Hari Sabtu lepas kitaorang warga Kampung Puah Lembah (KPL) Jln. Gombak, Kuala Lumpur mengadakan Majlis Juara Rakyat di Padang Futsal, KPL. Aku ditugaskan sebagai Urusetia Media a.k.a. amik gambar la. Aku dengan berbekalkan ilmu yang masih cetek dalam dunia photografi mencuba nasib untuk memperbaiki mutu & teknik mengambil gambar ni.
Berbalik kepada cerita asal mengenai N3 in adalah Majlis Juara Rakyat (MJR) di Kampung Puah Lembah (KPL) kalau korang nak tau KPL ni adalah sebuah kampung melayu yang terletak di Bandaraya Kuala Lumpur, Orang orang KPL masih mengekalkan tradisi tradisional terutamanya ketika Majlis kenduri kendara orang orang di KPL lebih gemarkan dengan gotong-royong berbanding dengan perkhidmatan catering yang menjadi pilihan orang orang dibandar. Tengok sahaja pada gambar gambar tersebut sudah menunjukkan warga KPL sentiasa bersatu padu semoga ianya berkekalan hendak-Nya.
Tua & muda bersatu padu untuk menjayakan majlis yang telah dirancang.
Tok ketua & ketua wanita UMNO KPL juga turut turun padang membuat kerja bersama sama.
Antara sarapan pagi yang disediakan oleh warga KPL kepada para tetamu yang hadir.
Sewaktu pendaftaran Urusetia & tetamu yang hadir ke MJR tersebut.
Bersambung
Bersambung
1 comments:
aku suka rewang tapi aku marah kalau kene rewang
Catat Ulasan