Masyuk

Rabu, 30 Jun 2010

Tiket Konsert Ella Untuk Dijual






Hari Jumaat malam Sabtu ni aku pergi tengok konsert Ella kat Istana Budaya, Kuala Lumpur

Hari tuh aku beli ticket2u online sebanyak 7 ticket totalnya adalah RM607

akan tetapi salah seorang tak dapat plak joint coz ada hal yang tak dapat dielakkan.oleh kerana member aku tu tak dapat joint maka aku ada extra 1 tiket sahaja kalau korang nak pergi boleh la kontek aku yerharganya adalah RM607 bahagi 7 orang sama dengan Rm86.70

cincai kira Rm86 jer lah.

email aku daydeck86[@]gmail[.]com

Tempat Urut Yang Best




Salam 1Malaysia kengkawan semua.....
arrrgghhhh.... Badan aku kesengalan ler mana nak pergi urut nih?
wakkklllllooooo.... gua nak urut betul betul la bukan nak geli geli tuh sengal.
Rasa balik kerja sat gi nak pergi Brickfield urut kat orang buta tu jerk tapi tak tau kat mana yang best coz aku tak pernah pun g berurut ni tapi disebabkan dah cam keletihan jer ni nak gak la merasa berurut nih.
Jom la kengkawan kita g berurut memanjakan badan yang hampir setiap hari dikerah tenaganya.... cewahh... Jom ler.....

Salam Takziah Kepada Cik Intan



Al- Fatihah
Salam takziah dari saya untuk keluarga Cik Intan diatas pemergian ibunda tercinta kepada Sang Pencipta yang Maha Esa Allah S.W.T.
Semoga ibunda Cik Intan akan tergolong dikalangan orang orang yang beriman hendak-Nya dan semoga Cik Intan dan keluarga tabah menerima ketentuan dari Allah S.W.T.
Daripada-Nya kita datang dan kepada-Nya jua lah kita kembali.

Selasa, 29 Jun 2010

"I Love to Touch My Cookie Fresh (GS290)"



"I Love to Touch My....

Korang rasa apa yang aku suka SENTUH korang ni mesti ingat lain jer kan.
banyak benda yang boleh aku SENTUH selain dari benda yang bukan bukan tuh,

Kalau korang nak tau apa yang aku suka SENTUH adalah keypad HP aku yang cenonit (kecik) tuh.

kalau HP aku memang suka yang SENTUH bukan apa kalau HP yang keypadnya cuma perlu SENTUH memang senang la aku macam iPHONE tu tapi tak mampu nak beli siot mahal sangat.

Tapi tahun lepas LG ada mengeluarkan HP baru
LG Cookie3G (LG KM555) , LG Cookie Plus (LG GS500) dan LG Cookie Fresh (LG GS290), yang mempunyai banyak pilihan warna yang menarik.

Memang best la kalau aku yang dapat salah satu HP dari
LG ni bolehlah aku memberi SENTUHan yang amat bermakna kepada HP tuh.




N3 kali ini ada kena mengena dengan event yang dianjurkan oleh pihak Nuffnang bersama
LG

Event tersebut adalah
LG Cookie Monster Party yang akan diadakan seperti berikut

Tarikh: 24 July 2010
Masa: 6pm – 10pm
Tempat: Neutral Club, Jalan P. Ramlee


Nuffnang cuma memberikan sebanyak 100 jemputan sahaja kepada bloggers yang mendaftar dengan Nuffnang dan setiap bloggers cuma akan mendapat 1 jemputan sahaja.

Selain itu Kennysia juga akan menjadi host pada majlis tersebut siapa yang tak kenal dengan
Kennysia rugilah kalau korang kenal dengan dia pergilah bodek dengan dia.

Ayuh apalagi teman teman terutamanya TALI BARUT KAK INA KL jom cepat kita mencuba nasib mana tau rezeki menyebelahi kita semua.

Belajar vs Durian = BeRian



Dek kerana kebosanan malam semalam aku melepak kat rumah jer coz semua bz berkerja aku sorang jer duk umah.

kengkawan plak semua pun kerja den duk kat umah jo la gamaknyer.


malam tadi member aku merangkap sifu (tunjuk ajarku sifu) aku dalam dunia photography ajak aku g shoot amik gambar kat Bukit Bintang.

aku pun lanyankan jer coz lebih baik aku pergi dapat gak aku ilmu daripada membadak kat rumah jer.


lepas jer g shoot terus g pasar Chow Kit pekena durian (tinggi la kolestrol aku minggu ni) memang layan siot makan durian ni.kalau ada "musang king" lagi layan.


