Masyuk

Jumaat, 6 Mei 2011

Catatan Perjalanan Bali 2011 - Part 1





Selamat pagi semua, jangan tak percaya aku update blog pepagi buta cam ni. Sebenarnya aku nak cerita pasal aku kat Bali minggu lepas. Rombongan kali ini seramai 9 orang kitaorang gerak hari Khamis naik pesawat Airasia dengan harga tiket RM100 pergi balik itupun setelah menunggu hampir setahun tapi okeh lah boleh buat budget perjalanankan. Kitaorang sampai di Lapangan Terbang Ngurah Rai,Bali lebih kurang jam 7 malam waktu Bali dengan Malaysia sama jer tapi kat sana jam 6 petang dah gelap macam waktu maghrib kat sini. 1st day sampai tu memang tak banyak yang dapat dibuat sebab dah kesuntukkan masa. Kitaorang stay dekat Tune Hotel di Jln Legian agak jauh sikit dengan Kuta. Harga hotel pula adalah lebih kurang RM100 untuk 4 hari 3 malam.


Atan Tuya dok sibuk nak bergambar di lapangan terbang Bali

Kalau di Indonesia memang banyak patung-patung di tepi jalan begini.


Mula mula tu kami cuma berjalan disekitar pantai Legian tak banyak kedai makan islam di sini.


Lepas check in hotel memasing bersiap nak pergi ke pantai Kuta dan nak mencari makanan.


Pantai Kuta ni terkenal dengan Hard Rock Cafe.


Memang tak sah kalau ke Bali tak singgah di Hard Rock Cafe ni. Lepas berjimba di pantai Kuta kami pun balik semula ke hotel sebab nak simpan tenaga untuk 2nd day pulak.



p/s - banyak sambungan ni.....



Khamis, 28 April 2011

Gubahah Hantaran - Telekung








Salam semuanya, hari ni aku berada di Bali. Aku sampai di bali dalam jam 7.30 malam td. Sekarang tgh baring2 dalam bilik di Tune Hotel, Legian Bali. walaupun smalam dok sibuk packing brang, pergi tukar duit rupiah tapi aku still sempat lagi tolong member sama tempat kerja mengubah hantaran telekung dia nak kahwin hujung minggu ni. cam biasalah permintaan depa gubah telekung bentuk bunga. Lepas tu malam td jugak aku suruh bakal pengantin jemput hantaran dia. Tahniah diucapkan kepada Lily Izaura dengan Mohamad Irman yang bakal bernikah pada hari Jumaat ini semoga menjadi keluarga yang Sakinah, Mawadah dan Warohmah - Amin

Aku Di Bali






Rabu, 27 April 2011

Berjimba Bersama Pengantin Di Sekitar Kuala Lumpur



Salam Jumaat penghulu segala hari yang mulia kengkawan, sebenarnya aku ikut member aku ni ambil gambar post wedding ni sebelum aku pergi ke Bali lagi tapi sekarang baru nak update blog sengal aku ni. Kalau korang perasan pengantin adalah member kitaorang juga sebab aku pernah update waktu kat wedding depa dekat Villa Ukhwah, Taman Tasik Titiwangsa hari tu. Lokasi yang dipilih adalah di sekitar Bandar Kuala Lumpur seperti di Jalan Bukit Bintang, Banggunan Sultan Sulaiman & Taman Tasik Perdana. Setengah hari juga lah aku ikut depa beraksi penat tapi seronok.


Sekarang baru aku tau yang ambil gambar ni sebenarnya ada "jalan cerita" kalau menarik jalan ceritanya menariklah gambar yang diambil. Waktu ni masih lagi di Jalan Bukit Bintang yang sesak pada tiap masa pun.


Sewaktu di Banggunan Sultan Sulaiman aku tak banyak ambil gambar sebabnya aku dah kepenatan


Sewaktu di Taman Tasik Perdana kejap jer pun sebab memasing dah kepenatan termasuk pengantin pun dah tak larat.


Gambar candid sewaktu di hadapan Pavillion kesian pengantin perempuan yang kehausan bukan kehausan #(&!^$&*


Antara crew2 yang terlibat dengan pembikinan custom made album post wedding untuk Rizal & Azlin.




p/s - aku bukan photographer dan gambar ni semua adalah untuk koleksi peribadi jer bukan untuk custom made album tu sebab gambar aku ambil bukan cantik pun.




Selasa, 26 April 2011

BE Menjengah Ke Blog Picisan






Aku pun tak sangka yang blog picisan aku ni masih lagi berpeluang untuk mendapatkan Buffered Earning walaupun blog aku ni cam bangang jer nampak ehh. Terima Kasih la kepada Nuffnang dan Hypp TV sebab sudi sedekah BE kat blog aku ni walaupun tak ramai yang singgah di blog aku ni.

tEsting 123