Masyuk

Jumaat, 11 Disember 2009

Teater Natrah kali Ke-2



tak pernah pernah aku pergi tengok teater sampai dua kali tapi dek kerana teater Natrah sampai 2 kali aku jejakkan kaki kat Istana Budaya yang tersergam indah itu.
yang pertama aku pergi coz member aku yang kerja kat FINAS bagi ticket kat aku
yang kali kedua ni pulak aku pergi coz dapat ticket free dari Sinar.fm pulak
tapi macam ada kelainan la dalam teater nih
ada babak tuh waktu malam perasmian tak ada tapi waktu kali kedua aku tgk ada plak
maybe yang 1st time tuh props tak siap lagik


Korban Kasih Dua Benua

antara barisan pelakon Teater Natrah.

apa lagik lepas abis jer terus lepak kat pak tam, sentul pekena Bihun kung fu memang layan siot.....

Khamis, 10 Disember 2009

Selamat Pengantin Baru



hari sabtu dah sibuk sibuk poi amik daging kat homestay pelenggong amik daging untuk kenduri kawen bolah pompuan, den tomankan ajo sepupu den tuh bukan den mandu pun
dapek la den jalan kat highway baru ko kolo pilah tuh potong jalan bukik putus tak do la den poning bona naik bukik putus tuh.

ari malam tuh lak sepupu den tuh berinai kocik kek umah pompuan sib baik den poi kalau tidak terkontang kanting pengantil lelaki tak do sodaro maro. sodaro maro yang lain sibuk "berkampung" untuk kenduri bolah lelaki minggu dopan plak.

ni waktu malam berinai tuh pengantin pakai baju Minangkabau, nampak tu ada tanduk kerbau..
ahahahahahaa
tak pasal2 aku kena pegang payung.

ini pulak hantaran dari pihak lelaki untuk perempuan

berinai besar pulak dengan tema purple.

SELAMAT PENGANTIN BARU

Sabtu, 5 Disember 2009

Batu kikir jambatan bosi



Batu kikir jambatan bosi
Gulai udang sebelango
Cubo omak fikir dalam hati
Ayo ni bujang sudah lamo aih

macam pernah jer dengar lirik lagu nih kan?
tapi kat mana ekkk?

saja aku tulis bait lirik lagu " Apo Kono Eh Jang" nyanyian Ally Noor feat Mastura nih lagik coz esok pepagi aku nak gerak ke Batu Kikir N9 coz nak teman sepupu aku amik daging lombu dia nak kawen ari ahad kesian kat perantin kena kerja keraz
tapi xpa la belajar sikit mana tau esk anak ko nak kawen kan senang

lagi pun aku dah lama tak kesana saja nak jenjalan cuci mata pergi ikut jer bukan lama sangat lepas tuh bukan aku yang drive perantin gak yang kena drive
aku cuma duk kat sebelah perantin jer
ehehehheheheh

p/s ... nanti aku apdet pasal teater Natrah yang aku pergi kali kedua tuh yerk.

Khamis, 3 Disember 2009

Teater Natrah 30-11-2009






30hb November 2009 dalam lebih kurang jam 6.15pm sepupu aku telefon cakap kat aku deck ko nak g tgk teater Natrah tak aku dengan selamba kodok nya cakap mesti la nak sebab aku ni suka layan teater....ehehheheh
pastu sepupu aku sound suh tunggu bestfriend dia dekat Istana Budaya dlam jam 8.15pm
aku cakap ok tak da hal la.

sampai jer kat IB aku trus call sepupu aku nyer bestfriend (sebenarnya kitaorang bertiga ni saling kenal la coz satu skolah)
aku ingatkan dapat ticket free yang kat atas tuh tapi aku dapat duk kat bawah kali nih 3 baris dari pentas memang clear ar muka sorang sorang memang best.

teater natrah ni memang layan la kalau aku tak dapat ticket free pun aku akan beli ticket nya walaupun yang harga nya bawah Rm80...


antara VVIP yang datang antaranya Dato Mukriz Mahathir, Tan Sri Muhyidin Yassin, Tan Sri Shahidan Kassim dan lain lain lagi la
pic ni aku curik curik amik .... ehehhehehe

ni antara sepanduk yang ada kat IB buat masa sekarang.

