Masyuk

Jumaat, 10 Disember 2010




Selamat petang semua, korang still ingat tak Tragedi Highland Tower pada 11 December 1993. Just nak inform korang bahawa malam esok 11 December 2010 setelah 8 tahun berlalu Astro History Channel 555 akan menyiarkan dokumentari istimewa mengenai tragedi tersebut jam 9 malam. Waktu Tragedi Highland Tower ni berlaku umur aku baru 7 tahun darjah 1 siot. Jangan lupa layan Astro History Channel 555 malam esok dan selamat berhujung minggu.

Bowling Tournament 2010






Salam 1 Malaysia semua, Pagi ni aku nak bercerita pasal hari minggu yang lepas bukan yang semalam ler. Last Sunday aku ada bowling tournament kat MidValley aku masuk pun just for fun jer tak da la untuk menang aku bukan teror sangat main bowling setakat campak sudah kasi jahanam lane bowl tu sudah ler. Memang setiap tahun tempat aku berkerja ni memang mengadakan bowling tournament tahun ni aku team dengan adik aku MisZ Lady, NakNoor & Hanies cam tahun-tahun lepas aku ngan member-member seperjuangan aku tapi dek masalah yang tak dapat dielakkan aku dengan team "Magik Tak". Redah jer la apa pun aku happy main bowling on that day.





Brunch yang disediakan adalah karipap, sandwich, bihun goreng & air mineral.


Main pun dekat Cosmic Bowl kat Mid Valley


Team Magik Tak Aku, MisZ Lady, Naknoor, Hanies


dah orang nak amik gambor aku aku tadah jer ler muker aku tu





Dengan aku tertinggal segala macam bola bowl, camera on that day tu yang cam sengal-sengal ubi tu. ehehehehehhe


Bangkinang Islamic Centre Kabupaten Kampar





Salam 1 Malaysia, Hari ini aku nak mengomel tentang Bangkinang lagi, Majoriti penduduk di Bangkinang adalah Islam. Selain Sungai Kampar sebagai"trademark" Bangkinang Islamic Centre yang terletak berhampiran dengan pasar Bangkinang juga adalah salah satu trademark Bangkinang. Aku sempat singgah di Bangkinang Islamic Centre dimalam hari. Biasalah kalau sekali sekala balik kampung mesti banyak perkara yang hendak dibuatkan. Itupun malam sebelum aku nak balik ke Malaysia baru sempat aku singgah.


Dihadapan Islamic Center Kabupaten Kampar yang agak dekat dengan rumah kami.


Pemandangan Islamic Centre dimalam hari.


Model-model tak berbayar aku pada malam itu.



p/s - mana nak cari cicak tokek arrr... kat Bangkinang ni pun dulu kecoh pasal cicak tokek ni.


Khamis, 9 Disember 2010

Shani Cafe Wangsa Walk





Salam 1 Malaysia semua, Aku nak cerita cuti 1 Muharam yang lepas aku dengan kengkawan aku pergi makan dekat Shani Cafe di area Wangsa Walk. bagi aku ini adalah 1st time singgah makan kat Shani Cafe ini tapi kengkawan aku boleh dikatankan tiap-tiap weekend makan kat Shani Cafe ini. Korang percaya tak makan secara buffet nasi campur cuma RM6 makanan kat Shani Cafe ini pulak boleh kata masuk kat "tempolok" aku ni ler rasa macam masakan Negeri Sembilan dan Melaka. Cuma dengan RM 6 sahaja pelangan boleh menikmati gulai ketam (waktu aku pergi dah nak abis) ikut ikut suka korang. Selain gulai ketam pelbagai lauk yang disediakan antaranya adalah Ikan keli goreng berlada, paru goreng berlada, ikan pari masak asam pedas, dan macam-macam lagi. Waktu aku makan di Shani Cafe ini ada juga pengat pisang yang disediakan bagi aku makan kat Shani Cafe ini memang berbaloi tak rugi makan kat sini aku rasa kalau tak percaya pergilah cuba. Kebersihan pun aku tengok kedai ni dia jaga.



Pandangan dari luar kedai berhadapan dengan kedai menjual piala di Wangsa Walk

Suasana didalam Shani Cafe yang simple tapi makanan superb




kalau terasa ingin singgah di Shani Cafe bertempat di alamat
No.20 Jalan Wangsa Delima 11,
D'Wangsa Link Wangsa Maju,
53300 Kuala Lumpur.
Bersebelahan dengan Wangsa Walk ,Satu Barisan Dengan CIMB Bank.


Shani Cafe menyediakan Buffet untuk Breakfast dan Lunch serta minum Petang..
Breakfast Buffet =RM.4.00 /person
Lunch Buffet=RM 6.00/person
Tea time=RM4.00/person
p/s - rating yang aku bagi untuk Shani Cafe ini adalah

8.5/10 untuk makanan (tengah hari)
6/10 untuk decoration



*Gambar amik akt blog shani cafe coz aku tak bawak camera
* Tempolok tu adalah tekak ler


Selasa, 7 Disember 2010

BlogLarian







Salam 1 Muharam kepada semua kengkawan, Semoga tahun baru yang mulia ini hidup kita akan bertambah maju tak kira di dunia mahupun di akhirat.
Hari ini aku di tag oleh CikLilyPutih atau dengan singkatannya CLP. Tujuan utama BlogLarian ini adalah untuk mempromosikan blog kita kepada orang lain.

Saya suka berblogwalking kerana saya akan dapat menambah kenalan dan juga saya akan dapat menambahkan ilmu dari pengalaman rakan-rakan yang lain.

Macam biasalah kalau di tag pasti kena tag pulak kali ini aku nak tag kepada
Apa lagi joint jangan tak joint.


Ahad, 5 Disember 2010

Astro Kasih




Korang semua pernah tak dengar mengenai Astro Kasih. Astro Kasih ini adalah corporate social responsibility (CSR). Sebelum ini aku pernah juga program Astro Kasih ini di Kampung Ketapang Tengah, Pekan, Pahang disana kami seramai lebih kurang dalam 40 orang dipilih untuk menyertai kerja amal yang dianjurkan disana. Selain Kampung Ketapang Tengah, Pekan, Pahang Astro Kasih juga telah pergi ke Kampung Panchor, Muar Johor waktu ni pun aku joint juga lagi satu aku joint adalah Hari Raya Bersama Anak Yatim di KLCC tapi pada tahun 2010 ini aku tak berkesempatan untuk joint event yang diadakan kerana selalu bertembung dengan aktiviti aku yang lain. Bagi aku program astro kasih ni memang patut ada kat semua syarikat kat luar sana bagi membantu golongan yang memerlukan. Pada tahun ini Astro Kasih juga telah mendapat 2 anugerah kalau korang nak baca klik sini.