Masyuk

Rabu, 24 Februari 2010

Puaka Niyang Rapik Bersama Fizz Fairuz




Just nak inform kat korang la kalau berminat nak joint sekali bagi ar tau kat aku
ataupun boleh la email ke atieleo85@gmail.com
tarikh ditunda ke 28hb Februari 2010
bersamaan hari Ahad bersamaan Blogger Paintball
jam 3petang ya
bertempat di Cathay E@Curve, Mutiara Damansara
bayaran RM20 termasuk popcorn & air mineral/air gas kecik
dapat Goodies bag & beramas mesra dengan Fizz Fairuz
aku apa lagi kerja aku snap gambor korang la kalau korang pergi.
ehehehhehehehehehe

Tuah Ayam Nampak di Kaki




Betul cakap orang orang lamo

"Tuah Ayam Nampak Di Kaki"

N3 kali aku saja nak "dediket" blogger yang terkenal lagi Masyur
siapa lagi kalau bukan Eyriqazz a.k.a. Great Teacher Onizuka

Tahniah
kepada beliau yang memenangi pertandingan
Astro B.yond Bloggers Night post-event blogging contest
yang dianjurkan oleh pihak Nuffnang.
sesiapa belum joint Nuffnang sila joint dengan kadar segera kerana anda akan rugi apabila anda tidak joint Nuffnang nih.

kepada yang tak menang cam aku cuba lagi next time
"Kalau dah rezeki takkan kemana"

I Love Nuffnang


Aku MC



Gigil mengigil aku..
cam lirik lagu aper ekkk.....
sebenarnya ari ni aku MC sebab aku demam, batuk & selsema
tapi satu hari ni jugak la aku melepek jer kat umah tak larat nak bangun
tapi tengahhari tadi aku g klinik Wangsa dekat Wangsa Maju tu
coz aku memang sesuai dengan klinik kat situ.
lepas Doc Nadir Khan "tung tang tung tang" ngan aku
aku pun nak gerak balik tapi apakan daya
hujan pulak turun kalau redah lencun & bertambah la demam aku nih ekk
aku pun singgah cc melayan zynga holdem poker
sampai hujan berhenti lepas tu rempit balik rumah & melepek balik
malam ni terjaga pastu aku dah tak bleh nak membuta balik nih.

Selasa, 23 Februari 2010

Nuffnang Buffered




aku nak tanya kat korang la yer terutamanya kepada otai otai sekalian alam
adakah iklan Nuffnang diatas adalah Buffered untuk tuan punya blog?
sorry la aku mana gheti sangat pasal Nuffnang nih.
selalunya aku nampak kat blog orang lain ada banyak
kat tepi la, kat tengah la tapi kat aku kat atas tuh jer satu.
terima kasih atas bantuan kalian semua.

Isnin, 22 Februari 2010

sok sek....sok sek... hachum....hachim




sok sek....sok sek... hachum....hachim
sejak dari pagi tadi aku dok selsema + Bersin
tapi bukan Selsema Kandiak okay
kandiak tuh bahasa Minangkabau
kalau korang nak tau apa itu Kandiak
sila berjumpa dengan En. Gugel.

daripada
sok sek....sok sek... hachum....hachim
tadi sampai sekarang tak berhenti ni
badan pulak dah meragam nih cam nak demam (bukan alasan tak nak kijer ok)
tadi hajat hati nak g klinik dekat Taman Dato Senu tapi orang bapak ramai.
last sekali aku beli jer panadol activ fast mintak2 esok ok lah aku yer
leh aku g kerja malas nak MC nih buruk prestasi siot.
tapi kalau tak sihat jugak mintak maaf la yer kengkawan.
bak kata amir Raja Lawak I' am sorry

Astro Fest 2010 - Macam Macam Ada




Memandangkan aku tak leh tido malam nih disebabkan bunyi
Pom Pom Pom POm
bukan pom pom girl la sengal tapi bunyi mercun yang tak berhenti henti ni.
aku mengambil inisiatif untuk menghapdet blog aku nih.

