage yang dibuat oleh Shahrol yang begitu rajin membuat montage dan telah diupload di laman web Youtube kalau korang rajin membuat montage tersebut kalau korang rajin singgahlah tengok montage ini di http://www.youtube.com/watch?v=-GJzEy0Vek0



p/s - xda yang pandai dan rajin membuat kad hari raya aidiladha ni wey

Rabu, 12 Oktober 2011

Bakal Juara Blogger Masterchef Malaysia










Salam semua,
Tuah ayam nampak dikaki tuah manusia sapa yang tahukan. Jangan tak percaya salah seorang #Geng Tali Barut Crew atau blogger #retis yang lebih dikenali dengan nama Jejai tuan empunya Blog TeratakArmo juga mempunyai bakat yang terpendam iaitu menjadi seorang tukang masak atau pun seorang chef. Jejai juga salah seorang #GTBC yang memang gilakan event terutamanya yang melibatkan artis. Seperti yang semua sedia maklum Jejai adalah salah seorang finalis yang bakal mengegarkan dunia masakkan kerana beliau bakal menjadi Juara didalam program Blogger Masterchef Malaysia tuah manusia siapa yang tahukan kita cuma dapat merancang yang menentukan hanya Allah s.w.t. harapan kami supaya Jejai dapat lakukan dengan baik kalau ataupun menang itu adalah adat dalam pertandingan. 



Memang seorang yang gilakan event semangat dengan baju kaler pink nya.



Cukup bersemangat dan kusyuk membuat tugasan yang telah ditetapkan.



Walaupun kekurangan barang dek terlambat mengambilnya Jejai tetap bersemangat untuk mengambil peluang keemasannya untuk menyelesaikan tugasan yang telah diberikan kepadanya.




Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai program Blogger Masterchef Malaysia sila lawati link berikut:-








Maklumat lanjut mengenai Masterchef Malaysia seperti berikut.

Program Details: 
1. MasterChef TX will be starting from 22nd October 2011, every Saturday – Wednesday,   9.00pm. Master Class will be on every Friday, 9.00pm.
2. Program channel – Astro Ria (Channel 104) 
3. Official Site URL 



Jangan ketinggalan untuk menyaksikan Program MasterChef Malaysia ini nanti


 



Isnin, 3 Oktober 2011

Bermulanya Sebuah Pakatan - #GTBC





Geng Tali Barut




Salam Semua,

1. Korang pernah dengar tak Geng Tali Barut Crew #GTBC?
Kalau korang nak tau #GTBC ini adalah satu kumpulan yang telah ditubuhkan oleh sebuah oleh blogger's yang sentiasa dan akan terus telus dan jujur didalam dunia blog ini tak ada penipuan ataupun rahsia didalam dunia blog ini diantara satu sama yang lain serta akan memulakan sebuah konspirasi yang hangat.




2. Bila Geng Tali Barut Crew #GTBC ini ditubuhkan?
Sebenarnya #GTBC ini telah lama ditubuhkan akan tetapi telah dilancarkan secara rasmi oleh #GTBC pada Hari ini 03 Oktober 2011 pada jam 12.00 tengah malam tadi.




3. Siapakah ahli Geng Tali Barut Crew #GTBC ini?
Ahli-ahli #GTBC ini sekarang mempunyai seramai 18 orang sahaja buat masa ini dan ianya bakal bertambah dari masa ke semasa selepas ditapis oleh lembaga penapisan #GTBC, bukan kerana memilih akan tetapi ingin mengelakkan #GTBC ini menjadi kucar-kacir dari anasir-anasir yang tidak boleh dipercayai. Kebanyakkan ahli #GTBC ini saling kenal antara satu sama lain sejak dari 13hb Januari 2010 lagi sewaktu event Astro B.yond Blogger's Night anjuran pihak Astro bersama Nuffnang


4. Siapakah orang kuat disebalik Tertubuhnya Geng Tali Barut Crew #GTBC ini?
Sudah tentulah Kak Ina KL, Bean Moreno, Eyriqazz & Cik Lily Putih manakala yang lain cuma ahli biasa dan akan diadakan carta organisasi #GTBC.


5. Senarai Ahli Geng Tali Barut Crew #GTBC ini adalah seperti berikut :-

http://www.kakinakl.com/ (Ketua Geng Tali Barut)
Muhammad Firdaus (anak kepada Ketua Tali Barut)
    
 





- Semoga Geng Tali Barut Crew #GTBC ini akan terus kekal bersatu dan berjaya hendak-Nya

- Bermulanya Sebuah Pakatan