malam ni kiranya aku nak balas dendam la (bukan lurah dendam arr)
bukan apa aku sibuk sket minggu lepas coz salah seorang sepupu aku bertunang
walaupun kitaorang tak berapa nak ngam ngan dia
tapi demi orang tua kitaorang buat jer la kerja dengan ikhlas & tawaduknya
ahahahahhaaa.
biasalah kalau kenduri family aku memang jarang ar nak buat
catering catering nih, memasing macam buat derk je kalau
cakap nak buat catering, memang family aku ni tak berapa nak
suka lah kalau catering catering nih lagi pun rasanya
budget lagi tinggi kot.
korang bayangkan jer lah kenduri nya hari ahad,
hari jumaat malam sabtu dah ada yang datang rumah tolong
buat apa yang patut.
dah mulai kacau rendang bukan rendang daging la
rendang pucuk ubi untuk buat makan waktu rewang hari sabtu tu
kepada yang tak pernah makan rendang pucuk ubi sila la
cari sampai dapat rugi kalau tak pernah makan
rendang pucuk ubi ni.
Aku cam biasa la memang amik tender kacau rendang jer
tak kira la rendang daging atau rendang apa pun.
sila ignore gaya mengacau rendang aku tuh
Biasanya dah penat buat kerja kitaorang akan makan
bersama sama, meriah makan ramai ramai cam nih
dari satu pinggan terus nak makan dua pinggan nasik
berselera siot.
Biasa lah orang lelaki kena makan kat atas
bukan atas dasar diskriminikasi (betul ker aku eja tu)
tapi tempat kat bawah dah penuh.
Pagi hari Sabtu pulak dah ramai yang datang membantu
memasak rendang daging dan menyediakan ramuan untuk dimasak hari Ahad pulak
Pagi Sabtu tu family aku sediakan apa yang patut la
masak pulut makan dengan rendang pucuk ubi
kek pisang beli kat coket, keropok ikan.
yang simple simple jerk.
macam kitaorang kalau buat rendang santan tu masak dulu
sampai pecah minyak lepas tuh baru masukkan kat dalam
daging yang dah dikecutkan dengan rempah2nya
santan pun tak basi cepat.
tu dia satu kawah rendang daging kena kacau
sib baik badan masing masing bagak.
hari Ahad dah kompem la ramai yang datang membantu
tengok tu mak cik mak cik tengah sibuk merempahkan diri mereka
wakakkakakaka.
Baju biru tu adalah baju Astro Kasih. Astro kasih ni cam buat kerja amal la. hari tuh kira aku buat kerja amal la gamaknya. hahahahahahha
Selain rendang kacang panjang masak taucu ni mesti tak tinggal punya. makanan wajib la kiranya.
Ayam goreng berempah
Rendang daging
Sambal tumis ikan bilis campur petai
Gulai nangka
Kerja keras ar....
Geng mak cik - mak cik yang berkerja keras.
Mak iru dengan makcik jenab bersemangat nak pakai baju sama.
Dalam jam 4petang pulak kitaorang sambut bestday anak buah aku yang ke 3 tahun pulak.
ini lah anak buah aku Nursyazana Damia umur 3 tahun lah.
Antara suasana petang
petang tu cuma sediakan makanan yang memang dah ada pastu aku ada la tempah muffin dengan apam bunga
Murah & sedap muffin & apam bunga tuh
ni la muffin yang aku dapat free dari Kak Ram nanti aku buat review Kak Ram k.
itu la sebab aku menghilang minggu lepas.
ehehehehehee
11 comments:
gaya mengacau rendang tuh kelihatan seperti tidak ikhlas.hahaha
tp muffin pink tuh comellah!
bukan tak ikhlas la CikHel
tapi kepenatan....ahahhahahaha
pink tuh bukan muffin la cikHel
pin tu namanya apam bunga
best plak tengok gambar gotong royong memasak hidangan.... :)
azrul - memang best pun kalau kenduri gotong royong ni. tapi penat sket ar
ehehehehehheeee
lol , patut la..
hahahaha...
eksyen lebih tolong masak..
padehal xreti..
kekekekeke..
wey ngok tul aus
kata tolong bukan jadi tukang masak
ahahahhahaa
wey ngok tul aus
kata tolong bukan jadi tukang masak
ahahahhahaa
kenduri kawen...saya setuju jika bergotong royong memasak...orang kata muai...banyak dapat makan - dapat bungkus - jiran2 tak payah masaka 2/3 hari - pakat kat rumah tuan rumah la!!!.....
yer betul tuh kak SAK
lagi pun lagi meriah kalau kenduri nih buat cara gotong royong tapi penat la sket.... kekalkan budaya yang kita ada.
hahahha..
sape suh kau eksyen masak2..
hahahaha.
sapa yang eksyen nih ar
aku nyer blog sker ati aku ler
wakakakkaaka
Catat Ulasan