Umi Aida membawak watak sebagai ibu Aminah memang berkesan lakonan Umi Aida nih
gaya pun lebih kurang macak ibu Aminah yang sebenar (aku tgk gambar la)


ni plak aku dengan Umi Aida memang sporting ar dia nih, yang penting lencana Nuffnang tetap bersama aku walau kemana aku pergi ..... ehehehhehehe

ini plak dengan Umi apa tah nama betul dia nih kalau dalam cita yang baru habis Nur Kasih dia ni bawak watak Sarah kalau tak silap aku la (aku bukan follow sangat Nur Kasih ni)
kalau tak silap la aku dengar dia nih tengah "BER NUR KASIH" dengan si Mansor Adabi a.k.a. Remy Ishak tapi idak la teman tau....ehehhehe


ni plak dengan hero filem & drama buat masa sekarang nih Rosyam Nor menyokong karya rakan nya Eirma Fatimah.

kesimpulan nya Teater Natrah memang best rugi tak pergi tengok.

Rabu, 2 Disember 2009

Tragedi Natrah




Nadra Maarof atau nama belanda Bertha Hertogh (1937-2009) adalah wanita keturunan Belanda yang menyebabkan Rusuhan Natrah di Singapura pada tahun 1950. Rusuhan ini terjadi kerana berbaur dengan sentimen agama dan warna kulit.


Susur Galur

1937 24 Mac Natrah dilahirkan di Tjimahi, Jawa, Indonesia dengan nama Bertha Hertogh atau Maria Huberdina Hertogh


Disember 1942 Bertha Hertogh diserahkan untuk dipelihara kepada Che Aminah Mohamad. Usia Natrah ketika itu 5 tahun. Ibunya Adeline dan neneknya Nor Louisenya menyerahkan Bertha dan Benny kepada Che Aminah tanpa pengetahuan bapanya Sarjan Adrianus Petrus Hertogh kerana telah ditawan tentera Jepun. Che Aminah Mohamad atau Mak Minah seorang peniaga kain di Jawa yang berasal dari Kemaman, Terengganu. Menurut keterangan Natrah, Che Aminah bukan Babu atau pembantu rumah. Maria Hertogh diberi nama Natrah dan hidup dalam suasana dan pendidikan Islam.


15 November 1945 Che Aminah membawa Natrah balik ke Kampung Banggol, Kemaman, Terengganu melalui Singapura kerana orang Indonesia ketika itu meluap-luap membenci orang kulit putih yang dianggap bangsa penjajah.


1945 Bapa Natrah, Sarjan Hertogh dibebaskan selepas
Hiroshima dan Nagasaki dibom dengan bom atom oleh Amerika. Dia balik ke Bandung, Jawa dan mencari anaknya Natrah. Adeline dan Hertogh balik ke Belanda tanpa menemui Natrah. Usaha mencari diteruskan melalui teman-teman dan pegawai kerajaan Inggeris dan Belanda.

September 1949 Natrah ditemui oleh Arthur Locke, Penasihat British di Terengganu sewaktu pertunjukan senaman di padang Sekolah Perempuan Melayu Chukai.

19 Ogos 1949 polis Semarang memberitahu Andrianus, Natrah berada di Kemaman.

12 April 1950 Che Aminah membawa Natrah ke Singapura atas perancangan dan muslihat Sarjan Hertogh.

22 Mei 1950 Ketua Hakim Mahkamah mengarahkan Natrah diletakkan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat,Singapura

24 April 1950 Natrah dihantar ke Girls Homecraft Centre, York Hill, Singapura

28 April Che Aminah membuat rayuan untuk mendapatkan balik hak penjagaan terhadap Natrah melalui peguambela Encik Ahmad Ibrahim daripada syarikat peguam S.C. Goho & Co.

19 Mei 1950 peguambela Encik Ahmad Ibrahim menghujah di mahkamah bahawa Che Aminah Mohamad berhak menjadi penjaga Natrah. Profesor Dr. Ahmad Ibrahim menjadi protaganis dan antara tokoh yang amat dihormati dalam kes Natrah di Singapura .

28 Julai 1950 Che Aminah menang kes rayuannya. Natrah dikeluarkan daripada York Hill

1 Ogos 1950 kerana takut peristiwa berulang, Natrah dikahwinkan dengan Cikgu Mansor Adabi secara nikah gantung di rumah bapa angkat Mansor Adabi iaitu En. M.A.Majid di 139, Seranggoon Road, Singapura. Ketika ini Natrah berusia 13 tahun tetapi susuk tubuhnya besar. Usia Mansor Adabi 22 tahun. Dalam Undang-Undang Syariah Islam, perempuan umur 13 tahun dibenarkan kahwin sebagaimana isteri Nabi Muhamad, Siti Aisyah.

