Masyuk

Ahad, 31 Januari 2010

Contesta Gundammerzs siri 1 - Teratak Uncle





Tipu la kalau aku cakap aku tak pernah dengar nama GUNDAM
aku pernah nama benda alah tuh tapi disebabkan kurang minat ngan benda alah tuh
aku just buat dont know jer ler. tapi lepas aku singgah kat blog shyfuri's
yang sibuk buat kontes ni aku cam minat plak ngan GUNDAM ni
kalau korang nak tau cam mana nak masuk kontes ni korang g la teratak shyfuri's tuh.
ehehhehheheee
aku ni dah macam gile kontes plak...
ahahahhahahahaaa


Tiru Blog Suterablogger



Disebabkan aku kebosanan di Rumah nih aku pun jenjalan ke teratak Bean
yang dulu menggunakan blogspot tapi skang pakai dot com
ahahahahahhaa Bean blogspot tuh bukan blog kerk???
ahahhahahahahhaha
pastu aku nampak la dia update pasal trafik orang yang bertandang ke terataknya
melalui NUFFNANG selama ni aku cam malas nak melayan benda ni
tapi bila aku bukak aku nyer aku tgk cam bagus gak benda nih
ada peningkatan gak la blog aku ni. sebelum ni macam suam suam kuku jer aku rasa
tapi macam aku cakap la aku bukan nak kejorkan sangat income tuh
tapi kalau dapat alangkah bahagia nya, sebabnya blog aku ni bukan nyer apa
orang sker ke tgk aku merapek meraban nih. aku buat blog ikut suka aku jerk
lagi satu aku sker melayan contest yang dianjurkan oleh semua pihak.
dan yang paling penting adalah BFF korang ingat tak BFF tuh apa
BLOGGERS FRIENDS FOREVER
betul tak kengkawan sekalian alam.



cepat kengkawanku tolong ajarkan cam mana nak tambah besarkan aku nyer posting nih.
alhamdulillah ada peningkatan semoga berterusan & bertambah meningkat pembaca blog aku ni
walaupun tak sebanyak blog Kak Ina KL, Abang Nara, Mak Merah, GTO dan yang sewaktu dengannya

dan kata kuncinya adalah


Sabtu, 30 Januari 2010

Cuba cari saya - Contest





Malam malam cenggini aku tak kuar merempit pun cam mat rempit mat rempit yang lain
aku lagi suka membungkang kat umah jer melayan diri sendiri di bilik aku nih
sampaikan dia orang cakap cam pompuan duk dalam bilik jerk
aku pedulik apa orang nak cakap apa yang penting aku gumbira melayan games kat bilik aku nih
waktu aku berjalan jalan di "teratak" Fantasi & realiti, duniaku tadik
aku terperasan ada contest. biasa lah aku nak mencuba nasibkan mana tau ada rezeki.

contest tersebut datangnya dari teratak

tajuk contest nyer adalah

Syarat2 penyertaan :

1. Warganeraga Malaysia
ya buk saya emang lahir di Malaysia buk....

2. Mempunyai talian prepaid celcom, maxis
dedua aku ada Selkom ada Meksis pun ada

3.Bukan saudara mara Ema Teddy
bukan kot. Baru jer nak berkenalan dah ada yang punya ker
ehhehehehehehee...

4. Jadi follower blog saya dengan ikhlas.
baru je jadi follower dengan ikhlas & tawaduk nya

5. Copy banner di bawah ni dan letak kat sidebar blog anda. Ni wajib ye.
6. Banner tersebut mestilah di linkkan ke blog Ema Teddy.
uwes sih...

Dan hadiah nya adalah berupa Top up yang bernilai RM30
jadilah selalu aku top up pun RM10 jer.


dan aku teka Ema Fatin Fatimah adalah no 13 kot.

sapa nak mencuba tu cepat cepat sket esok 31hb Jan 2010 tarikh tutup contest

Tak Dapat Tengok Trofi Piala Dunia



Malam semalam aku ke Mid Valley dengan Dahlia, Wanie, & Mya
setelah member member lelaki yang lain terpaksa membatalkan hajatnya
bukan hajat yang satu tu la. antaranya budak yang Melankolik yang sibuk Bersenggama tuh
ahahahhahahaaa
hajat hati nak tengok Trofi Piala Dunia
tapi apakan daya sampai kat sana orang dah tak leh masuk walaupun jam belum pun menunjukkan pukul
sepuluh malam agak kiciwa la gaks dowh.
selalunya kita orang berkesempatan la jugak nak bergambar dengan
Trofi Piala Dunia tuh.

