Masyuk

Rabu, 13 Januari 2010

Selamat Pengantin Baru Shasha & Bob



Sebenarya malam ni aku still penat lagik tapi aku dengan tenang nak gak apdet blog aku ni
nak tau aku penat kenapa
last weekend wah speakang omputih plak aku ekk...
aku pergi Kampung Puah Lembah, kat Gombak je ada kenduri kawen
sejak dari hari Sabtu lagi aku berkampung kat situ
biasa la aku kalau kenduri orang ajak merewang aku
layan kan aja
hari Sabtu tuh aku cam biasa la mana mana
kenduri aku memang amik
port kawah rendang jer aku jaga 1 kawah lagi 5 kawah orang lain la jaga
tak kan la aku sorang nak jaga sampai 6 kawah
gilo ko apo mau rentung jadi nyer.

kat Kampung Puah Lembah ni memang orang orang kat situ kaki rewang
bukan jenjalan la maksud aku rewang tuh gotong royong kalau kenduri kendara kat situ.
malam nye pulak sesi karaoke aku g layan gak

Hari ahad plak hari langsung nya aku jam 10pagi dah sampai kat situ
tolong apa patut cam susun meja, angkut lauk dan sebagainya la.

hari langsung warna kuning diraja cantik tu
Selamat Pengantin Baru Shasha & Bob
(Kak Ina KL mesti cakap asyik pergi kenduri orang jer aku bler lagik)


biasalah kalau orang Seremban turun sekali sekala memang la harus tangkap gambar
masa petang tuh orang band yang disediakan menyanyi lagu poco poco
orang orang kampung siap menari poco poco lagik
kalau nak tgk dia orang berpoco poco korang klik sini coz aku ada
upload video kat youtube.com


biasanya selepas penat kenduri orang semua balik umah kitaorang pun balik jugak
tapi malam nya datang balik rumah kenduri kahwen tuh sebab ada joget lambak
memang meriah la kalau kenduri kahwin kat Kampung Puah Lembah ni.

2 comments:

kawie2020 berkata...Best Blogger Tips

kenduri kendara memang best kan... hehehehehehe

daydeck86 berkata...Best Blogger Tips

betul tuh kenduri kendara memang best tapi penat sket arrr....