Waktu kat Bukit Bintang amik pic kat area depan Maybank tu jer ada plak orang kaler2 tuh


Lepas tu aku dapat belajar amik gambar bergerak macam nih. Aku tak ingat namanya apa tapi nampak cam lampu kereta tu macam line jerk.

Inilah sifu aku yang banyak mengajar aku dalam dunia photography ni. Kalau korang nak kawen or bertunang or apa apa event pun bleh la contact dia nih.

Inilah durian D24 & Udang Merah yang aku ngan sifu aku makan kat pasar Chow Kit malam semalam... arrgghhh terliur aku dibuatnya... malam ni nak pergi repeat lagik ker wey...

Isnin, 28 Jun 2010

Makan Durian Udang Merah




Hari Sabtu lepas waktu ke pasar Chow Kit masa beli barang untuk lauk perantin aku lalu kat kat tepi kedai durian hati dah tak tahan terus berhenti makan durian udang merah ni
memang sedap tak tahan malam ni member aku ajak repeat lagik tu coz aku publish kat pesbuk aku jer ari tu, malam ni aku publish kat sini plak ekk..



Selamat Pengantin Baru








Hari ini aku coti dari bekerja kerana kepenatan sesudah sepupu aku kahwin (sepupu yer bukan aku) biasalah kalau sedara terdekat yang kawan aku akan coti hari Isnin tu cam aku pulak yang kawen kan... ahahhaha


Kali ni keluarga mak cik jenab diarahkan membuat nasik pengantin segala yang berkaitan dengan nasik pengantin sila berjumpa dengan mak cik jenab.
cam biasalah aku mengarahkan orang jer yang buat aku tolong sket sket jerk.

xda apa yang nak digebangkan coz memasing dalam mood malas kuasa sepuluh. ahahahhhahaa.

Pengantin perempuan bersama anak buahnya yang datang dari Bangkinang, Indonesia.


Anak buah aku bersiap sebelum ke rumah pengantin.


Pak Zainal, Ibu Imai & Nayla dari Bangkinang, Indonesia

Wajah wajah kegembiraan pengantin bersama keluarga.

Melambai nak kemana tuh.


Sewaktu sibuk menyiapkan nasik pengantin
ayam golek kuahnya aku buat kuih blackpeper jerk


Antara Lauk pengantin yang aku buat .


dah aku nak sambung tidor ngantuk anyway
Selamat Pengantin Baru Kepada
Leeny & Fendy
semoga kekal hingga hujung nyawa.

Jumaat, 25 Jun 2010

Apa Yang Kau Cari




Tajuk N3 petang ni cam tajuk lagu Apa yang kau cari nyanyian Endang S Taurina plak ekk. Sapa Endang S Taurina tu korang tak kenal kerk lorr penyanyi lama Indonesia la Kak Ina KL ngan Cik Intan pun tak kan lah tak kenal kot.
ok lah berbalik kepada tajuk Apa Yang Kau Cari adalah apa yang orang search dalam blog picisan aku nih.
Setakat jam 5petang nih nih cuma berapa orang jer yang singgah kat sini.
Terima Kasih kepada Nuffnang yer.


gambar dayah bogel.3gp
siapa dayah yang bogel tu cam mana korang bleh cari kat sini plak ekk.. 4 carian pulak setakat ini


konsert ella
tak sabar rasanya nak g konsert ella nih


din beramboi meninggal dunia
Al-Fatihah semoga allahyarham berada dikalangan orang orang yang beriman hendak-Nya


lagenda budak setan online watch
Cerita yang aku pergi tengok mengekek ngekek kitaorang tgk cerita ni kat panggung.


baju raya di bukit tinggi indonesia
Teringat kenangan ke Bukit Tinggi, Indonesia 2 tahun lepas


tiket konsert ella istana budaya
Aku dah beli tiket konsert ella kat istana budaya ni


rado sinetron intan photography
alah pelakon yang nama sebenarnya Dude Harlino tu ler sekarang sibuk dengan sinetron Cahaya yang hot kat Astro Prima tu


redmummy buffered earning
tak payah cakap la redmummy nyer buffered earning tu mesti meletup nyer lah.


cara nak dapat tiket promosi air asia
caranya subsribe la Red Alert dari AirAsia tu pastu time promotion tak yah tido berjaga jer nak dapatkan tiket murah tu.


jusmate julai 2010
walaupun aku gemuk tapi idok ler teman makan jusmate yer. biar gemuk janji sihat tubuh badan.


