Masyuk

Selasa, 22 Disember 2009

Seremban La Pulokk.....




Minggu ni aku balik Seremban coz akak aku tak da orang teman.

tapi next week aku dah tak yah balik Seremban lagik coz ayahku kawen lagik

eehhhhh silap ayah ku dah balik dari menunaikan Haji

skang ni aku merempit Seremban - Bukit Jalil - Seremban tapi lepas nih tak yah lagik kot

aku pun bosan gak kengkadang balik Seremban tuh. mana tak bosan nyer aku nih bukan ada

kawan pun kat Seremban tuh, nak harap sedara mara aku pun bukan pun rapat pun dengan

sedara mara yang kat Seremban nih, kalau yang belah Sri Menanti, Serting, Linggi tuh rapat la

jadi kepada kengkawan yang stay kat Seremban yang kucintai ini (ada kerk) jom la kita melepak lepak

menghilanagkan kebusanan aku di Seremban ni. Jom lepak kat "Tobing" tu pun kalau nak la.

Isnin, 21 Disember 2009

Tag dari Little Parlour



Dah berjanggut rasanya tak buat tag dan berjanggut jugak aku tak di tag.....
Tag kali ni senang jerk. tag kali ni cuma kena lengkapkan ayat SAYA SEDANG dan tag ini datangnya dari rumah Little Parlour.

1. Saya sedang upload gambar kar pesbuk
2. Saya sedang mendengar muzik Jowo dari rumah Little Parlour (yang memberi tag)
3. Saya sedang mengemas bilik saya (dah dekat 3pagi ni baru nak kemas bilik)
4. Saya sedang melayan blog kengkawan yang lain
5. Saya sedang cari info tentang Yogyakarta (persediaan awal padahal nak pergi lambat lagik)
6. Saya sedang melayan Sampoerna A menthol di pagi hari
7. Saya sedang packing barang coz this week balik Soromban (ulang alik tuh Seremban - KL)
8. Saya sedang pikir esok boleh bangun pagi kerk (lolok la young esouk wa ang indak kojo ko- ayat mak cik Jenab kat aku) - bahasa Ocu Kampar

pastu aku nak sampaikan tag aku nih kat sapa sapa yang nak buat la coz tiada paksaan rasa nak buat buat....rasa tak nak buat tak yah buat...

Khamis, 17 Disember 2009

Yogjakarta Punya Hal



Salam kengkawan semua yang budiman aku nak mintak tolong daripada kalian semua siapa ada pengalaman sewaktu ke Yogyakarta tolong beri pandangan dan apa sahaja mengenai Yogjakarta tuh kerna next year aku nak kesana tapi tak da sorang pun yang pernah kesana. dengar cerita dari Yogjakarta tuh boleh pergi ke Bali betul kerk?

Ahad, 13 Disember 2009

Potong....Potong....Potong... @ Kampung Puah Lembah



Hari Sabtu 12hb December 2009 aku dengan gagahnya bangun pepagi coz nak pergi ke Kampung Puah Lembah, Jln Gombak, Kuala Lumpur kerana ada majlis berkhatan beramai ramai memang meriah la majlis tuh.
Bagus la orang orang Kampung Puah Lembah tue buat majlis seperti ini coz dapat mengekalkan adat & budaya orang melayu zaman berzaman. kalau kita tengok mana ada ramai orang yang nak buat majlis sebegini rupe. kalau kita tengok orang sekarang hantar anak kat klinik lepas tu kasi "potong" tak da la nak buat pulut kuning ker, buat rendang ke bagi jamuan kat orang sekeliling.
Layan jer la pic yang aku amik yang tak seberapa nih.
Suasana pagi menunggu ketibaan
Dato' Dr. Hj. Mohd Shafei Bin Abdullah
Ketua Bahagian Umno Wangsa Maju
Merangkap Setiausaha Politik Kepada
YAB Menteri Kewangan
Berarak beramai ramai dari Padang Bola ke Padang Futsal
Kampung Puah Lembah
Seramai 19 orang anak penduduk Kampung Puah Lembah akan dikhatankan
antaranya anak buah aku 2orang mereka diarak dengan menaikki
gerobak atau kereta sorong orang ahli keluarga masing masing.

Pelbagai hiasan diletakkan di kereta sorang tersebut supaya lagi meriah majlis tersebut.
Bagus la masing masing menunjukan kreativi memasing dalam menghias.
Dengan bantuan dari anggota Bomba cawangan Gombak Selatan anak anak yang akan dikhatan kan disiram dengan air sambil menyanyi lagu
"potong....potong....potong....potong aje lah"
kelakar siot takda rasa gementar pun bebudak nih kalau kita dulu cakap jer nak potong
kompen dah kecut.....
bebudak ni leh lagik buat persembahan sebelum nak kena "potong"
video nya aku ada upload kat Youtube
nak tengok video tuh leh la korang klik kat sini siap boleh shuffle lagik sebelum kena "potong"
Lepas bersiram apa lagik tukar baju la standby nak kena "potong"
dah kecut kan, lepas tuh berarak lagik ke Dewan Orang Ramai Kampung Puah Lembah
waktu ni berarak sambil berselawat ke atas Junjungan Besar Nabi Muhamad S.W.T.
Siap ada ittenery lagik tuh dengan tak lupa dengan Logo 1Malaysia
apa yang penting "Kerjasama" itulah slogan yang selalu diucapkan oleh Ketua Kampung, Kampung Puah Lembah kepada anak anak buah nya.
Harap harap aktiviti sebegini rupa dapat dijalankan & dikekalkan sehingga bila bila.

Jumaat, 11 Disember 2009

Bandung Lagi Katanya



tadik tak pasal pasal aku dah booking ticket Airasia ke Bandung
tadik waktu nak booking tuh aku dah serba salah antara Krabi ataupun Bandung
tapi setelah dipikir kan dengan lebih lanjut aku memilih Bandung kerana aku boleh la aku beli kain baju, telekung, etc untuk dijual kat sini nak carik duit raya sket kan
lagi pun sebelum puasa kan leh la aku jual dekat Kak Ina KL telekung untuk dibawak ke masjid untuk sembahyang terawikh tahung depan insyaallah.
kepada Linn plak aku tak pergi seorang cam ko ekk...
eehehehehehehehehehe

Hitz.fm Studio is Jam-Packed




tak kan la korang tak pernah dengar nama radio Hitz.fm nih
kalau tak pernah dengar terserah la kat korang
bukan apa aku just nak bagi tau jer kalau korang nak duit lebih dengar la radio hitz.fm
setiap hari Jumaat jam 9.30pm-10.30pm
korang dengar & tgk kat laman web kira berapa orang pastu sms
SMS PARTY Jawapan Korang hantar ke 32111
cuba jer la kan mana tau nasib untung kat korang pulak kan
rezeki jangan ditolak bala jangan dicarik
aku tak leh masuk contest nih coz aku antara orang yang perlu korang kira tuh
ahahahahahahhahahhaa