Semalam kat tempat aku kojo ada buat Astro Fest 2010
kira cam hari keluarga la kiranya, acara ni memang tetiap tahun diadakan
macam sukan sekolah la tetiap tahun ada.

tahun ni tak tau cam mana aku dapat lebih pulak pass
kalau ikutkan seorang staff dapat 4 pass sajer tapi tahun ni
aku terdapat lebih pulak pas nya, pas tuh cam gelang g Genting Highland tu la.

**sila abaikan akpresi muka aku tu yer.

oleh kerana aku dapat lebih aku pun ajak la Kak Ina KL dengan Cik Lily Putih
joint sekali
lepas aku bagi tag tuh kat depa, pandai pandai la bawak diri nak tawaf building Astro 6 kali ker aper ker
ada aku kesah bukan apa kat sana banyak benda boleh buat kena la bawak diri yer
kepada yang blogger lain jangan kecik hati yer
lain kali ada Wayang free aku ajak korang pulak ekkk..

dari jauh aku dah perasan Cik Lily Putih berlenggang kangkung

Jangan pandang belakang version Kak Ina KL aku pun tak perasan siapa yang amik pic aku
ngan Kak Ina KL with Family's


Astro Fest 2010 ni aku rasa macam more to education & culture la
coz ada Astro Kampus dengan banyak xtvt seni budaya macam
pertunjukkan Wayang Kulit, Membuat tembikar, Mewarna Batik etc.



aku try jugak la mewarna batik (mewarna ye bukan melukis batik) ni
menarik juga pihak Astro buat cam ni leh memberi serba sedikit tetang
seni budaya negara kita nih.

Aku cuba jugak main alat muzik wayang kulit yang di sembahkan oleh
student ASK tapi aku main tibai jer main alat muzik tu aku ikut jer Student2
ASK
tuh ketuk aku pun ketuk..ahahhahahahahaa
tak nampak pulak alat muzik yang aku main tuh & yang depan aku tu nama dia
Ismail Kamarudin atau lebih dikenali dengan nama Iskay.

Dekat Astro Fest tu boleh dikatakan semua benda free dari Makanan, Minuman & permainan
semuanya
free , tapi aku tak beratur pun nak amik makanan coz terlampau
ramai orang beratur nak amik makanan & minuman, Sesak giler sanggup aku berlapar.


selain makan2 & minum2 macam macam maskot ada kat situ antaranya
Maskot Astro Warna biru tuh kalau tak silap nama nya Astro Boy kot.
lepas tuh ada donald duck la, mickey & minnie mouse, Spiderman, Batman
macam macam la korang tengok la pic kat atas ni.

lepas tu ada gak cam benda kat atas ni tak tau nak panggil apa maskot
ke apa tah, senang panggil orang glitter's la sebab depa ni glitter's
sangat. aku tengol cam kesian gak depa buat cam nih tapi mesti
masyuk punya diaorang nih, ingat sket ker dapat bayaran.

member member aku cuba menyelesaikan masalah di Kampus Astro

selain maskot2 tuh bersepah la jugak artis artis dan selebriti kat situ
ni member aku dengan artis Raja Lawak 3 ke 4 tah aku pun tak pasti.
ehehehheheeee.

antara suasana dihari kejadian. bukan makhluk jadian la..

antara port makanan yang terbaik dan tidak sesak...


ini jer la permainan yang aku main itu pun kalah.
ahahhahhahaaa
selalu aku main Jutaria jer beli kat kedai mamak mana mampu nak
beli Saidina sebab mahal kena beli pun kat Jaya Jusco.
tapi semalam aku main Saidina yang besar punya.
tapi kalah .. ahahhahahhahahhahahahhaa


Bunga api ni dalam jam 8malam la tapi disebabkan hari hujan
agak lebat la jugak malam tu walaupun sekejap jer hujan nyer
dapat amik sikit jer pic bunga api.

aku lepak kat sana sampai jam 11.30malam sebab dok melayan
kumpulan MUH (Meet Uncle Hussain bukan Meet Uncle Heldi) la,
Estranged, Kristal, Hafiz AF7, & pengacaranya
Diedie alias dengan Azrul raja lawak.


BERSAMBUNG.....