Disebabkan tak leh masuk kitaorang pun ngan cargasnya bergerak ke Restoran Murni
kat SS2 Petaling Jaya nak mentedarah aku apa lagi order Ribena special dengan ayam yang kena cop
bukan cop mohor ar. lepak lepak & gebang gebang sampai dekat jam 1 gak la melepak kat situ
cam aku xda hal punya si minah minah rempit tuh la kesian nanti kena halau plak ngan parents dia orang.

Semalam plak aku tetiba plak rajin nak tgk aku nyer Analitik kat NUFFNANG tuh
aku pun click la kat bahagian kata kekunci korang tgk tuh apa keywords yang paling banyak
tuh ha Fahrin Ahmad. dasar orang kita ni kaki gosipkan
tapi untuk suka suka tak da hal la.

kebetulan member aku Dahlia ni memang agak obses la gak ngan si Fahrin Ahmad
semalam melayan dia bercerita pasal si FA dengan LO jer la
aku layankan aja membahan semua yang ada jer la
nasib korang la apa yang penting si dahlia nih dapat nama baru yang kitaorang bagi
DA PA FA
maksudnya
Dahlia Ahmad Personal Assistant Fahrin Ahmad

kemana aja si Fahrin Ahmad ni pergi si Dahlia ni pulak mesti nak pergi
cam hari nih dia tak pernah pergi MYDIN tapi hari ni dia sanggup pergi ke Mydin tuh
semata mana nak g tengok si Fahrin Ahmad tuh.
itu la manusiakan.
Jangan kejarkan Dunia jer akhirat jangan lupa nak kejar sekali
ehhehehhehe


sebenarnya ada lagi satu cerita pasal
NASI AYAM MANCONGKAM
nanti den cerito ceriti plak yerl

Khamis, 28 Januari 2010

Sinetron Tasbih Cinta




Sekarang aku ngan opis mate aku dah terjebak dengan sinetron Indonesia yang bertajuk
Tasbih Cinta ni dekat opis, nasib baik la kat tempat aku nih ada televisyen
tapi kitaorang tak da lah mengadap televisyen jer kerja
sambil buat kerja sambil tgk televisyen melalui cermin yang dipantulkan ke televisyen
yang tersergam indah tergantung diatas kepala kak Dyla.
Harap harap kak Dyla dah amik insurans kepala demi masa depan yang
Cemerlang Gemilang & Terbilang.

Cerita Tasbih Cinta ni dibintangi oleh
Laudya Chintya Bella
Andrew Andika
Bayu Kusuma Negara
Helsi Herlinda
Dicky Chandra
Nella Anne
Benny Ruswandi
Nenny Triana
Alessia Cestaro
Bobby Rakhman

Sinetron Tasbih Cinta ni menceritakan kisah percintaan dua pangkat la
Sorang kaya dan sorang lagi miskin biasalah cerita macam ni tapi tak tau lah kenapa ramai
sangat yang terjebak dengan sinetron macam nih.
kalau korang nak tau lebih lanjut cerita nih korang leh layari blog
dalam blog TOWARDS THE SHINYSTAR banyak lah sinopsis Sinetron Indonesia yang disiarkan di Malaysia.
Acik Intan ngan Kak Ina KL mesti layan cerita nih kan..
ehehehehehehee


Ni aku ngan Dude Harlino
korang tau tak makna DUDE tuh makna DUDE tuh adalah DUa DEcember
coz dia lahir 2 December klakar la diaorang nihkan
gambar ni waktu aku ke Jakarta tahun 2008


ni plak aku, Rionaldo Storkhorst ngan Wanie.
dia ni memang sporting habis diakan pernah berlakon sinetron Soleha.


ni plak kitaorang jumpa dekat depan Hard Rock Cafe Jakarta
sapa nama dia nih ala penyanyi kumpulan Nidji yang popular ngan lagu
Laskar Pelangi tuh.


ni ngan Dr. Rado a.k.a. Dude Harlino tahun 2oo9
sebenarnya Wanie tuh yang beria ria nak jumpa ngan mamat nih
disebabkan dia sorang jer aku pun temankan jer la dia
lagi pun member member aku pun ramai kat situ.


Institut Jantung Negara I.J.N.