Tolong Diriku Ini



Salam 1Malaysia lagi kepada semua ekkk..
Aku nak mintak tolong kepada semua boleh tak kalau yang sudi & ikhlas la yerk.
ok... This coming puasa aku telah ditugaskan untuk organize satu event bersempena dengan bulan puasa yang mulia oleh department aku berkerja.
Aku mencadangkan kitaorang membuat event berbuka puasa bersama anak anak yatim/Warga Emas/ Orang Kurang Upaya/Melawat hospital kanak kanak salah satu la kalau semua tak larat & tak cukup budget der.
yang menjadi masalah nye aku ni mana pernah organize event besar2 cam ni lain la kalau bercuti ke Malaysia ataupun Indonesia aku boleh ler.
Bertambah plak dengan kerja yang agak melambak ni memang la kepala otak aku ni naik pusing nak,
Nak survey pulak tempat tempat berikut this weekend aku sibuk dengan kenduri pulak.
oleh yang demikian aku nak mintak jasa baik korang untuk membantu aku suggest tempat tempat berikut yang area Kuala Lumpur or area sekitar Bukit Jalil ni.
Kalau boleh dengan alamatnya sekali senang aku nak survey lagi satu tak yah la tempat2 yang agak popular sangat coz kalau dah popular mesti banyak orang dah bagi sumbangan kepada depa nih.
kalau boleh yang agak suam suam kuku je coz orang pun tak berapa nak bagi sumbangan kat depa nih.
mcam sebelum ni diaorang pergi berbuka, sembahyang terawikh, ceramah.Aktiviti tu memang akan follow cam biasa cuma tempatnya aja akan berubah kot.
Kalau korang ada cadangan jangan lupa share ngan aku yer,
Prosedur nyer pulak cam mana kita kena pergi ke
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) ker.
its okay aku akan amik tugas ni sebagai satu cabaran dan semoga aktiviti ini akan berjalan dengan lancarnya.

Living With Michael Jackson





Salam 1Malaysia semua.

Jom layan Living with Michael Jackson kat Astro Awani chanel 501.

Sebuah dokumentari mengenai Michael Jackson di rumahnya Neverland.

mesti seronok kan kalau ada rumah cam Neverland tu memang duk umah jer la aku kan.

Khamis, 24 Jun 2010

The Backup Plan - Review




Hari Isnin malam Selasa (bukan Khamis malam Jumaat ler) hari tu aku pergi tengok preview
The Backup Plan

ni dekat The Curve.itupun selepas mendapat invitation dari Nuffnang.


Aku ingatkan ramailah tali barut Kak Ina KL yang menyemakkan diri seperti kebiasaannya tapi tekaan aku meleset cuma aku dengan Cik Lily Putih jer yang ada kat tempat kejadian. Bak kata Kak Ina KL diaorang dah dapat banyak Buffered tu pasal Nuffnang tak bagi tiket wayang dah.


Pada Mulanya memang aku dapat 2 ticket jer tapi bila petang sket kat opis aku ni ada bagi ticket cerita yang sama kat tempat yang sama.
aku dapat lagi 4 ticket.Lepas tu aku terus call member aku Shikin otai Kampung Puah Lembah tanya dia nak g tak tapi lain panggung ngan aku ler gamaknya.
selepas tu dia datang ngan konco konco nya seramai 4 orang aku terus kasi ticket dia pun masuk ke Panggung bersama konco konconya itu.


Aku ngan Cik Lily Putih still melepak kat luar lagik sementara menunggu tu Cik Lily Putih sempat lagik tanya kat Sotong Zai a.k.a. Rob tentang Goody's bag.

Tapi malangnya Rob cakap tak da Goody's bag hampa gak la kitaorang cuma dapat badge " I Love Nuffnang " Tapi ok la gak dah dapat ticket cerita ni pun dah ok.