2 Disember 1950 Ketua Hakim megeluarkan perintah yang ketiga untuk didengar di mahkamah tentang kesahihan perkahwinan dan hak penjagaan Natrah.Mengikut undang-undang Belanda , seorang anak yang berusia 16 tahun ke bawah, bapanya berhak menentukan kehidupannya. Pendakwa berhujah sama ada Natrah berhak dikahwinkan dan terus menganut agama Islam ataupun tidak. Mahkamah memutuskan, selagi tidak mencapai umur 18 tahun ke atas, hanya penjaga yang berhak ke atasnya. Mahkamah tidak menyebut ibubapa tetapi penjaga. Tiba-tiba daripada isu agama bertukar bertukar kepada isu jagaan.
Dalam kes Natrah ini, mahkamah mengakui Natrah secara rela tanpa dipaksa oleh sesiapa hendak meneruskan kehidupan sebagai seorang muslim. Mahkamah mengatakan pula, siapa yang boleh menafikan hak Natrah daripada didedahkan kepada agama Kristian? Bapanya lebih berhak ke atasnya.


12 Disember 1950 Hakim menjatuhi hukuman - Natrah mesti dikembalikan kepada ibu bapa kandungnya di Belanda. Bapanya diberi hak dalam menentukan agama anaknya. Natrah telah dihantar pulang ke Belanda, dan seterusnya dijadikan Katholik.

12 Disember 1950 Rusuhan Natrah berlaku kerana masyarakat Islam di Singapura dan Tanah Melayu kecewa Natrah akan dimurtadkan.

13 Disember 1950 Natrah dan ibu kandungnya meninggalkan Lapangan Terbang Kallang, Singapura menuju Belanda dengan kapal terbang KLM.
Ada protes orang
Islam di Karachi, Pakistan yang bersimpati dengan Natrah.

15 Disember 1950 Natrah sampai di Lapangan Terbang Sciphol, Amsterdam, Belanda; disambut oleh lebih 4000 orang Kristian Belanda beserta sorakan selamat datang dan sepanduk 'Welcome Back Bertha'. Mereka dari 'Bertha Hertogh Comittee' yang dibentuk oleh bapanya, Sarjan Hertogh. Di rumahnya di Bergen Op Zoom , kehidupan Natrah sentiasa dikawal ketat oleh polis Belanda. Dia pernah bertanya tentang 'Di mana masjid di Bergen Op Zoom?'. Natrah minta sejadah, bertanyakan khiblat dan tak lupa sembahyang 5 kali sehari. Ingatannya kepada Mansor Adabi tidak pernah padam terhadap suaminya itu.

Januari 1952 Mansor Adabi menerima surat daripada seorang pemuda Belanda bernama JC Vermeulen tentang kehidupan Natrah. JC Vermeulen adalah pedagang import-eksport Belanda.

9 Januari 1951 Surat 1 daripada Mansor Adabi kepada Natrah dalam tulisan Jawi, berbahasa Melayu.

10 Januari 1951 Surat 2 daripada Mansor Adabi kpada Natrah, antaranya menceritakan nasib Karim Ghani yang masih ditahan.

17 September 1951 Surat daripada Mansor Adabi kepada Natrah.

Mac 1953 Surat pertama daripada Natrah kepada Mansor Adabi dalam tulisan rumi berbahasa Melayu-Indonesia. Dia telah menjadi Kristian Katholik dan minta Mansor Adabi jangan menulis kepadanya lagi. Natrah menggunakan nama asalnya 'Bertha Hertogh'.

25 Januari 1953 Surat Mansor Adabi kepada Natrah

20 Julai 1953 Surat Bertha kepada JC Vermeulen disampaikan kepada Mansor Adabi.

1954 Mansor Adabi berpatah arang dan berkahwin dengan anak muridnya Zaiton Jahuri.Mansor Adabi menghantar kad undang perkahwinan kepada JC Vermeulen. Bertha yang mengetahui hal itu sangat kecewa. Kekecewaan itu dicurahkan kepada temannya Johannes Gerrit Vermeulen. Antara murid Mansor Adabi ialah Datuk Abdul Aziz Abdul Rahman, bekas pengarah MAS.

26 Januari 1956 Telegram daripada JC Vermeulen kepada Mansor Adabi menyatakan Bertha ingin kembali bersama Mansor Adabi di Malaysia.

20 April 1956 Bertha berkahwin dengan Johan Gerardus Wolkenfelt, seorang askar ketika Natrah berumur 18 tahun. Umur Wolkenfelt 21 tahun. Wolkenfelt berhenti menjadi askar dan menjadi tukang kayu.

15 Februari 1957 Bertha bersalin anak lelaki pertama. Bertha mendapat 10 orang anak. Nama anaknya Silvija, Carolien, Frans, Marlies, Theo, Huub, Rinie, Marjoline, Hands dan Paul.

20 Januari 1959 Surat daripada Mansor Adabi kepada Bertha menceritakan dia sudah berkeluarga.

3 Februari 1959 Surat Bertha kepada Mansor Adabi. Semua surat-surat Mansor Adabi tersimpan dalam fail 'Personal - Mansor Adabi' di Arkib Perbandaran Bergen op Zoom, Belanda.