Malam ni dengan bangga nyer menyiarkan siaran langsung dari Institut Jantung Negara I.J.N.
Aku kat I.J.N. ni sebab nak menjaga ayah aku yang kat Seremban tuh.
sebenarnya tak sakit mana pun cuma ada Minor Operation jer coz satu "wayar" kat "kardiak" atau dalam bahasa biasanya adalah "jantung" ayah aku terputus
waktu kat Makkah hari tu pun dia masuk hospital 1 hari coz dia rasa sakit kat bahagian "kardiak" tuh waktu
menunaikan ibadah haji hari tuh.
Oleh sebab itu jugalah dengan kata sepakat selepas bermusyuwarah kami adik beradik majlis tahlil arwah mak yang ke dua pun tidak dapat dibuat pada tahun ini. Insyaallah akan dibuat selepas semua masalah selesai.
semoga ayah cepat sembuh hendak-Nya.
amin



pssttt***** kompem malam ni aku tak tidur saper nak temankan aku nih????

Gosok Gigi Harimau



Aku nak tanya korang la ... ada ke kerja gosok gigi harimau ni?
baper gaji diaorang ekk... silap silap sapa kerja ni nyawamu di gigi ku
cam no tuh....

Rabu, 27 Januari 2010

Al-Fatihah



Pantas masa berlalu, hari ni genab dua tahun mak pergi mengadap ilahi, Al-Fatihah kepada

Allahyarhamah Azizah Binti Sulaiman

semoga berada di kalangan orang orang yang beriman hendak-Nya. amin

Contest Jom Buat Dialog Lucu Mana Tau Boleh Menang Dapat Duit





Waktu merewang rewang kat teratak Kak Ina KL aku terperasan ada contest yang dianjurkan
oleh teratak AULAD JANNAH. Disebabkan Contest yang menarik dengan gambar
3 orang budak ticik yang baru belajau aku pun amik keputusan nak joint contest tersebut.
dan cara cara nak men"joint"kan diri dengan contest tersebut adalah seperti berikut

1st Jadi pengikut Blog AULAD JANNAH
Selesai sudah

2nd meletakkan link AULAD JANNAH di blog
sudah juga

3rd Copypaste banner Aulad Is The One dan letakkan di dalam N3 contest ini.
udah juga sih.

4th Copypaste gambar di bawah iaitu gambar yang dijadikan bahan peraduan. Karang satu dialog berpandukan gambar. Dialog mestilah di antara boy 1, boy 2 dan boy 3.


Boy 1 - Karim ko nampak tak Cikgu Pah bawak apa tuh

Boy 2 - ko ingat aku buta ke tak nampak Cikgu Pah bawak apa. Rotan besar siot...

Boy 3 - Masaklah korang Cikgu Pah nak sebat korang sebab semalam korang berdua "serong" kelaskan
nasib baik aku tak joint korang. Kalau aku joint korang semalam kompem Cikgu Pah tak tau yang korang serong kelas semalam.
(dengan erti kata lain aku yang jadi tali barut Cikgu Pah)

5. Dialog mestilah original dan lucu. Hanya satu N3 sahaja yang diterimapakai.

6. Sila tinggalkan jejak di dalam ruang komen di bawah sekiranya anda telah membuat N3 dan sudah memenuhi syarat-syarat di atas. Kakpah akan ke rumah anda.
Jenguk la selalu ke teratak saya yer....

7. Pemenang akan dipilih melalui dialog yang anda karang.

Nota penting: Dialog tu tulis di bawah gambar. Kalau ditulis di dalam box kat gambar tu, nanti tulisan jadi kecil tak dapat baca.

Hadiah utama berupa wang
RM 100.00

2 hadiah saguhati
RM 25.00 setiap satu.

Tarikh tutup penyertaan ialah 31 Januari 2010



psstt***cerita & watak adalah rekaan semata mata tiada kena mengena dengan sesiapa yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia.

Isnin, 25 Januari 2010

N3 yang Terakhir





n3 terakhir aku sebelum aku tidor a.k.a. membadakkan diri aku la.
ahahahhahahhahaaa
apsal korang ingat aku dah nak resign ke dari dunia blog ni.
mungkin belum masanya lagi kot.

dah aku nak tanya korang ni, korang nampak tak perbezaan blog aku ngan "kembarnya"
ahahhahaha
satu blog aku lagi satu tuh blog kak sonata anak kancil ataupun akak SAK
aku nak tanya korang ar cam mana nak kasi aku nyer n3 post tu besar sket cam kak SAK punya tuh.
korang tengok anak panah yang aku main buat tuh yerk.
puas aku mencuba buat benda tuh kasi sama besar cam kak SAK punya tapi still tak menjadi.
Aus & Kak SAK dah komplen dah sakit mata nak baca blog aku ni,
ehehehhehehehe

Terjebak Sudah....



