
Alhamdulillah hari ni aku dapat panggilan daripada
Diva Gebuz Azwan Ali selepas malam semalam aku ada call dan sms ke no
Diva Gebuz Azwan Ali ni pasal aku antara pemenang followers kepada dia yang dapat menghadiri ke Majlis Pelancaran Buku yang bertajuk
"Selamat Jalan Dunia Pondan" yang ditulis oleh beliau.
Selain aku member blogger yang dapat adalah
Armo02 atau lebih dikenali sebagai
JEJAI FINK.
Nasib baik
Armo02 pun pergi tak da lah nanti aku
terbangak-bangak kat sana nanti antara follower Twitter
Diva Gebuz Azwan Ali yang lain adalah
Fiza Malik.
Selain pelancaran buku
"Selamat Jalan Dunia Pondan" bro
Diva Gebuz Azwan Ali juga akan mengadakan
Majlis Berbuka Puasa Bersama Azwan Ali. Seramai 44 orang anak yatim dari Darul Aminan, Seremban, Negeri Sembilan juga turut dijemput untuk menyerikan lagi majlis tersebut.
Majlis tersebut akan diadakan di
Restoran Tamarind Springs di Ampang Jaya, Selangor.
ADIDAS, MICHAEL & GUYS, HATTA DOLMAT, AMIR LUQMAN & EYOI TEAM MAKE UP ARTISTIK pula adalah sebagai Penaja pada majlis yang gemilang tersebut.
Ramai artis-artis yang bakal hadir pada hari itu antaranya adalah
Datuk Yusoff Haslam, Datuk Aziz Sattar, Mawi & Ekin, Nora Danish, Ramlah Ram, Didie Alias, Bob AF2, Farina AF8, Ifa Raziah, Hafiz Hamidun dan ramai lagi. Aku tak tau nak pakai apa tapi aku tak tau lagi masih memilih nak pakai baju melayu warna apa aku ada baju melayu warna
Purple,
Hijau,
Kuning,
Biru,
Turqoise, dan mungkin aku akan memilih baju melayu warna
hijau ataupun
purple jer kot.
* berkemungkinan aku ngan
Armo02 kena datang awal untuk jadi
Sukarela pada hari tersebut, ada aku kesah janji dapat makan free dan jumpa artis terkenal.