25 November 1975 Televisyen Belanda NRVC meriwayatkan kembali kisah hidup Bertha dalam filem dokumentari The Time Just Stool Still selama 20 minit. Bertha, Wolkenfelt dan Mansor Adabi turut dijemput diwawancara dalam dokumentari itu. Ketika itu Bertha telah mempunyai

10 orang anak. Sedangkan Mansor Adabi sebagai seorang guru dan peguam, hidup mewah.

16 Ogos 1976 Bertha didakwa di mahkamah atas tuduhan cuba membunuh suaminya JG Wolkenfelt. Dia dibebaskan atas simpati hakim terhadap latar belakang hidupnya. Bertha dan Wolkenfelt bercerai. Mulanya dia merancang bubuh racun berwarna biru - tak berjaya. Kemudian dia berpakat dengan temannya Tom Ballermans dan Adrie Jansen dan membeli sepucuk pistol revolver. Anaknya Corie menyedari rancangan bunuh itu, dilapor kepada polis dan Bertha ditangkap.

26 Disember 1976 Natrah dilaporkan sakit jiwa oleh Utusan Malaysia. Tetapi hal ini dinafikan oleh anak-anak Natrah.

1976 Che Aminah meninggal dunia di Chukai, Terengganu ketika berusia 70an

Disember 1979 Bertha berkahwin dengan Tom Ballermans - lelaki yang selalu datang ke Cafe Bertha dan yang dikatakan bersepakat dengan Bertha untuk membunuh suaminya JG Wolkenfelt. Tom membeli rumah di Ossendrecht, Belanda kira-kira 12 km dari Bergen Op Zoom, Belanda.

1983 Bertha bercerai dengan Tom Ballermans

1984 Bertha masuk hospital kerana sakit jantung. Tubuhnya semakin gemuk secara mendadak.

15 September 1984 Bertha meninggalkan Belanda ke Amerika Syarikat mencari kehidupan baru bersama Ben Pichel dan hidup tanpa kahwin hingga... Ben Pichel ialah seorang lelaki Indonesia berasal dari Jakarta dan bekerja di pasar-pasar malam di Belanda dahulu. Ben kemudian mendapat taraf warganegara Amerika Syarikat.
Bertha kini tinggal di
Nevada, tengah Amerika Syarikat dan meninggalkan anak-anaknya di Belanda. Dia pernah bekerja sebagai tukang masak dan pengemas bilik hotel dan motel. Kemudian dia bekerja sebagai pencuci rumah dan bangunan. Bertha hidup dalam keadaan tersiksa jiwa dan raga, kehilangan orang-orang yang disayangi.[perlu rujukan]

Pada tahun 1992, kerajaan telah mengharam lagu yang berjudul Natrah nyayian kumpulan Handy Black yang mengisahkan kisah Natrah ini.

9 Julai 2009 - Bertha Hertogh atau Natrah nama Islamnya pada satu ketika, dilaporkan meninggal dunia di kediamannya di Huijbergen, Belanda. Beliau meninggal akibat leukemia pada usia 72 tahun, menurut Duta Malaysia di Belanda, Dr Fauziah Mohd Taib, menerusi e-mel kepada Bernama.
SEGALA INFO DIATAS DI AMBIL DARI http://ms.wikipedia.org/wiki/Natrah

Selasa, 1 Disember 2009

"I'm a Sherlock Holmes in the Making"



Seh tak kiro
Seh nak an jugo tiket wayang tu
Apo nak jadi, jadilah


macam bait bait lirik lagu "Apo Kono Eh Jang" nyanyian Ally Noor feat Mastura plak kan.....
ahahahhahahaden
just nak cubo nasib den jo untuk dapekkan ticket premier
"I'm a Sherlock Holmes in the Making" tu.
kok dapek elok bona la tuh ko tak dapek nak buek camno kan bukan rozoki den.



bondo alah kek ateh ni la yang den kono carik ha. kono carik dokek blog yang Nuffnang bori klunyo
sobonar nyo Nuffnang nak uji Blogger2 pandai tak korang moncari apo yang dio suruhkan tuh.
aturannyo:-
1. cari gambar yang dio bori dokek blog yang dio bagi klu tuh lopeh tuh amik screenshoot lopeh tuh tepek la kek blog korang ha.
2. lopeh tuh hantar la email kek sherlockholmes@nuffnang.com dongan namo ponuh bosorto alamat ponuh blog korang tuh ha.
3. lopeh tu tunggu jo la kok ado rozoki ko tidak.

ni ha den jumpo dokek http://www.kyspeaks.com/

yang ni pulak den jumpo dokek http://cheeserland.com/