Masyuk

Khamis, 5 Januari 2012

Nescafe Tarik Satu



Gambar 2 minggu lepas waktu aku melepak kat rumah maklong aku kt Kg Puah Lembah waiter ni anak buah aku dia blogger yang tak berapa nak aktif tapi aku rasa dia ni ada bakat menulis mungkin sekarang bz bekerja nak jadi arkitek katanya. Semoga berjaya lah Didil Cik Kuduk... Ahahha. Ni link blog budak ni http://belogsesukahatiaku.blogspot.com

Rabu, 4 Januari 2012

Karnival Industri Asas Tani Di Serdang, Selangor - Minggu Ini










Salam semua, 
Karnival Industri Asas Tani akan berlangsung pada 6-8 Januari 2012 bertempat di Malaysia Agro Exposition Park Serdang [MAEPS] 43400, Serdang, Selangor Darul Ehsan bermula jam 10 pagi hingga 10 malam seperti di gambar peta dibawah ini. 


 

Pelbagai acara menarik bakal diadakan di karnival tersebut antaranya adalah Perasmian Pasaraya My Agro Hypermarket pada 8 Januari 2012 dan Denaihati seorang blogger yang pemurah telah dijemput pada majlis tersebut. Dengar khabar Kak Jie dan Rakan blogger lembah klang juga bakal hadir pada event tersebut mungkin mereka bakal mengadakan mini gathering disana nanti.






Maskot upin dan ipin yang cukup terkenal di Malaysia dan Indonesia ini bakal menemui pengunjung yang hadir di karnival tersebut. Setiap hari mini contest juga turut diadakan memberi peluang kepada pengunjung pulang dengan tanpa tangan kosong. Kepada pengunjung yang merasa dirinya bisa bersaing dalam pertandingan karaoke bolehlah mencuba nasib dengan menyertai pertandingan karaoke dengan hadiah bernilai lebih RM1500 disediakan.






Setiap pengunjung Karnival Industri Asas Tani juga berpeluang untuk membawa pulang Iphone 4S, Ipad 2 dan Tv Lcd 40 inci untuk cabutan bertuah yang bakal diadakan nanti. Tuah ayam nampak dikaki tuah manusia siapa yang tahu.




Kepada yang berminat untuk singgah di Karnival Industri Asas Tani ini bolehlah like ke fanpages facebook disini http://www.facebook.com/myagrohypermart?sk=wall ataupun yang berminat untuk menyertai pertandingan karaoke sila lawat laman web ini http://www.facebook.com/events/335005309862819/

Internet Connection Problem



Hangin plak aku tgk internet connection aku problem balik kerja tadi ok kejap aku guna pc lepas tu tak boleh guna pulak payah aku nak online ni wey. Apa masalahnya pun aku tak tau ni hangin jer wey.
Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

Dah Mula Bersekolah



Salam semua,
Diam tak diam dah 5 tahun umur anak buah aku sorang ni insyaallah hari ini Nur Syazana Damia akan memulakan persekolah beliau di tabika kemas kat area rumah aku ni. Harap Damia rajin- rajin belajar yer kalau pandai nanti pAk deck belanja Dami KFC nanti... Jadilahkan

Fw: Testing 123



Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

-----Original Message-----
From: daydeck86@gmail.com
Date: Wed, 4 Jan 2012 03:36:19
To: <daydeck86.dedeq@gmail.com>
Reply-To: daydeck86@gmail.com
Subject: Testing 123

Selamat pagi isnin semuanya

Isnin, 2 Januari 2012

Malam Tahun Baru 2012





Salam semua,
Selamat tahun baru kepada semua yang singgah disini, Seperti kebiasaan setiap malam tahun baru menjelma orang akan berduyun-duyun ke KLCC, Dataran Merdeka, Pavillion dan sebagainya untuk menyambut kemeriahan sambutannya tapi aku lain pulak seperti biasa aku akan melepak dirumah sebab aku tak suka dengan kesesakkan orang ramai yang membuatkan aku naik darah. Tahun ini berbeza sedikit aku sambut tahun baru 2012 dengan sebahagian ahli keluarga aku di Kampung Pandan rumah kakak sedara aku Kak Ani. Berkumpul menyambut tahun baru sambil mempereratkan silaturahim antara keluarga Khalijah sempena nama Allahyarham nenek kami. Kali ini makanan semua disediakan oleh Kak Ani kami cuma bayar RM50 untuk 1 keluarga makanan semua memang sedap-sedap.




 Sedap sedap belaka makanan yang disediakan antaranya adalah Ayam, udang, sosej, burger, kambing yang dipanggang, Nasi Lemak, Laksa, buah-buahan, dan pelbagai makanan lagi yang disediakan.



Laksa yang aku makan memang saja aku amik asam keping banyak-banyak sebab aku memang suka makan laksa masam+pedas.



 Kerja membakar diadakan secara bersama-sama aku pun buat kerja okeh bukan makan jer kerja aku.



Salah seorang penasihat Khalijah Family's iaitu mak long kami.


Sambil lepak-lepak makan sambil gosip antara satu sama yang lain.




 
Sementara menunggu bunga api kami sempat pergi beli durian setiap kali melepak mesti beli durian punya sebab masing-masing hantu durian wey.
 

Tak padan dongan gomok nak naik basikal kocik tu.



Walaupun tengok dari jauh tapi semua orang gembira + kekenyangan.


Walaupun tak cukup ahli keluarga yang hadir tapi rasanya cukup meriah hari itu insyaallah next event lebih ramai yang dapat hadir.




p/s - Bulan February 2012 masa bersuka ria bersama keluarga di Penang.