Hari Sabtu lepas pagi pagi bangun g opis menolong member member aku yang pindah opis dari
Bukit Jalil ke Cyberjaya nasib baik aku tak kena pergi CJ kalau tak masak gak la aku kena gerak dari umah
pagi pagi bak kata arwah mak aku "Subuh Adam"

Lepas jer gerak dari opis dalam jam 4petang aku terus merempit ke Petaling Jaya.
mesti korang tau kan aku ke PJ buat apa kan,
ala kan n3 sebelum nih aku ada cakap kat PJ tuh ada Warehouse sales
sebelum ni aku memang ada rancang nak beli benda alah nih,
apa lagi aku pun menggorek ngorek la wallet aku (aus & bean) korang jangan pikir lain ar.
jumpa plak duit sket pastu ngan selamba badak nyer aku g pinjam akak aku lagi sket coz nak top up
alang alang beli biar amik yang besar teruskan




Psstt>>>> alhan ko jangan sentap yer...ahahhahaha

Ahad, 24 Januari 2010

Tag dari Teratak Little Parlour



Masa jenjalan ke teratak Little Parlour sat tadi aku ternampak tag yang dilakukan oleh
tuan tanah kedaung,
aku ngan rajin nyer nak mencuba dengan erti kata yang lain "eden torai" bak kata Zizan Raja Lawak.
ahahhahhahahhahaaa

cara cara tag tersebut adalah menulis nama teratak masing masing dengan tangan yang
bertentangan macam ni la,
aku biasanya menulis dengan tangan kanan tapi nak buat tag ni aku kena tulis tangan kiri
korang faham tak cam mana ni?
kalau tak paham buat buat paham sudah.

haaa... amik ko tulisan aku dengan tangan kiri agaklah macam haram kejadah ghupernyer...
ahahahhahahaa
nak nak zaman sekarang nih tak banyak kerja memerlu orang memakai pen, pensil & etc
zaman sekarang semua main tekan tekan & picit picit jer.
korang jangan nak double meaning plak ekkk.

lepas aku buat nih aku nak tag semua orang la untuk membuat tag ini
kalau korang tak nak buat nak buat cam mana takkan aku nak paksa plak kan.

Siti Zainon Ismail - Blogger



Saja nak bagi tau kepada sesiapa yang minat dengan seni budaya melayu
boleh la follow blog Prof. Siti Zainon Ismail
beliau adalah seorang pengarang, pengkaji seni budaya warisan Melayu, seniman, penyair dan pelukis Malaysia.
Aku suka mengikut penulisan beliau yang aku gelar sebagai Bonda
kepada sesiapa yang berminat dengan seni budaya melayu
jadi la follower
atau pun menjadi sahabat beliau di mukabuku.com
kalau nak tau lebih lanjut mengenai beliau boleh la membaca di Wikipedia






Blogger Care Traffic




Apa benda tuh Blogger Care Traffic tuh ar
Blogger Care Traffic tuh adalah SATU KEMPEM yang dianjurkan oleh
Blogger Care Traffic dilancarkan bertujuan
menaikkan traffic dan menyokong blogger baru macam aku nih ar.
apa lagi mulakan xtvt bergerak secara rawak menuju ke "rumah - rumah"
orang lain.
psstt..... Aus aku dah letak kat sidebar nih tak da bonus kerk.
ahahahahhahahahaa


pstt... please ignore labels aku ekk

Fahrin Ahmad Saman Linda Onn?



Wah pag pagi dah update blog cam tak cyer jerk,
pagi ni aku bukak Mukabuku.com nak masak kat Cafe World
pastu aku terpandang pages Fahrin Ahmad (FA)
aku nampak FA update status nak saman Linda Onn (LO)
tapi kenapa ekk ada sesapa tau tak??

Jumaat, 22 Januari 2010

Al-Fatihah Kepada Sultan Johor Darul Takzim




Dikesempatan ini aku nak ucapkan Takziah diatas kemangkatan Sultan Negeri Johor Darul Takzim
iaitu Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail semoga almarhum berada di sisi orang orang yang beriman hendak-Nya
Amin

Foto Miami Warehouse Sale



Aku benggang nih ..
bukan benggang ngan korang ar
aku benggang ngan Foto Miami warehouse sale kat Petaling Jaya
apsal la dia buat 21hb - 24hb Jan 2010 kenapa dia tak buat 26hb - 30hb Jan 2010
camera hijau aku tuh dulu pun aku beli kat Foto Miami warehouse sale nih
korang kalau ada duit or creadit card pergi la perabihkan duit kat sini
jangan lupa belikan aku external hardisk yang RM206 tuh jadik la.
nantik aku gaji aku bayar la balik...... tau... tau... tau....







pssstt ***please ignore labels yerk