Ok pasal cerita The Backup Plan ni best ar kelakor giler cerita ni tak kering gusi dibuatnya.
Bukan kelakar jer tapi dengan body Zoe (Jeniffer Lopez) yang mantap tu buat aku tak senang duduk ahahahhaha...
Jamban dia layan siot kalau dapat tak carik lain (tak kan dapat nyer).
Bagi pompuan plak mesti tak tahan dengan Stan (Alex O'Loughlin) yang body pun turf.


Cerita bermula dengan Zoe ni plan nak ada anak sebelum berkahwin dalam waktu yang sama dia berkenalan dengan Stan secara kebetulan.
Tapi cerita ni agak lucah la jugak coz ada menunjukkan adegan berahi tak sesuai nak bawak budak kecik nak tengok cerita ni.
Selepas Zoe dan Stan melakukan aksi ranjang si Zoe ni termuntah dan baru cakap kat Stan yang dia "Pereknen" hasil dari tabung uji kepada Stan.
Stan plak cam tak leh terima yang si Zoe ni " Pereknen " lepas tu berlakulah konflik diantara mereka berdua.

selepas itu sila la pergi ke panggung wayang tonton sendiri The Backup Plan ni yer coz aku bukan dapat royalty dari diaorang pun...


Walau apa apa pun terima kasih kepada Nuffnang bagi tiket wayang kat aku.



Muka Cik Lily Putih yang tak puas hati


Rob menerangkan sesuatu kepada Cik Lily Putih


Otai Kampung Puah Lembah Shikin belanja aku popcorn & air Pepsi



Cik Lily Putih dan Mr Big nya berposing sebelum tengok The Backup Plan.


Tempat mandaftar sapa tak datang nanti blacklist yerk.


Baik punya. Mantop siot.


Apo yang ko tunjukkan tu Cik Lily Putih



Rob pun nak menyelit jugak.


Aleen nak bergambar tapi tak der teman terpaksalah Rob temankan.


Gadis litar opppsss silap plak gadis penyambut tetamu dari Nuffnang.


Cik Lily Putih bergaya dengan tiket The Backup Plan katanya.


Mr. Big pun nak juga....

Selasa, 22 Jun 2010




Salam 1Malaysia kepada semua yerp.
2 hari lepas dapat award dari Cik Lily Putih a.k.a. CLP.
kerana hari ni terlebih rajin aku pun post le N3 nih.
Soalan untuk award ni
1. Tulis entry untuk award ni :
Dah buek dah ni kalau tak buek tak ado dalam blog den ni ha...

2. Usaha aku untuk menceriakan blog :
1) Buat template yang menarik (itupun g belajor dari otai2 yang power)
2) Buat XTVT menarik pastu gambar yang banyak kot.

3. 5 huruf menggambarkan diri anda :
1) Kecoh tapi sekali sekala jadi pendiam giler siot....
2) Simple jer orang nyer
3) Orang tak kenal aku maybe cakap aku sombong
4) Kuat Makan tengok badan la wey...
5) Suka shopping sensorang xsemak pemikiran aku.... ahahahha
4.Tag kawan untuk award ni.
Usna Popcorn

Terima Kasih yer CLP coz memberi Award ini kepada aku

Jom Lepak Laman Santai @ Istana Budaya





Selalunya kalau malam minggu tak ada buat apa aku suka melepak kat Laman Santai @ Istana Budaya.
Dua minggu lepas aku ngan kengkawan aku melepak kat Laman Santai dengan kengkawan selepas kita orang bergangbang Bola Tampar kat Tasek Titiwangsa.
Waktu datang agak lambat sket dalam jam 11malam sampai jer tengok si Roslan Shah ngah menari lagu Goyang Inul and then Zamani plak perform memang power sore tapi badan Zamani cengkung giler seyh tak tau knaper.... ehehhehheee
Minggu lepas pun kebusanan melanda aku ngan Cik Nieza g ler menchekik kat sana saja jer bosan xda apa nak buatkan.
tapi artis yang perform plak kurang menarik iaitu Dato' Salwa Abd Rahman dah Dato' ke dia coz MC tu panggil Dato',
lepas tu Ibnorrezza plak perform. Band Status plak perform selepas tu tapi tak kenal la band mana nih baru ker.
Status band ni pun cam sengal gak MC tanya dari syarikat rakaman mana tapi dia tak tau.
bukan itu aja MC suruh nyanyi lagu Bunyi Gitar pun dia tak tau cam mano nak jadik aretis ni der tapi maybe lepas ni dia tau la kot belajar dari kesilapan.

Dua minggu lepas bergambar dengan Zamani & Roslan Shah
Ibnoreza tengah perform
Status Band plak perform
Tarian Sewang dari penari Istana Budaya memperkenalkan budaya Malaysia kepada orang ramai.
Last sekali menari lagu Joget Malaysia ramai ramai tetiap minggu lagu ni aku rasa lagu tema Laman Santai kot.antara makanan yang dijual adalah lempeng pisang, nasi lemak, laksa, bubur lambuk, dan macam macam lagi harga ok kot rasanya.
Tapi masalahnya kitaorang tak tau mana nak cari sapa aretis yang akan datang buat persembahan. kalau ada sesiapa tau tolong share info ekk....
p/s - statement ISKAY yang tak bleh blah "ko ni macam tak leh berenggang dengan Istana Budaya kan"....

Cerita Artis Malaysia (CAM) - Fahrin Ahmad



Salam 1Malaysia.
Just nak info yang malam ni jam 9 malam ada rancangan Cerita Artis Malaysia (CAM) bersama Fahrin Ahmad.
Sebenarnya aku nak bagi tau bukan pasal Fahrin Ahmad tapi Dahlia Ahmad seorang pengikut setia Fahrin Ahmad yang memang mengilai Fahrin Ahmad terutamanya kat bahagia body Fahrin Ahmad, itulah kata Dahlia Ahmad dan juga Dahlia Ahmad ni bukanlah adik beradik Fahrin Ahmad ni
Dahlia Ahmad ni member aku sorang nih dah mula berkecimpung dalam dunia artis.
Aku dapat tau CAM bersama Fahrin Ahmad ni pun melalui dia.
Dahlia Ahmad ni juga adalah blogger kalau korang nak tengok blog dia kat dahlia2616
Setiap event Fahrin Ahmad mesti si Dahlia Ahmad ni pun ada.
Semalam Dahlia Ahmad bagi tahu aku this Sunday dia ada event ngan Fahrin Ahmad kat Dataran Merdeka.

Memang sesuai la nama yang aku bagi kat ko tu kan
DA PA FA
ataupun
Dahlia Ahmad Personal Assistant Fahrin Ahmad

Header Baruku




Kabare... Waras...wes mangan..... wah ngomong jowo plak aku arini.
bukan apa sajer jerk coz kebusanan melanda tapi aku nak tanya kat korang la pasal header baru aku nih ok tak korang rasa lepas tu kenapa header aku tu tak center ar cam sengat sebelah jerk.
korang tau tak cam mana nak center kan header aku tuh?

Buffered Earning Menyinggah







Terima Kasih daun keladi kalau ada singgah lagi kepada Nuffnang & Digi kerana memberi buffered earning kepada blog picisan ini.
Hatiku menjadi lebih gumbira kerna diberi buffered earning dan lebih bersemangat waja terus berusaha (cam lagu rekan muda plak) untuk memblogkan diri.
Tak sangka plak Nuffnang bagi buffered earning kepada blog picisan aku ni. Lagi sekali terima kasih kepada Nuffnang & Digi .

Ahad, 20 Jun 2010

Gangbang Di Taman Tasik Titiwangsa - Malam Minggu



Malam minggu aku memang selalunya bergangbang di Taman Tasik Titiwangsa tapi bergangbang dengan Bola Tampar. Selalu nya kitaorang pergi main bola tampar malam minggu dekat Taman Tasik Titiwangsa tapi malam tadi tak dapat nak main kerana penuh tak leh nak bergangbang disana.



Bergaya jer lebih memasing main nya.... ahhahahahaaaa


kalau dah bawak kamera memasing bergaya jer lah gamaknyer.


Macam macam gaya yang dibuat memasing yerk...


Bersedia menerima bola dari pasukan lawan...


Hafiz Moxz serve kepada pihak lawan


Macam macam gaya la korang ni...ahahhahaaa


Memasing dah sakit tangan tapi cam tunjuk kaki jer kan...



Lepas tu memasing dok melepak jer ler.....